Friday, December 30, 2011





Mohon maaf atau kami bawa pada Agong, kata NGO
NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain supaya memohon maaf kerana didakwanya telah "menyalahgunakan" dana zakat.

Dua orang lagi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhamad berkata, jika mereka tidak berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.

Beliau mendakwa, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Jamil menjadi menteri dalam mengurus hal ehwal agama tetapi  beliau wajar meletakkan jawatan sekiranya berakhlak dan bermaruah.

Katanya, ia  termasuklah pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan.

Jingga 13 juga hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga-tiga mereka.
Saifuddin berkata, Jingga 13 meminta SPRM menyiasat secara terperinci dakwaan penyalahgunaan kuasa yang didakwa "menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tersebut serta tindakan diambil tanpa prejudis berserta dua yang lain."
Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil, Che Mat dan Shamsuddin.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan ketiga-tiga mereka sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.


Di Petik Dari Sumber





Baru 3 Tahun Jadi Menteri Dah Hidup Mewah - 

Minta Penjelasan Sikit!!


Mohon penjelasan rumah mewah Datuk Seri Jamil Khir
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit. Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir - gambar) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu  jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu  yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah. Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.


“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain”katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali. Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu. Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Psstttt..psssttt.."Datuk jangan buat leceh, jangan buat malu Sk datuk"..Sk ni jiran sekampung datuk di Sungai Limau Kedah nu. Takkan baru 3 tahun lantik jd menteri dah mewah hidup kot. Pandang2 lah jiran datuk sama kat sebelah kampung datuk tu entah makan ke idak. Sebelum ni Sk pernah dok p dengar ceramah Pas di rumah datuk di Sungai Limau tu datuk. Minta mahap la datuk.. la ni dengar sok sek.. sok sek.. datuk dah siap boleh beli tanah kebun getah lagi tu.. beli kat mana datuk?? berapa relung datuk?? boh atas nama sapa datuk?? sakan no datuk.. Sk bukan nak tuduh, bukan nak cemburu..tapi.. nak minta penjelasan sikit!!!!. boleh kot?? atau minta bloger sedakasejahtera tolong p siasat sat!!

No comments: