Thursday, March 31, 2011


Siapa kata saya tidak bersuara? - Harussani


Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.[ lagi ]

--------------------------
Ayoooo ... sapa kata ...
Ayoooo ....... tak tau .. ye ye ....
Wakakak !!!




Bahasa



Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar

TERKINI


KUALA LUMPUR, Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.


Selanjutnya:http://www.themalaysianinsider.com

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa sampai ke tahap nie????

Memo Editor


Komik lucah Anwar mula diedarkan


Belum pun reda isu skandal seks, timbul pula isu baru apabila komik lucah yang menggambarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi-aksi yang kurang sopan turut diedarkan dikalangan pengundi muda.

Komik tersebut dikatakan mula diterima oleh pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai melalui pos sejak semalam.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pada jam 3.38 petang tadi, satu laporan polis tentang komik lucah tersebut telah dibuat oleh Nurul Izzah di Balai Polis Dang Wangi dalam usaha menolak politik lucah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13

Selanjutnya:http://www.sinarharian.com.my

OMMENTS

Malaysia

Nurul Izzah presses for probe on Dr M, A-G for power abuse




KUALA LUMPUR, March 29 — As pressure piles on Datuk Seri Anwar Ibrahim over his alleged sex video scandal, his daughter pushed today for the police to investigate two of the country’s most powerful men for corruption.

“I urge PDRM to investigate the four police reports lodged by Datuk Seri Anwar Ibrahim between July 9, 1999 and August 20, 1999, concerning the abuse of power by Tun Dr Mahathir Mohamad and Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail as mentioned in an open letter by Datuk Mat Zain [Ibrahim] to the Police Inspector-General yesterday,” Nurul Izzah Anwar (picture) said in a statement today.

The PKR vice-president was referring to the former Kuala Lumpur CID chief who had disclosed a series of allegations implicating Dr Mahathir, who was prime minister from 1981 to 2003, and Abdul Gani, the government’s top prosecutor, in a heady web involving Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, one third of the “Datuk T” trio behind the sex video.

Mat Zain had weighed in on the current controversy and said Abdul Rahim was unlikely to be charged for his role in the video due to Abdul Gani’s influential position today as the A-G.

The former cop accused Abdul Gani of having once hijacked an investigation against Anwar back in 1999 in order to conceal his role in “indemnifying” the former Malacca chief minister from being prosecuted for corruption.

Mat Zain said that the Anti-Corruption Agency (ACA) back then had recommended that Abdul Rahim be prosecuted for four counts of corruption — three under the Emergency (Essential Powers) Ordinance and one for making a false statutory declaration, punishable under section 193 of the Penal Code.

Anwar had filed a police complaint against Dr Mahathir, then Attorney-General Tan Sri Mohtar Abdullah and Abdul Gani, who was then a senior deputy public prosecutor and who had “indemnified” Abdul Rahim from prosecution in exchange for his resignation from all government and political posts.

In his open letter to IGP Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain said he expected the police to handle the ongoing investigations on the sex video case in a professional manner, but expressed concern that Abdul Gani’s participation would eventually see Abdul Rahim walking away a free man again.

“I am fully confident that the police are able to carry out their responsibilities in a professional and impartial manner and will not be influenced by outside pressures.

“However, this investigation will later be handled by Abdul Gani as the Attorney-General. It is at this stage where it is expected that manipulation, fraud and forgery will occur, particularly when one is aware of how Abdul Gani and (former IGP) Musa (Hassan) handled the other cases involving Anwar and Abdul Rahim,” he told the IGP in his letter.

Mat Zain was the investigating officer in the infamous 1998 “black-eye” case involving Anwar.

He has repeatedly accused Abdul Gani of being corrupt and having committed numerous offences to protect his position.

Among others, he has claimed that Abdul Gani had falsified evidence in the probe against Anwar for his first sodomy trial, including the DNA evidence.

“Now, although Musa has retired, but Abdul Gani is still the A-G. So when this sex video investigation reaches him, it can be expected what his stand will be, especially since this video is yet another clash between Abdul Rahim and Anwar,” he said.

Mat Zain stressed that he had no personal vendetta against Abdul Rahim but was concerned that the sex video case would see the former chief minister getting off scot-free despite his admission to his involvement in the caper.

Abdul Rahim, along with businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, had last week admitted to being behind the sex video allegedly featuring Anwar having sex with a foreign prostitute.

Anwar has since denied being the man in the tape and has gone on a nationwide campaign to convince voters of his innocence

Selanjutnya:.http://www.themalaysianinsider.com

KISAH SEMBAHYANG HAJAT MEMPERTAHANKAN SI PELIWAT YANG JUGA PENZINA DI SHAH ALAM!

Seperti yang telah akiu janjikan tadi, sekarang ni tiba giliran aku nak cerita pasal apa yang berlaku di stadium Malawati di Shah Alam semalam.Memang tak dinafikan ramai yang hadir, mereka ni tak serik-serik naki pertahankan si Peliwat dan Penzina. Amat menyedihkan sekali tengok perangai bahlul-bahlul PAS ni.

Depa mula dengan sembahyang Maghrib yang diimamkan oleh Idris Ahmad. Antara yang hadir ialah Azmin Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man, Abdullah Sani dan ramai lagi. Mereka sembahyang di tengah gelanggang dalam Stadium.

Selesai Solat Maghrib, Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyampaikan tazkirah seperti berikut:

Kata Tuan Ibrahim, Himpunan malam ini sebagai sokongan terhadap Anwar yang menghadapi fitnah. (Nau'zubillah PAS). Di zaman nabi dulu telah ada fitnah tapi zaman sekarang makin teruk katanya. Fitnah di lakukan oleh orang yang tiada imam iaitu tidak kenal pahala /dosa. (Yalah kan ke PAS je pegang tiket sorga)

Tambah Tuan Ibrahim lagi, beberapa perkara telah di kesan kononnya yang menyebabkan orang tak percaya individu dalam video itu adalah Anwar (tunggu le video tu bila keluar nanti), contohnya perut dan dia mendakwa zaman skarang semua perkara boleh di lakukan (kiranya Tuan Ibrahim ni adik 'Steven Spielberg la)

Lepas tu Tuan Ibrahim kata sesuatu fitnah perlu di selidik terlebih dahulu dan bukan ditayangkan(tadi kata bukan Anwar so kenapa nak gelabah ni brahim oi?). Dia juga pertikai fitnah terhadap Nik Aziz yang dikatakan terlibat rasuah. (Oh! Part korang sedekah part orang lain rasuah kan). Fitnah terhadap Anwar Ibrahim masih guna isu sama iaitu liwat dan seks yang akhirnya diketahui dilakukan oleh Rahim Thamby Chik (Isu sama? Dah itu yang dia suka buat, kita nak buat macamana, betul tak?).

T.Ibrahim juga menyeru hadirin buat perubahan pada PRU ke 13 nanti. Selesai saja T.Ibrahim putar-belitkan fakta, mereka terus adakan solat Isyak berjemaah dengan diimamkan sekali lagi oleh Idris Ahmad.

Selesai je solat Isyak, mereka terus adakan Solat Hajat yang diimamkan oleh Hadi Awang. Selesai je Solat hajat untuk pertahankan si Penzina dan Peliwat, maka bermulalah Pidato Khas 'Menangkis Fitnah Jahat' yang dipengerusikan oleh Idris Ahmad. Masa ni Anwar, Lim Kit Siang, Dato Johari Abdul sudah ada.

Aku nak share sikit apa yang dikatakan oleh Abd Hadi Awang. Beliau kata rakyat kini menghadapi satu permainan politik kotor yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Kata dia lagi PR akan laksanakan Buku JingGAY jika di beri amanah oleh rakyat (Hadi faham ke apa bendanya Buku JingGAy tu?). Isu ini sepatutnya di bawa ke mahkamah bukannya di tayang di hotel serta pihak berkuasa perlu siasat siapa dalang dalam pembikinannya (kan ke tengah siasat tu Hadi oi, ish, dari statement Hadi ni dia macam percaya Anwar dalam video tu la kan?.

Hadi kata kerajaan sanggup lakukan apa sahaja agar terus dapat memerintah. Hadi ucap syabas kepada Dato Johari Abdul kerana tidak termakan dengan imbuhan yang di tawarkan (yalah Hadi, dia demand mahal sangat, kalau dia dapat hari ini dia dok ceramah kata itu memang Anwar).

Hadi menambah lagi bahawa kezaliman oleh sesebuah negara akan mngalami kejatuhan seperti Mesir, Tunisia, Libya. (Apa kena mengena Anwar main dengan jalang Cina dan Mesir Hadi oi?). Hadi juga mengingatkan pemimpin BN bahawa mereka tidak akan kekal telah ada tanda-tanda akan berlaku perubahan. (Ya, perubahan itu adalah DAP GANTI PAS)

Semasa Hadi tengah sedap dok kempen pasal PRU13 (aku pun tak faham dia nak defend Anwar ke nak cerita pasal PRU ni) tibalah yang dinanti, iaitu MUR-SHIT-DOL HAM-PAS! Nicky sampai agak lewat lebih kurang jam 10 lebih, yalah dia pun dah naik cuak nak defend Anwar yang nafsu seks dia yang semakin buas!

Itulah lebih kurangnya kisah yang aku nak sampaikan pasal ceramah semalam, aku nampak mereka yang datang sembahyang hajat ni pun macam half hearted je. Tapi yang paling besar kena tanggung dosa sebab menipu semalam ialah Johari Abdul, manusia yang takde moral, dia masih sokong Anwar pun sebab apa yang dia mintak masa tengok video tu dia tak dapat!

Bangunlah rakyat Malaysia. Sampai bila korang nak kena tipu dengan jenis manusia tak bermoral seperti mereka ni? Aku tak kata la pemimpin BN moral mereka tinggi sangat, at least mereka tak jual agama demi mempertahankan si Peliwat yang kuat berzina dan menipu ni.

TAKEBEER!
TAKEBEER!
TAKEBEER!



Inilah Laungan 'Take Beer' Yang Sebenar!! Game Over Untuk Blogger UMNO

Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaOleh: edyesdotcom

"sila klik blog penyumbang sumberTopengPerakUnmask untuk gambar lebih besar.Akhirnya terdedah sudah jigsaw puzzle yang diperuntukkan untuk mengenali seorang blogger UMNO yang sering melaungkan Allah Huakhbar dalam blognya House PK. Blogger jahanam ini juga kerap memperlekah perjuangan menegakkan agama Allah hingga sanggup mengungkap 'take beer' merujuk kepada takbir Allah Huakhbar yang dilaungkan orang islam tatkala memerangi kejahatan kerajaan zalim.

Saya ada menulis dua artikel mengenai si blogger UMNO ini. Pertama bertajuk "Mahukah Anda Percaya Kata-Kata Blogger Yang Mium Arak??" dan yang kedua adalah siri puzzle yang kedua bertajuk "Gambar Keratan Ke-2 Blogger UMNO Tonggang Arak Di Kala Maghrib !!!". Kedua-dua artikel sederhana panjang ini mengisarkan persoalan, apakah kita wajarmempercayai seorang blogger (yang mengaku islam) yang telah dikenalpasti sebagai penabur fitnah, yang juga seorang peminum arak? Lebih membingungkan ialah, blogger UMNO ini sering memperlekeh ulama kita termasuklah Tuan Guru Nik Aziz yang kita hormat dan sayangi.

Sekarang perhatikan betul-betul gambar di atas. Sebagai pembaca budiman, andalah yang berhak menilai samada gambar tersebut adalah benar ataupun super impose. Saya serahkan kepada anda untuk menilai kerana saya yakin, gambar yang sebegini jelas tidak memerlukan Edri KRU untuk melontarkan pendapat peribadinya. Saya tahu anda juga boleh berbuat demikian.

Daripada pengamatan saya, melihat muka dan matanya si blogger lahanat ini, seperti sudah mabuk. Mungkin kemabukkan arak menyebabkan blogger UMNO ini langsung tidak sedar gambarnya diambil malah tidak menghalang. Macam itulah gamaknya orang mabuk, separuh sedar (atau hanya tinggal suku?).

Blogger UMNO di atas juga telah menulis dalam artikel terbarunya seperti tajuk di bawah;
KISAH SEMBAHYANG HAJAT MEMPERTAHANKAN SI PELIWAT YANG JUGA PENZINA DI SHAH ALAM!
Saya mengambil petikan-petikan penting penulisan si peminum arak di atas. Apakah mungkin artikel tersebut ditulis dalam keadaan separuh sedar (baca: mabuk stout);

Selesai je solat Isyak, mereka terus adakan Solat Hajat yang diimamkan oleh Hadi Awang. Selesai je Solat hajat untuk pertahankan si Penzina dan Peliwat, maka bermulalah Pidato Khas 'Menangkis Fitnah Jahat' yang dipengerusikan oleh Idris Ahmad. Masa ni Anwar, Lim Kit Siang, Dato Johari Abdul sudah ada.
.....
Semasa Hadi tengah sedap dok kempen pasal PRU13 (aku pun tak faham dia nak defend Anwar ke nak cerita pasal PRU ni) tibalah yang dinanti, iaitu MUR-SHIT-DOL HAM-PAS! Nicky sampai agak lewat lebih kurang jam 10 lebih, yalah dia pun dah naik cuak nak defend Anwar yang nafsu seks dia yang semakin buas!
Bangunlah rakyat Malaysia. Sampai bila korang nak kena tipu dengan jenis manusia tak bermoral seperti mereka ni? Aku tak kata la pemimpin BN moral mereka tinggi sangat, at least mereka tak jual agama demi mempertahankan si Peliwat yang kuat berzina dan menipu ni.

TAKEBEER!
TAKEBEER!
TAKEBEER!
Masih tidak serik lagi, malah sanggup menggelar TGNA sebagai Mur-shit-dol. Astafirullah hal azim... Saya bersyukur kepada Allah kerana bukan sahaja memberi secebis kemenangan kepada perjuangan DSAI melawan fitnah-fitnahnya seraya memberi kesedaran kepada kebanyakkan golongan atas pagar yang mula mencemuh tindakkan jahat UMNO. Malah Allah juga menunjukkan kebenaran di dunia ini dengan gambar seorang blogger UMNO sedang bergelumang dengan dosa arak.

Saya melihat penyokong-penyokong tegar UMNO yang tidak berkepentingan dalam saham merompak harta rakyat sudah mula menunjukkan rasa benci terhadap politik kotor yang dimainkan UMNO melalui Trio jahanam. Mereka sanggup menelan kata-kata dan telahan asal mereka serta menyatakan kesediaan untuk memberikan laluan kepada sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Semoga kita semua dihindari dari mempercayai fitnah jahat, apatah lagi jika fitnah itu hadir dari seorang peminum arak!!

Takbir!!
Takbir!!
Takbir!! Allah huakhbar !!


EDYES @ edyesdotcom