Thursday, July 31, 2008

Pemimpin Berjaya Dan yang Gagal






">Oleh muhammadhanif

"Salam Perjuangan…

Ada pemimpin menempuh kejayaan di dalam mengatur masyarakat dan ada yang menempuh kegagalan. Ada pemimpin mudah menerokai kawasan-kawasan baru untuk didakwahkan dan ada pula yang sentiasa menghadapi kebuntuan dalam hal ini. Ada pemimpin dapat membezakan di antara musuh dan kawan hingga kerja-kerja pengurusan pentadbirannya tidak terjejas. Ada pemimpin kerana tidak berkemampuan menyangka musuh itu kawan, hingga segala rahsia diri dan pemerintahannya terbongkar.


Bezanya kepimpinan di antara yang berjaya dan yang gagal sepertimana di atas adalah keranan yang satu mampu membaca perkara yang tersirat dan yang satu lagi hanya terhad kepada apa yang tersurat semata-mata sahaja.

Oleh itu dalam kita ingin membina iman, ingin memperbetulkan diri sendiri, ingin memperjuangkan Islam, dan ingin mengubah masyarakat. Maka kita perlu berkemampuan membaca perasaan, sikap dan mengatur tingkah laku individu dan masyarakat itu agar dapat diubah ke jalan taqwa iaitu ke jalan menempuh syariat Allah.

Secara kasar terdapat tiga cara untuk kita menguasai ilmu bagi memudahkan yang tersirat disuratkan. Cara yang pertama adalah berdasarkan ilmu psikologi, yang kedua berdasarkan ilmu firasat dan yang ketiga berdasarkan ilmu kasyaf.

Cara yang pertama adalah melalui bidang psikologi iaitu melalui ilmu jiwa. Berdasarkan penelitian dan pemerhatian individu atau kelompok masyarakat tertentu, tentang tabiatnya, wataknya, kehendak-kehendaknya, satu rumusan tersirat dapat dikesan. Ilmu dalam bentuk ini tidaklah terhad kepada orang Islam sahaja. Orang kafir pun mampu menguasainya juga. Malahan pada masa ini orang Barat didapati lebih mendalami ilmu ini berbanding dengan kemampuan yang ada pada kita. Pengamatan yang dibuat oleh sarjana-sarjana barat, kajian yang telah dijalankan, jenis kaedah dan teknik yang digunakan telah membantu mereka untuk membaca dan memahami perasaan, sikap dan tingkah laku manusia.

Ilmu firasat merupakan satu cabang daripada ilmu makrifat. Ia adalah jalan atau kaedah kedua bagi membolehkan kita membaca yang tersirat untuk disuratkan. Ilmu firasat lebih merupakan gerak hati, rasa di mana seseorang dicampakkan ilham ke dalam hatinya oleh Allah S.W.T. untuk memahami perkara-perkara yang tersirat. Ianya bukan ilmu yang berasaskan pemikiran, renungan, pengamatan atau kajian. Ianya diperolehi dengan secara tiba-tiba, jatuh ke dalam hati insan itu. Dia akan merasa senang hati, seronok, tenang atau terhibur apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan membuahkan kebaikan kemudiannya. Atau merasa perasaan meluap, kebencian, tidak sedap hati dan sebagainya apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan mengakibatkan terjadinya keburukan.

Ilmu yang didapati dari bentuk ini berbeza dari psikologi. Ilmu psikologi adalah hasil pembacaan, pengamatan, kajian dan hasil kerja-kerja akal, manakala ilmu firasat adalah gerak hati yang dicampakkan oleh Allah. Sebab itulah mereka yang memperolehi ilmu firasat tidak menghadapi masalah keletihan akal kerana ilmunya lahir dari pacaran hati yang terikat dengan tali keimanan, yang digariskan atas syariat Allah walaupun ianya dapat menghasilkan ilmu yang banyak.

Kaedah yang paling berkesan dan pratikal sekali yang boleh diperolehi oleh manuasia dalam menilai dan memahami perkara-perkara yang tersirat dengan tepat ialah melalui ilmu kasyaf (pandangan tembus), iaitu sebahagian dari ilmu mskrifat juga. Di sini insan tadi, Allah akan mengangkat hijabnya hingga dapat melihat alam roh dengan sebenar-benarnya. Sehinggakan apabila melihat seseorang, ia boleh melihat sama ada orang itu berkepala babi atau berkepala kambing atau berkepala ular dan sebagainya. Pasti secara lahirnya sifat-sifat itu akan terpapar pada tingkah laku peribadi tersebut. Malah bukan itu sahaja, ada yang dapat melihat pokok-pokok bertasbih, ayam membaca al-Quran dan sebagainya yang mana ini semua dianggap pelik bila diukur dengan kaca mata lahiriah.

Kasyaf terbahagi kepada empat jenis iaitu ;

1. Kasyaf yang berlaku kepada para Rasul, Nabi dan Waliyullah. Mereka ini telah terbina imannya, telah berjaya bermujahadah melawan nafsu dan syaitan serta tipu daya dunia hingga dapat menjadikan ianya hampir dengan Allah serta tergolong dalam kumpulan para kekasih Allah. Mereka ini tidak terpaut dan tidak terasa hebat dengan kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan Allah. Pengadian mereka kepada Allah bukanlah kerana ganjaran syurga, atau takut dengan neraka, apatah lagi kerana dunia yang penuh tipu daya ini, tetapi adalah semata-mata kerana ianya hamba Allah. Tegasnya mereka adalah orang-orang yang dikurniakan kasyaf kerana hati mereka telah bersih dan bulat sepenuhnya mencintai Allah.

2. Dalam jenis kedua pula, Allah berikan kasyaf kepada seseorang itu sebagai modal untuk menyakinkannya akan kebesaran Allah dan tentang keesaanNya. Dengan pemberian ini menjadi penyebab untuk ia taat kepada Allah selaras dengan syariat Allah.

Inilah yang terjadi kepada orang-orang tertentu sebagai “rezeki” dari Allah kepada mereka. Contohnya, seperti yang telah terjadi kepada wali-wali besar Ibrahim Adham, Bisyru Al Hafi, Malik bin Dinar dan lain-lain. Mereka asalnya adalah orang awam, tetapi setelah dikurniakan kasyaf sebagai cara didikan terus dari Allah, maka mereka terdorong untuk membuat perubahan besar dalam hidup mereka, iaitu semata-mata berbakti kepada Allah.

Ibrahim Adham yang asalnya seorang raja, gemar berburu pada hari Jumaat. Beliau tidak menghiraukan “pantang-larang” umat Islam yang sangat memuliakan hari Jumaat sebagai hari yang dikhususkan untuk beribadat.

Suatu ketika sedang ia berburu, tiba-tiba ia mendengar satu suara ; “Wahai Ibrahim Adham! Adakah kerana ini Allah menjadikan kamu?” Ibrahim Adham terpinga-pinga. Dia tidak dapat melihat siapa dan dari mana suara itu datang. Ia pun meneruskan pemburuannya. Tetapi sekali suara itu bergema. Akhirnya, hati beliau tersentuh dan insaf atas kelalaiannya selama ini.

Ia pun meninggalkan kemewahan, dan cara hidupnya sebagai raja. Ia berkelana dan hidup sebagai seorang sufi. Mulai saat itulah darjatnya meningkat hinggalah mencapai taraf wali.

3. Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada seseorang kerana berkat guru atau ibubapanya ataupun kerana sesuatu amal yang telah dikurniakan kasyaf jenis ini sebenarnya belum bersih lagi jiwanya. Ia hanya menerima berkat dari seseorang lain yang ada hubungan rapat dengannya. Kasyaf jenis ini juga merupakan modal awal yang sangat tinggi nilainya kepadanya untuk hampir kepada Allah. Jika ia anggota sebuah jemaah Islamiah, maka ia merupakan saluran kepada berita-berita ghaib yang sangat besar manfaatnya kepada seluruh anggota jemaah.

Hal ini dapat dicontohkan dengan kasyaf yang dikurniakan mukasyafah waktu sebelum bertaraf wali. Dengan mukasyafah itulah ia dapat merasai kebesaran Allah dan menjadi pendorong kepada dirinya berubah menjadi wanita solehah dan akhirnya menjadi seorang wali. Mengapakah Allah memilihnya? Ini disebabkan barakah dari ibunya yang sering mendoakan kesejahteraan anaknya (Rabi’atul Adawiyah). Jadi kasyaf yang diberikan padanya bukanlah hasil mujahadah tetapi sengaja Allah campakkan barakah doa seorang ibu kepada anaknya!

4. Dalam jenis keempat pula Allah memberi ilmu kasyaf kepada seseorang lebih merupakan satu ujian ke atasnya. Adakah ia akan mudah terasa hebat dengan kekasyafannya atau terasa seronok dengan kebolehannya. Dengan kekasyafan ini akan tergambarlah watak-watak terpendam pada orang itu seperti keikhlasannya dalam ibadahnya, tentang rasa kehambaannya kepada Allah serta akhlak baik dan uruknya. Ini merupakan perangkap ke atas dirinya dalam menguji sifat kehambaan yang ada pada dirinya.

Bagi para wali mereka tidak mudah tertipu dan tidak mudah terperangkap dengan ilmu kasyaf yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Contohnya, kita boleh lihat pernah suatu ketika, di waktu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sedang berzikir dan bermunajat dengan Allah. Ketika itu datanglah satu cahaya dan bersuara ; “Wahai Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, engkaulah kekasihku. Mulai sekarang telah halal apa yang diharamkan ke atasmu.”

Syeikh Abdul Kadir Al Jailani terus melontar kasutnya ke arah cahaya itu dan berkata ; “Pergilah, wahai syaitan yang terkutuk!”

Mendengar itu, suara tadi (syaitan) pun berkata ; “Engkau hebat! Telah ramai wali yang telah aku sesatkan dengan cara ini. Ini sudah tentu berkat ketinggian ilmumu.”

Mendengar itu, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani pun terus berkata lagi ; “Jangan engkau cuba menipu aku sekali lagi. Aku selamat dari tipu dayamu bukan kerana ilmuku tetapi kerana rahmat Allah!”

Inilah bentuk ujian kasyaf yang dikurniakan kepada Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sama ada ia tertipu atau tidak. Alhamdulillah wali besar itu mendapat pimpinan Allah dan sentiasa dapat mengekalkan sifat kehambaannya walaupun kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi.

Begitu juga dengan Rabi’atul Adawiyah, walaupun dianugerahkan dengan kehebatan-kehebatan pada dirinya, dia tidak pula terasa kagum hingga hilang sifat kehambaannya kepada Allah. Di antara karomah-karomahnya ialah dia boleh melempar tikar sejadah ke udara dan bersembahyang di atasnya. Tetapi perkara ini adalah terlalu kecil baginya. Alam kenyataan telah membuktikan ini adalah perkara biasa pada burung yang sentiasa boleh berterbangan di udara.

Sebaliknya tidak dapat kita nafikan melalui sejarah, dapat kita lihat ramai para wali yang sudah terpesona, tertipu, sudah terasa “hebat” dengan kebolehan hingga tipu daya ini membawa mereka ke kancah kekufuran. Mereka telah gagal dalam ujian yang berbentuk kerohanian ini. Kasyaf yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ini menyebabkan mereka lupa, takabur dan sombong.

Terdapat satu kisah tentang seorang wali yang bernama Syeikh Bersisa yang sudah begitu lama beribadah kepada Allah tetap di saat akhirnya terpedaya dengan tipu daya syaitan sehingga melanggar syariat Allah. Beliau mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sehinggakan anak muridnya telah boleh terbang bagaikan burung di udara tetapi akhirnya mati kufur. Rupa-rupanya tersingkap rahsia bahawa Bersisa menerima nasib sedemikian kerana hatinya kurang dengan rasa syukur. Sebab itulah kurniaan kasyaf bukanlah jaminan untuk selamat dunia dan akhirat tetapi sebagai pendorong sahaja untuk lebih membaiki diri.

Pencacai UMNO mula menabur Fitnah.(Basi)


-------------------------------------------------------------------------------------
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Azizah kosongkan Permatang Pauh, Anwar tanding...

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa pihak "telah dimaklumkan secara informal" mengenai kekosongan tetapi menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.

Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi.

Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu tidak penting.
"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil)," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------
KOMEN DALAM ARTIKAL(tko)

Re: Tukar Strategi, Kulim Bandar Baru ke Pmtg Pauh (Score: 1)
by indraputra80 on Sunday, August 03 @ 23:39:35 MYT
(User Info | Send a Message)

Sebenar nya saudara Zul perkara ini tidak perlu di perbesarkan,kerana keiklasan dihati dan dari gerak geri orang akan faham dengan sendirinya,dan bila ia diulas begini,ada isu isu yang tak di sedari terbongkar,terutama tentang kekurangan calun bagi menghadapi PRU,dan kehadiran Nurul yang saolah olah bukan kerana kemahuannya melainkan atas desakan atau secara mudahnya kerana terpaksa.

Mengapa harus membuka pekong didada yang kelak menjadi bahan crte ,bagi modal pihak yang senantiasa mencari ruang mencaci,mencerca.memperbesarkan kelemahan kita.

Malah hampir hampir tepat kata kata puak UMNO yang DSAI bertanding sercara tergesa gesa kerana hendak mengelak dari Kesnya,dan yang paling tidak sedap di dengar ulasan mereka DSAI cuba membawa rakyat bersama melindungi masaalah peribadinya,.

Come on Zul ,kita sudah banyak masaalah,perkara remeh seperti ini,tak perlu di sembang kan kat kedai kopi,cukup hanya dalam kelambu,.biar suami isteri saja yang tahu.

Relekkan kepala usah dok ingat Politik.

Wednesday, July 30, 2008

Peguam Saiful Enggan Jawab soalan Wartawan


KUALA LUMPUR, 30 JULAI (SK)- Peguam Kepada Saiful Bukhari, Zamri Idrus gagal menjawab hampir kesemua soalan yang dikemukan oleh wartawan yang hadir dalam sidang media yang diadakah beliau di sebuah hotel lima bintang di sini.
Kebanyakan jawapan yang diberikan hanyalah, “I dont want to answer that question, let police do their investigations” (saya tidak mahu menjawab biar polis jalankan siasatan).
Peguam berkenaan juga berkata Saiful berada dalam keadaan selamat dalam perlindungan polis, namun beliau enggan memberi sebarang jawapan samada Saiful diugut atau diancam oleh pihak-pihak tertentu, apabila ditanya mengenai keselamatan Saiful.
Wartawan yang hadir ke sidang media berkenaan kelihatan hampa dan kecewa dengan sidang akhbar yang dibuat kali kedua ini.
Sebelum ini, Peguam berkenaan telah mengadakan sidang akhbar yang pertama di Hotel Seri Pacific yang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Umno.
Sidang akhbar berkenaan telah dihadiri oleh bapa saudara Saiful yang hanya mahu dikenali sebagai Uncle Pet dan dalam sidang akhbar hari ini pula, kelibat Uncle Pet tidak pula kelihatan.
" filename="<

Tuesday, July 29, 2008

AMARAN D.S AZIZAN PADA DAP

Petikan Malaysiakini

Menteri besar Kedah memberi amaran kepada DAP berhubung sikap rakannya itu dalam Pakatan Rakyat yang menghendaki keanggotaan parti Islam dinilai semula susulan berunding dengan Umno.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata PAS tidak akan mengikut telunjuk pihak lain dalam perjuangannya dan DAP "tiada hak menghalang atau menentukan tindak-tanduk PAS", lapor Bernama.

"PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN dalam pilihanraya lepas, bukan gabungan macam BN," katanya.

"Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, mengulas kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh semalam.

Azizan berkata Karpal tidak berhak mempertikai tindakan PAS atau meminta parti itu merujuk DAP atau Pakatan jika ingin berbincang dengan Umno.

"Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan Umno.

PAS sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut),"

Tambahnya, PAS menyambut baik usaha perdana menteri dan juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bermuzakarah kerana PAS telah lama berharap usaha murni itu menjadi kenyataan.

"Cerita PAS mengajak Umno bermuzakarah bukan baru, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perbezaan PAS dan DAP itu sebagai "masalah politik yang biasa" dalam setiap parti politik.

Beliau, yang juga ketua perhubungan PKR, berkata pergeseran dan perbezaan pendapat bukan sahaja berlaku dalam Pakatan tetapi juga wujud antara komponen-komponen BN.

"Masalah politik ini adalah masalah biasa, dalam Umno pun ada masalah politik, dalam Pakatan Rakyat pun ada perbezaan pendapat tetapi akhirnya tujuan mereka jalankan usaha politik ialah untuk kebajikan rakyat.

"Kalau tidak, buat apa mereka masuk politik," katanya, seperti dilaporkan.

Ditanya sama ada beliau berpendapat tindakan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno itu bukan satu kesalahan, Abdul Khalid menjawab:

"Tak ada, ini politik... saya rasa ia (PAS) akan cuba nilai keadaannya tetapi bagaimanapun kepimpinan PAS, PKR dan DAP menyatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah mantap."

Pengembara Jalanan: Mengapa DSAI Pilih Kulim

Pengembara Jalanan: Mengapa DSAI Pilih Kulim



Monday, July 28, 2008

Al-Gazali yg.kucari dapat yg ini.,be happy...






Petikan komen Mat Saman kati Blog..

Sapa-sapa boleh email ke TV3..tengok kalau-kalau dia kuarkan atau tidak.

2008 Julai 28 04:35


IP80-Ruhihayat berkata...
Bila Abang Mat Sabu kata dalam ceramahnya "Org.Ganu banggang" saya coverkan sikit,kechuali yg.berpeggang kepada agama nya.

Tapi kalau ada orang kata orang UMNO itu Banggang., saya 100% sokong,tanpa ragu.,tak perlu pinda apa apa .

Bayangkanlah nak buat kes atas perkara yg.sama,sedangkan yg.dulu pun tak dapat buktikan malah hanya fitnah saja,ini buat lagi crte yg.sama ,menggunakan skrip yg,sama,dailog yg.sama,tapi keraguan lebih banyak dari kebenarannya.

Bukan kah itu "Banggang" namanya.


-------------------------------------------------------------------------------------
Budak derjah 6 sekolah rendah bercakap


Umno ada unsur Islam, tidak perlu dibubar kerana PAS
28-07-2008 08:28:37 PM
Oleh

(Mutakhir) PETALING JAYA: Umno juga merupakan sebuah parti yang mencerminkan amalan prinsip Islam, dan ia tidak perlu dibubarkan bagi membuka laluan kepada sebuah parti baru bersama PAS.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangan pembubaran Umno dan PAS untuk bergabung menjadi satu parti berteraskan Islam adalah tidak perlu.

“Tidak perlu gabungan. Umno sebagai sebuah parti politik Melayu juga sememangnya berteraskan Islam,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Umno dan PAS boleh bekerjasama dalam banyak perkara melalui perbincangan terutamanya bagi menanggani masalah orang Melayu dan Islam.

“Tidak semestinya kita bergabung, tanpa penggabungan juga kita boleh berbincang dan buat keputusan,” katanya.

Adnan turut mengakui bahawa beliau sendiri pernah mengadakan pertemuan peringkat individu dengan pemimpin PAS untuk berbincang mengenai masalah orang Melayu.

