Thursday, July 24, 2008

Minyak oh Minyak


Kita orang marhaen bukanlah tahu sangat pasal ekonomi. Tapi dengan pemikiran perkiraan untung-rugi cara lama, kita merasa amat terkejut dengan tindak-tanduk kerajaan selepas menaikkan harga minyak.
Yang terbaru semalam, kerajaan mengistiharkan ingin memberikan pinjaman tanpa cagaran dan penjamin kepada kakitangan kerajaan yang ingin memulakan perniagaan dengan tujuan meringankan beban mereka dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM50,000.00.
Sebelum ini kerajaan memberikan rebet tunai kepada pemilik kenderaan kereta RM625.00 dan motosikal RM150.00. Teksi, bas dan lori juga dikatakan akan diberikan harga minyak subsidi iaitu harga sebelum kenaikan 40%.
habarnya banyak lagi program yang akan dibuat oleh kerajaan kononya bagi membantu rakyat supaya tidak telalu parah kesan dari menaikkan harga minyak tempohari.
Kalau tengok dari sisi depan nampak cukup bagus, nampak betul kerajaan perihatin rakyat.
Tapi kalau pandang sisi, nampak betul tindakan yang dibuat kurang masak.
Kita yang naikkan sendiri harga minyak, kita sendiri yang cari jalan mengurangkan beban kenaikan! Macam cerita Pak Pandir.
Kerajaan yang buat rakyat sakit, kemudian kerajaan juga cuba mencari ubat dan penawarnya.
Kalut betul. Bermacam cara dan kaedah yang mahu dibuat. Semuanya itu hanya langkah sementara. Tidak akan boleh kekal. Beri rakyat ikan bukan batang kail. Ubat tahan sakit sahaja, panadol. Itu pun panadol tiruan yang dicampur gandum!!!
Cara yang tidak masak. Kaedah yang dibuat pun tidak masak. Doktor yang merawat orang sakit pun bukan doktor pakar. General practioner saja. Itupun yang dapat sijil palsu, dari India ke mana ke?
Kita harap kerajaan carilah doktor pakar yang dapat mencari punca penyakit bukan hanya mencari tempat sakit.
Kalau hanya pandai cari tempat sakit, bagi ubat tahan sakit atau terus potong tempat sakit-penyakit akan berulang selagi punca penyakit tidak diubati.
Punca penyakit sekarang adalah harga minyak yang dinaikkan melampau. Tidak ada cara lain kecuali menurunkan harga minyak ke paras yang berpatutan. Dengan sendirinya harga perkhidmatan, barangan dan lain-lain putaran ekonomi akan ikut menurun yang hasilnya dapat dirasai oleh semua lapisan rakyat.
Kalau rebet, pinjaman, minyak kereta sewa, lori, bas sahaja kesannya amatlah terhad. Sebab puncanya cuma satu itu.
Lebih baik kerajaan memberikan sedikit subsidi dengan menurunkan harga minyak berbanding pelbagai insentif yang diberikan, entahkan sampai atau tidak kepada sasaran.
Kalaulah dikumpul semua insentif (yang memerlukan banyak tenaga kerja, masa dan lain-lain perbelanjaan) yang entah berapa bilion, lalu jumlahnya dikirakan sebagai subsidi minyak ( dengan tanpa modal lain seperti ramai tenaga kerja/masa) kepada semua rakyat tanpa mengira darjat, maka inilah jalan terbaik.
Ini kiraan pakai jari sahaja. Kalau pakai kalkulator mungkin lebih tepatlah kut!
Kita tengok kalut sangat kerajaan buat itu ini, sampai kakitangan macam pejabat pos tak menang tangan yang sepatutnya tidak perlu.
Kiraan pun jadi lebih rumit dengan minyak teksi, bas dan lori yang lain harga dari orang awam. Rebet tunai tu pulak masanya sampai bila-bila atau macamana?
Buatlah minyak campur air ke, solar ke, bateri ke kalau sekadar untuk menghilangkan penyakit semasa, bukannya menghilangkan penyakit jangka panjang, ianya tidak akan ke mana.
Kita golongan marhaen risau ni bukan pasal apa. Cuma rasa takjub dan ajaib dengan keadaan kita di Malaysia bumi bertuah ini.
Kita ada minyak petroleum, minyak kita mahal. Kita ada kelapa sawit, minyak makan kita mahal. Kita ada ladang tebu, gula kita mahal. Petroleum kita ekspot. Minyak kelapa sawit dan isirongnya kita ekspot. Maknanya kita ada lebihan. Tetapi kenapa bila dijual dikedai untuk hamba rakyat harganya mahal?
Sama-samalah kita pikir.

No comments: