Tuesday, December 29, 2009

Di petik dari sumber



Dasar PAS ialah ISLAM

Oleh : AB albanjary
Jelas dan nyata bagi kita sekarang, kita ingin menunaikan niat dan azam kita seperti yang disebut di awal-awal tulisan tadi dalam menentukan sikap dan pendirian kita berdasarka firman Allah ayat 56 Surah Az-Zariyat. Niat dan azam yang bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala inilah maka kita mengambil Islam sebagai dasar perjuangan dan kita maktubkan ke dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 iaitu “Dasar PAS ialah ISLAM”. Terdapat beberapa definasi yang masyhur dibuat oleh ‘ulamak-‘ulama Islam yang muktabar tentang Islam, antaranya islah;


1) Definasi Pertama


Hadith yang menyebut bahawa pada suatu hari Malaikat Jibril ‘A.S menemui Baginda Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang apa itu Islam dan dengan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W itu sekaligus mengajarkan sekalian manusia tentang apakah itu Islam. Hadith tersebut seperti mafhumnya :


“..Katakan kepada Ku (Wahai Muhammad) tentang Islam..? Rasulullah telah berkata : “ Islam itu, kamu mengakui bahawa tiada tuhan selai Allah, Muhammad itu Rasulullah, mendirikat solat, mengelurkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan, mengerjakan haji ke Batullahil Haram ketika engkau mampu melakukannya..”


(Hadith riwayat Muslim)


2) Definasi Kedua
Islam bererti tunduk patuh dan ta’at sepenuhnya kepada Allah yang lahir dari kesedaran, dan buka kerana terpaksa dan dipaksa. Ketundukan dan ketaata kerana terpaksa adalah merupakan semul jadi bagi setiap makhluk dan ketundukan dan ketaatan seperti ini tidak mengakibatkan timbulnya pahala atau seksa Allah Ta’ala; Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ;


أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُ ۥۤ أَسۡلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ


طَوۡعً۬ا وَڪَرۡهً۬ا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ(83) 


Maksudnya:


“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari yang lain dari agama Allah? Padahal kepana-Nya lah tunuk dan ta’at sekalian makhluk yang ada di langit mahupun di bumi, sama ada sukarela mahupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.”


(Surah Ali-‘Imran : ayat 83)


Ayat di atas telah menjelaskan kepada kita bahawa semua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah, baik dari segi kejadian, kekal dan fananya, dan dalam aspek ini manusia tidak berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain.


Adapun ketundukan dan ketaatan penuh dengan penuh kesedaran adalah merupakan hakikat Islam dan dalam ketundukan dan ketaatan yang seperti ini barulah timbul adanya pahala da azab seksa. Dan sebagai bukti, ketundukan dan ketaatan kepada Allah ialah redha menerima agamanya dan segala yang terkandung dalam ajarannya yang diiringi dengan kesedaran yang sepenuhnya. Kerana itu, Islam dalam pengertian ini adalah merupakan agama Allah yang diredhai-Nya, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun kedudukan goegrafi. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:


إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ


Maksudnya;


“Sesungguhnya agama (cara hidup yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” ( Surah Ali-‘Imran : ayat 19)


Allah juga menegaskan dalam firmannya:


وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ58


Maksudnya:


“Da barang siapa yang mencari agama (cara hidup) selain dari agama (cara hidup) Islam, maka tidak akan diterima selama-lamanya daripadanya, dan adalah ia pada hari akhirat nanti dari kalangan orang-orang yang rugi”


(Surah Ali-‘imran : ayat 85)


Firman Allah Ta’ala ;


وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ‌ۗ


وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ(22)


Maksudnya :


“Dan barang siapa yang berserah diri sepenuhnya kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia sedang berusaha megerjaka kebaikan, maka sesugguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan” (Surah Luqman : ayat 22)


Firman Allah lagi:


وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ(153)


Maksudnya:


“Dan sesungguhnya inilah (Islam) jalanku yang lurus, oleh kerana itu, turutilah ia; janganlah kamu turuti jalan-jalan (selain Islam) kerana (jalan-jalan) itu akan memisahka kamu dari jalan-Nya, demikianlah ia perintah bagi kamu supaya kamu takut (taqwa kepada-Nya)” (Surah Al-An’aam : ayat 153)


وَوَصَّىٰ بِہَآ إِبۡرَٲهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ (132) أَمۡ كُنتُمۡ شُہَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِى قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ ءَابَآٮِٕكَ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ إِلَـٰهً۬ا وَٲحِدً۬ا وَنَحۡنُ لَهُ ۥ مُسۡلِمُونَ(133


Maksudnya:


“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada aak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Ya’akub (berwasiat kepada anak-anaknya) dan katanya; “Wahai anak-anakku…!!! Sesungguhya llah telah memilih amaga (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam, (Demikianlah wasiat Nabi Ya’akub, bukan sebagimana yang kamu katakana wahai orang-orng Yahudi…!!!) Kamu tidak hadir ketika Nabi Ya’akub hamper mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya; “Apakah yang kamu akan sembah (tunduk dan ta’at) sesudah aku mati?” Mereka menjawab; “Kami menyembah (patuh dan ta’at) tuhamu dan tuhan datuk neneakmu Ibrahim dan Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”


(Surah Al-Baqarah : 132-133)


Firman-Nya lagi:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ‌ۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ(67)


Maksudnya :


“Wahai Rasul-Rasul Allah…!!!, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepaamu dari tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusannya, dan Allah jualah akan memelihara kamu dari (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak member petunjuk kepada kaum yang kafir(ingkar).” (Surah Al-Maidah : ayat 67)


Ayat-ayat Allah dan sabda Rasulullah S.A.W seperti yang disebutkan adalah membawa pengertian betapa apa yang diturunkan Allah S.W.T kepada Rasul-Nya ialah Al-Qur’an (Kitabullah) dan As-Sunnah Rasulullah yang di dalamnya terkandung pelbagai peraturan seperi yang disebut di atas tadi, itulah Islam



Monday, December 28, 2009

Di petik dari sumber
IkutSukaAku - Isa

Antara syarat utama mencapai kejayaan dan kemajuan adalah bersedia berubah dan menerima perubahan, Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju kehadapan. Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Anda Telah Memasuki Zon Blog Kurang Ajar Dan Biadap.

PERHATIAN: Ini blog kurang ajar..., dengan penggunaan bahasa yang kasar dan mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak (pembaca), jika boleh terima konsepnya, teruskan pembacaan dan jika sebaliknya..., sila logout secepat mungkin supaya tidak menyakitkan hati. Mungkin juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila dan sakit jiwa dengan menambahkan dosa dalam ruangan komen. Ini rumah aku, aku punya fikiran, aku punya persepsi, aku punya selera, aku punya suka, apa aku nak tulis/luahkan di sini, ikut suka aku.


(Lu suka lu boleh lepak, lu tak suka lu boleh blah... jangan buat semak dalam rumah aku, aku bukan balaci lu nak ikut selera lu semua, aku dah bagi WARNING, kalau tak paham jugak..!!! lu sendiri mau ingat laaaaa...)

Tuan Rumah: IkutSukaAku - ISA
----------------------------------------------------------------------------
Pelakon: Perhimpunan Anjuran Umno di Shah Alam Hari ini - Satu Fitnah umno
Ahad, Disember 27, 2009
Posted by Isa
5:50:00 PM




Pertama sekali biar aku gelak dan ketawa cow...cow...cow... dulu... ha..ha..ha.., kenapa aku gunakan ejaan "cow..cow.." (korang baca cow = Lembu, apa sifat lembu = BODOH), itulah perkataan yang sesuai dengan puak2 yang berhimpunan di perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide di Seksyen 11, Shah Alam kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Walaupun aku sampai di sana agak lewat, kurang lebih dalam jam 11.45, kebanyakkan wartawan sudah beredar dan aku sempat berselisih dengan kereta media NTV7 jer..., yang selain daripada itu sumpah aku tak kenal lansung.

Sesampai jer aku di simpang bangunan Worldwide Business Centre tu, ada sebuah Iswara Aeroback dengan bonet terbuka sedang menghulurkan risalah, dengan berlagak bodoh2 tiang letrik aku turunkan cermin tingkap dan aku sapa mamat tu;

"Bro..., ada apa hal ni... ramai semacam jer...?" aku sound mamat tu yang berambut blonde sikat tegak keatas macam mat punk jer aku tengok.

"Takda lah..., ini hal politik bang..." jawap mamat rambut blonde sambil menghulurkan majalah.
Bila aku tengok cover majalah tu terus aku ketawa sampai barai. Mana tak lawaknya ada ke orang PAS nak edar majalah yang letak muka ulama umno... kih..kih..kih.... ini macam pertandingan Raja Lawak umno jer... lawak... giler... Cover majalah/risalah nipis tu diorang letak muka Harusana Sini rupanya... perghhh... handsome giler...

Lepas aku sambar majalah tu.. aku terus gerak... cari parking.. kot-kot nak snap dua tiga keping gambar, tengok kiri kanan... nak snap gambar apa kejadahnya... semua orang dah blah. Kereta mamat tadi pun dah hilang... cis... aku baru tawaf satu bangunan diorang dah hilang rupanya.

Aku parking dan lepak dalam kereta sambil belek2 majalah tersebut, eh..eh.. dalam tu terselit pula risalah yang di fotostat dan sekeping VCD yang bertajuk;

"KEBENARAN YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH RAKYAT MENGENAI PENGAKUAN OLEH DATO Ir NIZAR JAMALUDIN": Siap dengan lambang PAS dan gambar Nizar"

(Aku belum tonton lagi CD tu, belum ada masa lagi)

Kenapa aku katakan perhimpunan itu adalah lakonan pelakon2 umno yang bongok tahap maha gaban nih, sebabnya ialah;

1) Kalau benar yang perhimpunan itu didalangi oleh puak2 PAS, sudah tentu gang PAS nih tak pergunakan muka Harus Sana Sini sebagai Cover Majalah dan disisipkan risalah yang yang berbaur umno yang isunya selalu di bawa oleh Khir Toyol, nampak sangat kebonggokkan dan kebodohan puak pelakon umno yang banggang nih.

Yang nyata.., dan aku berani katakan perhimpunan ini dinaungi oleh Khir Toyol sendiri... aku berani potong sekali lagi.

2) Kalau mamat yang edarkan majalah tu ahli PAS, ha..ha..ha... dengan stylo rambut yang disikat macam mat punk dan blonde itu, sudah tentu mamat tu kena hantar balik ke sekolah agama untuk belajar bab fekah dan di tarbiyahkan, rambut dye blonde mandi HADAS pun tak sah... beb... bangggangnya puak-puak yang sememangnya sudah terlebih banggang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya terus di perbanggangkan. Bodoh nak mampus...

3) Salah satu risalah yang terselit dalam majalah tu, ada yang bertajuk
"Khalid Ibrahim Minta Bajet Tambahan Tutup Penipuan MBI": aku baca jer... terus teringatkan isu yang di bangkitkan oleh Khir Toyol dalam blognya yang membicarakan topik yang sama berkaitan hutang Talam Corporation sebanyak RM392juta.

Kesimpulannya, apa yang dilaporkan dari link 
Mstar Online ini, yang mengatakan bahawa kumpulan mereka itu tidak di dalangi oleh umno hanyalah satu penafian budak tadika jer..., piiiraaahhh..., kencing berterabur la puak-puak jahanam tuh.

Atau mereka2 ini adalah saki baki geng perpaduang (UG) yang kemaruk sangat nak berzina dengan umno, dengan membuat provokasi mencabar supaya PAS keluar dari 
PAKATAN RAKYAT.

Wooiiii... umno, dah takda cara dan idea lain ker....? nak merampas Selangor, itu semua cara perang saraf taktik lama la... apasal la bodoh sangat puak2 umno nih..., ingatkan ramai sangat..., 20 orang jer... yang lu orang dapat kumpulkan kua.. kua.. kua... macam cibai jer... lu orang punya lakonan.

Weiii..., aku pasti malam ni, TV3 suku dan NTV7 mesti laporkan lebih kurang 2 ribu orang menyertai perhimpunan 
HALAL mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat, esok pun Utusan Meloya akan spin cerita... 20 ribu orang... gempak... giler... wa cakap lu...

Selebihnya korang nilaikan sendiri, permainan politik bodoh banggang puak umno nih..., dan aku sertakan gambar2 majalah dan risalah yang mamat ahli PAS berambut blonde tu bagi pagi tadi.

ha..ha..ha.... ahli PAS rambut blonde... jangan buat lawak bro... lu dah mandi hadas belum bro..., cuba tanya Ustaz Nasha, sah atau tidak mandi hadas lu tu..., itu pun kalau mandi... bodoh piang...

(Aku belum baca dan tonton lagi CD tu, nanti aku nak tengok gak... apa punya kelentong yang diorang buat.) ha.. ha.. ha... jahanam.. jahanam...

Update: Ini penafian dari Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, 
klik sini , kan aku dah cakap... itu semua lakonan puak umno jahanam wal celaka wal haramjadah wal gila babi, yang tak puashati selagi tak dapat merampas kembali Selangor dari Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebijik serupa macam perangai orang gila Talak

Musang berbulu Ayam.

Di petik dari sumber

Thursday, December 24, 2009

dI PETIK DARI SUMBER





PAS belum bincang isu tolak calon luar K'tan



Salhan K Ahmad




Ketetapan "pemimpin luar" tidak lagi bertanding di Kelantan hanya boleh diputuskan oleh PAS di peringkat pusat, kata ketua Dewan Ulama PAS negeri itu.


Datuk Mohamad Daud berkata, PAS Kelantan sendiri belum membincangkan isu tersebut, walaupun timbul saranan supaya amalan "orang luar" bertanding di negeri itu dikaji semula.


Beliau diminta mengulas saranan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang dilaporkan berkata PAS negeri sedang menimbang untuk mencalonkan anak tempatan sahaja selepas ini "jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan."


Pemimpin kanan PAS, yang bukan anak Kelantan, tetapi menang di negeri itu termasuklah timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa (Bachok), naib presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan bendahari agung Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).


Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohamad berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu dibuat "mungkin berdasarkan perkembangan semasa" di negeri berkenaan.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu-isu semasa yang sedang melanda PAS Kelantan, termasuk yang turut mengheret keluarga menteri besar itu.


"Itu hanya komen dan bukannya dasar parti. Perkara macam ini hanya boleh ditentukan oleh PAS pusat," kata Mohamad lagi.


"Kita cuma jalankan apa-apa yang PAS pusat kata," katanya, dengan menjelaskan PAS Kelantan tidak pernah mengamalkan dasar seperti itu.


"Ramai orang luar yang pernah bertanding (di Kelantan), kita tidak pernah halang seperti Zulkifli (Mohammad) dan Khalid Samad," katanya lagi.


Allahyarham Zulkifli, anak kelahiran Kuala Kangsar, menang kerusi parlimen Bachok sebelum meninggal dunia di Kuantan dalam satu kemalangan bersama isterinya Asiah Kamaruddin, juga seorang pemimpin Dewan Muslimat PAS.


Khalid, kini ahli parlimen Shah Alam, pernah bertanding di Kuala Krai tetapi tewas[Baca juga analisis Demi Islam, Kelantan rela undi calon luar]

Sementara itu, agensi berita Bernama semalam melaporkan Nik Aziz membuat kenyataan demikian sebagai mengulas saranan daripada Mohamad.


Ketika ditanya mengenai laporan berkenaan hari ini, Mohamad bagaimanapun menafikan membuat kenyataan seperti itu.


"Saya tidak pernah kata begitu, ia (Bernama) ambil daripada mana? Saya boleh kata, berita ini tidak betul," katanya


School canteen operators cannot raise food prices

School canteen operators cannot raise the prices of their food and drinks although the price of sugar has gone up. Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said the price of foodstuff had been fixed when operators submitted their tender to operate in schools.

Wednesday, December 23, 2009

Di petik dari sumber


Mahathir dan Pak Lah, kedua-dua perlu disiasat


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, bukan SPRM," katanya.

Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dn laopran siasatan berkenaan diletakkan di bawah biang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi.

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimenuntuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.

Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun.Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya.

Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewenagn dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."katanya


Di petik dari sumber





MAS Cadang Terbitan Hak Untuk Raih RM2.67 Bln

PETALING JAYA, 22 Dis (Bernama) -- Malaysia Airlines System Bhd (MAS) merancang untuk memperoleh RM2.67 bilion bagi membiayai program kumpulan pesawat yang diperbaharui dan modal kerja, kata pengarah urusan/ketua pegawai eksekutifnya Tengku Datuk Azmil Zahruddin Selasa.


Beliau berkata syarikat penerbangan itu bercadang untuk menawarkan 1.671 bilion saham baru untuk meraih dana tersebut.


"Ini merupakan masa yang sesuai untuk mendapatkan dana memandangkan kami akan dapat memanfaatkan sentimen pasaran modal yang bertambah baik," kata beliau kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Airbus bagi tempahan sehingga 25 pesawat A330-300, di sini Selasa.


Azmil berkata terbitan hak akan ditawarkan kepada pemegang saham pada dasar setiap satu saham yang dipegang pada tarikh yang akan diumumkan kelak.


Pada RM1.60 setiap satu, beliau berkata terbitan hak itu ditetapkan harga pada kira-kira 32.1 peratus diskaun kepada harga tanpa hak secara teori kira-kira RM2.36 berdasarkan kepada harga pasaran purata wajaran jumlah dagangan lima hari dan termasuk 21 Dis, 2009.


Cadangan terbitan hak dan pemerolehan pesawat itu dijangka selesai pada suku pertama 2010, katanya.


Azmil berkata terbitan hak itu akan meningkatkan kecairan MAS dan fleksibiliti kewangan.


Beliau berkata ia juga berkeyakinan dengan struktur modal kumpulan dengan mengukuhkan dengan ketara lembaran imbangannya dan mengurangkan paras gearan masa depan.


Azmil berkata Khazanah Nasional Bhd dan Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) yang secara kolektifnya memiliki kira-kira 69.33 peratus pegangan dalam MAS telah mengambil langkah untuk menguasai hak mereka sepenuhnya.


Khazanah menguasai 17.33 peratus kepentingan ekuiti dalam MAS manakala PMB mempunyai 52 peratus pegangan.


Khazanah juga melaksanakan langkah tambahan untuk melanggan terbitan hak yang berlebihan di mana jumlah gabungan langganannya dan PMB terbitan hak akan mewakili kira-kira 71 peratus jumlah terbitan hak.


Baki bahagian itu akan ditaja jamin oleh penaja jamin yang akan ditentukan tidak lama lagi, katanya.


Seiring dengan rancangannya untuk memiliki sekurang-kurannya satu pertiga daripada kumpulan pesawat terasnya, Azmil berkata Malaysia Airlines juga bercadang untuk memperoleh enam pesawat A380 dan empat pesawat Boeing daripada PMB pada RM3.19 bilion.


Beliau berkata cadangan pemerolehan dijangka menambah kira-kira RM648 juta kepada keuntungan dan kerugian MAS selepas ditolak kos pembiayaan dan pemilikan bagi tempoh tiga tahun mulai 2010 hingga 2012 terutamanya daripada pemilikan pesawat bagi mengelak pemajakan.


Malaysia Airlines akan membayar tunai kepada PMB sebanyak RM1.54 bilion bagi novasi pembelian pesawat A380 daripada PMB kepada MAS.


Beliau berkata MAS dijangka menerima satu pesawat A380 setiap bulan bermula Ogos 2011 dan penghantaran dijangka selesai pada Januari 2012.


"Kami merancang untuk menggunakan pesawat A380 bagi laluan berkepadatan tinggi seperti London dan Sydney. Di lapangan terbang utama seperti Heathrow di mana kami berdepan dengan sekatan slot, pesawat A380 akan membolehkan kami membawa sehingga 35 peratus lagi penumpang," katanya.






-- BERNAMA
Di petik dri sumber                                                                     



Bermuafakat dalam perbezaan: Konvensyen PR langkah besar Sistem Dua Parti
Posted on Tuesday, December 22 @ 06:34:51 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih



Analisis IsuOleh Lim Hong Siang

Konvensyen Pakatan Rakyat pertama yang diadakan pada 19 Disember, dilihat sebagai langkah penting ke arah Sistem Dua Parti oleh media cetak bahasa Cina. Walaupun Dasar Pakatan Rakyat dianggap mengelak dari sesetengah isu pokok dan kurang sempurna, namun rata-rata menyambut baik usaha PR untuk bermuafakat dalam perbezaan.




Gambar ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti komponen PR, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng (atau Lim Kit Siang) dan Abdul Hadi Awang berpegang tangan dipaparkan di kesemua akhbar Cina. Malah, China Press pada 20 Disember menonjolkan gambar Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berpelukan dengan Presiden PAS Hadi Awang, yang dianggapnya sebagai tumpuan media.






China Pressmemetik kata-kata Nik Aziz, "Sangat jijik bila hampiri UMNO", untuk ditonjolkan sebagai tajuk besar pada muka surat A12.  Interaksi antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan pemimpin PAS juga dilaporkan, dengan tajuk "Berselisih dengan pemimpin PAS? Karpal: Tiada masalah hubungan."
Sin Chew: Titik tolak baru PR
Lidah pengarang Sin Chew Daily pada 21 Disember menulis, "suasana konvensyen adalah harmoni dan dilihat bersepadu.  Apa yang kurang adalah, PR jelas mengelak dari isu-isu dalaman yang mustahak, sekadar menuding jari ke arah Barisan Nasional, memberi persepsi bahawa ianyasuperficial, dan menyapu masalah ke dalam carpet."
"Dalam reformasi politik pula, PR dianggap kurang terbuka dan berani, misalnya pilihan raya kerajaan tempatan tidak diterap ke dalam dasar."  Lidah pengarang ini menyaran agar Dasar PR memasukkan penyelesaian yang lebih pragmatik, yang dapat memperlihatkan kemampuan memerintah dan berubah, termasuklah pengurusan ekonomi, reformasi sistem pendidikan, pemindaan akta yang tidak relevan dan sebagainya, untuk menyempurnakan dasar PR.
Malah, Sin Chewmenganggap PR menunjukkan fenomena merosot sementara BN di bawah pimpinan PM Najib Razak kini semakin terkeluar dari bayang PRU ke-12.  Media ini bertanggapan bahawa gagasan "1Malaysia", malah Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Najib untuk Program Transformasi Kerajaan semakin disenangi,dan Najib mula mengembalikan sokongan rakyat.
Justeru itu, Sin Chew menganggap PR perlu mengatasi program tranformasi BN melalui dasar dan tindakan, menunaikan janji untuk mengekalkan sokongan.
Empat penetapan
Sin Chew Daily, turut menyiarkan tiga artikel kolum yang mengulas Konvensyen PR.  Antaranya, Lim Mun Fah menganggap konvensyen ini memberi makna besar kerana menetapkan empat perkara, iaitu:
Pertama, untuk menewaskan UMNO, PR mesti mengelakkan diri dari politik perkauman sempit;
Kedua, PAS tetap setia dengan PR, dan memperlihatkan tekad untuk mengambil alih kerajaan persekutuan bersama DAP dan PKR;
Ketiga, mengiktiraf kedudukan Anwar sebagai pemimpin tertinggi PR;
Keempat, mengetepikan perbezaan antara ketiga-tiga parti, mengambil pendekatan "bersepakat dalam perbezaaan".
Lim Mun Fah menyebut kelemahan yang ada pada ketiga-tiga parti PR, dan menganggap "perbezaan idealisme" adalah cabaran terbesar buat PR pada masa depan.
Di samping itu, Lim Sue Goan pula mempertikaikan PR yang masih kabur dengan dasarnya, dalam artikel kolumnya yang disiarkan Sin Chew Dailypada hari ini.  "Mengapa hanya menyebut meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi tidak janji untuk memansuhkan akta zalim ini atau perkara yang tidak wajar dalam akta ini?" tanya Lim Sue Goan.
Lim Sue Goan terus mempersoalkan, "Mengapa hanya menyebut 'meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima', tetapi tidak menyatakan terus pengiktirafan terhadap sijil Sekolah Menengah Persendirian Cina?"
"Kita tahu ekonomi negara kini terjerumus dalam kemelut.  Mengapa PR tidak mengemukakan strategi yang berwawasan, agar dilihat berbeza dengan UMNO?" pertikai Lim.
Nanyang: Langkah besar ke arah Sistem Dua Parti
Nanyang Siang pula, menganggap konvensyen PR ini sebagai langkah besar ke arah Sistem Dua Parti.  Dalam satu artikel di ruang kolum, penulisnya menilai model kerjasama dan operasi PR, lebih "progresif" daripada BN yang terdiri daripada 14 buah parti, dan ditubuhkan puluhan tahun yang lalu.
Malah, perhubungan antara parti komponen lebih mudah berbanding dengan BN yang menyanjung "dasar pecah dan perintah" (misalnya memasukkan dua parti yang bertunjangkan masyarakat Cina).  Dengan itu, kadar berlakunya pergelutan dalaman di PR akan berkurang secara semulajadinya.
Konvensyen berlangsung dengan lancar, malah mengelak daripada isu "negara Islam", menunjukkan bahawa ketiga-tiga parti telah mencapai muafakat untuk "bersepakat dalam perbezaan", terutamanya antara DAP dan PAS yang jauh berbeza ideologi politiknya.
Dengan kata lain, kolumnis ini menganggap PR masih mampu duduk bersama, berganding bahu menuju ke arah matlamat memerintah di kerajaan pusat, walaupun banyak perselisihan yang berlaku selepas PRU pada 8 Mac 2008.
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 20 dan 21 Disember 2009, berkisar pada Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.


...
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10509

Tuesday, December 22, 2009

Di petik dari sumber



Nizar: Dua Enjin Pesawat Lesap, Cermin Kepimpinan Najib 

Tragedi kehilangan dua enjin pesawat tempur , F-5E, milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang hilang masing-masing berharga RM50 juta secara jelas memperlihatkan kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai pemimpin. 

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertahanan apabila jelas tragedi itu berlaku sewaktu beliau memegang jawatan itu.

Nizar berkata, rakyat seharusnya membuka mata berhubung isu ini dan sedar bahawa Najib telah  mengabaikan tanggungjawab yang diberi .

“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. 


Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia  sebagai Perdana Menteri  1Malaysia. Kedua-duanta memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Berita Harian hari ini bahawa bukan hanya satu enjin pesawat tempur, F-5E yang hilang tetapi dua.

Memetik laporan berkenaan, enjin kedua itu hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara Kuala Lumpur dua tahun lalu dan hanya disedari pada Mei 2008. Bagaimanapun, laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Laporan itu menyebut, kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pengkalan operasi pesawat itu untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara.

Nizar tidak menolak kemungkinan bahawa terdapatnya usaha untuk menutup  kes kehilangan enjin pesawat ini  yang hanya dilaporkan setelah didedahkan pihak tertentu.

“Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

“Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya.

Enjin pertama pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu disedari hilang pada 2007 bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya apabila komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Kehilangan kedua-dua enjin pesawat ini dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM.
Di petik dari sumber Adukataruna


Dari : Azmin Ali.


Amboi-amboi-amboi (sambil tunjuk jari kelingking). Sedap jew u all tuduh kite macam2. Kang I laser u all balik kang, tak pasal2 jew. I bukan saje2 tak nak hadir, tapi u all kena fahamlah kan. Industri kite ni kecik jew. Takan semua I nak buat? Tokey balak pun cukur bulu, nyah.


Dari Nurul Izzah


Bukankah ayahanda sudah berada di sana. Kira wakil keluarga kami lah. Jangan nak kutuk saya melampau, ya. Saya jadi MP ni pun bukannya saya nak sangat. Tapi desakan PKR. Kang saya letak jawatan atas alasan lanjut pelajaran kang, sapa yang susah?

Sekadar rekod

Muka2 MP beEND yang Nazri Aziz Nak Tembak.. 
... Kita Imbas kan Kembali Wajah2 Mereka.
SharpShooter... Very Happy
Najib diboikot....
by Din Binjai
MENTERI


Sembrong – Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok,Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi



Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim




Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor



Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI



Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany



Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin



Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon

AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI



Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri

Image Hosted by ImageShack.us

Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang - Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan



K. Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin



Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong

Image Hosted by ImageShack.us

Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli



Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan



Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang

Image Hosted by ImageShack.us

Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing

Kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!!

Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA!

Sumber, Info Corner

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2009/12/najib-diboikot-oleh-70-mp-b-end.html

Monday, December 21, 2009

Sunday, December 20, 2009

Di petik dari sumber







HABIS HARTA KENA SAMUN









LENCANA SQUARDON F-5E INI BOLEH MASUK DALAM POKET UNTUK DISELUDUP KELUAR


YANG INI TAK MUNGKIN MASUK DALAM SAMPUL SURAT



ENJIN F-5E TUDM DIJUAL PADA SYARIKAT AS – malaysiakini


Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.


"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

KAH KAH KAH…



woit… INI SUDAH LEBIH…. kah kah kah…


woit… ENJIN KAPAL TERBANG PUN KENA CURI…kah kah kah..


woit… MACAM MANA ENJIN INI BOLEH DI HANTAR KE LUAR NEGARA?...kah kah kah..


kah kah kah… ENJIN INI BoLEH MASUK DALAM SAMPUL SURAT KE?....kah kah kah


woit…. ENJIN INI ADA KAKI KE? …BERJALAN SENDIRI…kah kah kah..


woit… MESTI ADA OPERASI BESAR…. kah kah kah..


woit…. MESTI ADA ORANG DALAM….kah kah kah..


kah kah kah… NAK TANYA …PADA TAHUN 2007….SIAPA MENTERI PERTAHANAN ..kah kah kah...


woit ... MENTERI ITU SAMY VELOO ATAU ZAINUDDIN MAIDIN?…kah kah kah…

Saturday, December 19, 2009

Friday, December 18, 2009

Malaysia berjaya Mengalahkan Vietnam 1-0

Sekalung Tahniah Kepada Pasukan Bolasepak Bawah 23 Tahun Malaysia kerana memenangi emas acara bolasepak dalam Pelawanan Akhir Sebentar tadi .Lagu Negaraku berkumandang di Stadium Bolasapak Sukan SEA 
Laos .  
Image Hosted by ImageShack.us

;Walaupun jaringan gol sendiri oleh pemain Vietnam, Namun corak permainan ke sebelas pemain Malaysia menampakkan kematangan. Juga sekalung tahniah untuk Jurulatih Rajagopal kerana anak buah nya dapat membalas dendam kekalahan 3-1 kepada Vietnam tempohari Penjaga gol Malaysia bolehlah di tabalkan sebagai wira pasukan Malaysia kerana beraya mengekang asakan lawan. Tahniah kepada Anda Semua .

Thursday, December 17, 2009

Menjelang Perlawanan Akhir-Petang ini-17hb Dis 2009

Di petik dari sumber

Tak gentar



ERAT...Rajagobal dan pemain negara bersalaman sesama <br>sendiri bagi menguatkan persefahaman selepas sesi latihan, <br>semalam.
ERAT...Rajagobal dan pemain negara bersalaman sesama
sendiri bagi menguatkan persefahaman selepas sesi latihan,
semalam.

 TIADA kata-kata hikmat daripada jurulatih K Rajagobal melainkan menyeru kesebelasan utamanya supaya mengeluarkan apa yang ada dalam diri mereka untuk perlawanan terakhir menentang Vietnam, petang ini.

Pemain, katanya, sudah melalui pahit getir dalam laluan ke final dan mereka harus membayar kerja keras itu dengan persembahan yang tidak mereka tunjukkan sebelum ini.

“Final ini milik mereka, bukan saya. Inilah hadiah yang mereka usahakan selama ini. Air mata selepas tewas kepada Vietnam, keperitan dan ketegangan ketika menumbangkan Thailand dan Laos wajar diakhiri dengan kegembiraan.

“Dan saya mahu mereka ceria dan lapang dada apabila turun ke tengah padang esok (hari ini). Tiada apa yang perlu ditakuti, hanya buktikan pasukan bola sepak Malaysia harus dihormati kembali,” katanya.

Terus terang, beliau tidak banyak memberikan arahan kepada pemain kerana masing-masing sudah mengetahui peranan dan tugas yang perlu mereka laksanakan.

“Saya tidak mahu menimbulkan ketegangan yang tidak perlu. Hanya yang saya lakukan adalah menyusun strategi.

“Lagipun kita sudah belajar daripada kesilapan lalu dan tidak akan sesekali ulanginya lagi. Namun apa yang pasti, apa yang anda lihat dengan corak permainan pantas, agresif dan keras ketika menentang Thailand dan Laos, itulah juga yang akan dipersembahkan,” katanya.

Kepada soalan mengenai Vietnam, Rajagobal kurang berminat untuk memberikan perhatian kepada kekuatan mereka serta kelebihan perancang utama, Nguyen Trong Hoang serta penyerang, Phan Thanh Binh dan Phan Thanh Hung.

Katanya, semua tahu akan keupayaan pasukan itu, malah Malaysia sendiri sudah berdepan mereka pada saingan peringkat kumpulan.

“Jadi lebih baik jika saya beri keutamaan kepada pasukan kita di samping mengkaji kelemahan mereka. Ini rasa saya lebih berfaedah dalam keadaan sekarang.

“Lagipun ini perlawanan baru. Perlawanan akhir. Tiada siapa berhak mendakwa mereka kuat dan mudah untuk muncul juara.

“Kita ada 90 minit menentukannya. Biarpun Vietnam nampak sempurna, mereka juga ada kelemahan. Apa yang saya perhatikan Vietnam bergerak menggunakan kedua-dua bek kiri dan kanan ketika menyerang. Bahagian itu kerap terdedah. Di sinilah kita akan ambil kesempatan,” katanya.