Tuesday, July 24, 2012


Bukti! Pemimpin UMNO Pulau Pinang halau Melayu keluar dari Pulau Pinang..

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh: AnakSgDerhaka

"Setelah UMNO yang diperkudakan GERAKAN dalam memerintah Pulau Pinang gagal mempertahankan kuasanya selepas PRU12 lalu, media tunggangan UMNO sering memainkan isu kononnya Melayu Pulau Pinang kini terpinggir.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menakutkan Melayu Pulau Pinang yang mereka jangkakan sebodoh penyokong-penyokong UMNO Pulau Pinang.

Menurut pemimpin UMNO yang kenyataan mereka disiarkan oleh media tunggangan UMNO/BN, setelah DAP/PR berkuasa di Pulau Pinang, Melayu terpinggir dan tersingkir dari Pulau tersebut.

Adakah benar dakwaan mereka itu??

Pada 31 Januari 2012, seramai 31 orang Melayu pemilik tanah warisan (tanah melayu), di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang, telah menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) dengan harga RM8,563,983.12.


Ini berlaku apabila tanah milik mereka telah dijual kepada oleh mereka sendiri kepada Maison Heights Sdn. Bhd. Pada harga RM8.563 Juta.

Tanah mereka telah dibeli pada harga RM21 setiap kaki persegi dan tanah tersebut kemudiannya telah dijual semula dengan harga RM33 setiap kaki persegi oleh Maison Height kepada Kay Pride Sdn. Bhd.


Transaksi ini telah memberikan keuntungan mencecah RM5Juta dalam masa yang singkat kepada Maison Height Sdn. Bhd.

Menariknya dalam hal ini Masion Height Sdn. Bhd. yang menjadi agen atau orang tengah transaksi tersebut dikuasai oleh Pemimpin UMNO sendiri.

Dalam melaungkan isu kononnya angkara DAP/PR, Bangsa Melayu di Pulau Pinang mula tersingkir dan terpinggir dari Pulau Pinang mereka sendiri yang menjadi barua dalam menyebabkan hal tersebut berlaku.

Masion Height Sdn. Bhd. (849163-W) didaftarkan pada 06 Mac 2009 dan dialamatkan di 56-I, 3rd Floor Perak Plaza, Perak Road, Georgetown, Pulau Pinang.


Pengarah Syarikat tersebut ialah Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir dari Bukit Mertajam dan Dato Omar Bin Haji Faudzar dari Gelugor.

Lihat dokumen seterusnya di SINI
"
 

Sunday, July 15, 2012

Di Petik Dari Sumber:
Tertegaknya Kebenaran & Keadilan

Makcik 61 Tahun Tunggang Motorsikal Sejauh 260 km Dari Larut Ke Himpunan Oren


Kuala Lumpur, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

“Makcik dah biasa dah.”

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.” -selangorku




Wednesday, July 11, 2012



MOUNTDWELLER

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR 

Umno menuai berkat daripada kilang arak San Miguel

Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang 'dakwat' sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini. 

Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden Umno itu sangat berjaki dengan Anwar.

Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.

"Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang, baru ini.

Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun memaafkan bekas PM tersebut.

"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.

"(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.

Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.

Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.

Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden Umno yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.

Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.

Justeru, seluruh anggota dan pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.

Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan Umno. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu Umno.

Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.

Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.

Anak bongsunya, Dato' Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.

Esso sudah 'direbranded' sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan 'conflict of interest.'

Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.

Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin Umno anak-beranak.

Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas sebegini.

Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di Felda tempohari, memang 'haram jadah'!

Monday, July 9, 2012


Komplot Mahathir, Esso dan San Miguel
Posted on Sunday,
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel
Oleh: MSKOleh kerana lama menunggu giliran untuk berjumpa doktor, aku beli akhbar The Star semalam. Selalunya, bab bisnis memang aku tak tengok, tapi oleh kerana tak ada apa yang nak dibaca, usahkan bisnis…iklan pun habih aku baca.

Ada satu artikel yang menarik perhatian aku.MAS, Petron ink deal for A380 fuel supply.


Aku ingatkan Petronas, rupa-rupanya Petron saja. Pasai apa MAS beli minyak dari Petron dan bukan dari Petronas?

Ayat terakhir dalam artikel tersebut membuatkannya jadi lebih menarik. “On June 5, MAS also enjoyed fuel supply from Petron when it hosted staff and guests on its A380 route proving flight-cum-joyride, which included VIP guest Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Mahathir menjadi Penasihat Petronas, tapi dalam hal ini, MAS membeli minyak dari Petron dan Mahathir menjadi tetamu khas dalam pelancaran pesawat A380 yang menggunakan minyak dari Petron.

Petron ini milik siapa? Rupa-rupanya, Petron adalah anak syarikat milik San Miguel. Anak Mahathir, Mirzan merupakan Pengarah San Miguel.

Mengapa MAS tidak membeli minyak dari Petronas sebaliknya membeli minyak dari Petron? So, sekarang kita nampak bahwa Mahathir masih lagi mempunyai kuasa keatas Najib. Najib mengarahkan MAS membeli minyak dari Petron untuk memastikan Mahathir mempunyai duit yang cukup untuk memastikan anaknya Mukhriz menghadapi pilihanraya akan datang.
Macam mana lagi nak salurkan duit kepada Mahathir?
Bukan setakat MAS saja yang terpaksa membeli minyak dari Petron, malah Petron juga telah mengambil alih syarikat Esso Malaysia Berhad. Tak lama lagi, semua stesyen-stesyen minyak Esso akan bertukar menjad Petron. (Boleh baca kat sini)
So, setiap hari kita dengar Mahathir dan Umno bercakap tentang Islam, tentang Melayu..tapi dalam masa yang sama, Mahathir menggunakan duit arak dari San Miguel untuk membeli Esso Malaysia.
Hello Umno!! tak ada ke syarikat-syarikat Malaysia yang boleh beli Esso Malaysia? Mengapa boleh lepas ke syarikat arak terbesar di Filipina? Mana orang Umno yang menyalak mempertahankan hak Melayu, kalau peluang perniagaan yang cukup lumayan ini pun diberikan kepada syarikat arak? Malu la.
Aku bukan pakar ekonomi atau bisnis. Jadi aku mintak la kepada ahli-ahli ekonomi tolong tengok-tengok kan isu ni.Sebagai tambahan, boleh baca disini. EXXONMOBIL Scandal Starring Mirzan Mahathir


Sumber Asal: http://mediaperak.com/2012/07/03/komplot-mahathir-esso-dan-san-miguel/