Friday, May 29, 2015

PAS Bersama PR, Umno Rugi Melayu Untung
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama PR, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.

Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa Melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada Umno. Selama ini pemimpin umno, menganggap Umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila PAS bersama PR ialah Umno.

Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi korporat, Melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulamak yang muttaqin. Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dato' Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang Umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan Umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin Umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang Melayu senang , pemimpin Umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut Dr Chua Saw Lek adalah bukti gagalnya Umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni Umno.

Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

Melayu untung apabila PAS bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan Umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus


Umno-PAS link may come at a price

Zainal Epi
The dominant partner in the BN coalition may face a dilemma if PAS accepts the hands of friendship.


KUALA LUMPUR: When Najib Tun Razak invited PAS to join Umno for the sake of religion and race, many Umno members waited patiently for PAS to reply.
Uppermost in their minds is: what if PAS accepts the Umno president’s offer and, at the same time, spell out conditions that may not benefit Umno or the Malays in general?
The core of Umno’s struggle is still to champion the Malay cause and strengthen Islam, while at the same time ensure fair distribution of the economic pie to all races.
However, in the course of its political evolution – from a Malay-based party to one embracing the interests of all races – the Malays have not only lagged behind in many areas of life but, worse still, are split, with three main political parties with different philosophies tugging at their loyalty.
Thus, the responsibility rests in Najib to unite the Malays so that they could better themselves in all fields of endeavour.
Extending a friendly hand to PAS is one way to rebuild the bridge of Malay unity.
An Umno leader, who wanted to remain anonymous, said that Najib’s offer was made out of sincerity, given that the political divide among the Malays has become serious.
He said that PAS, an Islamic party that has been around for more than 50 years, has never made much of an impact in the political arena except when Umno was embroiled in a crisis such as in 1988 when it broke up and when PKR was formed 12 years ago.
“Besides, PAS has never had a good run in any general election. So when the Umno president extended a hand of friendship, the Islamic party may see this as an opportunity to put a price,” he said.
But the question is, how much can Umno give away if PAS wants to bargain?
PAS, despite being an Islamic party championing Islamic ideals, is still a political party interested in gaining political mileage and worldly benefits.
Political survival is important to the party as it needs to prove to all, especially its allies in the unregistered Pakatan Rakyat, that it is a political force to be reckoned with.
It is the only party in the Pakatan that represents the Malays and Islam, while PKR is a multi-racial entity and DAP a multi-racial but Chinese-based organisation.

Political manoeuvring
According to some Umno members, the main worry is that PAS may ask for several seats and states in the coming general election, which means that Umno has to give some of its seats away.
“If this happens, Umno’s strength will be eroded as PAS may demand to contest in states like Kelantan, Terengganu, Kedah and some seats in Perak,” an Umno leader said.
“If Umno gives in, the backbone of the Barisan Nasional (BN) will be weakened.
“What will happen then? If Umno rejects the conditions, then PAS can tell the whole nation that the party truly wanted unity but Umno is selfish and insincere.
“This is one dilemma that Umno may face if PAS is to accept Umno’s offer of friendship in the name of Malay unity,” he added.
Given such a situation, Umno may have to go back to its members for endorsement if PAS puts “a price”.
Umno members at divisional level are wary of PAS’ political manoeuvring, if the “bargain” goes through.
Even a re-delineation of constituencies would not be of much help as PAS would still demand its so-called bastion states such as Kelantan, Terengganu, Kedah and parts of Perak, a divisional chief said.

“PAS is, after all, a political party whose leaders aim to lead the country and as such, Malay unity aside, the party is still thinking of survival and emerging as the dominant Malay-Islamic party,” he added.

Read more:http://www.freemalaysiatoday.com

Wednesday, May 27, 2015



SINAR ISLAM DI MOSCOW
Rusia Bakal Jadi Milik Islam-Paderi Besar Katholik Ortodok Rusia
Ini adalah satu berita yang mengejutkan dunia. Berita yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rusia.
Seorang Paderi Besar Katholik Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.
Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya sebagaimana Muslimin beritakan:
Lihatlah, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melalui mereka, kerana di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.
Lihatlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di suruh.
Dimana kamu boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kamu tidak akan pernah melihatnya.
Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.
Kamu tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk menghantarnya ke gereja di Moskow.
Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang miskin, dan anak-anak yatim.
Dengarlah pengakuannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.
Keikhlasan peribadi pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah atas tugas menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana kerjanya adalah sebagai pemandu.
Seorang Muslim itu lebih dekat dengan wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda tidak merasakan ini?
Bagaimana dalam proses penebusan dosa, semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa.
Lihatlah juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu. Sampaikan si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim itu setia menghantar dan menjemputnya.
Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan menjadi milik Islam. Hadirin lihat peribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian.
Anda mendengar bahawa Islam dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.
Walau mereka difitnah sebagai pengganas, tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia makin ramai berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para mualaf tahu betul bahawa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.
Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristian mengalami penurunan menjadi 18 juta, dan selebihnya adalah komunis.
Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Soviet Union majoriti Muslim iaitu Republic of Chechnya, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan and Dagestan. Lalu umat Islam telah merebak di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.
Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, sementara itu para jemaahnya masih terpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik juga mengagungkan orang Muslim.
Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “pengganas”.

Tuesday, May 26, 2015


3 hrs · 
Masha Allah, sangat dan tersangat baik hujah dan pidato Tuan Presiden kita!
[Khabar dari Parlimen]
Intisari Ucapan Perbahasan RMK 11 oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;
1. Beliau memulakan ucapan dengan meyebut peripentingnya muhasabah dibuat terhadap kesemua RMK yang sudah dibentang sebelum ini bagi mengambil iktibar, bukan sahaja atas kejayaan yang dicapai tetapi termasuklah kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbaiki.
Muhasabah itu penting agar kita telah syukur nikmat kepada bumi tanah air kita ini dan bukannya kufur nikmat sehingga tenggelamlah semua tanpa disedari akibat mengulangi kesilapan sehingga menjadi lebih parah.
2. Segala indeks, angka dan statistik yang dibaca hendaklah berpijak di medan rakyat secara nyata, bukan atas kertas sahaja. Pendapatan tinggi yang tidak saksama dengan kadar inflasi adalah ukuran yang tidak tepat dan menipu diri sendiri.
3. Adakah kita sudah mampu berdikari tanpa bantuan dan hutang atau kita masih berharap bantuan pihak lain dan dibebani sehingga tidak mampu diatasi..?
Kita masih meneruskan amalan riba yang telah merudumkan ekonomi liberal kapitalisme atau seperti negara bekas sosialis yang mengabdikan rakyat atas nama membela rakyat tertindas.
4. Masalah kemiskinan, penggangguran yang ditampung dengan pekerja asing bukan rakyat sendiri, bergantung kepada cukai yang membebankan seluruh rakyat, masih ada negeri, daerah, kampung,dan pedalaman yang terpinggir dari kemudahan asas, ini semua adalah perkara yang wajib dilihat dengan adil dan berterus-terang. Hubungan Pantai Timur dan Pantai Barat, Malaysia Timur dan Malaysia Barat memerlukan kecanggihan bagi merapatkan jurang antara satu-sama lain.
Contohnya, Lebuhraya Simpang Pulai-Gua Musang-Terengganu, Lebuhraya Rompin-Negeri Sembilan, Lebuhraya Timur-Barat begitu juga hubungan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah-Sarawak yang perlu didekatkan agar hasilnya dapat digabungkan dan diseimbangkan.
5. Budaya bergantung selamanya kepada Kerajaan perlulah diubah. Masalah ini tidak selesai kerana budaya memberi ikan bukannya mata pancing. Cukai GST diperkenalkan bukti kegagalan menguruskan hasil tanpa cukai, pengurusan kewangan yang lemah akibat boros dan salahlaku.
Kebergantungan kerajaan kepada Government Link Company (GLC), bukannya cara yang baik kerana ia akan membantutkan perkembangan ekonomi rakyat disebabkan berlaku persaingan yang sentiasa memenangkan kerajaan berbanding rakyat.
6. Ibnu Khadun sudah pun menyebut: "penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi boleh membawa keburukan."
Campurtangan melampau kerajaan mengikut Teori Komunis dan Sosialis telah menghancurkan negara besar sehingga terpaksa melalukan pembaharuan berasaskan ekonomi bebas yang melahirkan pula tokoh kapitalis daripada pemimpin dahulunya pendukung Komunis dan Sosialis.
7. Tema RMK 11 "Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat" gagal tanpa kejayaan pembangunan insan kerana tidak mengikut acuan Allah. Agenda pembangunan insan adalah kunci kejayaan ummat dan negara, yang mengikut fitrahnya iaitu jasad, ruh dan akalnya. Keseluruhan teori ciptaan manusia hanya melihat aspek jasad,yang tidak seimbang dengan akal dan terpisah daripada ruh, menjadikan kebendaan adalah matlamat, bukannya alat bagi memakmurkan bumi maka manusia itu tenggelam menjadi hamba kepada kepentingan kebendaan.
Ini adalah punca kejatuhan tamadun negara yang paling maju dalam lipatan sejarah hanya tinggal kenangan dan mewarisi peninggalan lambang kezaliman terhadap rakyat walaupun hebat bangunan dan kotanya., sumber manusianya mati ditelan bumi dihumban ke neraka serta dikutuk sejarahnya.
8. Ibnu Khaldun menyebut, "manusia makhluk bertamadun, masyarakat madani boleh menhasilkan pelbagai pekerjaan hasil daripada dirinya dan sumber sekeliling." Contohnya, daripada satu keperluan makanan, bukan sahaja memerlukan pertanian, bahkan mewajibkan adanya industri dan perdagangan, pengangkutan dan jentera yang akan menumbuhkan peluang pekerjaan akan memajukan di mana sahaja bumi kita berpijak dengan syarat diurus dengan bijak dan baik tanpa ada penyelewengan dan kebocoran.
Golongan penasihat kerajaan mestilah ikhlas,berilmu, beriman dan budiman, bukannya hanya tahu mengampu dan memuji setiap masa.
9. Pelaburan asing yang tidak memberikan pulangan pindahan teknologi bagi mencapai negara maju, kerana pelabur yang bakhil ilmu tanpa meraikan tuan rumah, dan lebih mengundang tenaga asing daripada tenaga tempatan. Kita tidak boleh hanya menjadi pengkalan ekonomi bagi negara besar, dahulu kita pernah menjadi pengkalan keselamatan mereka ketika zaman penjajahan Perang Dunia ke 2 dahulu.
Dalam peperangan dahulu 60 % yang menjadi mangsa adalah negara yang dijajah sedangkan rakyat negara penjajah hanya 40% yang menjadi mangsa. Itu dalam peperangan, dalam ekonomi kita juga akan menjadi mangsa jikalau tidak berwaspada. Lebih parah apabila kita dijemput menyertai gagasan mereka, sekadar menjadi khadam bagi memulihkan krisis yang dialami mereka. Kerjasama antara negara itu penting tetapi faedah yang diperoleh itu perlulah secara bersama bukannya sebelah pihak sahaja.
10. Warisan penjajahan yang meminggirkan Pantai Timur dan Malaysia Timur hendaklah dihapuskan kerana negeri-negeri ini kaya sumber buminya tapi rakyatnya masih miskin dan dipinggirkan apabila dibandingkan dengan Pantai Barat dan Malaysia Barat. Hentikanlah permainan politik yang melampau, jadikan penyelesaian tanggungjawab secara holistik bukan hanya ketika pilihanraya umum dan pilihanraya kecil sahaja.
11. Perdana Menteri ada menyebut ayat Quran ketika ucapan pembentangan RMK 11 bahawa Allah yang memiliki segala-galanya, dan Allah yang terbaik. Apabila disebut itu, maka kita perlu balik kepada acuan Allah iaitu pembangunan Insan. Tamadun Barat yang diciplak daripada Tamadun Islam itu kini sedang menuju kehancuran kerana mengabaikan aspek ruh.
12. Peranan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu amat penting bagi menambahkan lagi sumber manusia. Penterjemahan ilmu kepada bahasa kebangsaan akan memberi kemudahan dan lebih cepat melahirkan ilmuan dalam pelbagai lapangan. Lihat contoh negara Jepun, Korea, China, Jerman yang bangkit dengan bahasa mereka sendiri sepertimana Tamadun Islam yang bangkit dengan Bahasa Arab.
13. Akhirnya, beliau mengulas isu antarabangsa iaitu pelarian Rohingya dan IS. Isu pelarian Rohingya bukanlah isu keagamaan semata-mata, tetapi ia adalah isu kemanusiaan. Dalam tahun 1970an dahulu, kita pernah membantu pelarian Vietnam yang datang ke perairan Pantai Timur. Walaupun majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam tetapi mereka tetap membantu pelarian tersebut yang bukan beragama Islam yang telah menjadi mangsa kezaliman Perang Vietnam.
Kesannya, hari ini kita mempunyai hubungan yang baik dengan Vietnam.
14. Beliau turut mengingatkan agar tidak berulang lagi sejarah Perang Dunia Kedua. Peristiwa kelahiran ISIS di Asia Barat tidak lain adalah permainan kuasa besar dunia untuk melagakan antara sesama orang Islam di atas nama perbezaan mazhab, kaum, ekonomi dan lain-lain. Ada artikel yang mendedahkan pihak intelligence Barat meletakkan pelampau di kawasan ini bagi menimbulkan ketegangan yang mencetuskan peperangan secara proksi/wakil kepada kuasa besar yang mendapat keuntungan daripada syarikat senjata dan syarikat minyak.

BEST ROTI CANAI IN SELANGOR

By Esther Chong 
Best Roti Canai in Selangor
Malaysians love their roti canai with a passion. From kids to senior folks, we Malaysians practically grew up tucking into this simple yet popularmamak dish. Given that Malaysian eateries serving this much-loved flat bread are a dime a dozen in every neighbourhood, what makes a really good roti canai? Many agree that it must be crispy and fluffy, and comes served with aromatic dhal or curry. So here's our take on five of the best roti canai available in Selangor.

Kanna Curry House in Section 17, PJ 
best-roti canai in pj & subang_kanna_shopfrontOne of the most famous banana leaf rice restaurants in PJbest-roti canai in pj & subang_kanna_roti canaiKanna's fish curry goes superbly with its crispy warm rotiOne of the most popular banana leaf rice restaurants in the Klang Valley,Kanna Curry House also serves pretty good roti canai. Unlike many similar restaurants that only serve banana leaf rice during lunch hours, you can still order a piping hot serving of roti canai if that's what you prefer for a lunch fix. Ours arrived crispy and warm, but served on an artificial piece of banana leaf paper. The dhal and fish curry was good. Each serving of roti canai costs RM1.30. 

Kedai Makanan Raju at Jalan Gasing, PJ best-roti canai in pj & subang_rajuPacked to the rafters, but thankfully service was still promptbest-roti canai in pj & subang_raju_roti canaiRaju's roti canai is crispy and fluffyOne of the most blogged about roti canai eateries in PJ has got to beRaju's. Many roti canai aficionados firmly swear by its fluffy and crispy dough. Service was fast and efficient, and true enough, our roti was served promptly on a large piece of lustrously green banana leaf; fluffy and light, with just the slightest touch of oil. We enjoyed the dhal too, which is quite thick with mushy lentils.

Restoran Al Fariz Maju in Kelana Jaya, PJbest-roti canai in pj & subang_al fariz maju_shopfrontRelatively under the radar, Al Fariz Maju churns out one of the best roti in townbest-roti canai in pj & subang_al fariz maju_roti canaiVery light and fluffy, almost greaseless. The sweet sambal on the side is excellentOf all the roti canai shops we sampled, our favourite was Al Fariz Maju. Their roti canai was the fluffliest and crispiest, as well as almost grease-free. Their dhal was also thick and aromatic. A small portion of sweet sambal was also served, which really perked up the palate and provided an appetising contrast to the savouriness of the dhal and curry. Prices here are also cheaper than other places, with each roti canai at RM1.10 and a piece of fried chicken costing RM3.50.

Sri Melur Jaya in USJ 17, Subangbest-roti canai in pj & subang_sri melur jaya_shopfrontSri Melur Jaya has been voted as serving the best roti canai, and with good reason!best-roti canai in pj & subang_sri melur jaya_roti canaiA fluffy and crispy version, served with a flavourful dhal, curry, and sweet sambalFresh from winning theStar Readers Community Choice Award 2014 for the best roti canai in Klang Valley, Sri Melur Jaya does live up to expectations with their crispy warm roti canai. Compared to Al Fariz Maju, the roti here is a tad oilier, and according to my partner, slightly more fragrant than Al Fariz’s. Their dhal, whilst flavourful, was more on the watery side. Similarly to Al Fariz, a side of sweet sambal was also provided. Each piece of roti costs RM1.30 and fried chicken was the cheapest at RM3 per piece.

Restoran Nasi Kandar Makbul in Shah Alam
M
akbul
 is definitely one of the cleanest nasi kandar restaurants I've been to. Everything's laid out neatly, from the chairs and tables to the different food sections. The interior is bright and well-ventilated.
best-roti-canai-in-pj-subang_nasi-kandar-makbul_shopfront
At night, Makbul lights up like a beacon in the sea!The roti here is also highly recommended - it is warm, crispy and there's hardly any grease. The dhal served is spicier than many places we've tried, but still very aromatic.
best-roti-canai-in-pj-subang_nasi-kandar-makbul_roti-canai
Pair their yummy roti kosong for a Milo kosong ais for a fuss-free supper optionPortion is however, noticebly smaller, but with a price that commensurates - RM1, the cheapest by far. I'd rate Makbul's roti to be on par with Raju's.

Monday, May 25, 2015

MOF: Najib tak bohong, kementerian pinda jawapan


Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis di Parlimen mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk "mengelakkan kekeliruan".

Penjelasan itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "berbohong" berhubung perkara itu.

Ia menjelaskan bahawa bahawa jawapan bertulis Parlimen yang dibuat oleh perdana menteri mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB.
"Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen. 
"Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut.
"Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib yang juga menteri kewangan telah berbohong adalah tidak wajar," dalam satu kenyataan lewat semalam.

Tambahnya, ini kerana lazimnya jawapan bertulis di Parlimen dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

"Kementerian Kewangan telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang," kata kenyataan itu lagi.

Jawapan bertulis pada 10 Mac menyebut AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion) disimpan dalam bank Singapura itu dalam bentuk wang tunai, tetapi kemudiannya menjelaskan ia adalah dalam bentuk aset.

Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ia adalah "simpanan dalam bentuk unit".

[Baca berita penuh/asal]

MELAYU SENANG DITIPU ARAB







MELAYU DITIPU ARAB
Melayu Mudah Terpesona [dipetik dari blog poyomelayu] Kalau engkau nak cuba tipu Melayu dengan berkesan,engkau guna terma terma Arab.Kalau nak jual daging babi sekalipun,kau tulis pada bungkus babi tu Wal Khinzir Halalan Toiyiban.Make sure tulisan Jawi.Kalau tin Carlsberg tulis Jawi,Al Araki Wal Nikmati..

aku percaya Melayu akan beli dan minum bertin tin.Melayu pantang nampak tulisan jawi,disangka semuanya halal dan Islamik.Kalau nak jual insuran atau hire purchase,syarat-syarat perjanjian pun gunakan terma Arab.Al Mudhoroboh Wal Gila Babas,Al Bai Bitaman Ajil Wal Bhai Bitamin Ajal,


kemudian kau gunakan serba sedikit kata kata manis spt Insyaallah,Masyaallah,Alhamdulillah,Bismillah bila bercakap..nescaya engkau boleh buat sale.Kalau lagi baik,gambar bisnes kad engkau tu letak muka engkau pakai kopiah,baju putih.Kalau engkau ada janggut,simpanlah janggut.Ini utk aksesori engkau berniaga tau.Insyaallah ramai lah engkau dapat pelanggan Melayu. ------------- Haha..melayu mmg begini.. on ARAB KALI KELENTONG