Tambah beliau penggabungan antara Umno dan PAS akan mewujudkan lebih banyak masalah kerana kedua-dua parti mempunyai prinsip-prinsip perjuangan yang berbeza.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang meragui keanggotaan PAS bersama Pakatan Rakyat kerana mengadakan perbincangan bersama Umno, beliau berkata perkara itu terpulang kepada PAS.

“Soal itu (bersama Pakatan Rakyat) adalah hak PAS. Namun pada dasarnya DAP sememangnya mahu lihat Umno dan PAS hancur,” katanya.

Katanya, sejak dahulu DAP sengaja ingin membangkitkan isu politik perkauman kerana tidak senang melihat penyatuan semua bangsa di Malaysia terutamanya masyarakat Melayu.

Saturday, July 26, 2008

TR.n7


-----------------------------------------------------------------------------
DSAI

fr:T.n7

Thursday, July 24, 2008

Minyak oh Minyak


Kita orang marhaen bukanlah tahu sangat pasal ekonomi. Tapi dengan pemikiran perkiraan untung-rugi cara lama, kita merasa amat terkejut dengan tindak-tanduk kerajaan selepas menaikkan harga minyak.
Yang terbaru semalam, kerajaan mengistiharkan ingin memberikan pinjaman tanpa cagaran dan penjamin kepada kakitangan kerajaan yang ingin memulakan perniagaan dengan tujuan meringankan beban mereka dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM50,000.00.
Sebelum ini kerajaan memberikan rebet tunai kepada pemilik kenderaan kereta RM625.00 dan motosikal RM150.00. Teksi, bas dan lori juga dikatakan akan diberikan harga minyak subsidi iaitu harga sebelum kenaikan 40%.
habarnya banyak lagi program yang akan dibuat oleh kerajaan kononya bagi membantu rakyat supaya tidak telalu parah kesan dari menaikkan harga minyak tempohari.
Kalau tengok dari sisi depan nampak cukup bagus, nampak betul kerajaan perihatin rakyat.
Tapi kalau pandang sisi, nampak betul tindakan yang dibuat kurang masak.
Kita yang naikkan sendiri harga minyak, kita sendiri yang cari jalan mengurangkan beban kenaikan! Macam cerita Pak Pandir.
Kerajaan yang buat rakyat sakit, kemudian kerajaan juga cuba mencari ubat dan penawarnya.
Kalut betul. Bermacam cara dan kaedah yang mahu dibuat. Semuanya itu hanya langkah sementara. Tidak akan boleh kekal. Beri rakyat ikan bukan batang kail. Ubat tahan sakit sahaja, panadol. Itu pun panadol tiruan yang dicampur gandum!!!
Cara yang tidak masak. Kaedah yang dibuat pun tidak masak. Doktor yang merawat orang sakit pun bukan doktor pakar. General practioner saja. Itupun yang dapat sijil palsu, dari India ke mana ke?
Kita harap kerajaan carilah doktor pakar yang dapat mencari punca penyakit bukan hanya mencari tempat sakit.
Kalau hanya pandai cari tempat sakit, bagi ubat tahan sakit atau terus potong tempat sakit-penyakit akan berulang selagi punca penyakit tidak diubati.
Punca penyakit sekarang adalah harga minyak yang dinaikkan melampau. Tidak ada cara lain kecuali menurunkan harga minyak ke paras yang berpatutan. Dengan sendirinya harga perkhidmatan, barangan dan lain-lain putaran ekonomi akan ikut menurun yang hasilnya dapat dirasai oleh semua lapisan rakyat.
Kalau rebet, pinjaman, minyak kereta sewa, lori, bas sahaja kesannya amatlah terhad. Sebab puncanya cuma satu itu.
Lebih baik kerajaan memberikan sedikit subsidi dengan menurunkan harga minyak berbanding pelbagai insentif yang diberikan, entahkan sampai atau tidak kepada sasaran.
Kalaulah dikumpul semua insentif (yang memerlukan banyak tenaga kerja, masa dan lain-lain perbelanjaan) yang entah berapa bilion, lalu jumlahnya dikirakan sebagai subsidi minyak ( dengan tanpa modal lain seperti ramai tenaga kerja/masa) kepada semua rakyat tanpa mengira darjat, maka inilah jalan terbaik.
Ini kiraan pakai jari sahaja. Kalau pakai kalkulator mungkin lebih tepatlah kut!
Kita tengok kalut sangat kerajaan buat itu ini, sampai kakitangan macam pejabat pos tak menang tangan yang sepatutnya tidak perlu.
Kiraan pun jadi lebih rumit dengan minyak teksi, bas dan lori yang lain harga dari orang awam. Rebet tunai tu pulak masanya sampai bila-bila atau macamana?
Buatlah minyak campur air ke, solar ke, bateri ke kalau sekadar untuk menghilangkan penyakit semasa, bukannya menghilangkan penyakit jangka panjang, ianya tidak akan ke mana.
Kita golongan marhaen risau ni bukan pasal apa. Cuma rasa takjub dan ajaib dengan keadaan kita di Malaysia bumi bertuah ini.
Kita ada minyak petroleum, minyak kita mahal. Kita ada kelapa sawit, minyak makan kita mahal. Kita ada ladang tebu, gula kita mahal. Petroleum kita ekspot. Minyak kelapa sawit dan isirongnya kita ekspot. Maknanya kita ada lebihan. Tetapi kenapa bila dijual dikedai untuk hamba rakyat harganya mahal?
Sama-samalah kita pikir.

beli jangan tak beli



------------------------------------------------------------------------------------
Re: PDRM dan Penarik Beca – Anjing Makhluk Allah Istimewa dan Mulia
by indraputra80 on...

Dalam satu kajian terhadap 10 orang kanak-kanak,di dapati 1 orang dari nya bersifat ganjil tidak sama dgn yang lain,ia perlukan perhtian yang lebih,jika tidak die akan melakukan perkara yang bertentangan,umpama nya jika minuman lambat diberi , die tidak mahu minum,dan ada kala nya bertindak luar batasan mebuang air minuman itu malah sanggup menendang cawan yang di berikan.,bila di ajar bercakap,sekelian kanak kanak akan mengikut kata gurunya,tetapi kanak kanak yg,saorang ini akan mengeluarkan kata kata yang menentang bunyi yg disebutkan.

Satelah di teliti,baru kami tahu kanak kanak ini , keluarga nya bermasaalah,die di lahirkan luar nikah,dgn maksud bapa nya lain bin nya lain.jika berlaku pertengkaran ,ibu bapa nya sering mengungkit perkara itu.

Airaseana ini ada persamaanya.,dgn perilaku kanak kanak yg.disebutkan tadi.Wallahualam.

kalau dah kaki tido macam tu la!


Belajar dari alam

Belajarlah dari Matahari: Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua,baik yang terawang awing di angkasa maupun yang berterbangan di muka bumi,kepada yang miskin maupun yang kaya,yang mulia hatinya,juga buat si kejam…kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.

Belajralah lah dari bunga: Senantiasa tersenyum menyebarkan harumanya,menghadiahkan kecantikan untuk mengubati hati yang gundah,juga menyenangkan mata yang memandang.
Belajarlah dari Lebah:Senantiasa berganding bahu,bekerja dengan hati yang riang dan bersemangat.

Belajarlah dari Bulan:Terang memancarkan cahaya yang kemilauan dan indah buat menyuluh malam yang gelap.


Belajarlah dari Sungai: Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan sampai ke muara,Airnya lembut dan tenang tapi tiada siapan pun mampu meghalang kemaraan nya.

Belajar lah dari daun yang luruh: Sabar ketika menghadapi kesukaran,senantiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

Belajarlah dari Hujan: Kehadirannya dinanti nanti buat menyejuk alam yang hangat,membasahi kekeringan,menghijaukan tanah yang gersang dan memberi “Nyawa’Kepada tumbuhan.
*Lihatlah ke dalam diri,pelajari sifai sifat alam ciptaan Tuhan,kita juga
Sebahagian darinya.