Monday, December 27, 2010

.:: DARI PERSPEKTIF ANAK MUDA NEGARA ::

Skandal bekas MB Kedah, Mahdzir Khalid didedah!

E-melPrintPDF

Tatkala penyokong dan blogger Umno Kedah bertungkus lumus siang dan malam, merangka strategi, dakyah dan fitnah untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Azizan Abd Razak, satu pendedahan ttg bekas MB Umno terdahulu sangatlah menuntut pemerhatian dari kita.....

Apa yang dipaparkan di bawah jelas membuktikan di bawah 'regim' pemerintah terdahulu, iaitu di bawah bekas MB Kedah ke-8, Mahdzir Khalid, ternyata pemerintahannya 1000 kali lebih teruk dan buruk!..dalam tempoh satu penggal pemerintahan pemimpin Umno ini telah berjaya mengumpul koleksi skandalnya yang tersendiri..

Jom ikuti pendedahan 'Kedahleaks' oleh blogger Kedah Times di bawah..untuk makluman, blogger Kedah Time adalah blogger pro-Umno, dan semestinya segala najis-busuk yang membelenggu pemerintahan dan pemimpin Umno Kedah di bawah pengetahuan mereka...

Penulis tuntut dari pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera terhadap laman web yang mendedahkan skandal pemimpin Umno ini jika laporan yang didedahkan ini adalah palsu...fikir2kan...wallahua'lam..

Panas!!!!: Dari Kedahleaks

1. Semasa menjawat jawatan PEMANGKU MB KEDAH SELAMA 6 BULAN, Mahdzir Khalid telah melakukan urusniaga balak dengan pemberian tender secara tertutup membolehkan beliau mengutip hasil peribadi yang dimasukkan kedalam beberapa akaun proksi bernilai RM10juta.


2. Mokhtar kerani kewangan di Pejabat MB semenjak era Sanusi, kini bertugas di bahagian pembelian, dan kewangan SADA, mengesahkan perkara ini kerana beliau antara salah seorang yang ditugaskan untuk memasukkan wang kutipan berkenaan kedalam akaun peribadi orang tertentu. Persoalan???: Berapa banyak jumlah yang terlibat dalam urusniaga balak secara under table yang dilakukan oleh Mahdzir Khalid sepanjang 2 tahun beliau berkuasa sebagai MB.

3. Mahdzir Khalid menggunakan jet TUDM dan jet pihak swasta yang disewa dari KAPTEN BIDI untuk semua urusan rasmi dan peribadi meskipun pekeliling dan arahan pentadbiran tidak melayakkan beliau berbuat demikian.

Arahan perbendaharan mewajibkan MB mesti menaiki pesawat komersial MALAYSIA AIRLINES. Hutang tertunggak sewa jet berkenaan kini mencecah RM1.2 juta.

Baca seterusnya di: PANAS: Skandal bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid didedah!


Sunday, December 5, 2010

ID PenggunaKatalaluan| Lupa katalaluan?| LanggananepayTestimonial
HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
|
|
Chegubard: Istana beri lampu hijau terima memo
Dis 4, 10 6:05pm
Kongsi 180
Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Thursday, September 23, 2010



Sabah negeri termiskin di Malaysia
Dilulus terbit pada Thursday, December 13 @ 07:27:35 PST olehSongkokPutih

ArtikelOleh abdinabu

"SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA SIAPA BERMAIN CATUR?


Teringat ketika saya belajar disalah sebuah negeri di Semenanjung sekitar tahun 1974-1982, sekarang baru terasa sangat glamour. Ketika itu kami macam biasa sahaja bila kawan-kawan dari Semenanjung dan juga Sarawak mengatakan kami semua anak orang kaya. Kerana hakikat yang sebenarnya saya dan rakan-rakan memang dari kalangan anak-anak miskin.

Ibu bapa kami tidaklah boleh dikatakan dari golongan sederhana jauh sekali dari golongan berada. Ini dapat kami nilai sendiri perbezaan di antara pondok/rumah kami yang usang dibandingkan dengan apa yang kami lihat di depan mata kami, rumah-rumah yang indah besar dan cantik.
Namun hampir semua rakan dari Semenanjung khasnya tidak percaya sekalipun pernah saya lihatkan bukti gambar rumah kami yang sebenarnya. Mereka berkata; “Entah rumah siapa yang awak gambar ni….”. Biarpun dikatakan dengan bersungguh-sungguh mereka tetap menganggap kami cuba berbohong paling tidak mereka akan katakan bahawa kami suka merendah diri.

Sebenarnya gambaran ini mungkin timbul apabila kami nampak serba mewah kerana ditaja oleh Yayasan Sabah yang ketika itu terkenal kaya raya dengan perusahaan kayu balaknya. Sampai ada kawan-kawan berkata “Alaa ni berapa sangat ler… baru daun kayu balak, belum lagi ranting dan dahannya” bila saya belanja mereka makan. Memang betul ketika itu anak-anak Yayasan Sabah bagaikan “ANAK EMAS”. Orang Sabah yang belajar di Semenanjung bagaikan gambaran kekayaan Negeri Sabah ketika itu yang dipimpin oleh Al-Marhum Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Ketika itu kekayaan bumi Sabah memang menjadi buah mulut bahkan menjadi sebuah negeri yang dicemburui lagaknya pada mata-mata orang tertentu.

Ketika itu saya tidak pernah terfikir bahawa Negeri Sabah bakal menerima nasib malang apabila pimpinan USNO dikuburkan tanpa nisan dengan kemasukan UMNO ke Sabah. Habis tunggang-langgang lintang-pukang pemimpin Sabah apabila dipaksa berkiblat ke Semenanjung yang diterajui UMNO@BN. Tinggallah beberapa kerat manusia yang masih berdegil mempertahankan Sabah dari terus dilapah dan dimamah oleh UMNO@BN. Demi menjaga jangka hayat beberapa Parti di Sabah, ketua-ketua meraka telah diberi kata dua oleh UMNO, sama ada menjadi komponen BN atau Parti mereka akan dikubur. Oleh kerana tiada pilihan maka mereka memilih untuk menjadi komponen BN yang mesti akur dan angguk terhadap apa juga agenda yang telah, sedang dan akan dirancang oleh UMNO@BN untuk negeri Sabah.

Rakyat semua tahu, satu Malaysia tahu bahawa kemenangan UMNO di Sabah bukannya kemenangan yang mutlak. Ada “Katak Lompat” yang kononnya dibeli dengan harga yang bukan sedikit. Dengan masuknya “katak-katak” inilah mencukupkan kaki UMNO untuk menerajui Sabah secara tipu muslihat. Kerja siapa? Faham-faham sajalah sendiri siapa PM ketika itu.

Dengan terbitnya artikel berikut:

Dengan terbitnya artikel berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/bumiputera-sabah-sarawak-lebih-miskin.html

…maka sahlah apa yang didakwa oleh Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, yang telah menulis “Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Haji Musa Haji Aman” seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/orang-unmo-ini-lagi-berani-dari-saya-dh.html

“Surat Terbuka” ini dibuat apabila DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN membuat Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/laporan-polis-terhadap-ketua-menteri.html

Dan berikut pula adalah Wawancara Malaysia Today dengan Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, penulis 'Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah': http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/kenapa-saya-tentang-musa-aman.html

Dan link seterusnya tidak kurang pentingnya untuk dibaca kerana ianya berkait rapat dengan agenda memfaraidhkan segala khazanah negeri Sabah dilink berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/projek-ic-tun-mahathir-untuk-pti-di.html

Kalaulah tiada perubahan pucuk pimpinan pada PRU akan datang maka status miskin kini mungkin akan meningkat kepada ‘NEGERI YANG PALING PAPA KEDANA’ @ MUFLIS.

Kasihanilah kami……

Wallahu a’alaam!

Sekian terima(lah) kasih.

Azhari(s)

Catatan:

Artikel - 2,3&4 diperolehi dari Mesra.net: http://www.mesra.net/

Thursday, September 16, 2010

Sosilawati - Balasan Syurga Allah !

Posted by radens albanjari

"..Sumayyah adalah orang pertama sekali mati syahid kerana mempertahankan Islamnya, beliau seorang wanita. Saidina Hamzah, dibunuh dengan begitu kejam dalam Perang Uhud dengan dibelah dada dan jantungnya. Saidina Umar mati syahid dibunuh selepas solat subuh. Saidina Uthman dan Saidina Ali mati sewaktu menjadi khalifah umat Islam, dibunuh oleh orang Islam sendiri. Saidina Husin, cucu Rasulullah mati dipenggal kepalanya dalam Perang Karbala.."


Datuk Sosilawati, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, pegawai bank Noorhisham Mohammad dan pemandu Kamaruddin Shansuddin telah pergi mengadap Allah Taala lebih dulu dari kita. Alhamdulillah, jutaan umat Islam di negara kita dan negara luar turut bersimpati dan mendoakan kesejahteraan rohnya.

Doa dari anak-anak, isteri dan keluarga terdekatlah yang paling diutamakan. Mereka semua telah meninggalkan anak-anak, isteri serta suami yang soleh dan solehah. Kekuatan umat Islam adalah pada doa, itulah yang dapat mengembirakan roh orang yang dah pergi meninggalkan kita.

Mudah-mudahan mereka mati sebagai seorang yang mati syahid. Mati syahid bukan hanya terbatas kepada mati di medan perang saja, tapi termasuk juga syahid-syahid yang lain seperti mati sewaktu bersalin dan mati kerana kemalangan.

Mereka lahir sebagai seorang Islam dan mereka mati juga dalam keadaan Islam juga. Ini adalah ketentuan qada dan qadar Allah Taala, janganlah selamanya kita bersedih. Setiap manusia pasti akan mati, itulah ketentuan hidup manusia, cuma kita tak tahu bila dan punca kematian itu.

Sumayyah adalah orang pertama sekali mati syahid kerana mempertahankan Islamnya, beliau seorang wanita. Saidina Hamzah, dibunuh dengan begitu kejam dalam Perang Uhud dengan dibelah dada dan jantungnya. Saidina Umar mati syahid dibunuh selepas solat subuh.

Saidina Uthman dan Saidina Ali mati sewaktu menjadi khalifah umat Islam, dibunuh oleh orang Islam sendiri. Saidina Husin, cucu Rasulullah mati dipenggal kepalanya dalam Perang Karbala. Cerita-cerita sejarah Islam ini mengingatkan kita bahawa mereka kelihatan tersiksa sewaktu menghadapi kematian. Tetapi Allah menjanjikan syahid dan syurga untuk mereka.

(*) sumber : blog peribadi kadi kluang

Wednesday, September 15, 2010





Posted on Tuesday.
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutihBerita

Masih dengan maklumat kes bunuh Datuk Sosilawati dan kali ni penemuan tentang masa dan tarikh keempat -empat mangsa dibunuh. Pagi ni saya baca dalam laporan Berita Harian, hasil dari siasatan polis, mangsa iaitu Datuk Sosilawati dan 3 lagi lelaki dipercayai dibunuh pada malam 30hb Ogos, masa kira-kira jam 10 malam pada hari yang sama mereka dilaporkan menemui peguam untuk urusan di Banting. Ini sekaligus menolak teori keempat-empat mangsa masih hidup selepas 3 hari kehilangan mereka.

Penjenayah telah merancang secara teliti dengan memaksa pegawai bank CIMB iaitu Noohisham menelefon isterinya dan memberitahu akan pulang selepas 3 hari.
Mangsa lain tidak dibenarkan menghubungi keluarga kerana percaya berita dari Noorhisham akan tersebar kepada pihak yang lain.

Dari suara dan nada percakapan yang tergesa-gesa dan seolah-olah dipaksa, membuatkan isterinya hairan tapi masih tidak membuat laporan polis kerana percaya selepas 3 hari, suaminya akan pulang.

Baca petikan berita selanjutnya ini:

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.


kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.
“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh



10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, September 14, 2010

Di Petik Dari Sumber
PAS kecam Mahathir tuduh jual agama

PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti itu menjual agama untuk kepentingan politik sedangkan hakikat yang berlaku Umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik.

“Tun Mahathir melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Mahathir sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka ‘berkarat biru’ macam bekas perdana menteri itu.

“Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapuk dan berkulat,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang menyokong Umno termasuk anak-anak Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja sementara perjuangan untuk membela agama dan bangsa memang jauh ke belakang.

Justeru, tegasnya PAS menyangkal tuduhan Mahathir yang menyamakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional.

“Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk tahalluf yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak ditubuhkan.

“Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam, rakan-rakan dalam parti komponen,” jelasnya.

BN, katanya semakin keliru pemahaman Islam mereka walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini tetapi isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat.

Tambahnya, kalau perkara yang kecil macam itu pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar.

PAS, ujarnya ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai 3 tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun.

Justeru, tambahnya PAS mengharapkan Tun Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno.

“Apakah Tun Mahathir sakit hati apabila masjid di bawah kerajaan Pakatan Rakyat penuh dengan majlis ilmu sedangkan masjid di bawah kerajaan Umno sudah menjadi kubur?

“Bukankah masjid zaman Tun berkuasa dahulu masjid dibelenggu, ahli jawatankuasa yang aktif dipecat dan diganti dengan AJK yang bukan ahli masjid yang rendah moral dan akhlak?” soalnya.

Katanya, bekas perdana menteri itu bertindak kerana masjid telah menjadi medan penyebaran ilmu yang merugikan Umno terutama selepas keputusan pilihan raya umum 1999.

Katanya lagi, Tun Mahathir juga pertikai kenapa PAS menyokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau.

Jelasnya, PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama di mana sebelum satu keputusan hendak dibuat, PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja.

Pendirian itu, katanya selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac 2010.

“Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid?

“ Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk?” tanya beliau.

Secara sinis, katanya memanglah ‘feqah Umno’ bukan sahaja orang bukan Islam daripada DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Haron Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk ke masjid atau surau untuk memberi ilmu kerana mereka ‘ulamak politik’.

“Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam, maka ini politik,” ujarnya lagi.

Mengenai Mahathir membangkitkan PAS sudah tidak mahu kepada hudud sejak berkawan dengan DAP, beliau mempersoalkan adakah sekarang bekas perdana menteri itu pula menyokong hudud.

Katanya, mungkin Mahathir sudah lupa surat amaran yang pernah beliau hantar kepada kerajaan Kelantan supaya jangan melaksanakan kanun jenayah syariah di negeri itu.

“Malahan menuduh ini hudud PAS, bila dicabar pula mana hudud Umno sampai hari ini tidak timbul-timbul. Bukankah sebagai seorang Islam semacam Tun yang sudah meningkat umur tidak sepatut berfikiran begitu,” ujarnya lagi.

Monday, September 13, 2010

Sekadar Bacaan Masa Lapang :) :) :)

Di Petik Dari Sumber
15 Votes

Assalamualaikum Malaysia,

Bagaimana keadaanmu sekarang setelah kepergian Abuya ke negara seberang?
Selama ini engkau cukup kuat dan hebat karena Putra Bani Tamim (PBT) bersamamu! Engkau menjadi negara Islam kebanggan dunia sehingga dilantik menjadi ketua OIC. Padahal bukan mudah untuk negara-negara Arab itu menerima negara ‘ajam’ sebagai rujukan. Faktor yang sebenarnya adalah karena engkau adalah lokasi utama dimana akan terjadinya jadwal Allah buat dunia akhir zaman. Pemimpin yang akan menjayakan jadwal Allah itu, Allah lahirkan di bumimu, Malaysia. Untuk itu Allah pindahkan roh Ka’bah ke Malaysia, untuk dipakaikan kepada roh PBT, pemimpin paling ajaib di zamannya. Bersama Ka’bah Rohaniah yang menjadi power umat Islam sebenarnya itulah maka kamu Malaysia telah mendapat kebesaran-kebesaran itu.

Tapi, kini rohmu tiada karena telah dikembalikan ke Ka’bah di Mekah. Disanalah semua Nabi-Nabi menciptakan sejarah kegemilangan Islam, bersama Power Ka’bah, untuk zaman masing-masing. Tanpa Power Ka’bah, Power al Quran dan Power Pemimpin kebenaran yang bergabung, tak mungkin mereka mampu menguasai zaman Jahiliyah yang bertaraf imperium di zaman nya.

Malaysia, engkau sedang lemah bukan? Melihatmu dari bumi Haramain ini, aku melihat kelemahan yang bertimpa-timpa keatasmu. Banyaknya masalah-masalah yang tidak selesai. Musuh-musuhmu bermacam jenis dan aku melihat semuanya hampir menguasaimu. Engkau seperti buntu, bingung, tiada upaya dan penuh kekecewaan.

Oh Malaysia,
Sekiranya kamu mau berunding dengan Abuya, menerima pandangannya dan mengakui kehadirannya di negara mu, itu sajalah lagi satu-satunya jalan selamat untukmu. Percayalah wahai Malaysia! Bahwa bermusuh dengan Abuya dan jemaahnya itulah sebab utama nasibmu menjadi semalang ini. Sebab-sebab lain adalah sekunder dan bukan penentu sebenarnya. Jika engkau tak mampu mempercayai hakikat ini, berfikirlah begini wahai Malaysia.
Sudah banyak sekali usaha-usaha untuk ‘mengkerandakan’ jemaah dan kepimpinan Abuya dibuat. Tapi engkau gagal semuanya. Abuya kini kelihatan lebih berwibawa daripada sebelumnya. Engkau telah memberi pupuk pada perjuangannya dengan sebab bermusuh dengannya bukan? Kalau begitu mengapa tidak berbaik-baik saja dengannya. Jangan-jangan ia akan menguntungkanmu Malaysia?

Sungguh saya usulkan disini kepada penguasa dan penjaga atau kepada negara Malaysia semuanya, agar menukar dasar memusuhi Abuya kepada dasar baru, yakni berbaik-baik dengan Abuya. Insya Allah sekiranya kamu bijak, yakni menerima usulan ini, kamu akan beruntung besar. Semua yang kamu idamkan akan tercapai buat bangsa, negara, keluarga dan diri masing-masing. Namun sekiranya kamu menolaknya, karena memilih untuk bermusuh dengan Islam lagi, takut kalau Islam akan merampas segalanya darimu, maka ketahuilah bahwa janji Allah itu pasti berlaku dan kamu akan jatuh cukup terhina. Mengapa? Karena Power Ka’bah sedang memakan kekuasaanmu. Ya, Power Ka’bah dan bukan power-power lain yang engkau sangkakan. Power ini telah terbukti mampu menjatuhkan kekuasaan Rom dan Parsi untuk memenangkan Islam. Power ini sifatnya maknawi, ada di dalam diri pejuang-pejuang kebenaran. Ia tidak dapat dilihat tetapi kesan adanya dapat dilihat. Karena Allah akan menggunakan kuasaNya untuk membela manusia-manusia power itu. Nabi akhir zaman akan membela. Ka’bah ikut membela. Belum pernah siapa pun dapat mengalahkan kekuatan ini, Malaysiaku. Di semua zaman kedatangannya, ada saja musuh. namun semua musuhnya hancur dan kalah belaka. Apa engkau mengira mampu menjadi Hero untuk mengalahkan power ini? Memecahkan rekod yang tak pernah ada selama ini? Jangan, jangan, janganlah wahai bangsaku. Engkau terlalu kecil untuk berpikir begitu, Malaysia. Apa hebatnyalah yang telah kau buat untuk merasa engkau begitu besarnya?
Mengapa tidak mengambil keputusan untuk mengalah dan menyerah kepada Allah dan orang-orang Allah? Apa ruginya kalau mengalah dengan Allah? Tidakkah Allah akan membalasi dengan kebaikan yang sebesar-besarnya? Sedangkan melawan Allah, kamu akan hancur sehancur-hancurnya.

Malaysia, indahnya negaraku tercinta. Jika sejarahmu tercatat begini :
Bahwa kerajaan Malaysia akhirnya sesudah kalah perang dingin dengan Abuya, memilih jalan damai dengan PBT. Mereka sanggup mengalah dan menyerah kekuasaan kepada Abuya SZ. Untuk selamatkan Malaysia dengan Islam. Padahal Malaysia itu sebenarnya adalah kepunyaan PBT. Mereka sedaya upaya merampasnya tetapi telah gagal. Maka akhirnya, pulanglah sirih ke gagangnya. Kembalilah belut ke lubuknya dan tersarunglah cincin ke jarinya.

Malaysiaku..
Sabarlah sedikit lagi untuk menyaksikan peristiwa engkau dikembalikan kepada tuanmu kembali. Abuya, Ruhul Muqaddasah yang telah mengghaibkan jasadnya ke alam ghaib untuk membuktikan kepada kaumnya bahwa dia adalah makhluk mewakili Allah dan Rasul kepada mereka. Dia bukan seperti yang dikata. Dia ialah Ka’bah Rohaniah yang digerakkan ke Malaysia agar Malaysia dapat menjadi negara tapak bagi imperium Islam. Wibawanya Malaysia selama ini dibandingkan negara-negara Asia lainnya adalah karena faktor ini. Kalau bukan oleh faktor ini, Malaysia tak akan jauh bedanya dengan Thailand dan Indonesia saja rupanya.
Janganlah ada orang yang menyatakan ada faktor lain, kerana faktor-faktor lain itu pun sebenarnya nampaknya sudah tiada wibawanya dibanding Abuya.

Sekian,
Wassalam


Komen Pembaca

  • Dari Fiqh sirah :Said Ramadhan Al Buti ada menukilkan :

    Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata : ?Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan pada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan ia dengan mengambil pengajaran dari mati. Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T. oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.?Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

    pristiwa diatas berlaku disaat hampir wft Junjungan Mulia SAW. Rasulullah SAW pesan spya mendgr nshat dari dua penasihat, yg satu Alqur’an dan satu lagi mati. Atau dgn kt lain Zikrulmaut. ingat mati. ini bukti bhw semua yg hidup akan mrsai mati, dan jdikanlah kematian Us.Ashaari sebagai ingtan, bhw kalu kamu mnymbah Ashaari, semmgnya dia telah mati, tetpi yg kekal hidup adalh Allah SWT. Oleh itu smbhlah Allah, jgn mesyirikkannya…..Wallahua’lam.

  • buat dilla…tak takut ke kamu kepada dosa mmfitnah…buktikn bila masa kami menyembah abuya..berhujah guna rasulullah..awak tak jumpa ke hadis rasulullah tentang azab yg tuhan siap kan untuk penabur fitnh..selidik betul2 dulu..berckp jgn ikut nafsu

  • xhabis2 penipuan dan cerita dongeng al-arqam ni..mmg keje mrk ni dari satu cerita ke satu cerita yg lain..habis satu cerita, reka cerita lain…mereka ni seperti penyair yg disebut dalam al-quran والشعراء يتبعهم الغاوون ” dan penyair2 itu diikut oleh org2 yg sesat ” al-arqam adalah penyair yg pandai mereka2 cerita untuk mengkhayalkan pengikut2nya, orang2 yg mengikutnya atau yg percaya dgnnya adalah juga sesat..dah berapa banyak ramalan yg mereka buat sebelum ini..semuanya adala meleset dan sesat! dulu kata Ghaffar baba nak jd PM, tp xjd..pastu reka cerita dia disemadikan di maqam pahlawan..jd dia mati sbg PM..come on lah..penipuan ni xkan berakhir…skrg abuya ghaib..wahai! pengikut2 al-arqam yg ada akal yg waras..berfikirlah..bertanyalah kpd ulama’ yg thiqah..cukup2lah..bertaubatlah..berpijaklah di bumi yg nyata…

    • ramalan tak menjadi?..awak je yg tak nmpak..hati dah ditutupi dgn hasad dengki dan dendam kesumat..abuya dari zaman arqam dulu dah sebut akan ada antara ahli jamaah yg akan jadi musuh…kawan jadi lawan, lawan jd kawan..jelas terbukti…sgt ramai..mungkin awak pun salah seorang dari mrk..sy bukan nak ramal…tapi pasti akan ada nnti diantara musuh2 abuya ini yg akan jd 50% gila atau fully gila apabila abuya kembali nnti…tapi awak jgn risau…pemaafnya abuya sgt luar biasa..kerana dia adalh penyelamat dizaman ini…tinggal lagi kalau Tuhan sendiri yg nak menghukum kerana kamu2 ini terlalu biadap dgn orang NYA

  • Astaghfirullah!!!….buat rinduabuya, rupanya bangang betul kamu nih!!..perkataan sembah itu perlambangan saja, maknanya jgn memuja , taksub memlembu buta…itulah orang suruh mengaji, tapi asyik jual mjlah, kehulu kehilir berusrah, kitab tak juga dibaca…. cuba tjk bukti kitab apa yang ko orang pakai….asyik-asyik kata abuya, pastu kata umu jah…pastu cedok dari buku Ashaari….mana nas korang….Cuba lah bwk bertobat, tersiksa Almarhum kerana meninggalkan pengikut sebegini,… org nak bg nsht….yg dah pergi biar dia pergi, kita yg hidup nih yg kena trskan hidup, bykkan ibadah, baykkan tobat, apabila mati dah tak boleh buat apa-apa lg…itu sj.



    [quote="ahmadfares"]Sila pantau blog ini : [url]http://abuyaghaib.wordpress.com/[/url][/quote]