Thursday, November 20, 2014

SOAL KECAMAN TERHADAP PENERAPAN SYARIAT ISLAM, INI JAWABAN SULTAN BRUNEI
Ketika Brunei Darussalam menerapkan hukum syariat Islam, beberapa kalangan langsung menyatakan penolakan. Tak terkecuali selebritas dan pengusaha kelas dunia. Mereka dilaporkan ramai-ramai melakukan aksi boikot. Salah satunya adalah sebuah yayasan feminis yang berkantor di AS juga ikut serta dalam aksi tersebut.
Tidak cukup hanya itu, para pengusaha dunia, selebriti, dan tak ketinggalan media-media Barat juga turut mengecam keputusan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah.
Lantas, bagaimana tanggapan dari Brunei, atau Sultan Brunei terkait hal ini?
“Kita bisa menemukan kelemahan pada hukum dan keadilan dan Anda mungkin bisa menemukan hal tersebut ada pada diri kami, namun ini adalah negara kami. Seperti halnya Anda yang mempraktikkan hak menjadi gay, mencaci-maki agama dan sebagainya. Untuk negara kami, kami mempraktikkan hak kami untuk menjadi Muslim sekarang dan selamanya. Ini adalah negara Islam yang mempraktikkan hukum Islam,” ujar Sultan.
“Mengapa Anda harus mengkhawatirkan kami? Mengapa Anda tidak mengkhawatirkan anak-anak Anda yang ditembak mati di sekolah, atau penjara yang tak mampu lagi menampung banyaknya narapidana, atau tingginya tingkat kriminal, atau tingginya tingkat bunuh diri dan aborsi, dan segala hal yang harusnya Anda khawatirkan di negara Anda? Sebagian besar agama juga mengecam homoseksual, itu bukan hal yang baru. Anda menyalahkan dan memboikot Muslim saat Anda mendengar Islam dan Muslim menyatakan kepercayaannya. Anda menyatakan bahwa itu keliru, itu bodoh, itu barbar,” tandas Sultan berapi-api.
“Sekali lagi, kembalilah pada diri Anda sendiri yang seharusnya Anda khawatirkan! Khawatirkan kebijakan Anda tentang legalisasi senjata api, aborsi, dan gaya hidup yang menyebabkan AIDS dan terputusnya generasi selanjutnya,” tambahnya.
“Mengapa Anda sangat perhatian sekali terhadap apa yang terjadi di sini dalam negara Islam yang Anda bahkan tidak membuka mata Anda terhadap apa yang terjadi di Suriah, Bosnia, Rohingya, Palestina, Mesir dan sebagainya? Ribuan orang terbunuh dan Anda tidak peduli sama sekali! Tidak ada satupun orang yang terbunuh disini di bawah hukum Islam ini. Bahkan saat ini Anda membuat omong kosong besar tentang Syariah Islam di negara kami, padahal saat ini penduduk kami mau menerima pemberlakuan Syariah Islam itu dengan damai.
“Kalaupun adanya hukuman yang mungkin lebih kejam dari sistem Islam bukan berarti hal tersebut sangat mudah untuk dilakukan. Ada proses panjang sebelum eksekusi hukuman. Kami setuju saja dan kami senang dengan hal tersebut, namun, sekali lagi, mengapa Anda perlu mengkhawatirkan kami? Khawatirkan diri Anda sendiri,” demikian Sultan.

Friday, November 14, 2014


Penghujahan hakim mahkamah Rayuan tidak munasabah



Penulis amat setuju dengan bekas Ketua hakim Negara Tun Abdul Hamid  Mohammad yang mengatakan hakim hakim mahkamah Rayuan yang memutuskan seksyen 66 undang undang jenayah Islam tidak sah, atas sebab sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala barat.

Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 memutuskan seksyen 66 tidak sah disisi perlembagaaan Negara kerana ia mendiskriminasikan  lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan indentiti jantina (GID).

Jika benar Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28  dan Wan Faizol Wan Ismail 30 lelaki islam yang dinyatakan itu mana mungkin mereka menghidapi kecelaruan indenti jantina(GID).

Mereka adalah lelaki Islam bukan “kunsa” yang mempunyai dua jantina. Apabila seseorang ada dua jantina, dibenar oleh Islam untuk mereka memilih salah satu dua pakaian, sama mahu memilih pakaian perempuan, mahupun pakaian lelaki.

Oleh kerana mereka adalah lelaki bukan kunsa dan dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah syariah negeri Sembilan dibawah seksyen 66. Maka penghujahan hakim mahkamah rayuan yang di pengerusikan hakim  Datuk Mohamad Hishmuddin Mohd Yunus sangat tidak munasabah.

Untuk memnguatkan hujah penulis,  penulis mengenali Muhamad Juzaili Mohamad Khmis bahawa beliau adalah seorang lelaki bukan kunsa yang menghidapi kecelaruan indenti ti jantina (GID) Beliau adalah seorang lelaki dan tidak menghidapi kecelaruan indentiti jantina.

Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Hakim Mohd Hishmuddin Mohd Yunus bahawa penguatkuasaan seksyen 66 itu akan meletakkan perayu perayu yang mengalamai (GID) terus hidup dalam ketidakpstian, kesengsaraaan dan rasa malu sangat tidak munasabah.
Mana mungkin seorang lelaki hidup dalam ketidakpastian, sedangkan dia bukan kunsa yang ada dua alat jantina. 

Mana mungkin seorang lelaki hidup dalam kesengasaraan. Mana mungkin seeorang lelaki rasa malu berpakaian lelaki. Sepatutnya mereka malu memakai pakaian perempuan, kerana dia adalah lelaki.

Sangat tidak munasabah hakim mengatakan seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu perayu untuk hidup secara maruah seperti yang dijamin oleh perkara 5 (1) perlembagaan persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat.

Betulkah seksyen 66 merampas hak perayu perayu sebagai anggota masyarakat. Sangat tidak munasabah kerana hak mereka sebagai anggota masyarakat tidak terjejas, malah hak mereka sebagai anggota masyarakat terjejas dan tak bermaruah apabila dia seorang lelaki memakai pakaian perempuan dikhlayak umum.

Thursday, November 6, 2014


Anwar imamkan solat Maghrib, ucap terima kasih kepada penyokong

(Oleh: Azuan Ab Rahman)
PUTRAJAYA 6 NOV: Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib dibawah khemah berhampiran  bangunan kompleks Mahkamah Persekutuan di Putrajaya sejurus selesai perbicaraan hari ke-7
Selesai mengimamkan solat Maghrib tersebut Anwar turut menyampaikan ucapan ringkas bagi menghargai penyokongnya yang setia berkumpul sejak awal pagi.
Anwar solatBeliau mengucapkan penghargaan kepada penyokong yang sanggup berpanas dan berhujan  bagi menuntut keadilan di negara ini.
“Mana nak cari yang sanggup berhujan dan berpanas. Saya teruk juga tetapi duduk dalam bilik hawa dingin. Ini panas dan hujan terus bertahan,” katanya disambut sorakan penyokong.
Terdahulu, ketika Anwar berjalan menghampiri penyokongnya sebaik keluar dari kompleks mahkamah kira-kira jam 7 malam, para penyokong melaungkan “reformasi”.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik ahmad dan timbalannya Dr Afif Bahardin antara pemimpin yang mengiringi beliau ketika keluar dari kompleks mahkamah tersebut.
Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung semula pada jam 3 petang Jumaat ini.