Monday, May 11, 2015

Di Petik Dari Sumber PAS Pusat





















Menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog thebenchmark0, risiko yang perlu ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan direalisasikan.

Namun, apa yang menarik ialah RM3.2 bilion adalah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion adalah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia.

The entire investment in 1MDB development project including the land and buildings (Signature Tower & service apartment is expected to cost TH approximately RM3.2 billion. If bundled together with the existing investment in 1MDB's Bandar Malaysia sukuk programme valued at RM1.6 billion, the total exposure in 1MDB would be around RM4.8 billion which we deem quite substantial for a single entity investment.
Apakah ini bermakna Lembaga Tabung Haji sudahpun melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus?

Pada 18 Februari 2014, 1MDB telah mengumumkan untuk menjual sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion.

Jika dakwaan di atas benar, ini bermakna TH telah membiayai 66% daripada sukuk yang dikemukakan 1MDB.

PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku penasihat 1MDB dan juga Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tampil menafikan perkara ini sekiranya ia tidak benar.

Sekiranya ia benar, apakah status pelaburan sukuk ini?

Apakah ia sudah memberikan pulangan atau sudah digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang bertimbun sehingga perlunya TH membeli tanah TRX daripada 1MDB?

Apakah ini cara pemimpin Umno menggunakan duit TH? 1MDB menggali hutang, Tabung Haji diguna untuk menutupnya?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS

No comments: