Tuesday, May 31, 2011

Di Petik Dari Sumber

Jangan Mudah Melenting Dengan KenaikanTarif Eletrik


Assamualaikum,
Selepas kecoh mengenai harga bahan bakar ron 97 yang dinaikkan, kini kecoh pula mengenai harga baru tariff eletrik yang bakal naik berkuatkuasa esok. Pembangkang mula mempolitikkan isu ini kononnya bakal membebankan rakyat. Mereka menuduh kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat bila menaikkan harga eletrik.
Tetapi tidakkah rakyat sedar bahawa kenaikan hanya melibatkan bil bulanan yang melebihi RM77 sebulan sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana, bil bulanan mereka tidak melebihi RM77 sebulan.
Ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa menjaga rakyat malah penggunaan di bawah RM20 sebulan adalah percuma.  Dengan memberi kelonggaran ini, kerajaan terpaksa menanggung kos RM122 juta setahun. Kenaikan yang diumumkan kerajaan ini tidak membabitkan 4.4 juta daripada 5.94 pengguna domestik.

shalehudin
.pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting

Baca ni baru kita tau penyokong Umno adalahmanusia paling bangang




Apabila bantuan kerajaan diberi kepada rakyat dan orang miskin,
 ia dipanggil subsidi. Tetapi apabila subsidi diberi kepada korporat 
besar, ia digelar insentif.

Pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
 perubahan istilah itu dibangkitkan oleh Menteri Tenaga,
 Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui untuk mempertahankan kononnya penjana kuasa bebas (IPP)
 tidak mendapat subsidi kerajaan.

“Biasalah mereka ini. Untuk orang miskin diberi subsidi,
 untuk orang kaya dikatakan insentif,” katanya dalam satu
 dialog tertutup dengan profesional muda pelbagai kaum 
di sini semalam.

Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan,

 beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif 
Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Ani Arope bahawa kumpulan 
IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu
 mahal.

Walau pun beliau bersetuju dengan pendirian Ani Rope menolak 
tawaran IPP yang tidak adil itu, kabinet yang dikuasai 
Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan 
untuk meluluskan desakan korporat-korporat gergasi 
berkenaan.

Menurut Anwar, syarikat IPP utama itu – YTL Corporation 
Berhad yang dimiliki oleh Yeoh Teong Lay, Genting Sanyen
 milik Genting, Tanjung (Ananda Krishnan) dan Malakoff
 (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – dijamin tidak 
rugi sama sekali jika berlaku kenaikan harga; yang terpaksa
 menanggung rugi adalah TNB.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak
 kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion 
setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, 
diesel dan gula untuk rakyat.

Thursday, May 26, 2011

Sakit jiwa atau Jiwa sakit?


Di Petik Dari Sumber




Pelbagai Keajaiban Manusia Akhir Zaman
 Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: zharifjenn

"Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat banyak dan nyata sekali. Kadang-kadang kita kurang peka untuk menilainya sehingga kita melihat semuanya dalam keadaan baik. Namun, bila kita teliti dengan mendalam, kita akan menjumpai banyak keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman ini. Keajaiban yang dimaksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik lainnya. Tetapi mengenai cara berfikir manusia di akhir zaman ini.




Berikut adalah sebagian kecil dari sifat-sifat manusia sekarang ini. Di antaranya :


Bila seorang ketua atau pemimpin melakukan korupsi berbilion dan bahkan trilion dollar, maka mahkamah dengan mudah mengatakan kes tersebut tidak mempunyai bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan (lemah), dengan mudah dia ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara, sedangkan mereka hanya mengambil sekeping roti, itupun kerana lapar.



Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya, di negara-negara Islam, maka dengan bersengaja orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan kepelbagaian menafsir ilmu agama.



Namun, apabila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten mengamalkan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak mampu berdakwah dengan hikmah, dan dicurigai sebagai seorang pengganas.



Apa saja yang dicatatkan dalam Quran, dengan mudah orang mempercayainya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.


Akan tetapi, apa yang tercantum di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Qur’an itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang tidak diragui lagi. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari setiap sudut ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan bahawa mengajarkan Al-Qur’an membuatkan seseorang menjadi pengganas.

Sebilangan besar masyarakat termasuk yang mengaku Islam, yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka tidak tenang dan mereka selalu menghadapai perbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para pemimpin mereka. Mereka masih boleh berkata : inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.

Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu adalah tidak sesuai di zaman moden, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat dan Allah tidak menzalimi hamba-Nya.

Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya.

Namun, jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang dicurigai, khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.


Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya.



Namun, apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Padahal yang menuduhya itu adalah para pendokong demokrasi, yang mempunyai prinsip setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.



Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.



Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya,  mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki.



Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.



Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.


Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah untuk mengasah bakat, kecerdasan dan kreativiti anak tersebut.


Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.


Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke negeri Islam khususnya di Paestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.


Akan tetapi, apabila kaum Muslim melawan Yahudi untuk mempertahankan Palestin, atau Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.



Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.



Namun, bila orang Palestin melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari keganasan tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel, atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari kerakusan pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Muslim.


Bila anak-anak Yahudi diajar perang dan menggunakan senjata untuk membunuh kaum Muslimin Palestin, maka orang akan mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri mereka.


Namun, bila anak Palestin belajar melomparkan batu menghadapi tentera Yahudi yang dilengakapi dengan kereta kebal dan senjata canggih lainnya ketika menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka melakukan kejahatan dan perlu ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Inilah sekelumit keajaiban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita menentukan yang baik dan yang jahat, atau kita akan menjadi korban keajaiban akhir zaman?

sumber :  Keajaiban Manusia Akhir Zaman

" 


Wednesday, May 25, 2011

Di Petik Dari Sumber

KATEGORI PRK MERLIMAU

Pas Dicabar Isytihar Mereka Ketua Kepada Pakatan Pembangkang

JASIN, 28 Feb -  Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohd Noor mencabar Pas untuk tampil membuat perisytiharan di Melaka bahawa mereka adalah pemimpin dan ketua kepada pakatan pembangkang atas prinsip parti yang memperjuangkan Islam.
Tegas beliau Pas harus menyahut cabaran ini dengan berani mengangkat pemimpin mereka Datuk Seri Hadi Awang sebagai ketua dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai timbalannya.
“Kita bagi tempoh hingga 6 Mac ini….kalau mereka isytihar kita boleh sokong mereka.   Tapi saya yakin Pas takkan berani buat, Pas takkan berani kerana mereka cukup takut dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh”, katanya ketika berucap di Dewan Serbaguna Merlimau Timur di sini.
Selanjutnya :http://umno-online.com

Di Petik Dari Sumber

Nik Abdul Aziz Nik Mat's Photos

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/249149_10150189459142592_358919387591_7509663_2671519_n.jpg

Pemuda PAS Kelantan berjanji akan terus berada dibelakang Tok Guru Nik Aziz 
demi memastikan Kerajaan Islam Kelantan terus bertahan dari Gelombang 
Laknat Merah!


:Kerabu Bersuara:




Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu
Hazayani Zakaria   
SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.


Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.


Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.


Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Monday, May 23, 2011

Sunday, May 22, 2011

Di Petik Dari Sumber




Menjawab tuduhan Khairy Jamaluddin


Beliau menuduh Melayu terbela di bawah Umno? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan Cina, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.
Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian  yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad  kalah menentang  Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan  dengan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah  CM Yusuf. 

Khairy juga salah fakta mengenai perkara  tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau menuduh Melayu terbela di bawah Umno? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan Cina, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang  membuktikan Umno gagal membela Melayu.
1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.
2. Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.
3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5. Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailand 270 kilometer.
6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki  ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka.  Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.
9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.  
10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.