Sunday, August 26, 2012

Di Petik Dari Sumber

    PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

    Dengan penggunaan bahasa kasar, bahasa pasar, biadap serta maki hamun yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak. Jika tak boleh terima konsep blog ini, dengan segala hormatnya eloklah lu orang blah atau logout secepat mungkin. Agar ianya tidak menyakitkan hati. Atau berkemungkinan juga bakal membuatkan lu orang (pembaca) jadi gilababi, hilang akal, meroyan dan menyemak buatmenambahkan dosa di sini.
    Di sini takda bahasa sopan santun penuh beradab tertip lagi berhemah. Kepada SKMM, Polis atau mana2 bingai umno nak repot blog ini under Section 114A, lu orang tak payah menyemak kat sini... sebabnya fitnah2 takda kat sini, pi cari blog fitnah dari puak2 umno laknatullah... kat sana ramai beb... hahahaha..!!!! Tak puashati..???

    Tuuu... haaa... email gua ada kat sidebar tu..!!!!

Syaitannya Umno... hahaha..!!!!

Dalam kereta dengar radio dung dang dung dang... tiba2 terpacul satu iklan yang berbunyi..:

Wanita: Apa yang awak tahu pasal "Merdeka"..???
Lelaki : Negara kita bebas dari "Penjajah"..!!!

Lepas tu ada lagi pertanyaan dan jawapan... tapi lebih kepada bodek kerajaan BN jelah.... bangangggg... punya iklan..!!!!

Teringat pulak isu Merdeka tahun lepas di mana ada 3 ekoq keldai umnoporno yang sekoqnya bertaraf Profesor Emiritus dan 2 ekoq lagi bertaraf Profesor KangKong yang mengatakan "Negara Kita Tak Pernah Di Jajah".

Selagi negara ini ditakbir urus oleh Keraaaaa..jaan BN/UMNO, selagi itulah kita sebagai rakyat Malaysia ditipu oleh umno/bn. Mangkuk2 ayun yang berada dalam umno/bn adalah penipu dan pemutar belit sejarah.

Umno sebenarnya adalah talibarut Penjajah British, mendapat kemerdekaan atas ihsan British dengan perjanjian yang menyusahkan orang2 melayu sekarang ini. Kalau tak percaya itulah yang diperjuangkan dan menjadi lolongan Hasan Ali, Ibrahim Ali sekarang ini.... hahahaha...!!!!

Apatah lagi..., persekongkolan umno british dipersetujui oleh Sultan/Raja2 Melayu pada masa itu, demi mengekalkan kuasa dan gila takhta, diorang sanggup mengadaikan maruah bangsa kepada british... hahahaha..., kalau yang ini pun lu orang tak percaya... selusurilah sejarah Raja2 Melayu yang dok ada sekarang ini..., semuanya yang ada sekarang adalah Raja2 Kincing Kuat... iaitu Raja2 atau Sultan2 lantikan British... muakakakaaa...!!!!

Berbalik kepada definisi perkataan "Merdeka", untuk mendapatkan kemerdekaan mestilah terhasil daripada sebuah "Perjuangan"... dan siapakah "Pejuang-Pejuang Kemerdekaan" itu..???

Inilah wajah2 pejuang yang menentang "Penjajah"... dan bukannya umno. Malangnya akibat persetongkolan Sultan/Raja2 Melayu dengan British pada masa itu telah menjadikan "pejuang2" ini sebagai Pengkhianat dan Penderhaka. Memang jahanam puak2 tu semua... semoga mereka yang menjadi talibarut penjajah ditempatkan dalam neraka jahanam...!!!!

Jika umno zaman Dato Onn iaitu umno spesies barua british (penjajah) telah diharamkan pada 4 Februari 1988 , apatah lagi umno haramjadah yang ditubuhkan oleh Mahadeath Kutty pada sebagai "umno baru" pada 13 February 1988. So... apa yang anjing2 umno dok melalak sebagai kononnya dioranglah pejuang kemerdekaan...??? Yang gua tahu umno ini adalah sebuah Parti Rasis, Perosak Bangsa dan Agama Islam selama ini.

Kesimpulannya..., apa yang lu orang baca dalam senarai tokoh2 kemerdekaan yang ada menyebut nama2 tokoh dalam umno, itu semua adalah pembohong dan penipuan sejarah yang digarap oleh umno haramjadah. Tokoh2 umno adalah pengecut dan tarak teloq untuk angkat senjata menentang Penjajah.

Jadi apa yang umno dok menyalak selama ini adalah retorik sahaja, dengan bantuan internet kita kini dah tahu betapa jijik, kotor dan syaitannya umno selama ini bak kata mantan presidennya yang menubuhkan umno baru pada 13 Februari 1988 iaitu Tun Azazil ibni Tun Iblis San Miguel.

Oleh sebab itu rakyat Malaysia WAJIB menumbangkan Keraaaa..jaan Barisan Nasional dalam PRU-13 akan datang. Janganlah kita melantik Syaitan2 menjadi Peneraju Kerajaan Malaysia kerana kita semua sudah tahu bagaimana akan sifat dan perangai Syaitanseperti yang telah termaktub dalam Quran dan Sunnah.

Di bulan yang mulia ini marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Pejuang2 Negara yang telah berkorban nyawa dan terkorban dalam menentang Penjajah tanahair ini.

Dan marilah kita sama2 kencing kat kuburan talibarut penjajah.... muakakakakaaaa... ada berani ke...??? Gua nak pi kencing kat kuburan Sarjan Hassan, pasal dia jadi askar british lawan Jepang... hahahaha...!!!!

Nota: Siapa lawan British jadi "Pengkhianat"... hahahaha... siapa sokong British jadi"Pejuang Negara". British tu siapa eeekkkk....???? Orang umno mesti tak boleh jawap soalan tu kannnn...????

Friday, August 17, 2012


Perkauman Bangsa Cina: Daripada 270 penerima biasiswa, hanya 2 Melayu!!!
Posted on Thursday, August 16
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Analisis IsuOleh: setisab

"

Uniknya pemimpin Melayu


Di Malaysia, Sultan dan pemimpin politik berbangsa Melayu samada daripada Umno atau PKR berlumba-lumba menambat hati masyarakat Cina untuk meraih sokongan mereka. Ramai Cina di Malaysia yang kayaraya bukan kerana mereka rajin tetapi kerana mereka pandai berkawan dan pandai membodek malahan sunggup merasuah Sultan, Raja dan pemimpin Melayu yang sememangnya gilakan harta dunia!!

Bangsa Cina terkenal dengan sebagai satu bangsa yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat akhir mereka untuk menguasai ekonomi negara tercapai. Kesemua merekadi sini terdiri daripada kroni Umno dan mereka yang pandai membodek mana-mana Sultan yang mengkhianati Islam dan Melayu.

Di Singapura, negara yang telah diberi percuma kepada orang Cina oleh pemimpin Melayu Umno, orang Melayu Singapura kini didiskriminasikan. Daripada 270 penerima biasiswa Presiden, hanya 4 untuk orang Islam, termasuk 2 Melayu!! Buktinya di sini.

KEJAYAAN CEMERLANG: Adil menerima Biasiswa Presiden daripada Presiden Tony Tan dalam satu majlis di Istana semalam. - Foto KHALID BABA
Singapura: SEORANG pelajar Melayu yang cemerlang di peringkat GCE 'A' meneruskan pencapaian istimewanya dengan dipilih sebagai antara lima penerima Biasiswa Presiden tahun ini.
Encik Adil Hakeem Mohamad Rafee, 19 tahun, bekas penuntut Maktab Rendah Raffles (RJC), menjadi anak Melayu kedua dalam sejarah Singapura menerima biasiswa unggul itu.
Kali terakhir seorang anak Melayu terpilih bagi menerima biasiswa ini adalah 44 tahun lalu.
Encik Adil, anak sulung keluarga dua beradik juga merupakan salah seorang penerima Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) bulan lalu.
Biasiswa Presiden, anugerah terulung dalam bidang pendidikan negara, diperkenalkan pada 1964.
Ketika itu ia dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Negara tetapi ditukar namanya kepada Biasiswa Presiden pada 1966, menyusuli kemerdekaan Singapura.
Pelajar Melayu/Islam pertama yang pernah menerima Biasiswa Presiden adalah Encik Ismail Ibrahim pada 1968.
Beliau adalah abang Menteri Penerangan, Perhubungan dan  Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim.
Dua pelajar Muslim lain juga pernah menerima Biasiswa Presiden itu.
Mereka adalah Encik Abdeen Aziz Tyebally pada 1971 dan Encik Mikail Kalimuddin pada 2005.
Ketika ditemui, Encik Adil mengaku beliau "tidak sangka berjaya menerima Biasiswa Presiden ini."
"Dengan biasiswa ini, jangkaan orang ramai terhadap saya pastinya lebih tinggi tetapi saya berharap pencapaian saya dapat membanggakan masyarakat dan (saya dapat) berkhidmat bagi mereka," ujarnya.
Encik Adil adalah antara lima pelajar tahun ini yang menerima biasiswa itu daripada Presiden Tony Tan Keng Yam dalam satu majlis di Istana, malam tadi.
Encik Adil kini tersenarai sebagai di antara sekitar 270 penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Negara dan Biasiswa Presiden, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, dan Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Encik Chan Chun Sing.
Ditanya jika beliau bakal mengikut jejak langkah para menteri itu, Encik Adil berkata, beliau belum lagi memikirkan mengenainya namun yakin ingin berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
"Saya ingin membantu masyarakat dan dengan menyertai perkhidmatan awam saya dapat membantu mereka sebagai sebahagian pekerjaan saya dan bukan pada masa lapang sahaja," kata anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa itu.
Encik Adil belum membuat keputusan berkenaan universiti pilihannya kerana beliau hanya akan melanjutkan pengajiannya tahun depan setelah berkhidmat dalam NS bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama setahun.
Namun beliau merancang menceburi jurusan undang-undang di Universiti Cambridge di Britain atau jurusan ekonomi dan politik di Universiti Yale di Amerika Syarikat.
Sebaik pulang ke Singapura, beliau akan menyelesaikan baki tempoh NS sebelum diikat bon enam tahun dengan perkhidmatan awam.
Anak pasangan pengurus dan pengurus kanan di sektor swasta itu juga menempa nama sebagai pelajar terbaik Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2005 dan pelajar Melayu terbaik bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' tahun lalu.   

Tuesday, August 14, 2012


Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi…..

Terkini : Fitnah maha dahsyat blogger Umno Kedah

































KUALA LUMPUR: Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah.


Menurut blog http://kedahla.blogspot.com, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu.

Berikut adalah petikan ulasan daripada blog tersebut yang ditulis oleh Tok Senapi.


Apakah mereka sudah tidak sabar menunggu 'rakan-rakan mereka' yang sedang dirantai dibebaskan menjelang akhir Ramadhan? Maka mereka mengambil alih kerja jahat iblis syaitan untuk terus menyesatkan manusia dengan fitnah yang maha dahsyat ini?
Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu.

Mereka sangat percaya dengan falsafah Goeble Menteri Propaganda Hitler yang berkata, "Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai orang." Mereka langsung tidak takut azab Allah terhadap pemfitnah, pembohong, penipu dan penyesat umat manusia.
Mereka menyiarkan foto-foto lucah tanpa memikirkan kesannya terhadap akhlak masyarakat yang melihat foto-foto seperti itu.

Dalam kamus hidup mereka tiada halal, haram, dosa, pahala, mereka akan buat apa sahaja kejahatan asal dapat memuaskan kehendak juhalak nafsu para pemimpin atasan mereka yang memberi sedikit upah kepada mereka?

Kepada umat manusia yang membaca pendedahan perihal fitnah jahat blogger UMNO ini fikirkanlah... adakah golongan terkutuk macam UMNO ini layak kita sokong??? Waliyazubillahiminzalikk...Harakahdaily

Monday, August 13, 2012


Istana Kubang Kerian Catat Sejarah

CATATAN PERISTIWA 

Ketika timbul masalah Ustaz Azhar Idrus dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan, (mungkin disebabkan masalah teknikal) saya menyatakan kekesalan atas kejadian itu menerusi sebuah catatan di dalam blog ini.

Dalam catatan itu saya menyebut dan mempersoalkan kenapa masalah itu berlaku. Bagi saya Kelantan sebagai sebuah negeri dikenali dengan serambi Makkah tidak seharusnya timbul soal-soal sebegitu. Apa lagi dengan pembawaan dan keperibadian Tuanku Sultan yang dilihat jinak dengan agama tidak patut sama sekali kalau salah teknikal itu terjadi.

Sultan Mohamad Ke V, Tok Guru dan Nasaruddin khusus mengaminkan doa.
Ustaz Azhar dikatakan perlu memohon permit untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan. Saya persoalkan kenapa perlu memberi syarat-syarat ketat kepada Azhar untuk menyampaikan kuliyyahnya misalnya seperti diperlukan mengambil tauliah. Kata saya apa yang sepatut berlaku, Azhar tidak payah diminta mengambil tauliah sebaliknya Maik perlu memberi tauliah kepadanya. Kerja-kerja baik dilakukan Azhar perlu dipermudahakan bukan kena melalui banyak birokrasi.

Semasa salah seorang mediator Azhar di Kelantan menelefon saya memaklumkan perkara ini, saya menyebut kepada orang itu dan berjanji akan membela kerja-kerja Azhar itu. Saya juga memberi tahu orang itu, Ustaz Azhar tidak sepatutnya dihalang malahan dialu-alukan kedatangannya. Suasana di Istana Kubang Kerian itu juga perlu diubah dan diberi pandangan baru. Ditambah eksesori baru sesuai dengan jiwa dan keinginan Tuanku.

Kalau dulu istana itu boleh dibolosi para penyanyi dan penghibur dan berbagai masjlis keduniaan lain, maka hari ini sesuai dengan keperibadian dan syaksiyah Sultan Mohammad Ke V, maka istana perlu membawa masuk orang-orang seperti Ustaz Azhar. Istana adalah lokasi terbaik untuk menyemaikan benih dan menyuburkan sulur-sulur ad-deen.

Kata kepada orang itu, kita mahu tenguk istana Kubang Kerian bergema dengan ayata-ayat Quran, tahlil dan majlis-majlis penuh keberkatan serta tiada lagi bunyi-bunyian yang melalaikan berkumandang di sekelilingnya. Itu kata saya... dan pesan saya kepada orang itu perkara ini harus didoa dan dilakukan.

Alhamdulilah, apa yang saya idamakan itu telah menjadi kenyataan kini. Semalam telah berhimpunan ribuan rakyat di dalam Istana Kubang Kerian untuk sama-sama berqiamulai bersama Tuanku Sultan, Tengku Mahkota Kelantan dan para kaum kerabatnya berserta para pembesar negeri. Dewan Jubli Intan di istana itu penuh sesak sehinggakan ada yang terpaksa sembahyang di luar dewan. Kehadiran sungguh merujakan sekaligus menunjukkan bahawa menggunungkan kasihnya rakyat kepada Tuanku Sultan.

Semua pemimpin negeri diketuai Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir. Paling menggembirakan dan boleh menitiskan air mata rakyat yang berjiwa damai apabila Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga hadir. Kehadiran Mustapa ini memberi pengertian kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa Tuanku Sultan tidak pernah atau tahu mengasingkan rakyatnya mengikuti ideologi politik.

Peristiwa malam semalam ada sejarah putih dan indah bagi istana Kelantan khasnya dan sejarah juga bagi negeri Kelantan. Bagi Kelantan ia sejarah besar kerana mencatat permulaan itu yang belum pernah berlaku di lapan istana lain di negara ini. Unutk Tuanku Sultan sendiri adalah sejarah peribadi paling manis buat baginda. Ia akan dikenang selamanya oleh setiap lapisan rakyat hingga ke padang Mahsyar apa yang Tuanku perlakukan itu.

Sayang ... saya tidak sempat menghadiri majlis penuh keberkatan Qiam with me itu.  Bertuahlah setiap orang yang berada di istana dan berqiamulail. Semalam adalah malam kedua 21 Ramadhan, malam 10 malam terakhir yang diceitakan banyak membawa berkat. Sebagai rakyat Kelantan merasa bangga apa yang berlaku. Bangga memiliki seorang sultan yang prihatin dan mengambil berat terhadap agama. Mudah-mudahan saja semua orang yang berada di dalam istana malam tadi menerima tempias Lailatul Qadar bersama Tuanku Sultan.

Sejahtra Tuanku Sultan Mohamnaed di atas singgansana pemerintahannya. Sejuring hati dari mana-mana rakyat Kelantan tidak ada yang tidak berkenan dengan apa yang Tuanku lakukan. Semoga majlis-majlis kegamaan seperti itu lebih kerap lagi diadakan dan biarlah rakyat mengenali Istana Kubang Kerian sebagai istana tempat berhimpunnya orang-orang soleh.

Di sini saya cuplikkan beberapa keping gambar di sekitar majlis malam tadi dari album Fb sdr Zam Zamani Mohd Zzain. Semoga dengan pencurian gambar ini dimaafkan dan semua pahala terhasil dari tulisan ini saya harap diterima tuan punya gambar ini. Saya pohon banyak kemaafan kerana mencurinya, tanpa bagi tahu. [wm.kl.2:28 pm 10/08/12]

MB tiba ke Istana untuk diistana.
Orang kenamaan kelihatan Nasaruddin Daud dan Mustapa Mohamed.
Tok Guru Nik Aziz bersalam dengan penyambut tetatamu.
Ustaz Azhar sedang menyampaikan kuliyyah. 
Mustapa Mohamaed berbual-bual sementara menanti majlis bermula.
Abdullah Yaacob Adun Air Lanas antara wakil rakyat yang hadir.
Pemandangan dalam dewan Jubli Perak istana Kubang Kerian.
Hadirin mendengar kuliyyah Ustaz Azhar Idrus.
Tuanku bersalaman dengan rakyat selepas solat.
Di dalam penuh terpaksa solat di luar dewan.

Friday, August 10, 2012

Di Petik Dari:http://mediaperak.com
Fatwa tentang DAP: Tanda dalil dunia nak kiamat!
+3
0
  
Print Friendly

Dalil hari kiamat hendak sampai sudah kian nampak jelas. Apabila dunia sudah hampir hendak kiamat Tuhan akan menunjukkan dalil-dalil jelas tentang ketibaan kiamat itu. Dalil-dalil itu merupakan elemen atau kejadian yang songsang dengan keadaan dan elemen yang biasa dalam kehidupan umat dan makhluknya.
Sebenarnya dalil-dalil ini sudah lama dilihat oleh manusia yang celek agama dan ketuhanan mereka. Hanya kita tidak tahu siapa yang celek dalam segi ketuhanan kerana itu hanyalah berada dalam pengetahuan Tuhan yang maha Esa. Kita diberitahu oleh agama dan kitab-kitab kita yang unsur yang terbalik dari norma-norma biasa merupakan dalil-dalil tentang ketibaan kiamat.
Di antara dalil-dalilnya yang jelas ialah yang bathil itu bermaharajalela dan yang haq itu sentiasa tertindas di dunia ini. Perkara yang baik itu diambil sebagai perkara yang tidak baik dan jahat dan sebaliknya mana-mana yang jahat dan bathil itu dianggap baik dan diterima sebagai perkara dan tindakan baik. Perempuan berkuasa dan lelaki tunduk kepadanya. Itu adalah dalil yang telah kita lihat di hadapan mata kita sentiasa di akhir zaman ini. Disekeliling kehidupan kita seharian pada hari ini kita menyaksikan bagaimana perempuan mempunyai kuasa yang boleh menundukkan suami mereka.
Kita juga mendengar buah-buah akan berbuah di luar musim dan ini juga sudah menjadi perkara dan kejadian biasa sahaja. Dulu-dulu kita akan hanya mendapat memakan sesuatu jenis buah-buahan itu apabila sampai musimnya. Sekarang kita boleh mendapatkannya setiap hari dan waktu. Kita hanya perlu ada wang untuk membelinya.
Tetapi dalil yang paling jelas yang dunia akan kiamat ialah apabila timbul ulamak-ulamak songsang yang akan menyesatkan umat Muhammad di zaman sekarang. Memang janji iblis dan syaitan kepada Tuhan yang mereka (syaitan) akan berterusan berusaha untuk menyesatkan umat Muhammad.
Yang terakhir yang kita dengar serta lihat ialah satu fatwa yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ‘ulamak’ yang menyokong DAP itu adalah haram. Fatwa ini diperbesarkan oleh media arus perdana negara iaitu Utusan Malaysia dua hari yang lepas. Saya begitu terkejut dan sejurus selepas mendengar fatwa itu saya dihujani oleh ramai rakan-rakan dari utara ke selatan serta dari timur ke barat bertanyakan apa yang telah terjadi kepada negara kita kerana di negara kita pula menjadi tempat orang membawa dalil hari kiamat itu.
Saya hanya mengambil sikap rileks dan tidak mahu memberikan reaksi pada mulanya. Tetapi di atas desakan ramai yang menghubungi saya, saya terpanggil untuk memberikan komen ringkas dan memang pun saya menjadi tumpuan ramai rakan-rakan kerana saya adalah seorang ahli DAP sejak lapan bulan yang lalu.
Saya hanya hendak memberitahu seseorang yang beriman itu ibarat ikan hidup dilaut dalam. Ikan boleh hidup bertahun-tahun di dalam lautan yang masin tetapi ikan itu tidak masin. Tetapi sebaliknya jika ikan mati dimasukkan ke dalam laut sehari dua dan dijemur selepas itu ikan itu akhirnya akan jadi ikan kering masin kerana elemen masin sudah menyerap ke dalam tubuh ikan yang mati itu.
‘Ulamak’ yang mengeluarkan fatwa buruk itu merupakan seorang yang boleh digoyahkan dengan elemen sekelilingnya seperti ikan mati tadi. Apabila dihasut dan dipengaruhi oleh alam sekeliling yang jahat, maka dia pun memberikan fatwa buruk itu kerana kepentingan mereka yang berpengaruh yang berhampiran dengannya.
Saya telah katakan selalu, orang seperti saya hanya bertukar wadah dan bukannya bertukar akidah. “Ulamak” itu sepatutnya mengeluarkan fatwa tentang rasuah dan mencuri serta merompak wang dan harta rakyat secara terang-terangan yang dilakukan oleh pimpinan sekarang ini. Kenapa ‘ulamak’ bebal itu tidak memberikan fatwa yang mengharamkan bekerjasama dengan perasuah-perasuah ini? Kenapa pula ‘ulamak’ ini mengeluarkan fatwa yang tidak berdosa jika bersama MCA sedangkan MCA terang-terangan menentang hukum hudud dan berbagai-bagai lagi yang dilakukan oleh MCA selama ini.
“Ulamak” dari Tumpat, Kelantan ini, patut diberitahu yang seseorang itu, selagi ianya terus bertawajjuh kepada Rasulnya dan bertawassul kepada Tuhannya ia tidak akan boleh di alih dan di anjak keimanannya. Tetapi ‘ulamak’ ini lebih cenderung untuk bermain politik dan sanggup mengeluarkan fatwa yang gila itu, sahih telah dipengaruhi oleh pihak yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia terutamanya kepada mereka yang warak zahirnya. Iblis tidak takut kepada orang yang warak, tetapi iblis takut kepada mereka yang berilmu kerana mereka yang berilmu (alim) itu selalunya di iringi dengan keimanan yang tinggi.
Kerja-kerja seperti mengeluarkan fatwa seperti inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang rendah oleh umat manusia yang beragama lain. Orang-orang seperti ini dipergunakan oleh mereka yang terdesak dan sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak boleh diterima akal langsung itu.
Tetapi apa yang kita mesti awasi diri kita ialah untuk tidak menjadi sebahagian dari pembawa dalil ini kerana pembawa dalil itu merupakan kumpulan yang berdosa. Kita jangan terlibat dengan fatwa-fatwa politik ini.
Saya mesti memberitahu sesiapa yang ingin tahu yang tindakan saya meninggalkan UMNO ialah kerana terlalu banyak kerja-kerja kafir yang berlaku di dalam parti itu yang jelas bertentangan dengan Islam.
Kita mesti jauhi diri dari bersama dengan pihak yang terang-terangan mencuri itu kerana kita akan di samakan dengan mereka yang mencuri itu. Saya bukannya ulamak tetapi saya tahu kita tidak boleh bekerjasama dengan yang mencuri dan merompak harta dan wang rakyat.
Dalam musim pilihanraya mendatang ini kita harus waspada dengan fatwa-fatwa yang tidak berunsurkan kepada hakikat ketuhanan dan menyesatkan itu. Semuanya itu kerana politik. Ingat kita sedang hidup di akhir zaman. Yang bathil akan menghampiri kita dengan penampilan yang seolah-olah bercirikan yang haq.
Kita lihat dengan mata hati. Jangan tengok setakat menggunakan mata zahir kita… jangan kita butakan mata hati kita kerana menutup mata hati kita itu adalah pengakhir kepada hidup dalam keredhoan Tuhan.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/09/fatwa-tentang-dap-tanda-dalil-dunia-nak-kiamat/

Thursday, August 9, 2012




Haram dan berdosa sokong Barisan Nasional - Mufti Pahang
Posted on Thursday, August 09 @ 05:19:43 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

BeritaOleh: lipasmalas

"BACA laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.





Sudah terang lagikan bersuluh
, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud?

Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak berpaksi kepada realiti.


Baca seterusnya di : MiLo SuaM"
 


KAKI MELAWAN


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/08/haram-undi-dap-bukan-cakap-politik-tapi.html#ixzz231nqDlYR

Haram Undi DAP Bukan Cakap Politik Tapi Dalil Al-Quran.


Kenyataan bahawa haram dan berdosa kepada umat Islam menyokong DAP bukanlah suatu kenyataan politik kerana apa yang dinyatakan itu berlandaskan kepada dalil yang dalam al-Quran.
Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Ustaz Kamal Saidin menyatakan demikian bagi menyokong kenyataan pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah bahawa umat Islam tidak boleh menyokong mereka yang bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang Islam secara terang-terangan.
“Sudah jelas apa yang dinyatakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya menentang cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam di negara ini dan meminta Pas mengugurkan hasrat itu jika mereka ingin terus bekerjasama dalam pembangkang.
“Apa yang dinyatakan oleh Tok Guru Abdullah adalah berasaskan kepada ayat al-Quran dari surah al-Muntahanah ayat 9 :
 إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
`Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’
 Berdasarkan kepada ayat al-Quran itu jelaslan bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyokong mereka yang menentang Islam,” katanya kepada UMNO-online.
 Menurutnya, pemimpin Pas perlu sedar dengan apa yang dilakukan sekarang, jangan disebabkan terlalu taksub kepada politik sehingga mereka sanggup menafikan apa yang dinyatakan di dalam al-Quran. 

Petikan umno-online.

Terima kasih di atas penjelasan tersebut tuan yang arif agama. Disini aku nak tanya pula apa hukum dia jika umat islam mengundi mca pula? Rujuk bawah neh oke ;


Jika umat islam haram undi dap sebab karpal singh tolak hudud, maka adakah umat islam juga haram undi bn sebab mca tolak hudud dan menentang penubuhan negara islam? MCA dah banyak kali suarakan isu hudud dan negara islam.

MCA = DAP = orang bukan islam = menolak hudud = haram undi dan sokong. Betul?

Dan aku juga nak tanya apa hukum dia jika umat islam menentang / menolak hukum hudud itu sendiri? Adakah umat islam yang lain juga haram mengundi dan menyokong dia? 

Rujuk kat bawah neh ;

Guna dalil Alquran kan? So terpakai larh kan untuk kes di atas?

MCA tolak hudud = umno teman rapat mca dan selalu jek bersetongkol buat kerja2 haram di malaysia neh = haram undi bn. Betul?

DAp tolak hudud = pas teman tak berapa rapat dap sebab selalu bergaduh = haram undi dap tapi belum tentu haram undi pas.  Betul? 

Mohon penjelasan dari orang yang arif agama. Alquran dan Allah swt tidak bias. Harap2 orang yang arif agama pun tidak bias politik ek.

Tuesday, August 7, 2012


Haram jadah: 8 peneroka saman Najib

Khairil Abdul Rahim,
TEMERLOH: Seramai lapan orang peneroka dari sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana ungkapan menghina ‘haram jadah’ terhadap mereka.

Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan minta ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.

Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.

Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang dibuat di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara.

Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh.

Ungkapan bermaksud menghina itu turut menyuburkan perasan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda mengakibatkan plaintif telah dipulaukan, dicemuh dan menjadi sasaran berita negatif oleh media sepanjang agihan durian runtuh.

Akibatnya, kredibiliti, reputasi dan nama baik plaintif telah tercemar teruk dan dibenci ramai sehingga membuatkan plaintif membuat laporan polis pada 7 Jun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, melalui saman hari ini, plaintif menuntut ganti rugi am dan khas seperti mana ditaksirkan mahkamah, ganti rugi teruk, faedah lima peratus dan kos guaman.

Semua plaintif diwakili oleh peguam Mohd Harris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris.

Sementara itu Harris berkata, pihaknya akan menunggu untuk tindakan lanjut dalam tempoh 14 hari sama ada pihak defendan akan memfail mengenepikan saman atau meneruskan pebicaraan.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman turut hadir bersama kira-kira 50 peneroka menyokong tindakan saman ke atas Najib hari ini.

Mazlan berkata, jarang berlaku rakyat menyaman Perdana Menteri atas ungkapan bahasa yang kesat dan menghina jadi kes ini merupakan satu catatan sejarah, katanya.

Monday, August 6, 2012


Hangit Blog


SIAPA BAPA PERPECAHAN MELAYU?

Oleh: Musli Oli


Menurut Tun Mahathir, bangsa Melayu hari ini berpecah kepada tiga kumpulan: Pertama Melayu yang menyokong UMNO, Melayu dalam  PAS dan Melayu dalam PKR.
Kecuali Tunku Abdul Rahman, semua lima Perdana Menteri Malaysia, Tun Razak, Tun Hussien, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Sri Najib dilantik terlebih dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum  timbalan presiden UMNO. 
Setelah Tun Razak dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Tunku pada 1970,  Tun Razak memilih Tun Dr Ismail  sebagai timbalannya. Tun Razak menggunakan kuasa prerogatifnya memilih seorang timbalan yang pada budi bicaranya layak dan berkebolehan menjadi timbalan perdana menteri tanpa mengambil kira jawatannya dalam parti.
Dr Ismail telah bersara dari semua jawatan parti dan kerajaan pada 1967 dan berkhidmat dengan Guthrie. Bagaimanapun,  Tun Razak menjemput Tun Dr Ismail menyertai semula kabinet sebagai menteri KDN dan seterusnya timbalan perdana menteri. 
Tun Dr Ismail kemudiannya dipilih menjadi timbalan presiden UMNO dalam mesyuarat agong parti itu. Setelah Tun Dr Ismail meninggal dunia pada 1973, Tun Razak memilih Tun Hussien Onn sebagai timbalannya.
Tun Hussien Onn juga menjadi timbalan presiden UMNO setelah dia dilantik menjadi timbalan perdana menteri terlebih dahulu.
Tun Hussien Onn menjadi Perdana Menteri  Malaysia setelah Tun Razak meninggal dunia di London pada 1976.  Pemimpin Melayu yang dipercayai Tun Hussien Onn untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri  bukan dikalangan tiga naib presiden UMNO, Ghaffar Baba, Tengku Razaleigh dan Dr Mahahtir tetapi seorang AMT UMNO iaitu  Tan Sri Ghazali Shafie.
Ghazalie Shafie adalah seorang tokoh politik yang berpengalaman. Beliau terlibat secara langsung dengan Tun Razak ketika penubuhan Malaysia tahun 1963. Pengalamannya  sebagai Menteri Dalam Negeri dapat membantu Tun Hussien Onn menstabil negara. 
Pemilihan Tan Sri Ghazalie Shafie bagaimanapun mendapat bantahan daripada seorang Naib Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir memujuk dua lagi naib presiden, Tun Ghaffar dan  Tengku Razaleigh untuk mendesak Tun Hussien Onn membatal niat melantik Tan Sri Ghazalie.
Tun Hussien pada mulanya bertegas dengan pilihannya kerana kuasa melantik timbalan perdana menteri adalah prerogative penuh perdana menteri. Bagaimanapun setelah diiadakan pertemuan, Tun Hussien bataskan pilihannya kepada dua naib presiden, Tengku Razaleigh atau Dr Mahahtir. Walaupun Ghaffar Baba lebih senior jawatannya sebagai naib presiden, Tun Hussien tidak bercadang memilihnya.
Ada sumber mengatakan dalam pertemuan antara Tun Hussien, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh, diadakan satu gentleman agreement antara mereka untuk menjaga perpaduan parti dan bangsa Melayu. Dalam perjanjian itu, Tun Hussien  melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri dan jika sekiranya Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau hendaklah memilih Tengku Razaleigh sebagai timbalannya.
Tetapi apakah yang berlaku setelah Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri? Apa yang terjadi pada UMNO dan orang Melayu setelah Dr Mahahtir berada dipuncak kuasa?
Bertitik tolak pemilihan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO juga bermulanya perpecahan umat Melayu di Malaysia! 
Setelah Tun Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri, dia  tidak melantik timbalan perdana menteri. Sebaliknya kuasa memilih diserahkan kepada perwakilan UMNO untuk memilih timbalan presiden UMNO yang kemudiannya akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri.
Berdetik daripada pemilihan itu, bermulalah perpecahan orang Melayu dan UMNO! Bermula keujudan puak dan team dalam UMNO dan juga kelompok dalam masyarakat Melayu yang kemudiannya membawa kepada perpecahan yang lebih besar iaitu pengharaman UMNO dan kemunculan parti Semangat 46.
UMNO yang lahir diatas bangkai UMNO yang diharamkan adalah UMNO milik Tun Mahathir. Kerana itu Mahathir boleh keluar dan masuk UMNO sesuka hatinya. Zaman Mahathir menyaksikan UMNO berpecah kepada Team A dan Team B. kerana Tun Mahathir, dua bekas presiden UMNO, Tunku dan Tun Hussien Onn meninggal dunia diluar UMNO. 
Mahathir bukan sahaja menunjukkan kuasa diktatornya semasa berkuasa, malah setelah bersara, dia masih mempengaruhi keputusan politik dalam UMNO dan kerajaan. Bermacam-macam taktik digunakan mengugut pucuk pimpinan parti termasuk keluar dari UMNO semasa Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Tun Mahathir mulai menunjukkan rasa kurang senang dengan Tun Abdullah Badawi setelah pemilihan timbalan perdana menteri tertangguh selama 53 hari. Pemilihan Tun Abdullah Badawi sebagai pengganti Tun Mahathir adalah ‘bersyarat’ iaitu secara pakej, Adbullah sebagai PM dan Najib sebagai TPM. Itulah syarat Tun Mahathir kepada Abdullah Badawi.
Syarat itu sebenarnya telah melanggar kuasa prerogative seorang perdana menteri untuk memilih timbalan perdana menteri. Ada yang berpendapat, tertangguhnya pengumuman Najib sebagai timbalan perdana menteri kerana Tun Abdullah bercadang untuk memilih Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalannya bukan Najib.
Soalan saya, berpecahkah Melayu jika Dr Mahathir tidak pecat dan aibkan Anwar Ibrahim?