Tuesday, October 28, 2014



HARI INI DI MAHKAMAH


APA DIA KES ANWAR IBRAHIM

Biar saya terangkan disini sajelas mungkin. Pekara ini telah berkali kali saya nyatakan. Disini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 - saya telah menulis pekara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang KES ANWAR IBRAHIM.

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim iniTIDAK – baca TIDAK - ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini BUKAN tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar dari dapat mempergaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya Kes Liwat Azizan 1998. Ini jugalah maknanya Kes Liwat Saiful 2014. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara mahkamah bertindak pada ahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan ajenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014. Azizan yang banyak bulu telah digantikan dengan Saiful Bukhari yang kurang bulu. Ini saja perbezaan hakiki.

Pada tahun 1998 - Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur – terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengkayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi TIDAK ada 'orang dalam yang berani pecah lobang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lobang.

Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah diserata pelusuk dunia. Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah Menteri Kewangan. Anak Lelaki Iskandar Kutty juga di kenali juga sebagai Mahathir Muhamad ketika itu ialah Perdana Menteri.

Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderong dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melungkupkan syarikat kroni dan juga syarikat Perkapalan Mirzan Cucu Lelaki Iskandar Kutty.

Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty disatu pihak dengan Tun Daim sebagai Panglima manakala Anwar Ibrahim disatu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.

Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampok kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang dikepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru - satu konspirasi dirancang untuk menangkap dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama Orang Melayu.

Maka muncul Jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur India Kaki Berbulu, pelacur Mexico. Semua ini hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan.

Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang TIDAKmengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong.

Jangan silap – saya tulis tentang Pelacur India Kaki Berbulu, jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur Mexico, pelacur Korea – bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media milik United Malays National Organisation. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998. Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika TIDAK yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada Arkib Negara.

Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah AnwarBUKAN meliwat pemandu kereta Wan Azizah bernama Azizan. Juga bukan jenayah meliwat Saiful. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gedrombolan Ketuanan Melayu.

Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.

Kenapa Anwar belot?

Dari segi pensejarahan - selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri. Ketika dipuncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.

Sebagai Mat Santa Klause, sebagai Pemegang Mohor Gula Melaka - Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis ' contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era ini – ZAMAN PINK FORM . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampok kuasa.

Pada awalnya ketika ditampok kuasa – Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikhendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.

Dasar ' bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini diulangi. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.

Disini saya ingin memberitahu bahawa MAHKAMAH wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga saperti SPRM wujud untuk membentras rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa Mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah.  
Dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden attau di Norway. Dalam buku, dalam kertas – memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Tetapi dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya' oleh Rosmah, oleh Najib , oleh United Malays National Organisation. Mahkamah di Malaysia tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas mengalakkan dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.

Biar saya beri tahu disini : 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila Peguam Pembela membuiktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..oppps... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.

Dalam kes liwat Saiful - lupakan tentang jubur Saiful tersumbat plastik selama tiga hari. Ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap Rosmah dan Najib sebelum membuat aduan polis. Apabila pekara ini dihebohkan media Najib telah menerangkan bahawa Saiful ini datang ke rumahnya untuk bertanyakan hal biasiswa. Najib berkata Si Saiful ini ingin belajar untuk menjadi juruterbang. Ini bukan fitnah Hisdhamuddin Rais. Ini laporan media.

Saya TIDAK akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan pada 28 dan 29 Oktober. Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang akan turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim pad a pagi 28 dan 29 Oktober ini. Salut.

Kepada kawan-kawan para Reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan:

Jika inilah harga yang wajib dibayar
Maka inilah harganya
Datanglah penjara tali gantung
Perjuangan ini tetap disambung - (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

Sunday, October 12, 2014

SATURDAY, OCTOBER 11, 2014







Keputusan fitnah 2 penentu halatuju politik Malaysia

(NADIA HANAFI)
JAPAN-MALAYSIA-CHINA-AVIATION-PILOT-OPPOSITION-ANWAR-FILESKUALA LUMPUR 11 OKT- Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui akhir bulan ini akan menentukan masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia.
Naib Ketua AMK Pusat, Fahmi Fadzil berkata, dalam jangka masa sebelum keputusan mahkamah diumumkan, seluruh media dunia akan memberi perhatian terhadap Malaysia untuk melihat sama ada demokrasi di negara ini semakin sihat atau bertambah tenat.
“Dalam dua minggu setengah yang akan datang ini, tatkala rakyat mendepani hari-hari harga minyak dan harga barang yang semakin naik tetapi gaji terus mendatar, berserta cukai GST yang bakal dimulakan April 2015, masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia akan ditentukan.
“Tatkala Bajet 2015 dan pelbagai Rang Undang-Undang yang mendatangkan kesan kepada nusa dan bangsa akan dibahas di Parlimen, Ketua Pembangkang mungkin akan ditamatkan hayat politiknya, yang secara langsung meneruskan hegemoni kekuasaan puak pemerintah yang bagai belum terjaga dari lena yang mengakibatkan bersuaranya lebih 52% pengundi di PRU13 yang lalu,” katanya.
Fahmi juga berkata, AMK telah memulakan kempen di media sosial rasmi AMK serta pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan reformasi dan memperjuangkan masa depan rakyat juga negara.
“Lebih seminggu yang lalu, AMK telah memulakan kempen “countdown” di media sosial rasmi AMK (Twitter: @amkmalaysia dan Facebook: https://www.facebook.com/amkeadilan) serta laman media sosial rasmi pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan semangat Reformasi dan perjuangan sejak lebih 15 tahun lalu yang perlu diteruskan, demi Rakyat dan masa depan negara yang lebih baik.
“Pengumuman mengenai kempen-kempen selanjutkan akan dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.
Katanya lagi, kita perlu bersedia, berdoa, bersabar dan terus istiqamah dalam menghadapi saat genting sejarah politik moden negara ini.
“Putrajaya, sedarlah bahawa Rakyat dan Dunia sedang memerhatimu,” katanya dalam satu kenyataan media.
Pada 28 dan 29 Oktober depan pendengaran rayuan keputusan penghakiman kes Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim akan diputuskan di di Mahkamah Persekutuan sama ada beliau terus bebas atau dimasukkan ke penjara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63292

Saturday, October 11, 2014

Cenangau Daunkari

Contoh bangang Dr. Mahathir menafikan kejayaan Tahaluf Siyasi PAS

 
Contoh Dr. Mahathir ni memang BANGANG pasainya kekalahan PAS di Kedah bukan pasai tahaluf siyasi tapi sebenarnya atas kelemahan jentera PAS sendiri yang berpecah sampai tahap tahap ada sabotaj dari jentera PAS sendiri. 

Sinarharian melaporkan:
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed diingatkan tidak membuka mulut atau mempertikaikan tahaluf siyasi yang dipelopori Pas kerana ia bukan bidang bekas pemimpin Umno itu.

Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan tahaluf siyasi adalah isu agama dan ia tidak sewajarnya dipermainkan oleh mana-mana pihak. - Sinar.
Juga dilaporkan:
"Sebab itu dalam isu ini, nasihat kepada Tun Mahathir, dia tak payah bercakap kerana bukan bidang dia dan isu tahaluf siyasi ini, isu agama yang rasa tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa saja," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam. - Ibid.
Sebelum ni Dr. Mahathir tulis dalam blog dia ulas 'kegagalan' tahaluf siyasi PAS. Walaupun pada aku apa yang Dr. Mahathir tulis tu tak kena tapi pada aku cara Ust Nik Zawawi 'belasah' Dr. Mahathir tu pun tak kena juga.

Tak sesuai kut dalam suruh Dr. Mahathir tutup mulut semata-mata sebab atas alasan tahaluf siyasi tu isu agama dan isu agama tu bukan bidang Dr. Mahathir.

Lebih sesuai kalau dia 'belasah' isi tulisan Dr. Mahathir yang cukup gunakan alasan bangang untuk menafikan 'kejayaan' tahaluf siyasi PAS.

Dewan Ulamak' patutnya gunakan 'ruang' yang Dr. Mahathir ujudkan ni untuk bagi pemahaman apa sebenarnya maksud Tahaluf Siyasi  dan apa pendekatan etika yang PAS guna dalam bertahaluf siayasi dengan DAP dan PKR.

Dr. Mahathir tulis dalam blog dia:
1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang Cina yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu - CheDet.
TG Hj Hadi dalam 'Amanat Hj Hadi' tak kata jadi kafir semata-mata sebab bekerjasama dengan orang kafir.
Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. - Amanat Hj Hadi -wikipedia.
Takdak pun kata kafir sebab bekerjasama dengan MCA atau MIC. Yang jadi kafirnya sebab bekerjasama untuk 'mengekalkan "mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir". Yang jadi kafirnya sebab bekerjasama "mengamalkan 'politik suku, agama suku'".

Kalau ada orang PAS yang mengkafirkan orang Umno macam yang Dr. Mahathir kata tu, itu sebab ahli PAS tu BANGANG kafirkan atas sebab yang tak betul.

Lagi satu, Ust Nik Zawawi patut 'belasah' contoh BANGANG Dr. Mahathir untuk menafikan kejayaan tahaluf siyasi PAS.

Dr. Mahathir jugak tulis dalam blog dia:
18. Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.

19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP. - Ibid.
Contoh ni memang BANGANG pasainya kekalahan PAS di Kedah bukan pasai DAP dan PKR tipu dalam tahaluf siyasi tapi sebenarnya atas kelemahan jentera PAS sendiri yang berpecah sampai tahap ada sabotaj dari jentera PAS sendiri.

PAS cuma boleh menang setakat 21 kerusi pasainya PAS bertanding dan kalah di kerusi yang pengundi melayu lebih 80%. PAS gagal tawan kerusi-kerusi tu dari tangan Umno pasai jentera PAS masih gagal yakinkan pengundi Islam untuk tolak calon Umno BN.

Undi ahli DAP dan PKR di hampir semua kerusi-kerusi tu tak siknifikan pun. Kalau PAS berjaya yakinkan majoriti pengundi Islam untuk tolak calon Umno BN, tanpa undi ahli DAP dan PKR pun PAS mampu tawan kerusi-kerusi tu.

Kalau ditengok pulak kerusi di sebelah pantai barat semenanjung yang PAS bertanding terutama kerusi pengundi bercampur contohnya macam kerusi Parlimen Kota Raja, sangat jelas calon PAS boleh menang dengan adanya tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

Friday, October 3, 2014







DI TV
saperti biasa tipu melayu
saperti biasa tipu orang ramai
saperti biasa rakyat
akan muncul hujah ini
akan ada mak cik bersyukur
akan ada pak cik gumbira
akan ada anee happi
akan ada ah seng tersenyum
kerana harga minyak di malaysia:

1- harga naik tidak jejas ekonomi
2- minyak di malaysia termurah
3- minyak di malaysia untuk rakyat
4- minyak murah dari singapura
5- minyak murah dari siam
6- minyak termurah di asean
7- minyak mahal di sweden
8- minyak mahal di german
9- kita ada brim
10- harga minyak dinaikan untuk
    mengurangkan kencing manis opps.. 
   ini skrip harga gula naik
- DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Apabila artikel ‘Kenaikan Harga Harang Ketetapan Allah’ muncul di saat rakyat sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi minyak oleh pihak kerajaan, majority rakyat memang tidak puas hati. Saya tidak tahu, apakah hasrat sebenar penulis berkenaan. Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan rakyat terhadap kerajaan ataupun meredhakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti. Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya. Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: ‘Kalau begitu pegawai-pegawai penguatkuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan Allah lah?!’ Ringkas, tapi penuh makna.

  Akidah
Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan. Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.
Nabi s.a.w mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu. Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin Allah. Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izinNYA. Namun, apa yang DIA izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan. Dia tidak redha kezaliman Firaun, tetapi DIA mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang diciptaNYA. Dia redha hamba-hambaNYA bersedekah, tapi bukan semua mereka DIA izinkan memiliki harta yang banyak, atas sistem alam ciptaanNYA. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik. Maka, DIA juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan dan keburukan.

Usaha 
Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para nabiNYA dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Firman Allah: (maksudnya) “ (ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam 23-25). Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya?! Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar?! Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah akan mengiringnya. 
Takdir
Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi s.a.w menyebut: “Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap ‘ini semua takdir’ lalu membiarkan penyakit merebak. Allah itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha mengatasi penyakit. Sabda Nabi: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim). Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H ketika mensyarahkan hadis ini memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh yang menyebut: Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair). Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah. Anggaplah itu ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Ada sebab musabah di luar dari kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri. Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok, ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu. Allah telah ingatkan (maksudnya) “Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195). Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itupun takdir, pembunuh mesti dihukum. Ulama tidak boleh bagitau mahkamah ‘jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir, Allah itulah yang menghidup dan mematikan’. Demikian jika ada yang dirompak dan dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya ‘terimalah sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan Allah’. Dalam Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan yang wajib ditegakkan. Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata: ‘masyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman’. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!’. Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: ‘semua itu takdir Allah?!’. Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela.

  Maksud Hadis Apabila anda faham teras-teras di atas, maka fahamlah maksud hadis Anas bin Malik, dia berkata: “Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani) Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara semulajadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang. Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak. Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding/sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang. Inilah yang sarjana seperti Ibn al-‘Arabi sebut: “Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.). senariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga barang yang ditetapkan penguasa. Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada Allah. – 1

 * Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Besar Perlis. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/allah-yang-naikkan-harga-barang-dr-mohd-asri-zainul-abidin#sthash.HnPuuI6K.dpuf

KENAIKAN HARGA BARANG DAN SIRAH RASULULLAH




Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)


Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.”
(Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya. Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.”
(Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.”
(Riwayat Muslim)

Thursday, October 2, 2014

Biaqpila™

CERMIN GELAP: JPJ,PUSPAKOM DAN KASTAM TOLONG BACA NI



BERIKUT SALAH SATU KOMEN MENARIK YANG DICEDUK DARI PAGE FACEBOOK JPJ BERKENAAN CERMIN GELAP:

KOMEN OLEH: Aaroniero Arruruerie

JPJ, Puspakom dan kastam under table.?Rata-rata kenderaan ini dibawa atau diimport masuk ke Malaysia daripada Jepun dalam keadaan bercermin gelap. Cermin gelap tersebut bukannya dilekatkan filem atau plastik, tetapi cermin itu memang jenis yang gelap yang dikeluarkan daripada kilang. Setiap kenderaan yang dibawa masuk ini akan melalui pemeriksaan JPJ terlebih dahulu di pelabuhan yang menjadi pintu masuk kenderaan import tersebut. Stesen verifikasi JPJ di pelabuhan akan melakukan pemeriksaan nombor indeks kenderaan, tahun pengeluaran dan beberapa pemeriksaan lagi terhadap kenderaan tersebut untuk memastikan kenderaan yang diimport mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Malaysia.Selepas segala prosedur dipatuhi dan JPJ meluluskan kemasukkan kenderaan tersebut, ianya diserahkan pula kepada pihak kastam untuk tujuan cukai.

Selepas segalanya selesai kenderaan tersebut barulah boleh dikeluarkan dari pelabuhan. Untuk keluar dari pelabuhan kenderaan tersebut sekali lagi akan lalu di depan mata kastam yang menjaga pintu keluar pelabuhan. Persoalannya disini, cermin gelap adalah satu kesalahan dan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, kenapa pihak JPJ boleh luluskan kemasukkannya ? Kastam pula kenapa boleh lepaskan kenderaan itu melepasi pintu pelabuhan walaupun cukai telah dibayar ?Tidak salah untuk saya mengesyaki wujudnya satu "MOU haram" antara JPJ, kastam dan pengimport kenderaan tersebut.Kastam mungkin akan menjawab bukan bidang kuasanya untuk menghalang kemasukkan cermin gelap kerana tugas mereka memastikan kenderaan yang dibawa masuk membayar cukai dan mempunyai AP yang sah. Betul...saya setuju.

Tetapi sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap negara, apakah salah sekiranya kastam melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang lebih atas ? Jika tugas kastam mengutip cukai, tidak perlulah lagi kastam menahan dan merampas dadah yang dibawa masuk di KLIA seperti yang selalu dilaporkan media. Kerana tugas tersebut adalah tugas polis. Tugas kastam adalah kutip saja cukai dadah, kemudian selepas dadah dibawa masuk tugas polis pula menangkap pembawa.Kerajaan sering menggalak rakyat melakukan khidmat sosial seperti melaporkan kejadian jenayah kepada polis, melaporkan kegiatan penyeludupan di sempadan, melaporkan kejadian rasuah kepada SPRM dan macam-macam lagi.

Malulah jika pihak yang ada kuasa seperti kastam tidak boleh melaporkan kepada pihak yang lebih atas tentang kesalahan yang wujud dan dilihat didepan mata mereka sendiri.Adakah ada sindiket disebalik kegiatan ini semua ? Kenapa saya berprasangka begitu ? Apabila kenderaan tersebut telah dibeli oleh pembeli, ianya perlu dibawa ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom penjual kenderaan akan menukar cermin gelap kenderaan tersebut kepada cermin cerah. Pembeli akan dikenakan bayaran sewa cermin cerah antara RM 500.00 ke RM 1500.00. Jumlah bayaran yang dikenakan berbeza mengikut model dan harga kenderaan. Jika kenderaan yang penjual untung banyak bayaran sewa cerminnya murah. Jika yang untung sedikit bayaran sewa cerminnya mahal. Selepas lulus pemeriksaan Puspakom dan cukai jalan telah dikeluarkan oleh JPJ, cermin cerah tersebut akan ditukarkan kembali kepada cermin gelap yang asal.Pembeli datang untuk mengambil kenderaan mereka di pusat jualan, mereka akan dapat kenderaan yang dibeli tersebut dalam keadaan cermin yang gelap. Kemudian apabila kenderaan berada di atas jalan raya, pembeli yang menjadi mangsa saman JPJ atau polis kerana menggunakan kenderaan yang bercermin gelap. Akhirnya pembeli yang menjadi mangsa. Adakah JPJ dan Puspakom tidak tahu kegiatan tersebut ? Mustahil ! Saya gerenti 100 peratus mereka tahu. Jangan bagi alasan waktu kenderaan tersebut melalui pemeriksaan Puspakom, cermin cerah, sebab itu kita luluskan. Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawab, JPJ jangan berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu kerja lebih. Bagaimana sesuatu peraturan atau undang-undang akan mencapai maksud jika pihak yang dipertanggungjawab tidak mahu berkerja lebih ?

Undang-undang atau peraturan dibuat untuk tujuan mendidik. Bukannya bertujuan untuk menghukum. Kata pepatah kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga dalam hal cermin gelap ini. Jika JPJ betul-betul nak bendung kenderaan yang bercermin gelap, atasi dulu masalah di pintu kenderaan itu dibawa masuk. Salah satu punca kenderaan lain di Malaysia menggunakan cermin gelap kerana mereka terikut-ikut apabila melihat kenderaan import terpakai 'boleh' bercermin gelap. Apa salahnya pegawai-pegawai atasan JPJ berbincang dengan pengimport-pengimport kenderaan dan Kastam tentang larangan membawa masuk kenderaan yang bercermin gelap ? Jika perlu pergi ke Jepun pun pergilah. Beritahu pihak berkuasa berkenaan di negara itu tentang larangan membawa masuk kenderaan bercermin gelap. Kita nak eksport barang ke negara luar pun kita perlu patuhi peraturan yang ditetapkan sesebuah negara.

Penjual kenderaan di Jepun hendak menjual kenderaan mereka kepada kita, jadi mereka perlu ikutlah peraturan yang kita telah tetapkan. Australia hendak menjual kambing kepada kita pun ada syarat yang perlu kita ikut. Pengimport atau pembeli kambing perlu ada rumah sembelihan yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kambing yang binatang pun ada syarat, apatah lagi kenderaan yang bercermin gelap yang melibatkan nyawa manusia. Orang Jepun kalau kita bagi peraturan dan syarat mereka akan patuh kerana mereka terkenal sebagai bangsa yang patuh pada peraturan dan berdisiplin.

Pernahkah JPJ pergi berbincang dengan pihak berkuasa berkenaan di Jepun ? Atau JPJ akan bagi alasan kita tak boleh bincang dengan Jepun, syarat itu perlu dipatuhi pengimport yang dari Malaysia ? Jika itu jawapannya kenapa masalah itu tidak selesai hingga kini ? Atau boleh jadi juga JPJ akan bagi jawapan yang paling dangkal, "pemilik kenderaan yang perlu tanggung risiko. Dah tahu salah kenapa beli kenderaan yang bercermin gelap ?" Jika itu alasan yang diberikan, lebih baik kita lepaskan sahaja dadah masuk ke Malaysia, kemudian kita bagi alasan "dah tahu hisap dadah itu salah , kenapa hisap dadah ? "Seperti yang saya katakan diatas, tujuan diwujudkan undang-undang atau peraturan adalah untuk tujuan mendidik. Bukannya untuk menghukum. Kata orang tua-tua nak matikan pokok biar daripada akarnya. Nak matikan hal cermin gelap, matikan dulu di pintu kenderaan import yang bercermin gelap itu masuk. p/s : Masalah ini telah lama berlarutan. Mustahil JPJ atau Puspakom tidak tahu perkara ini. Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Jadi adalah lebih baik sebelum pihak polis memburu kenderaan yang bercermin gelap, lebih mustajab lagi sekiranya pihak SPRM dapat menyiasat terlebih dahulu JPJ, Puspakom dan kastam.


SUMBER


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/10/cermin-gelap-jpjpuspakom-dan-kastam.html#ixzz3ExP5nkdt
Di Petik Dari Sumber 

KELAB GREENBOC 

    Kebenaran Itu Tetap Menang Mengatasi Kebatilan

Oct


[BERGAMBAR] Banjir Kilat Di KL, Salah "Langkah Kajang" Jugakah Wahai MCA?

Banjir kilat melanda di tengah bandar Kuala Lumpur petang semalam tatkala warga kota mula bergerak pulang dari pejabat.

Laporan dan gambar banjir mula terbit di media sosial selepas jam 5 petang semasa hujan turun dengan lebat kira-kira sejam.

Menurut akaun twitter Star Radio @mytraffic jalan yang dibanjiri termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, stesen LRT Jelatek dan terowong bulatan Cheras.

Sementara itu akhbar tabloid bahasa Melayu Kosmo, dalam tweet mereka menyatakan lebih 100 kenderaan rosak ditenggelami air di Jalan Pinang.

Jalan lain yang dilaporkan banjir termasuk Jalan Ampang dan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beberapa pengguna media sosial mengeluh kerana banjir kilat ini berlaku masa sama dengan kenaikan harga minyak tengah malam ini.

"Harga minyak naik, air banjir naik, kemarahan rakyat naik (tapi) ranking bola sepak tak naik.

“Semua salah (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim," kata tweet dari @DeeyaHazard yang merujuk kegemaran Anwar menyindir pengkritiknya yang selalu menyalahkan beliau dalam pelbagai perkara dan masalah.

Satu lagi pengguna Twitter, @beautifulnara menulis,"Sudahlah banjir, sekarang nak kena beratur untuk isi minyak. Dugaan."
ULASAN GB

Hari tu sibuk sangat MCA sebuah parti komponen BN menyalahkan kononnya "Langkah Kajang" menyebabkan banjir di kajang untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan wakil rakyat yang baru YB Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya,” kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin.

Ng mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.

Sekarang, di KL sendiri banjir, mana suara kamu? Apa langkah kerajaan Pusat? Siapa Datuk Bandar kamu? Mana Menteri Wilayah persekutuan yang bernama Tengku Adnan Tengku Mansor?

Lancang mulut kamu menuduh Pakatan Rakyat, sekarang terkena batang hidung sendiri, tahu pula mendiamkan diri dan membisu...

Malah jika dibuka kisah mengenai kejadian banjir lebih akrab berlaku di Kuala Lumpur berbanding Kajang!