Monday, June 30, 2008

DI SEBALIK PERHIMPUNAN.

HIMPUNAN 6 JULAI - PERLU PERHATIAN

First sekali,apa yang aku akan tulis ni adalah satu pandangan aku,satu ramalan aku.Aku takde fakta nak menyokong dan takde pun fakta yang membantu aku buat ramalan ni.

Aku terkejut benar bila tengok berita kata ada lagi orang yang buat report tuduh Anwar sontot dia (aku gunakan sontot ganti liwat) Melihatkan mamat tu aku rasa member2 aku yang gay pun tak selera nak sontot dia.

Apa yang membuatkan laporan polis ni nampak sangat ada motif belakang2 ialah timing nya.

Timing bila mana seorang lelaki telah membuat laporan polis dia kena sontot.

Bukan kena rogol,tapi kena sontot.

Aku rasa dalam masyarakat kita ni banyak lelaki2 gay dan diorang bebas je buat apa yang diorang nak,cuma jangan la buat secara terbuka.

Timing report tu pelik.

Sebab takde angin takde apa,tiba-tiba keluar cerita Anwar sontot lelaki lagi.

Pada pandangan akulah,ada sebab kenapa laporan ni dikeluarkan sekarang 28 hb Jun 2007.

Seminggu sebelum perhimpunan rakyat menentang raksasa huduh.

Boleh kata hampir seminggu selepas Raja Petra membuat pengumuman sensasi mengenai kes gadis Mongolia dan Menteri Letupan Malaysia.

Pada pandangan aku,aku senaraikan secara kronologi,ramalan aku apa yang Pak Lah plan ialah :
1) Akuan bersumpah Raja Petra tersebar luas

2) Pak Lah,Najib,Jeanne dan Khairy Khinzir menafikan dakwaan

3) Sebagai taktik last resort,kerajaan pun menjadikan "musang dalam selimut" mereka iaitu Saiful@GayBoy yang telah diletakkan di dalam PKR sebagai alat mendakwa Anwar Ibrahim

4)Anwar akan melarikan diri/bersembunyi

5) Raja Petra akan ditahan akibat membuat hasutan palsu

6) Rakyat akan menjadi sangat marah dan mereka akan melawan segala dakwaan kerajaan

7) 6 Julai nanti Perhimpunan Rakyat akan menjadi satu medan luahan amarah rakyat

8) Akan ada mata-mata gelap yang ditempatkan di kalangan rakyat,tujuannya untuk menaikkan darah rakyat yang memang sedang marah

9) Berlaku tragedi dan rusuhan pada 6 Julai 2008

10) Kerajaan mengisytiharkan darurat dan negara akan ditadbir buat sementara oleh Majlis Gerakan Negara pada 7hb Julai,.

Kenapa darurat?

Sebab itu saja jalan yang ada oleh Kerajaan sekarang ini untuk menghentikan proses pertukaran parti oleh ahli-ahli Parlimen (kerajaan dibubarkan).

Mungkin rasuah dan sogokan wang dah tak berguna untuk memastikan Ahli-ahli Parlimen ni stay dalam BN.

Jadi,pada pandangan aku sekarang ni apa yang kita patut buat ialah:

1) Kita batalkan perhimpunan raksasa tu .

2) Kita duduk diam2 dan tunggu September (2 bulan je lagi)

3) Kepada pihak2 yang berkenaan,pastikan Anwar Ibrahim dan Raja Petra selamat

4) Jangan melawan kalau berlaku provokasi

5) Sabar dan tunggu sebab itu saja cara kita boleh selamat

6) Bagitau dekat orang2 yang tak tahu hal sebenar pasal kes Raja Petra dan Anwar Ibrahim


7) Sebarkan berita yang betul pasal kes GayBoy mangkuk ayun niSelamatkan Malaysia.


Jangan biar perasaan dan fikiran kita dikuasai.Teruskan berjuang secara senyap.

JIKA DSAI Di..........


"JIKA ADA APA-APA BERLAKU KEPADA DSAI, JANGAN BUAT RUSUHAN. INI PERANCANGAN MUSUH UNTUK NAK BUAT MAGERAN, GANTUNG PARLIMEN DAN KERAJAAN NEGERI. BERTENANG DAN SEBARKAN.

"Kita boleh abaikan jika kita mahu dan tak perlu bincang apa-apa lagi. Tapi kalau benar-benar terjadi, apakah perancangan kita?

Pengirim sms itu mungkin SB, orang-orang awam yang suka menyakat atau boleh jadi sesiapa sahaja yang mahu 'test market'.

Mereka cuma mahu melihat sejauh mana sms mereka itu membawa kesan kepada masyarakat.

Pengirim sms yang terawal itu pun tiada hak untuk 'memaksa' pembaca sms untuk mengikuti 'arahan'nya - bertenang dan jangan menimbulkan rusuhan dan rakyat biarkan saja Mageran (tentunya Najib yang mengetuai Mageran) memainkan peranan nanti.

Pedulikan soal sanad, siapa 'rawi' (periwayat) sms itu.

Perhatikan kepada 'matan' (isi), isi kandungan maklumat yang mungkin sedang menerjah ke dalam ruang telefon bimbit anda saat ini.

Jadi, apa pandangan anda? Dalam kesempatan ini, izinkan saya memberi pandangan yang mungkin anda tidak sukai.

Tapi, kita berbincanglah sementara ruang masih ada.

Ia ada kaitan dengan sepotong hadis yang menyebutkan:- (lebih kurang ...)"Jika ada dua kelompok pimpinan yang bertelagah, maka bunuhlah salah seorang daripadanya.

" Saya bukan ahli hadis. Jadi, siapa yang lebih arif dengan maksud sebenar harap dapat betulkan segera.

Tetapi, apa yang lebih penting ialah tafsiran ke atas hadis tersebut.

Bunuh pemimpin ini mungkin membunuh sehingga berdarah dengan menembak, memanah, meracun dan lain-lain.

Atau, mungkin boleh ditafsir sebagai 'membunuh' reputasi, menurunkan kekuasaan pimpinan yang berkuasa atau lain-lain lagi.

Dalam konteks 'perang' antara Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Anwar dan lain-lain pimpinan untuk merebut kekuasaan ini, kita lihat sudah lebih seorang yang berperang untuk mendapatkan kedudukan dan kekuasaan itu.

Mari kita namakan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai pihak yang akan menggunakan kekerasan untuk menumpahkan darah rakyat.

Semua ini ada asasnya. Abdullah pegang PDRM (polis). Najib kawal ATM (tentera).

Berdasar 'track' rekod sejarah, jiwa berontak Tun Razak yang menyusun rusuhan ke atas Tunku Abdul Rahman mengalir dalam jiwa Najib.

Mari kita andaikan Najib akan mencetuskan rusuhan ini.

Mustahil Abdullah cetuskan rusuhan. Abdullah lemah. Mustahil orang yang kerap tidur akan merusuh. Lagi pun, Abdullah tidak perlu cetuskan rusuhan kerana dia sudah menjadi Perdana Menteri.

Hanya orang yang ingin menjadi PM dan bakal PM akan mencetuskan rusuhan. Jadi kenapa Najib ingin membuat rusuhan kalaulah benar beliau ingin mewujudkan Mageran?

Pertama, Najib mungkin tidak percaya peralihan kuasa itu akan berlaku. Najib sendiri lebih tahu bahawa Pak Lah penipu besar. Bukan sekali dua Pak Lah menipu. Hakikat Abdullah menipu rakyat ini semua orang tahu.

Kita tentu ingat tentang tarikh pembubaran Parlimen. Jadi tak sukar untuk membuktikan bahawa Abdullah sememangnya seorang penipu.

Jika Najib tidak dapat menjadi PM melalui peralihan kuasa, memang inilah satu-satunya cara mudah untuk menjadi PM.

Najib tidak dapat menjadi PM melalui Perhimpunan Agung Umno kerana Abdullah sudah berikrar akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno. Dalam negara ini, Presiden Umno adalah Perdana Menteri Malaysia.

Belum lagi dipecahkan kepercayaan ini sejak dulu. Untuk menukar kepercayaan ini amatlah sukar. Sukar dipercayai bahawa Presiden PKR adalah PM, Presiden PAS adalah PM dan sebagainya.

Kalangan cerdik pandai sendiri menyatakan, kalau Anwar mahu jadi PM, maka tiada jalan lain lagi, iaitu beliau mesti masuk Umno.

Maka, usaha menolak tanggapan umum ini adalah suatu jihad akbar serta memerlukan manusia yang tegar istiqamah dengan perjuangan dan bukan pula seorang 'opportunist' seperti bekas TPM yang dipecat daripada Umno sebelum ini.

Kalau Najib berdegil merebut jawatan Presiden Umno, dan kalau dia kalah, hal itu membawa petaka kepadanya. Najib akan tersingkir terus.

Segala rahsianya yang tenggelam bagai kapal selam bersama Altantuya sebelum ini akan ditimbulkan oleh Abdullah. Dengan menggunakan kuasanya sebagai PM, Pak Lah mungkin mengorek sedalam-dalamnya kisah Najib seperti mana dibongkar skandal rasuah Yong (SAPP) dalam media sebelum ini ketika Yong berura-ura merancang membuat usul undi tak percaya kepadanya.

Dalam hal membunuh musuh politiknya, Pak Lah tak lemah.

Beliau cuma lemah mentadbir negara saja. Apakah perancangan kita jika berlaku rusuhan?

Kesimpulannya, jika benar-benar berlaku rusuhan, maka Najib mungkinlah dalang kepada semua itu. 80% atau 90% daripada keyakinan saya telah menyatakan sedemikian.

Tapi, apakah perancangan kita? Pertama, rakyat mestilah 'membunuh' Najib sebagai orang yang mencetus rusuhan ini.

Jika benar ada rancangan membunuh Anwar, maka Najib yang mungkin disyaki. Altantuya boleh dihilangkan, dibunuh dengan C4.

Apakah mustahil Najib yang bersifat hati kering itu tidak akan membuat onar lagi?

Sedangkan, C4 itu adalah peralatan ketenteraan.

Hal ini selaras dengan maksud hadis, 'kalau ada dua pimpinan bertelagah maka hendaklah dibunuh salah seorang daripadanya." Seruan hadis ini tertimpa ke atas rakyat setelah para pemimpin sudah pun korup dan tak boleh dipercayai lagi kejujuran mereka.

Pemimpin yang tak jujur telah membunuh institusi kehakiman, memperalatkan polis, tentera, media dan segala-galanya ini sudah tidak boleh diharapkan lagi. Jadi, memang tepatlah apabila hadis ini menyebutkan bahawa, ada ruang untuk 'membunuh' salah seorang pemimpin yang sedang bertelagah itu.

Dan, rakyat yang bijaksana tentu akan 'membunuh' pemimpin yang paling teruk itu. Saya cadang nama Najib.

Tak tahulah kalau ada cadangan untuk 'membunuh' Pak Lah atau Mahathir?

Tak apa. Kita bincang saja dulu. Memang Najib layak 'dibunuh' dan ada asas yang amat kuat untuk beliau dihukum 'bunuh' oleh rakyat jika terjadi rusuhan yang dicetuskan Najib itu. Ini kerana, Altantuya terbunuh, ada saham Najib.

Perlu ada hukum Qisas. Bunuh mestilah dibalas bunuh. Kedua, jika terjadi rusuhan, maka rakyat hendaklah bersatu dengan kuasa istana. Jadikan istana (Raja-Raja Melayu) adalah saingan kepada Mageran tajaan Najib.

Maka, Najib adalah penderhaka kepada istana.

Ketiga, lindungi 'kuasa keempat' (fourth estate) iaitu media seperti TV3, RTM, Utusan, NST agar mereka dapat melaporkan hal-ehwal rusuhan itu dengan seadil-adilnya. Jangan biarkan editor terganggu dengan panggilan telefon pihak-pihak Umno, pemegang saham syarikat media tersebut.

Baiklah, rancangan Shanghai Knights pun sudah tamat.

Ini semua terbatal jika rusuhan anjuran Najib itu tidak menjadi. Tetapi, kalau benar-benar hal itu bakal terjadi, maka harapnya kita semua serius membincangkan pelan perubahan untuk mencorakkan wajah Malaysia pada masa akan datang.

petikan/n2umno

Sunday, June 29, 2008

INI YANG KITA TIDAK FAHAM,MENGAPA ???




Lima peserta “peace walk” anjuran GERAMM telah ditahan petang ini.
Mereka berada di Balai Polis Dang Wang untuk siasatan lanjut.
Berikutan itu satu perhimpunan pada malam ini dihadapan Balai Polis Dang Wangi akan diadakan dan meminta orang ramai turut serta dalam perhimpunan untuk membebaskan kembali peserta-peserta.
Dalam laporan berkaitan, beberapa peserta yang ditahan mendakwa telah didera oleh polis dengan kesan lebam dan bengkak yang ketara.
Gambar-gambar sempat dihantar kepada pihak media GERAMM sebagai membuktikan kekejaman polis dalam menangani peserta “perjalanan aman”.

Saturday, June 28, 2008

Sila kita tunjukan sokongan kita.


1,000,000 di Amcorp

Sejuta?,
Mungkin kah dapat di himpunkan seramai itu?
Tidak!,kalau kita hanya mahu melihat dan mendengar,te tapi kita tidak ikut sama.
Sebelum ini pun,kita dapat melihat orang yg.datang ada lah orang yg.sama,atau lagi lagi muka tu..aje yg.
tak pernah tak ada.
Kita wajib ada sama, itu tanggung jawab kita.

Friday, June 27, 2008

Final:SPAIN JUARA.EURO-2008.







Kita pun tumpang menyebok,pasal Euro,.




Entah apa yang kita dapat,tak tau la.




Bola kita duk tahap tu aje,kita sendiri tak tidok,buat pening kepala,dan tu kat tempat kje,mengantuk sat sat keluak cuci muka,.




Ini semua buang masa,kut sembahyang tahjud ada lebih baik,dapat Pahala.




Pikiak pikiak la!!!!!! .



Note



Aku terperanjat,bila imam khutbah Jumaat tadi,mengatakan ayat yang hampir sama dgn apa yang aku tulis ini,.maka ada kebenaran nya apa yang aku rasa.



Smuge. Allah memberi pertunjuk pada ku.





Wednesday, June 25, 2008

HARAPKAN PAGAK.

Beras hancur ditambah bernilai RM1 juta dirampas

KUALA LUMPUR: Dua kilang padi milik Padiberas Nasional Bhd (Bernas) diserbu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana didakwa mengubah gred beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) membabitkan stok bernilai hampir RM1 juta.

Dalam operasi dijalankan pasukan penguat kuasa Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras kementerian itu, kira-kira 540 tan beras dirampas di dua kilang milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit yang juga pengimport tunggal beras di negara ini.

Operasi di Tanjung Karang, Selangor, semalam merampas kira-kira 470 tan beras, manakala 70 tan lagi dirampas dalam pemeriksaan di kilang Bernas di Anak Bukit, Kedah, Ahad lalu.

Katanya, bekalan beras itu dirampas selepas pemeriksaan mendapati bungkusan ST15 yang sepatutnya diisi dengan 15 peratus kandungan beras hancur, sebaliknya mengandungi sehingga 20 peratus beras terbabit.

"Bungkusan yang diubah gred sebenarnya itu bagaimanapun dijual mengikut harga beras ST15 peratus iaitu RM1.80 sekilogram.

"Pemeriksaan juga dilakukan untuk mengetahui mengapa Bernas menyimpan stok beras dalam jumlah yang besar di kilang berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu, sedangkan pengguna sering mengadu bekalan beras ST15 kurang di pasaran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed memaklumkan tindakan Bernas yang gagal memastikan 200,000 tan beras yang diimport dari Thailand bagi menambah stok penimbal tiba di negara ini mengikut jadual.

Daripada jumlah bekalan yang dipesan hanya 80,000 tan akan tiba akhir bulan ini, manakala 120,000 tan lagi pada Ogos ini.

Ketika ini, Bernas mempunyai stok simpanan beras 180,000 tan, meningkat sekali ganda berbanding 92,000 tan sebelum ini.

Pada Disember 2007 dan awal tahun ini, GLC terbabit didapati melanggar Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dengan membawa masuk 35,000 tan beras wangi dari Thailand bernilai lebih RM80 juta juga tanpa permit import (AP) diluluskan.

Beras itu terkandas di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor dan dalam kapal di Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah serta Pelabuhan Klang, Selangor membabitkan 16,000 tan beras untuk kuota import 2007, manakala baki 19,000 tan lagi untuk kuota tahun ini yang ditempah lebih awal.

Sebelum itu, kejadian sama dikesan pada Disember 2004, apabila Bernas dikesan membawa masuk 12,500 tan beras dari Vietnam tanpa AP hingga menyebabkan lambakan beras bernilai RM40 juta itu ditahan di gudang beberapa pelabuhan negara.

Mengenai operasi di Tanjung Karang, sumber itu berkata, pihak bertanggungjawab sedang menyiapkan laporan kes untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Bernas kerana mengubah gred beras yang melanggar Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992.

Tuesday, June 24, 2008

PAS JANGAN JATUH KALI KE DUA DI TEMPAT SAMA.

Saya mendapat tahu daripada seorang pimimpin PAS di peringkat pusat - yang mahu identitinya dirahsiakan .

"bahawa sekarang beberapa pimpinan PAS antaranya bekas naib presiden Mustapha Ali (pesuruhjaya PAS Terengganu dan pengarah pilihanraya), Dr Haron Taib (bekas ketua Dewan Ulama, kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden) dan Dr Haron Din (timbalan mursyidul am) sedang berunding dengan pimpinan Umno daripada kumpulan Najib Razak supaya PAS menyertai gabungan Barisan Nasional.

Hujah yang dikemukakan untuk mengabsahkan penggabungan ini: demi ketuanan Melayu.

Saya tidak nampak tentang apa yang dikatakan ketuanan Melayu tercabar selepas pilihanraya Mac.

Bagi saya, ia hanyalah perang saraf yang dimainkan secara halus oleh Umno untuk meraih keuntungan politik.

Dari segi jumlah ahli parlimen Melayu pun, jumlahnya bertambah berbanding penggal 2004.Justeru, di manakah relevannya isu ketuanan Melayu di sini?

Saya berasa khuatir kalau-kalau pimpinan PAS akan terpengaruh dengan hujah terbabit dan saya terfikir kenapa selepas pilihanraya barulah hujah berkenaan timbul, sedangkan sebelum pilihanraya ketuanan Melayu tidak pernah ditimbulkan terutamanya dalam siri kempen pilihanraya.

N2UMNO

Monday, June 23, 2008

AHLI PARLIMENT BERBASIKAL???


Ye ke! Saudara Zul(Kulim)Gobala(Padang Serai)&See Hoy Chen(PJ Selatan)
Buatlah asal ikhlas,tunjukan keprihatinan anda untuk rakyat yg.menderita


Spain berjaya mengalahkan Italy -sepakan penalti dgn Agg:4-2.

Saturday, June 21, 2008

KedahLanie..!!: MENDEPANI CABARAN - Hijau Kuning







Separuh masa kedua:
Kedah mendahului Selangor di separuh masa pertama: 2-1












Friday, June 20, 2008


Semangat kental pemain Turki di samping nasib membawa kemenagan.

Rusia sedia kekang Belanda

LEOGANG, Austria - Jurulatih Rusia, Guus Hiddink memberitahu, dia tidak menghadapi masalah kecederaan menjelang pertemuan menentang pasukan pilihan, Belanda pada aksi suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 awal pagi esok.

Sepanyol lega Itali tanpa Pirlo

NEUSTIFT, Austria - Jurulatih Sepanyol, Luis Aragones menganggap ketiadaan perancang utama Itali, Andrea Pirlo bakal memberi kelebihan kepada pasukannya apabila kedua-dua berentap pada aksi suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 Isnin depan


Petua Cannavaro sekat Sepanyol

BADEN, Austria - Ketika prestasi Itali pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 semakin menampakkan perkembangan positif, situasi yang sama juga terjadi kepada kapten, Fabio Cannavaro.


Ronaldo bakal tinggalkan United

BASEL, Switzerland - Cristiano Ronaldo mungkin meninggalkan juara Eropah, Manchester United untuk menyertai Real Madrid musim depan.

Schweinsteiger kembali mengamuk

BASEL, Switzerland - Pemain tengah Jerman Bastian Schweinsteiger menjadi pemain pertama pada kempen Euro 2008 dilayangkan kad merah.

Tiga bintang jadi sasaran Mourinho

SAO PAULO, Brazil - Pengurus baru Inter Milan, Jose Mourinho mendedahkan, dia merancang untuk mendapatkan bintang Chelsea, Frank Lampard, Didier Drogba serta tonggak Barcelona, Deco.

Kubica tidak kecil hati

PERANCIS - Pendahulu keseluruhan perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Robert Kubica mengakui, dia langsung tidak tersinggung dengan kenyataan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen baru-baru ini.

Selangor turun barisan terbaik

PERLAWANAN akhir Piala FA 2007/08 di Stadium Shah Alam malam ini bakal menampilkan kesebelasan terbaik skuad Selangor dalam usaha mereka menyekat Kedah daripada mempertahankan kejuaraan tersebut.

Gunakan peluang sebaiknya - Othman

"SAYA mengharapkan pemain muda Kedah tidak mempersia-siakan peluang terbaik mereka untuk menjulang piala kedua musim ini."

Keputusan muktamat KEDAH berjaya menjulang Piala Juara dengan kemenangan 3-2.TAHNIAH!!!!!!











Thursday, June 19, 2008

GAMBAR PROTES MINYAK DI SHAH ALAM-20/6/08







PROTES MINYAK di MASJID SHAH ALAM !!!
Jumaat ini [20/6/2008], selepas Solat Jumaat.

Sunday, June 15, 2008

HADIAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA





Untung sekarung rugi seguni masih mampu ketawa .




MB Kedah: Siapa kata kami tiada wang?
Muda Mohd Noor : Jun 19, 08 2:24pm
Kedah walaupun dianggap negeri miskin tetapi sehingga ini tidak mempunyai sebarang masalah kewangan kerana mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah, kata Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.
Katanya, beliau tidak melakukan perubahan secara mendadak, sebaliknya menyelesaikannya dengan keadaan kewangan semasa dan mengamalkan jimat cermat."Saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang dan tahu selok belok pengurusan.
"Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM2 billion, Perak RM800 juta tetapi Kedah hanya RM200 juta sahaja," katanya dalam temubual melalui emel sempena 100 hari menjadi menteri besar Kedah.
PAS mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri Kedah selepas menang besar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Azizan berkata, secara umumnya Kedah tidak menghadapi masalah kerana mendapat kerjasama baik dari istana, kakitangan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
"Masalah tetap ada tetapi tidaklah sehingga menggangu pentadbiran dan merunsingkan rakyat," katanya lagi.
Usaha turun cukaiAzizan berkata, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk memenuhkan janji pilihanraya umum lalu termasuk menurunkan kadar cukai dari 30 kepada 70 peratus bagi meringankan beban.
Katanya, kerajaan tidak lagi mengamalkan tender terus dalam pemberilan lesen dan projek, menyelesaikan masalah geran tanah dan menaikkan gaji guru agama.
"Kita juga menyalurkan elaun menteri besar dan anggota exco ke Tabung Amanah Tunku Mahmud, menguatkuasakan tindakan untuk membendung gejala keruntuhan akhlak, mempertingkatkan hubungan mesra dengan rakyat bukan Islam, membuka Pusat-pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dalam proses membuka di semua DUN di Kedah dan menyediakan suasana 'mesra pelabur' kepada para pelabur untuk menarik semaksimum mungkin jumlah pelaburan," katanya.
Berikut ialah petikan wawancara dengan Azizan.Soalan: Apakah janji-janji yang belum ditunaikan?
Apa yang masih dalam perancangan kita adalah seperti memperbanyakkan kemudahan awam termasuk pengangkutan, memajukan pasar besar di bandar tertentu, menyelesaikan masalah sampah dan memperkenalkan cuti bersalin 90 hari (ia memerlukan sedikit lagi kajian).
Soalan: Adakah kerajaan negeri menghadapi gangguan dari pemimpin-pemimpin BN dan Umno?
Jawapan: Kita tak pernah ganggu mereka, suasana sebegini bukan budaya politik di Kedah, jadi kita tidak akan ganggu mereka, kalau mereka nak ganggu, itu di atas pertimbangan merekalah.
Soalan: Apakah yang menjadi keutamaan kerajaan negeri berikutan dakwaan menghadapi masalah kewangan?
Jawapan: Siapa beritahu anda bahawa kami tiada wang?
Kita tidak menghadapi masalah kewangan, kita yakin dan percaya dengan pendekatan perbelanjaan secara berhemah kita boleh terus berbelanja untuk sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kedah.
Saya tidak berminat dengan perubahan yang mendadak, saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang, saya tahu selok belok pengurusan, kita selesaikan dengan keadaan kewangan yang kita ada, kita, kita berjimat cermat, Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM 2 billion, Perak RM 800 juta, kita Kedah hanya RM 200 juta sahaja.
Kita sudah potong belanja pengurusan sebanyak RM 10 juta iaitu 30 peratus dari peruntukan yang ada, ini adalah langkah berjimat cermat.
Kita juga telah kenalpasti kebocoran yang berlaku, kita sedang tampal, ini semua ke arah mengelak dari kita menghadapi kesulitan dari sudut kewangan.
Rakyat Patut Tukar Cara Hidup
email oleh Sebastianjoshuakepada pak lahR
PM kesayangan kusaya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari..
ade untung 21 sensaya tak pakai pon kete...
sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya..
dapat gak duit..
anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000..
ia terlebih cukup untuk keluarga saya..
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
tidak akan menggunakan gula...
tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi...
setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak
antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi caresemuanya kerna UMNO dan bn...
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol
kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway,
bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah..
tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..
kata bior pak lah senang, janji kami susah..
hidup UMNO, hidup bn..
sekian terima kasih..ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi..
dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi
pecah kaca, pecah gelas,sudah baca, harap balas.
Minyak: Lebih ramai jadi miskin
Jun 15, 08 5:38pm
Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi.
Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan.
Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".
Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.
"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.
"Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka.
Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan.
"Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah,".
Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.
Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari.
Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tinggi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan.
Menurut pengiraan 2005, garis kemiskinan bagi seluruh negara ialah pendapatan bulanan sebanyak RM691, manakala bagi Semenanjung jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini bagi keluarga yang mempunyai lima anggota.
Bagi meringankan beban golongan ini, Azrul Azwar mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada RM2 bilion yang diperoleh melalui langkah berjimat-cermat yang diumumnya baru-baru ini, diagihkan kepada golongan terbabit.
"Bukan bantuan dalam bentuk wang, Sebaliknya kerajaan perlu mengenal pasti siapakah yang tergolong dalam kumpulan ini dan membantu mereka dalam bentuk lain.
Penolong naib presiden jualan institusi, Alliance Investment Bank, Shahrul Kamal Ramli sependapat dengan Azrul Anwar bahawa semakin banyak rakyat Malaysia kini tergolong sebagai miskin berikutan kenaikan harga bahan bakar.
Shahrul Kamal berkata rakyat negara ini sepatutnya diberi peluang berkongsi kekayaan yang dinikmati oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau berkata seperti pemegang saham dalam syarikat senaraian awam, rakyat negara ini juga sepatutnya dibayar dividen berdasarkan keuntungan yang diraih oleh syarikat itu.
"Maksud saya ialah GLC yang kebanyakannya dimiliki secara penuh atau sebahagiannya oleh kerajaan seperti Petronas, TNB, patut memberi bonus tunai kepada rakyat.
"Tahukah anda bahawa di Singapura, kerajaan membayar bonus kepada rakyatnya?
Tahun lepas, setiap daripada mereka menerima sekitar S$700 atau RM1,800.
Shahrul Kamal berkata walaupun kenaikan harga setiap liter petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 menjejaskan semua orang, tetapi golongan miskinlah yang paling teruk menerima akibatnya.
"Mari kita lihat begini... seorang ada RM1 dan seorang lagi RM100.
Tambahan perbelanjaan sebanyak 20 sen bagi orang yang ada RM100 sudah tentu tidak seberapa kesannya, berbanding orang yang hanya ada RM1," kata beliau.
Beliau menambah, wang rebet yang diberi secara tunai sebagai ganti bagi subsidi tidak memberi manfaat kepada semua orang yang memerlukan bantuan kerana hanya mereka yang memiliki kenderaan layak menerimanya.
"Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan dan bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam?
Mereka tidak layak menerima rebet itu, sedangkan kenaikan harga bahan bakar memberi kesan yang pelbagai dan kumpulan ini juga menerima akibatnya kerana harga semua barang akan turut meningkat.
Shahrul Kamal juga mempertikaikan keberkesanan sesetengah langkah yang dilaksanakan kerajaan seperti kad fleet, yang pada pandangan beliau, boleh disalahgunakan.
"Pada masa ini, kerajaan belum menjelaskan formula yang digunakannya dalam mengira peratusan yang diberi oleh Petronas daripada keuntungannya.
Mereka hanya beritahu kita jumlahnya."Dalam hal ini, saya mencadangkan, mungkin kerajaan boleh menimbang menggunakan satu kuantum berdasarkan harga pasaran.
"Contohnya, kalau harganya AS$40 setong, mungkin Petronas patut bayar 40 peratus dan jika lebih AS$80, mereka bayar 75 peratus.
Saya yakin, jika ini dilakukan seperti yang sewajarnya, rakyat masih boleh menikmati harga bahan bakar yang tidak membebankan mereka," katanya.

Saturday, June 14, 2008

BANTAHAN DIHADAPAN ISTANA NEGARA

6 termasuk 3 Ahli Parlimen PKR ditahan di kawasan Istana Negara.


KUALA LUMPUR: Enam termasuk tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana enggan mematuhi arahan polis yang mengarahkan penyokong-penyokong Hindu Right Action Force (Hindraf) supaya tidak berkumpul di kawasan Istana Negara.

Ahli Parlimen yang terbabit ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), S. Manikavasagam (Kapar) dan Sivarasa Rasiah (Subang).

Tiga lagi yang ditahan ialah N. Surendran (penasihat undang-undang Hindraf), Salmah Ismail (Setiausaha kepada Zuraida) dan Loude Mary (aktvis Hindraf).

Polis telah membebaskan keenam-enam mereka dengan jaminan sendiri kira-kira pukul 12.40 tengah hari selepas keterangan mereka diambil.

Kanak-kanak turut menyertai perhimpunan tersebut sebagai simbolik.

Ketua Polis Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, polis terpaksa menahan keenam-enam mereka kerana menghalang polis menjalankan tugas yang mengarahkan ‘rombongan’ tiga buah bas yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak meninggalkan pintu masuk Istana Negara.

“Polis terlebih dahulu berbincang dan mengarahkan penyokong Hindraf yang berkumpul di hadapan Istana Negara agar bersurai. Namun mereka enggan berbuat demikian,” kata beliau pada sidang media di Balai Polis Brickfields hari ini.

Perhimpunan yang melibatkan seramai 15 orang kanak-kanak itu merupakan simbolik untuk menggambarkan bahawa kanak-kanak itu terpaksa menyambut sambutan Hari Bapa tanpa bapa masing-masing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kanak-kanak yang hadir membawa ‘teddy bear’ untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketika kejadian, kira-kira 60 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di luar Istana Negara.

Sebelum itu, kesemua kira-kira 70 orang penyokong Hindraf termasuk dewasa dan kanak-kanak berbilang kaum menghampiri kawasan pintu masuk Istana Negara sambil melaungkan ‘Daulat Tuanku’.

Menurut ACP Wan Abdul Bari, beliau difahamkan pihak istana tidak menerima sebarang surat permohonan atau pemberitahuan berhubung hasrat penyokong Hindraf itu untuk menemui Yang di-Pertuan Agong.

“Pihak Istana mengesahkannya. Mereka memaklumkan bahawa tidak menerima sebarang surat permohonan,” katanya.

Bagaimanpun keenam-enam mereka yang ditahan menegaskan bahawa mereka telah mengemukan surat permohonan kepada pihak Istana Negara berhubung perkara ini.



Sebuah parti komponen dijangka keluar BN - Ku Li

MENTAKAB 14 Jun - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini.

Bekas Menteri Kewangan itu bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar daripada BN itu.

"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-Cawangan UMNO Pahang di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Sementara itu, beliau secara terbuka menamakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gandingan paling sesuai baginya untuk bertanding pada pemilihan UMNO Disember ini.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding kerusi Presiden UMNO pada pemilihan itu bagaimanapun menjelaskan, keputusan muktamad untuk menentukan siapa regu terbaiknya akan tetap mengambil kira kehendak majoriti ahli parti sendiri.

''Pilihlah sesiapa sahaja untuk jadi timbalan saya tetapi Datuk Seri Najib lebih sesuai kerana beliau pernah bekerja dengan saya sebelum ini," katanya.


Mahkamah putus kerusi DUN Sanglang dikosongkan.

Dilulus terbit pada Wednesday, June 18 @ 11:46:17 MYT.

KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan.

Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan( Ustaz Hashim Jasin - pempetisyen)

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani ketika membuat keputusan itu bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi kawasan berkenaan.

Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian sudah dimansuhkan pada 2003.

Mahkamah bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan bila pilihan raya kecil akan diadakan.

Sebelum ini, ADUN Sanglang, Abdullah Hassan, dari BN memohon supaya mahkamah memerintahkan pilihan raya semula bagi menyelesaikan pertikaian itu manakala Hashim pula mahu beliau diisytiharkan menang.

Hashim diwakili peguam Mohamad Ariff Yusof mengemukakan petisyen pilihan raya mencabar keputusan pilihan raya DUN berkenaan yang diadakan pada 8 Mac lalu dengan asas berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.

Hashim tewas kepada Abdullah dengan perbezaan 149 undi.

Abdullah diwakili peguam K Jegathesan.


IMPAK SOSIAL KENAIKAN BAHAN API




Oleh NORHAFIZAH ABD RANI - kosmo

Bagaimanakah tekanan kos sara hidup mempunyai hubung kait dengan peningkatan kadar jenayah?

KENAIKAN harga minyak di pasaran antarabangsa menimbulkan fenomena yang membimbangkan di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali daripada menerima implikasi luar biasa yang tidak pernah diduga selama ini.

Bagaimanapun, dengan pengumuman kerajaan untuk menaikkan bahan api petrol sebanyak 78 sen kepada 2.70 sen manakala harga diesel melonjak RM1 kepada RM2.58, semua topik perbincangan ramai kala ini lebih terarah kepada tekanan ekonomi.

Masyarakat hanya memandang sudut ekonomi sehingga ramai yang melupakan seketika impak sosial dan pembangunan masyarakat di negara ini.

Menurut Pensyarah Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia merangkap Pengarah Pusat Kokurikulum di Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, fenomena kenaikan harga minyak ini merupakan senario luar biasa bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Ia memberi impak dan peranan dalam pelbagai keadaan.

"Masyarakat seharusnya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku termasuk kenaikan harga kerana ini semua telah dijangkakan," katanya.

Namun, cuba melihat dari sisi lain yang jarang diperkatakan ramai. Akui Mohammad Shatar, antara kesan sosial yang mungkin bakal didepani masyarakat tidak lama lagi ialah peningkatan kadar jenayah.

Sememangnya jenayah saban hari berlaku tetapi kadar jenayah dijangka meningkat berikutan kos sara hidup dan perbelanjaan yang tinggi memaksa individu cenderung melakukan jenayah seperti ragut, mencuri, menculik serta pelbagai lagi bagi memenuhi kehendak dan keperluan diri.

Teori Masalah Sosial yang diutarakan oleh Mohamad Shatar menegaskan, seseorang sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sesuatu yang diingini.

Katanya, jenayah hari ini bukan hanya melibatkan golongan yang tidak berkemampuan kerana dengan desakan hidup yang semakin menghimpit golongan berpendapatan sederhana juga mungkin terarah untuk terlibat sama.

Seperti yang diperkatakan oleh ramai pakar ekonomi, peningkatan harga bahan api dan kos hidup sekarang bukan hanya dirasai oleh golongan miskin, tetapi golongan berpendapat sederhana di bandar antara yang menerima tamparan hebat ini.

Lantaran itu, jika sebelum ini kita hanya melihat kejadian ragut hanya melibatkan golongan miskin atau mat rempit, tidak mustahil akibat desakan kewangan golongan berpendapatan sederhana mungkin turut terjebak sama.

Melihatkan isu yang melanda pada waktu ini sesiapa sahaja boleh melakukan perkara diluar fikiran andainya terdesak.

"Kesan lain yang dapat dilihat ialah kepincangan aspek sosial di kalangan masyarakat.

Masyarakat Malaysia sudah dimanjakan dengan subsidi.

Elemen memberontak dan tertekan akan menguasai individu kerana tidak dapat menerima hakikat yang berlaku terutama sekali bagi mereka yang berpendapatan rendah," ujar beliau.

Tegasnya lagi, masyarakat hari ini perlu bersedia dan keluar daripada zon selesa yang selama ini diberi oleh kerajaan.

Menurut Mohammad Shatar, untuk jangka masa yang panjang, apa yang berlaku di negara-negara maju, akan turut melanda masyarakat kita.

Obsesi kepada kerjaya, berlumba-lumba mencari kekayaan dan masyarakat yang lebih materialistik dan penting diri adalah antara situasi yang menyelinap dalam struktur sosial.

Dalam konteks keluarga pula, perhubungan dalam keluarga sama ada suami isteri, ibu bapa dan anak akan menjadi semakin longgar.
I

bu bapa yang mengejar kekayaan akan mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak kerana sibuk mencari wang.

Kesan yang paling besar kepada anak-anak yang memerlukan perhatian daripada mereka tentunya berisiko terlibat dengan pelbagai masalah sosial.

Jadi usaha kerajaan Malaysia bagi melahirkan modal insan dan mencapai tahap negara maju menjelang 2020 mungkin tergugat sekiranya impak-impak kenaikan minyak dan kos hidup ini ke atas sosial dan pembangunan masyarakat tidak diberi perhatian sewajarnya.






CUKAI JALAN


KUALA LUMPUR - Selepas segolongan pemilik kenderaan mula menerima rebat tunai mulai hari ini, para pemilik yang tidak termasuk dalam senarai itu pula bakal menikmati potongan cukai jalan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid, Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi beberapa jenis kenderaan persendirian diberi pengurangan bayaran berkuat kuasa 1 Jun lalu.

"Pengurangan sebanyak RM50 diberi untuk motosikal persendirian melebihi 250cc, manakala pengurangan sebanyak RM200 diberi bagi kenderaan persendirian melebihi 2,000cc serta jip dan pikap melebihi 2,500cc.

"Namun, pengurangan ini hanya untuk kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel dan ia didaftarkan atas nama individu warganegara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada 4 Jun lalu, turut memaklumkan pemberian rebat dan pengurangan kadar LKM bagi mereka yang layak, dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel.

Berikutan itu bagi kenderaan persendirian termasuk jip dan pikap lebih 2,000cc, cukai jalan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian kapasiti lebih 250cc, cukai jalan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum RM2.

Jelas Ahmad Mustapha, biarpun pengurangan cukai jalan itu berkuat kuasa 1 Jun lalu, pemilik hanya boleh mendapatkan kadar baru itu bermula 24 Jun ini di mana-mana pejabat JPJ, pejabat pos atau melalui kiosk/ portal My-EG.

"Bagi mereka yang memperbaharui cukai jalan pada 1 Jun hingga 23 Jun 2008 dengan kadar lama, bayaran semula perbezaan antara kadar baru dan lama boleh diperoleh dengan mengemukakan permohonan di mana-mana pejabat JPJ berdekatan.



Kereta enjin kecil pilihan rakyat?

KUALA LUMPUR 14 Jun – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan jualan kenderaan terutama kereta dengan keupayaan enjin di bawah 1.6 liter menjadi pilihan rakyat, ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, jangkaan itu sekali gus akan memberi kelebihan kepada pembuat kenderaan tempatan, terutama Perodua dan Proton untuk menjana jualan lebih tinggi.

“Saya fikir kenderaan besar seperti jip dan kenderaan pacuan empat roda akan mengalami penyusutan dalam permintaan, ekoran langkah pengguna dalam melakukan penjimatan,” ujarnya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas senario automotif negara selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak awal bulan ini yang menyaksikan harga petrol naik sehingga 40 peratus.

Mengulas lanjut, Aishah berkata, pihaknya akan menyemak semula unjuran jualan kenderaan di negara ini untuk tahun 2008 ekoran berlakunya kenaikan harga minyak dan dijangka membuat pengumuman mengenainya bulan hadapan.

Secara keseluruhan, jualan kenderaan di negara ini, dijangka menurun berbanding tahun lalu kerana rakyat tempatan terutama mereka yang bekerja makan gaji akan mempunyai perbelanjaan yang kian bertambah dan terpaksa menangguhkan hasrat membeli kereta baru.

Pada masa yang sama, MAA turut menjangka lebih ramai pemilik kenderaan akan memasang peralatan bagi menggunakan gas asli sebagai bahan api kenderaan sebagai satu lagi langkah berjimat-cermat terutama kenderaan dengan enjin berkapasiti besar.

Ditanya mengenai dakwaan mengenai bilangan kenderaan di atas jalan raya yang semakin berkurangan sejak harga minyak naik, kata beliau, perkara itu masih terlalu awal untuk dirumuskan dan kesannya masih belum dirasai.

Namun, ujar beliau lagi, MAA percaya lebih ramai pengguna kenderaan sudah mula beralih kepada sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja walaupun sistem tersebut masih belum menjalani proses penambahbaikan yang menyeluruh.

“Pengguna kenderaan juga rasanya sudah mula mencongak-congak untuk mengamalkan kaedah berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja dan berjalan kaki untuk ke tempat yang dekat seperti pasar dan kedai,” ujarnya.



Mudahkan kami guna motosikal
Rozmal Malakan Jun 12, 08 9:53pm

Kenaikan harga minyak kali ini memberi kesan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia termasuk golongan kelas menengah, profesional dan mereka yang berpendapatan sederhana.

Ada beberapa cara yang berkesan menghadapi kesan ini kepada mereka yang berulang-alik ke tempat kerja iaitu sama ada menggunakan pengangkutan awam, kenderaan berkuasa NGV (gas cecair), berkongsi kereta atau menggunakan motosikal.

Untuk menggalakkan penggunaan motosikal, kerajaan haruslah mengkaji secara serius kaedah pengeluaran lesen pemandu motosikal serta cukai jalan, terutamanya motosikal berkuasa rendah iaitu bawah 150cc.

Berikut beberapa cadangan agar lebih ramai menggunakan motosikal dan membantu rakyat menghadapi kesan kenaikan harga minyak:

1. Memansuhkan lesen memandu motosikal bawah 150cc.

Perkenalkan undang-undang kepada mereka yang mempunyai MyKad dan berumur atas 16 tahun agar tidak memerlukan lesen memandu.

Rasionalnya, sekarang di bandar-bandar, apatah lagi di kampung-kampung, di tanah-tanah rancangan, ramai remaja yang menunggang motosikal berkuasa kecil tidak mempunyai lesen memandu.

Lebih teruk lagi, jika di taman-taman perumahan, murid sekolah rendah diizinkan oleh ibu bapa masing-masing membawa motosikal dalam keadaan yang membahayakan.

Keutamaan larangan memandu tanpa lesen sepatutnya dikenakan kepada mereka yang di bawah umur, bukannya pekerja kilang, penoreh getah, buruh am dan seumpamanya.

2. Pemilik lesen Kelas D tidak perlu lesen motosikal bawah 150cc.

Sekiranya cadangan awal tadi tidak dapat dilaksanakan, kerajaan haruslah menimbangkan agar pemilik lesen kenderaan Kelas D tidak diperlukan mengambil lesen memandu motosikal bawah 150cc.

Rasionalnya, kebanyakan golongan kelas menengah, profesional dan mereka yang berpendapatan sederhana mempunyai lesen kenderaan Kelas D tetapi tidak mempunyai lesen memandu motosikal.

Sekiranya cadangan ini diterima, ia akan menggalakkan golongan ini untuk menggunakan motosikal ke tempat kerja.

3. Memansuhkan cukai jalan bagi motosikal bawah 150cc.

Jika kita perhatikan, sekarang ramai pekerja yang berpendapatan rendah, orang kampung, penoreh getah, mereka yang tinggal di tanah-tanah perancangan sudah bertahun-tahun tidak memperbaharui cukai jalan.

Sekiranya mereka hendak memperbaharui cukai jalan untuk mendapatkan rebat RM150 setahun, mereka perlu membawa motosikal mereka ke Puspakom untuk diperiksa.

Sekiranya mereka tinggal di pedalaman, di kampung-kampung, di tanah-tanah perancangan, tidaklah munasabah untuk memperbaharui cukai jalan semata-mata mendapatkan rebat itu. Justeru, disarankan cukai jalan bagi motosikal bawah 150cc dimansuhkan.

Untuk mendapatkan rebat RM150 setahun, cukup pemilik motosikal ini mendapat pengesahan di balai polis berhampiran bahawa motosikal mereka berada dalam keadaan selamat berserta dengan geran asal motosikal.

Yang penting di sini, kesedaran pemandu motosikal mengenai keselamatan di jalanraya serta sikap bertimbang rasa ketika memandu.

Pemilik motosikal haruslah mempunyai kesedaran bahawa memandu dengan cermat serta memiliki motosikal yang selamat membawa kebaikan kepada mereka sendiri.

Sementara itu, pihak berkuasa terutama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih boleh terus menjalankan operasi terhadap motosikal tetapi tidak perlu lagi bertanyakan cukai jalan dan lesen memandu motosikal bawah 150cc.

Polis dan JPJ boleh memberikan lebih perhatian akan aspek keselamatan, antaranya mereka yang memandu bawah umur, bawah pengaruh alkohol dan dadah, atau motosikal tidak mengikut spesifikasi.

Peliknya di Malaysia, terdapat mereka memiliki lesen memandu tetapi membawa motosikal atau kereta dalam keadaan yang berbahaya.

Sedangkan terdapat pula pemandu yang berhati-hati ke tempat kerja, ke klinik untuk membawa anak yang sakit disaman semata-mata tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan tiada cukai jalan.



Friday, June 13, 2008

BANTAHAN KENAIKAN MINYAK DI KAMPUNG BARU.KL



































































Lintas-lansung Demonstrasi Masjid Kampung Baru - Jumaat, June 13
3.15 petang Polis memberitahu, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.
Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dipercayai akan bersurai di situ.
3.00 petang Kumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS.
Mereka diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.
2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.
Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.
2.45 tengahari Ketua angkata muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."
2.37 tengahari Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama- Sogo dan duduk, berkumpul, di atas jalan.
2.30 tengahari Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.
Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.
2.23 tengahari Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
2.11 tengahari Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.
2.00 tengahari Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.
1.50 tengahari Keadaan sesak di dalam dan luar masjid sewaktu solat, dianggarkan kira-kira 3,000 orang.
1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.
1.00 tengahari Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian serta timbalannya Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di majlis Kampung Baru.
Turun hadir, ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.
Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi , susulan rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.
Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba , manakala sebuah trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudian.
Di ikuti empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU .
Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.
kira-kira jam
12.40 tengahari, 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.
Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.
Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa.
Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa., dan orang ramai boleh lalulalang di situ menuju ke masjid.
Sementara itu di kawan KLCC terdapat tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air ditempatkan di bahagian di belakang KLCC.
lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.
Semalam, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.
Polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.
Jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid).
Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.
Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.
Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan .
Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.
Kiriman pemudawilayah"Oleh Herman Samsudeen
Demontrasi Aman yang menghimpunkan pemuda-pemuda Pakatan dan rakyat pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya.
Iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat dalam dan luar negara terhadap kezaliman Barisan Nasional yang menaikan harga minyak.
Himpunan bermula dari Masjid kg. Baru kira-kira jam 2 petang dengan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bersama Hj. Mohamad Sabu, Ust. Idris, Syed Azman, Ust. Nuridah, Dr. Lo’lo’, serta Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin dari Angkatan Muda Keadilan.


PROTES DI SEREMBAN


Seremban : Sabtu 14 Jun 2008 Tepat jam 11.30 pagi seperti yang dijanjikan PROTES dan gabungan parti-parti Pakatan Rakyat telah mengadakan satu perhimpunan aman di perkarangan Terminal One Shopping Complex membantah kenaikan harga minyak secara melampau yang membebankan rakyat.
Pemimpin PROTES seperti YB Dr Hatta Ramly dan Cikgu Badrul telah hadir.
Pimpinan parti-parti pakatan rakyat telah dihadiri oleh YB Loke Siew Fook (Ketua Pembangkang / Pengerusi DAP NS), Saudara Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS NS), En Sabaruddin (Setiausaha PKR NS), YB P.Guna (Timbalan Pengerusi DAP) dan YB Hj Taufek Ghani (Ketua DPPNS / ADUN Paroi).
YB Dr Hatta Pengerusi PROTES Malaysia / Bendahari PAS Pusat sedang memberikan ucapan
Pemimpin terakhir yang memberikan ucapan adalah YB Dr Hatta.
Beliau mengucapkan terima kasih pada semua yang telah hadir beramai-ramai untuk menunjukkan bantahan kenaikan harga minyak ini kepada kerajaan BN khususnya Pak Lah.
Dr Hatta juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberikan kerjasama dan telah memberikan ruang kepada RAKYAT untuk menyuarakan bantahan secara aman.
Selepas itu YB Dr Hatta telah mengetuai perarakan RAKYAT yang berarak dari Terminal One Shopping Complex ke hadapan Bangunan UMNO NS untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati kerana UMNO/BN tidak prihatin dengan masalah rakyat.
Dalam isu minyak yang nyata dan terang telah menghimpit dan menyusahkan rakyat UMNO hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri tanpa suara dan langsung tidak mahu atau tidak ingin membela rakyat.
Cikgu Bard AMT PKR & AJK PROTES Pusat sedang menyampaikan ucapan yang berapi-api.
Dari Bangunan UMNO perarakan rakyat diteruskan sehingga ke stesen minyak Shell dan perarakan tersebut telah ditamatkan disitu.
Seterusnya para pemimpin dan demonstran telah bersurai dengan aman tepat pada jam 12.30 seperti yang dijadualkan.