Monday, December 7, 2009

di petik dari sunber

TINTA MUTIARA
suara hegemoni pelbagai kaum

Malaysia tersangat tidak bernasib baik kerana mempunyai PM dan TPM yang hanya bijak memutar belit fakta. Negara ini tidak akan ke mana-mana kerana berpemimpinkan mereka. Kelentong mereka semakin hari semakin membelit diri sendiri, tetapi mereka masih perasan hebat.

Ketika mengulas isu doa laknat Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Najib kebingungan. Dia tidak mahu TGNA memohon maaf lalu mengeluarkan kenyataan kelentongnya dengan selamba.
Katanya, "Tak kiralah royalti ke wang ehsan ke, Kerajaan Persekutuan tetap beri duit kepada Kelantan."

Kenyataan itulah yang melindungi banyak fakta. Faktanya Kelantan berhak mendapat royalti minyak sebanyak 5 %. Hal itu tercatat dalam perjanjian dengan Petronas. Wang itu perlu dibayar kepada kerajaan negeri. Itu yang dinyatakan dalam rekod persidangan parlimen. Petroleum itu dikeluarkan dari bumi Kelantan. Najib sudah terperangkap dalam isu ini.

Perut busuknyalah yang menyebabkan wang ehsan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan untuk dibedak-bedakkan sesama pemimpin UMNO Kelantan dan kroni-kroni mereka. Perkara ini sudah lama berlaku di Terengganu, Sarawak, dan Sabah. Situasi di negeri-negeri minyak itu tidak setara mana pun. Masih juga mundur jika dibandingkan dengan Pulau Pinang yang setitik pun tiada petroleum. Sebabnya adalah kerana wang ehsan/royalti itu dibazirkan selain mengenyangkan diri sendiri dan kroni.

Jika wang royalti diberi kepada Kerajaan Negeri Kelantan, Najib bimbang Kelantan akan muncul menjadi negeri maju. Sedangkan tiada duit pun negeri itu dapat dibangunkan apatah lagi ada duit. Wang rakyat wajib diberi kepada rakyat. Rakyatlah yang berhak ke atas wang itu. Rakyatlah mesti diselesakan. Untuk menselesakan rakyat, semua kemudahan asas mesti dilengkapkan. UMNO yang sekian lama terjebak dalam kancah penipuan dan rasuah itu berasa amat takut akan kebolehan orang lain mengatasi mereka apatah lagi menyerlahkan kemungkaran yang mereka lakukan.

Muhyiddin bagi warning kepada Tengku Razaliegh yang hendak menyertai kaukus parlimen mengenai isu petroleum. Dia cuba menggagalkan usaha Kelantan mendapatkan royalti petroleum. Kemudian dia perlekeh pemimpin DAP pijak gambar tiga ADUN katak Perak. Dia menutup kes demonstrasi dan demonstran yang bakar gambar Lim Guan Eng serta melalak-lalak di Kota Bharu.

Dia kata tak payah suruh TGNA letak jawatan kerana lebih lama TGNA di situ akan lebih terserlah sifat sebenar pemimpin PAS diketahui rakyat. Inilah yang dipanggil kokok berderai-derai ekor bergelumang taik. Baginya doa laknat kerana dianiaya tidak dibolehkan. Tak tahulah hukum apa yang dia pakai.

Dia ingat semakin lama UMNO berada di tampuk pemerintahan semakin wangikah mereka. UMNO sudah busuk hingga ke usus. Samalah keadaannya macam yang diceritakan Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad dalam novel Shit.

Adakah rakyat akan menempelak Tuan Guru yang mendoakan kemudaratan untuk penganiaya atau kerajaan yang dibusukkan oleh rasuah?

Kini terpulang kepada semua ahli PAS sama ada hendak membudayakan doa laknat itu dalam kalangan mereka atau tidak. UMNO tidak boleh menghalangnya. Najib dan UMNOnya tidak perlu takut kalau tak bersalah. Doa laknat tidak akan memudaratkan mereka sekiranya kebenaran berpihak kepada mereka. UMNO wajib meyakini keadilan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

.

No comments: