Penyalahgunaan Wang Zakat :Antara Jamil Khir Baharom dan Redzuan Mohd Said


Penyalahgunaan wang zakat. Kita lihat adakah kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom and The Gang- Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin dengan kes Redzuan Mohd Said mempunyai persamaan. Pastinya pengakhiran yang berbeza. Rakyat menyerah diri, menteri melarikan diri. Darjat antara menteri dan rakyat biasa.
Redzuan Mohd Said
Kes Redzuan Mohd Said, Amil Fitrah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bagi mengutip zakat di kawasan Kulaijya Johor. Dia gagal menyerahkan wang kutipan zakat berjumlah RM19,510 antara Ogos dan September tahun ini. Dia menyerah diri apabila wajahnya disiarkan di akhbar dan memulangkan semula wang tersebut. Guna dahulu, serah kemudian!!
Pengakhirannya, sabit kesalahan dia telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.
Jamil Khir Baharom and The Gang
Ketua Audit Negara mengesahkan Jamir Khir and The Gang menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar. Pinjam dan bayar kemudian sesuka hati.
Mereka menyerahkan RM63, 000 wang zakat kepada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka. Bayaran pertama RM31,500 menggunakan wang zakat pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua juga menggunakan wang zakat berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010. Pembayaran semula wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 setelah mendapat geran kerajaan berjumlah RM700, 000 pada 22 Jun 2010. Guna dahulu, serah kemudian!!
Pengakhirannya, Jamil Khir and The Gang masih berlenggang-lenggang seperti biasa dan tak pernah disiasat dan menjawab.
Lihat kata-kata hikmah Datuk Seri Jamil Khir di atas berkaitan kes Redzuan -KOSMO
Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi. Jamil Khir tidak sepatutnya diam dan tidak sepatutnya membisu serta perlu menjawab lebih-lebih lagi dia menteri agama.