Monday, May 11, 2015

Di Petik Dari Sumber

Tabung Haji kena cukai 30 peratus daripada 

untung jual TRX - Peguam hartanah

Tabung Haji kena cukai 30 peratus daripada untung jual TRX - Peguam hartanah
KHAIRUL ANUAR: Keuntungan TH sebenarnya jauh lebih rendah daripada jumlah yang diumumkan


















KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan akan dikenakan
Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebanyak 30 peratus di atas
keuntungan bersih penjualan semula tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX)
 yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pemilik
baharu tanah berkenaan.

Peguam hartanah, Khairul Anuar Shaharudin berkata, jumlah itu sekali gus bakal
mengurangkan jumlah keuntungan yang diumum TH selepas mengambil keputusan
menjual semula aset yang dibeli daripada 1MDB.

"Katakanlah keuntungan yang diumum adalah RM5 juta, jadi keuntungan
bersihnya harus ditolak 30 peratus untuk cukai RPGT.

"Kerajaan kenakan cukai itu kepada syarikat yang membuat jualan jika memegang
 hartanah atau aset tersebut dalam masa lima tahun namun dikecualikan kepada individu,"
 katanya kepadaAstro AWANIdi sini pada Ahad.

BACA: TH putuskan jual tanah TRX - Pengerusi TH

BACA: 
1MDB disaran lantik firma audit antarabangsa untuk jawab persoalan

BACA: Batalkan transaksi jika boleh elak persepsi negatif pendeposit - Khairy

Khairul Anuar mengulas kenyataan Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
yang menjangkakan keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah seluas
1.56 ekar itu.

Kata Abdul Azeez, setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan
jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan selain memberitahu keputusan
penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.

Dalam pada itu kata Khairul Anuar, TH juga akan dikenakan cukai barang dan
 perkhidmatan (GST) daripada keseluruhan harga jualan tanah tersebut.

"Jadi apabila TH memaklumkan jualan semula tanah itu pada jumlah hampir RM200 juta,
 kerajaan akan kenakan GST sebanyak enam peratus daripada angka itu.

"Keuntungan TH juga dijangka akan menjadi lebih rendah dari yang diumum selepas
 ditolak RPGT dan GST," ujarnya.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebelum ini meminta TH membatalkan transaksi
pembelian TRX untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit.

Dalam pada itu, seorang pakar percukaian negara yang enggan dikenali menjelaskan,
penjualan tanah di TRX oleh TH kepada pihak ketiga dilihat mustahil dilakukan dalam
masa singkat.

"Jadi transaksi ini sebenarnya mustahil kerana RPGT yang akan dikenakan ini akan
mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

"Ia bukan boleh selesai dalam masa satu atau dua hari, banyak prosedur yang perlu
dibuat untuk memastikan transaksi itu berjaya," ujarnya.

BACA: Isu tanah TRX: Beri jawapan untuk hilang kerisauan rakyat - Dr Maza

BACA: Keputusan TH jual semula tanah TRX tindakan tepat - Ismail Sabri


Sebelum ini, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,
 Datuk Johan Abdullah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung 'pembocoran'
dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan TRX.

Laporan itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta
 berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX.


Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tabung-haji-
kena-cukai-30-peratus-daripada-untung-jual-trx-peguam-hartanah-59666?cp













Mufti Perlis nafi Majlis Fatwa sahkan 

transaksi 1MDB mengikut syariah






















Mufti Perlis  Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan 
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pernah mengesahkan
 transaksi pembelian tanah Lembaga Tabung Haji daripada 
1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengikut syariah. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-
perlis-nafi-majlis-fatwa-sahkan-transaksi-1mdb-mengikut-syariah#sthash.SNCrkr8O.dpuf



No comments: