Thursday, June 12, 2008

LANGKAH BERJIMAT

Jimat: Kedah beku 30 peratus belanja kerajaan .

ALOR STAR 11 Jun - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengumumkan pembekuan 30 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan campuran negeri itu sebagai langkah berjimat cermat.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah meluluskan RM484 juta sebagai perbelanjaan pengurusan dan sebanyak RM10 juta dapat dijimatkan dengan keputusan itu.

"Saya mahu semua agensi kerajaan negeri berbelanja secara berhemah dan perancangan untuk membina bangunan atau menukar perabot baru tidak akan diluluskan.

"Tetapi kita akan meneruskan projek-projek pembinaan yang sedang berjalan dan jika ada perkara yang mendatangkan kesan negatif kepada rakyat seperti jambatan runtuh, kita akan segera luluskan dana untuk membina jambatan baru," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurut Azizan, kerajaan negeri juga membuat satu polisi baru yang berkuat kuasa esok untuk membenarkan kakitangan kerajaan negeri yang berulang-alik ke tempat kerja untuk bertukar suka sama suka dengan rakan mereka.

"Sebagai contoh, ada kakitangan yang tinggal di Alor Star tetapi bekerja di Sungai Petani dan terpaksa berulang-alik setiap hari.

"Jika ada kakitangan kerajaan di Sungai Petani yang bersetuju untuk bertukar tempat kerja dengannya, maka dia boleh memohon dan pihak atasan bersedia untuk menimbangkan permohonannya," kata beliau.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk memotong elaun anggota Exco dan Menteri Besar namun berapa jumlah sebenar pemotongan itu masih dalam peringkat perbincangan.

"Boleh jadi lebih 10 peratus atau kurang daripada jumlah ini, namun pemotongan daripada elaun mana masih belum diputuskan,'' katanya.

Beliau menjelaskan, semua wang itu kemudian akan disalurkan ke Tabung Amanah Tengku Mahmud dan wang yang diperoleh daripada tabung itu akan digunakan untuk membantu pihak yang memerlukan.

Tambah beliau, tabung itu akan dilancarkan sempena Sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada bulan depan.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menghapuskan bayaran denda bagi mereka yang Kos sara hidup dan kos pengangkutan yang tinggi sekarang, kata Azizan, membuatkan hidup rakyat semakin tertekan dan langkah itu diambil untuk meringankan sedikit beban mereka.
terlewat membayar cukai tanah pada tahun ini.

No comments: