Monday, August 30, 2010

Bulan Penoh Mula Menyinar Di Malaysia.


Quote:
Pak Lah: Wakil rakyat perlu lebih sensitif hal agama


Mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua wakil rakyat perlu lebih sensitif berhubung hal agama di negara ini bagi mengelak berlaku ketegangan antara kaum.

Katanya, sebagai wakil rakyat mereka seharusnya mengetahui serba sedikit mengenai sensitiviti agama yang dianuti pelbagai kaum di negara ini.

"Sebagai seorang wakil rakyat, kita mesti faham dulu tentang agama dan keharmonian semua kaum serta perlu tahu sensitiviti dalam hal agama supaya tindakan yang dibuat tidak menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjejaskan perkauman dan agama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kawasan dewan undangan negeri Pinang Tunggal di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengenai ahli parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat utama surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu untuk memberi “tazkirah”, tanpa menutup kepala.


Kejadian itu menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau berkenaan.

Abdullah yang juga ahli parlimen Kepala Batas berkata, sepatutnya perkara itu perlu dielakkan lebih awal lagi.

"Beliau (Teo) perlu tahu tentang sensitiviti orang Islam dan jangan nak buat cara baru seperti itu (bagi ucapan dalam surau).

"Dulu tiada orang bukan Islam bagi ucapan dalam masjid, orang masjid juga perlu faham perkara seperti itu dan jangan buat sesuka hati panggil mereka (orang bukan Islam) berucap atau bagi tazkirah di tempat ibadat kita,” katanya.

-
Bernama


Di Petik Dari Sumber




sama tapi tak serupa!

Thursday, August 26, 2010


Tazkirahku DiGantung Kerana DOA?

Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: kiyaiharaki

"Dua hari lepas(27 Ogos 2010/18Ramadhan) ana berkhutbah di Masjid Mustaqimah Pandan Perdana,walaupun agak keletihan,ana gagahi juga kudrat yang tersisa untuk menyampaikan khutbah.Lebih kurang jam 10pagi,petugas masjid call,katanya:"anta bubuh cluster bom hari ni".Apa yang ana faham dia nak khutbah lagi keras dan pedas .Maka ana pun pilih tajuk Ramadhan Bulan Berjihad mengaitkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam medan Badar.

Apatalah lagi hari sebelumnya ialah 17 Ramadhan yang berlaku dua peristiwa padanya yaknilah peperangan Badar dan Nuzul Al-Quran.

Kisah As-Syahid Syed Qutub dan Sheikh Abd Hamid seorang ulamak yang buta di Mesir juga ana selitkan dalam khutbah.Cuma bezanya kali ini pada khutbah kedua ana mendoakan kepada golongan kafir tak kira apa parti supaya mereka masuk Islam.Ayatnya begini:
"Ya Allah Jadikanlah KDYMM Sultan Selangor dan anakandanya menjadi payung hijau yang menaungi rakyatnya dengan kesejahteraan Islam,jadikanlah Baginda sebagai benteng terhadap hukummu dari segala cabaran dari musuhmu,Ya Allah tanpa segan silu kami bermohon Islamkanlah Chua Soi Lek,Samy Vellu,Karpal Singh,Lim Guan Eng dan orang kafir yang lain,jatuh dan musnahkanlah pemimpin di kalangan kami yang hipokrit yang berpura-pura terhadap Islam,naikkan dan menangkanlah pemimpin yang benar-benar ikhlas yang betul ingin menegakkan Islam...".

Pada ana inilah sepatutnya khubah 1Malaysia,kalau kita nak satukan rakyat satukanlah dibawah naungan Islam bukan naungan jahiliyyah.Tiba-tiba heboh pasal khutbah ana,bahkan Ust Musa(Penyelaras Ampang dan Hulu Langat) ana difahamkan dipanggil untuk menghadap Pengarah JAIS bagi menjelaskan isu ini.Ini semua gara-gara puak UMNO yang jahil pada Islam yang report pada JAIS.Mana silapnya doa ana tu?.Sepatutnya dah lebih 50 tahun kita merdeka dah banyak orang kafir masuk Islam terutamanya yang duduk sekali dalam komponen Barisan Nasional.Tetapi ternyata hampeh belaka.Ini kerana perjuangan UMNO lansung tidak berpaksikan Islam bahkan mereka hanya bertuhankan dunia dan berimamkan thoghut.Barangkali mereka lansung tiada pernah bercerita dengan kawan seperjuangan mereka tentang Islam mungkin lebih banyak bercerita tentang Projek Kerajaan Barisan Nasional yang bernama DUNIA!

Wahai pemimpin UMNO adakah anda terlalu bakhil untuk mendoakan orang bukan Islam masuk Islam walaupun satu kapal dengan anda?Tahukah anda Rasulullah s.a.w. mendoakan supaya Islam dikuatkan dengan dua orang Umar,dan Allah telah memilih Umar Ibn Khattab!Ke mana perginya Ustaz dan Ustazah berstatus VVIP dalam parti anda,adakah mereka tidak pernah berjumpa dengan hadis berkenaan?Kenapa perlu dihalangi orang bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid?Sedarlah wahai pemimpin pengampu UMNO,anda hanya menelanjangkan hipokritnya gagasan 1Malaysia kepada golongan bukan Islam,dan pastinya isu perkauman yang dimainkan oleh anda akan menjadi petaka menjelangnya PRU yang akan datang. Akhirnya buat meredakan keadaan tazkirah ana yang dijadualkan pada malam ini terpaksa digantung atau ditunda.Ana tak kisah walau ditunda,tetapi apa yang paling penting ana mahu semua faham UMNOlah punca hancurnya Islam di negara kita!

"Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor,Ampun Patik tuanku...Mohon Patik Mulakan Bicara,Patik Hanya Datang Berjuang di negeri Tuanku,Sesungguhnya patik yakin Tuanku pasti akan berbangga andai Bumi Darul Ehsan ini menjadi pusat pengIslam orang bukan Islam.Patik yakin tiada cacat dan tiada celanya andai setiap khatib di Selangor mendoakan agar orang kafir masuk Islam.Sebagai pemegang kuasa mutlak Islam di Selangor,patik yakin kebijaksanaan Tuanku mampu mewujudkan suatu dimensi dakwah yang baru terhadap Islam di Selangor.Syugianya patik doakan besarlah rahmat.berkat dan pahala yang Allah berikan pada Tuanku....Ampun Tuanku,Sembah patik harap diampun,Patik mohon akhiri bicara ini"




Bicara harmoni buat Mufti Perak

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

ArtikelOleh: dperbatasan

"Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang “dikecohkan”sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati SS Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.


Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya “malu”) dengan fatwa SS Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?” Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan SS Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh SS Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan “sejahtera” itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun SS Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh — bukan lemah seperti saya — dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia “Islam adalah agama yang rahmat”, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan “assalamualaikum” sahaja. Perkataan “assalamualaikum” itu memang bermaksud “kesejahteraan ke atas kamu”. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan “salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru “
salam 1 Malaysia” juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

5. Kata Abdullah bin Mas’ud: “Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: ‘Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu’ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).”

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam erti kata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Sama ada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim. Firman Allah: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).

9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.

11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?

12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau “Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya SS Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.




* Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.

-http://dperbatasan.blogspot.com/

"




Guan Eng minta Zahid Hamidi Bertaubat..


Posted by Anak Sungai Derhaka

Sempena dengan bulan Ramadhan ini, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Dato’ Ahmad Zahid Hamidi bertaubat. Ini ekoran daripada tuduhan Zahid, selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang menyatakan bahawa nama Guan Eng disebut dalam doa khutbah hari Jumaat mengggantikan nama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.



Jikalau tuduhan itu tidak benar, Zahid harus bertaubat, sempena dengan bulan Ramadhan ini. Kata Lim.

Ini adalah isu terbaru yang dimainkan oleh UMNO-APCO. Provokasi UMNO-APCO ini amatlah merbahaya, . Dari segi logiknya pun, bagaimana boleh seorang imam mendoakan seorang yang bukan Islam menggantikan nama ketua Islam bagi Malaysia ini?

Sebelum ini, nama Chua Jui Meng, ahli Majlis Tertingi PKR telah juga dikaitkan dengan Sultan Johor dan beliau disebut-sebut oleh UMNO-APCO untuk menjadi Menteri Besar Johor, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ke 13 nanti. Disini sekali lagi dari segi logiknya pun, adalah mustahil Pakatan Rakyat mahu menjadikan isu yang tidak menguntungkan ini.

Mengaitkan isu-isu sensitif seperti ini adalah maianan UMNO-APCO dalam perancangan mereka untuk terus berkuasa.

Kita juga lansung tidak boleh menerima kenyataan daripada Mufti Perak, orang yang tidak tidak pernah berbohong itu dengan mengatakan beliau mempunyai bukti bahawa ada pakatan PKR dengan DAP untuk meminda perlembagaan Malaysia jika Pakatan Rakyat menguasai negara. Perkara yang mahu dipinda itu pula ialah perkara yang amat sensitif iaitu mengenai hak istimewa orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama negara.

Kita masih ingat kenyataan Zahid semasa pra rampasan kuasa kerajaan Pakatan di negeri Perak. Selepas pulang dari menunaikan fardhu haji, beliau terus membuat kenyataan bahawa MB Nizar memerintahkan agar Tadika Kemas ditutup.

Zahid dan Harussani dilihat bersekongkol dengan UMNO-APCO dalam membuat kenyataan bagi satu agenda besar untuk menumbangkan kerajaan Pakatan dan mengekalkan Pemerintahan UMNO-APCO. Tapi yang lebih penting daripada itu ialah, UMNO-APCO tidak akan berdiam diri dalam menjalankan strategi tidak bermoral dan tidak berdemokrasi itu terutama dalam menggunakan jentera kerajaan bagi membantu mereka dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Jentera ini perlu digunakan semaksimum mungkin dalam menghalang kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan pentadbiran negara.

Jadi, saranan Lim Guan Eng agar Zahid bertaubat, adalah satu tamparan bagi Zahid dan pimpinan UMNO yang lain, apatah lagi Mufti Perak sendiri agar ingat kepada balasan Allah. Kalau dunia boleh lepas, diakhirat tidak munkin terlepas, kerana itu ia perlu kepada pengakuan taubat tersebut.

Lim Guan Eng tidak terikat dengan fahaman ini tetapi kenyataan Lim adalah bidasan kepada mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat.


Hentikan Segera Guna Nama Guan Eng Dalam Khutbah Jumaat

BESUT: Perbuatan menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hendaklah dihentikan segera kerana ia bercanggah dengan hukum Islam dan undang-undang negara.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, ia amat memalukan kerana jelas menjatuhkan maruah Islam yang mempunyai hukum dan peraturan tersendiri.

Katanya, khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum.

"Justeru, tidak wajarlah di dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dimasukkan doa untuk mereka yang bukan Islam kerana ia tidak pernah dilakukan walaupun di zaman Nabi," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan penggunaan nama Ketua Menteri itu yang dilaporkan berlaku di beberapa buah masjid ketika solat Jumaat baru-baru ini.

Di KUALA LUMPUR, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar satu siasatan segera dibuat mengenai amalan penggantian nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi, maka amalan itu bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar bagi mengagungkan Lim selaku Ketua Menteri.

"Kejadian-kejadian pelik lagi dangkal kerana pembacaan doa khutbah solat Jumaat sememangnya dikhususkan kepada Ketua Agama Islam Persekutuan atau Ketua Agama Islam Negeri, yakni Yang Dipertuan Agong dan Sultan dan bukannya untuk kuasa eksekutif pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira sama ada beliau itu muslim atau tidak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berlaku kerana ia jelas menghina dan mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

Katanya, perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dimana nama Menteri Besar atau Ketua Menteri apatah lagi daripada golongan bukan Islam disebut di dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat.

"Majlis Raja-Raja sudah membuat ketetapan bahawa hanya nama Yang di-Pertuan Agong disebut dalam doa khutbah Jumaat, oleh itu apa yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang amat mengaibkan umat Islam," tegasnya.-BERNAMA

Mereka Bangun Tinggalkan Masjid Bila Dibaca Ayat Qisas Dlm Khutbah
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

ArtikelOleh: ustnik

"Sekitar tahun 2001-2002, saya berkhutbah Jumaat pada bulan Ramadhan di sebuah masjid di daerah Kemaman. Ketika itu Terengganu di bawah kerajaan PAS baharu sahaja mewartakan satu peruntukan undang-undang iaitu meletakkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang-undang tubuh negeri Terengganu. Ia diperkenankan oleh as-Sultan Mizan (moga Allah sentiasa memelihara Tuanku dan Sultanah).

Dari atas mimbar saya melihat beberapa wajah makmum yang seperti ada sesuatu di dalam diri mereka. Saya belum berkhutbah ketika itu. Ketika mula berkhutbah kemudiannya, saya membacakan firman Allah tentang kewajipan puasa: “Wahai orang beriman! Difardhukan ke atas kamu sebagaimana difardhukan puasa itu kepada umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (183: alBaqarah).

Saya juga membacakan ayat di dalam mushaf pada mukasurat sebelumnya tentang hukum Qisas. “Wahai orang yang beriman! Difardhukan ke atas kamu qisas (pembalasan setimpal) dalam jenayah pembunuhan.

khutbah Jumaat 10 Ramadhan 1431H/20.8.2010 (6)

Saya hubungkaitkan antara 2 ayat tersebut, lalu saya berkata: ‘Kedua-dua ayat diseru kepada orang beriman. Kedua-duanya disebut kutiba iaitu difardhukan. Puasa berkait dengan ibadat. Qisas adalah salah satu hukum berkait jenayah selain hudud dan takzir. Puasa di mana sahaja boleh dilakukan tapi Qisas perlu kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang menaunginya.’

Tiba-tiba beberapa orang makmum bangun dan meninggalkan masjid. Ke mana mereka pergi? Sakit perut? Bukan. Apabila ditanya kepada makmum lain selepas solat Jumaat, mereka rupanya keluar terus dari masjid tanpa solat Jumaat. Mereka sakit dalam hati. Iman mereka sakit sebenarnya. Benarlah Allah yang menyebut, maksudnya: “Dalam hati mereka ada penyakit. Lalu Allah tambah penyakit kepada mereka.”

Saya sengaja membacakan ayat tentang kewajipan puasa dan kewajipan melaksanakan hukum qisas itu di atas mimbar ketika berkhutbah di masjid itu dalam bulan Ramadhan dengan tujuan menyelamatkan aqidah para jemaah dari kesesatan sekularisme hasil tanaman UMNO/BN selama puluhan tahun. Bukan bermaksud menghalau mereka keluar dari masjid. Tapi itulah yang berlaku. Aqidah sesat UMNO/BN (ada jawapan untuk ini wahai ulama muda UMNO?) ditanam begitu kuat dan kukuh dalam diri rakyat sehingga mereka tidak boleh menerima Islam secara menyeluruh. Benar kata-kata: ‘Mereka boleh terima hukum puasa, tapi tidak boleh menerima hukum hudud dan qisas.’

Apa salah saya membacakan ayat-ayat itu? Ini bukan soal politik semata-mata. Ini soal Islam yang mesti ditegakkan. Ketika diberi amanah memerintah Terengganu, PAS Terengganu telah melaksanakan satu perkara asas besar iaitu meletakkan asas pemerintahan undang-undang negeri berpandukan wahyu. Justeru itu saya mengingatkan makmum tentang perkara ini.

Ketika itu kes buang bayi tidak sekerap sekarang. Ketika artikel ini ditulis kes buang bayi hampir saban hari dilaporkan. Kerajaan yang memerintah seperti hilang punca mencari penyelesaian yang entah bila akan ada kesudahannya ini.

Apakah apabila al-Quran disusun demikian rupa menyebut tentang hukum Qisas sebelum beberapa ayat tentang hukum puasa Ramadhan, ia dibuat saja-saja? Maha Suci Allah dari bermain-main dan Allah Yang Maha Mengetahui tentang susunannya.



HUKUM MENDOAKAN ORANG YANG BUKAN MUSLIM
Kita sebagai umat muslim haruslah membezakan antara mu'amalah dengan ibadah mahdhoh. Hubungan sesama yang bukan muslim adalah bentuk daripada salah satu cabang muamalah. Inilah yang perlu kita perhatikandan mengambil berat:

PERTAMA: BERTAKZIAH KAPADA ORANG YANG BUKAN MUSLIM

Para ulama telah menyepakati bahawa bertakziah kepada orang yang bukan muslim hukumnya boleh (harus). Termasuk berbuat baik, bermu'amalah, berjiran tetangga, saling bertukar hadiah dan seterusnya. Sama dengan halnya menziarahi kawan-kawan, jiran yang bukan muslim ketika sakit.

Perilaku ini dibenarkan berdasarkan teladan Nabi SAW di masa lalu, dimana beliau pernah mengunjungi jenazah orang kafir. Dan Syara' tidak melarang kita untuk melakukan hal ini, kerana tidak ada nash yang melarangnya. Termasuk juga yang dibolehkan adalah mengucapkan bela sungkawa (takziah) kepada keluarga atau kerabatnya.

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusirkamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (QS Al-Mumtahanah: 8)

Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW menjenguk seorang Yahudi yang dahulu pernah melayaninya dan akhirnya Yahudi itu masuk Islam. Hal itu diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Al-adab Al-Mufrad, juga disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Matalib Al-Aliyah.

Inti patinya ialah bermuamalah itu dibolehkan selama mana dalam koridor atau lingkungan syariah. Tokoh Hadith yang terkenal Imam Sufian At-Tsauri pernah berkata bahwa seorang muslim dibolehkan untuk bertakziah kepada orang bukan Islam yang mati, dan kepadanya disunnahkan untuk mengucap (lillahis-sultanwal azhamah), kekuasaan dan keagungan hanyalah milik Allah.

Al-Hasan berkata bila kamu bertakziah kepada orang kafir maka ucapkanlah, "Tidaklah menimpamu kecuali kebaikan."

Abu Ubdullah bin Baththah berkata,
"Yang diucapkan pada saat bertakziah kepada orang kafir adalah: Semoga Allah memberikan kepada atas musibah ini sesuatu yang lebih baik dari apa yang Allah berikan kepada siapapun dari orang yang memeluk agamamu."

Seorang muslim boleh memilih lafaz manapun yang lebih disukainya dari lafaz-lafaz di atas.

KEDUA: MENDOAKAN ORANG KAFIR

Hukum mendoakan orang kafir itu tergantung dari kandungan doanya dan pada saat atau ketika bila doa itu dipanjatkan. Berdoa kepada Allah SWT untuk orang kafir yang dibenarkan adalah mendoakannya agar mendapatkan hidayah agar masuk Islam. Sebagaimana dahulu Rasulullah SAW pernah berdoa agar Islam dikuatkan oleh salah satu dari dua Umar. Dan akhirnya Umar bin Al-Khattab masuk Islam.

Selain itu, doa yang dibolehkan adalah memintakan ampunan untuk orang kafir KETIKA MASIH HIDUP. Hal itulah berdasarkan dari hadits berikut ini:

Dari Abi Abdirrahman Abdillah ibni Mas'ud r.a. berkata, "Seolah aku masih melihat Rasulullah SAW tengah menceritakan seorang nabi di antara para nabishalawatuhu wa salamuhu alaihim yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah. Nabiitu lalu menyeka darah dari wajahnya seraya berdoa,"Ya Allah, ampunilahkaumku, karena mereka tidak tahu"." (HR Muttafaqun 'alaihi)

Namun memintakan ampunan bagi orang kafir yang SUDAH MENINGGAL DUNIA hukumnya haram. Dalilnya adalah ketikaRasulullah SAW meminta izin kepada Allah SWT untuk meminta ampunan dari Allah atas ibunya, permintaan itu ditolak Allah SWT. Dalil lainnya adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Al-Quran kisah meninggalnya Abu Thalib, di mana saat itu Rasulullah SAW ingin memintakan ampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa Abu Thalib. Saat itu turunlah ayat berikut ini:

"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapaknya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun." (QSAt-Taubah: 113 - 114)

"Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah s.a.w dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin – Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin) semoga Allah memberi hidayat kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu."(HR Tirmizi)

Harus pula seseorang itu berdoa supaya orang bukan Islam itu beroleh hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Ini berdasarkan hadith:

"Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata:"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayat kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hr Bukhari)

Kesimpulan yang boleh saya buat di sini adalah, jika dipandukan daripada dalil atau nash yang ada di atas adalah tidak menjadi keharusan malah ianya menjadi haram ke atas seseorang muslim tersebut mendoakan supaya bebas dari azab dunia & akhirat, keampunan dari ALLAH SWT dan Rahmat (kesejahteraan) kepada ORANG KAFIR YANG TELAH MATI kerana ianya ditegah sama sekali oleh ALLAH SWT.

Tetapi lain pula halnya andai seorang muslim mendoakan ORANG KAFIR YANG MASIH HIDUP ke arah keampunan dan rahmat (selamat) serta diberikan hidayah atau petunjuk supaya dibukakan mata hati seseorang kafir untuk lebih mendekati dan mengamalkan nilai-nilai Islam tidak kira dia adalah pemimpin atau pun tidak maka hukumnya adalah dibolehkan (harus). Malah ianya adalah sunnah Rasulullah SAW.
Wallahua'lam..

Wednesday, August 25, 2010


LEBAI MALANG BERCAKAP POLITIK
Pembaca yang menggelarkan dirinya "Lebai Malang" telah meninggalkan komen berikut dalam blog ini. Saya siarkan kembali untuk bacaan saudara/i; tanpa apa-apa suntingan.

* * * * *

KONGRES Ekonomi Cina anjuran MCA yang dirasmikan oleh PM telah meminta supaya ekuiti 30 Bumiputera dalam semua sektor dikurangkan. Permintaan itu merupakan salah satu dari 12 deklarasi yang diluluskan kongres berkenaan.

Tidak ada ulasan atau laporan penuh dalam akhbar-akhbar arus perdana dan juga televisyen Malaysia hari ini. Kenapa? Selalunya akhbar Mingguan Malaysia cepat latah jika desakan itu dibuat oleh pemimpin DAP atau PKR atau PAS. Tetapi nampaknya Awang Selamat jadi lembab atau terlepas pandang kalau desakan itu datang dari MCA. Mata wartawan mereka jadi kabur dan tangan editornya lemah untuk menggarap cerita.

Saya juga sedang menunggu berapa butir peluru lagi yang akan dihantar kepada MCA. Juga saya tunggu apakah esok atau petang ini ada laporan polis terhadap MCA atas tuduhan menghasut? Saya pasti kalau permintaan itu dibuat oleh Lim Guan Eng, beratus laporan polis telah dibuat hari ini. Dari Perlis hingga ke Sabah. Berderet anak muda Melayu yang diupah sebungkus kotak kurma akan berhimpun dihadapan balai polis.

MCA kini sudah tidak segan silu lagi. Semangat setia kawan atau perasaan ingin menjaga hati orang Melayu juga sudah tidak ada lagi. MCA mempelajari dan mengkaji akan perbezaan watak-watak ataupun naluri tokoh-tokoh Umno. Sikap dan watak pemimpin Melayu hari ini berubah dan berbeza jauh dengan pemimpin dulu. Pemimpin Umno hari ini bukan lagi memiliki semangat nasionalis, tetapi semuanya mengagungkan wang. Jadi apabila hati dan jiwa orang Melayu sudah rosak maka itu mudahlah untuk orang Cina meruntuhkannya.

Orang Cina sangat berterus terang dalam politiknya. Hanya orang Melayu saja masih berhati-hati dan malu alah untuk membaca sejarah bangsa dan negara. Sepatutnya orang Melayu juga bersikap seperti orang Cina. Bukan saja berterus terang dalam menuntut hak tetapi juga harus bersatu padu. Apakah pernah kita dengar kongres ekonomi Melayu meminta supaya kelonggaran berlebihan kepada kaum Cina ditarik balik? Penguasaan kekayaan kaum Cina dikawal dan sebagainya. Tidak! Sebaliknya kalau ada orang Melayu menyebut fakta sejarah mengatakan Cina adalah pendatang, Melayu itu akan diherdik dan dimarah dan dinyahkan dari jawatan secara muslihat. Zaman Raja membunuh Hang Nadim nampaknya kembali semula ke dalam politik orang Melayu.

Melayu harus belajar bagaimana orang Cina berpolitik. Tengok bila MCA atau Gerakan membuat tuntutan, DAP akan mendiamkan diri dan tidak membatahnya. Atas kepentingan bersama DAP hanya mendiamkan diri saja dan menjawab no comment. Begitu juga kalau ada DAP membuat tuntutan demi kepentingan bersama MCA dan Gerakan tidak berkata apa. Itulah politik orang Cina untuk membela kaumnya.

Untuk melihat sejauh mana keakraban orang Cina tengoklah pada majlis Hari Raya Cina. Mereka akan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Tidak macam pemimpin Melayu (Umno dan Pas) dan juga penyokong serta bloggers Melayu yang terus meletakkan tembok di hati masing-masing dalam keadaan apa juga.

Politik orang Melayu yang diwarisi oleh Pak Kadok menang sorak kampung tergadai hendaklah ditamatkan. Begitu juga politik Pak Pandir yang bodoh tetapi merasa cerdik hendaklah dibuang jauh jauh. Begitu juga dengan politik Lebai Malang yang tamak sana lepas sini buang, perlulah dilupakan. Dan begitu juga dengan politik Mat Jenin yang berangan-angan tinggi tetapi tidak ukur dengan kebolehan sendiri hendaklah dikambus.

Renungkanlah.

Tuesday, August 24, 2010

Semoga mereka gugur syahid

Di Petik Dari Sumber

SATU PERCUBAAN UNTUK MENIPU ORANG MELAYU


KIBARKAN SANG SAKA _ PUTERA PUTERI TANAH MELAYU





KEMERDEKAAN TAK BERMAKNA JIKA TIDAK BERSATU -melayau

Nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini tidak bermakna sekiranya rakyat tidak bersatu padu dalam membentuk kerajaan yang kukuh.

Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat perlu mencontohi formula negara maju yang sentiasa memastikan kerajaan teguh dan kuat.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia amat memerlukan kerajaan yang kukuh dan rakyat perlu memainkan peranan untuk membentuk asas negara.

Menurutnya, jika generasi kini memahami perjuangan para pejuang kemerdekaan terdahulu, pasti mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sekarang ini, ada saja pihak yang sengaja menimbulkan isu perkauman untuk menjadi hero dan senario itu tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat," katanya.


KAH KAH KAH…


woit… NAK BERSATU BUAT APA?.... kah kah kah..

woit… KALAU IKUT CAKAP MALAON INI…. KITA SEMUA KENA SOKONG GEROMBOLAN…kah kah Kah..

kah kah kah... MALAON INI INGAT KITA BODOH... MACAM ORANG JOHOR
... kah kah kah...

woit… TAK PAYAH CAKAP HAL MERDEKA… kah kah kah..

kah kah kahGEROMBOLAN BUKAN MELAUNGKAN SLOGAN MERDEKAkah kah kah..

kah kah kah… GEROMBOOLAN DENGAN SLOGAN HIDUP MELAYUkah kah
kah..

kah kah kah… KESATUAN MELAYU MUDA DAN PARTI KOMUNIS MALAYA YANG MELAUNGKAN SLOGAN MERDEKA !.... kah kah kah..
woit… JANGAN CUBA NAK TIPU TIPU… INI ZAMAN INTERNET…. kah kah..
kah

woit… NAK TIPU… SILA TIPU ORANG JOHOR… DEPA SUKA KENA TIPUkah kah kah

Sunday, August 22, 2010

Di Petik Dari Sumber

Anugerah Drama Terbaik 1 Malaysia
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaSumber MalaysiaToday

The Information, Communication and Culture Minister, Rais Yatim, will be gracing The Best Malaysian Drama Awards Night at the TV3 auditorium tomorrow night to choose the best Malaysian dramas aired by the Umno-owned television station. The following is the list of nominees and their categories.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

1. The best alternative lifestyle drama award

a) Ahmad Ismail, the ex-Umno Chief of Bukit Bendera, Penang, in ‘Boys to men’ (shot in his apartment in Batu Feringgi in Penang)

b) Kevin Morais, the DPP of MACC, in ‘I’m dreaming of a white Christmas’ (shot in England)

c) Khairil Annas Jusoh, the special aide to the Prime Minister, in ‘Never kiss and tell’ (shot in Seri Perdana in Putrajaya)

And the winner is…

2. The best courtroom scene dialogue award

a) The Karpal Singh sedition trial, ‘ultra virus means insulting the Sultan’

b) The Teoh Beng Hock death inquiry, ‘Have you ever jumped off from a building?’

c) The Anwar Ibrahim sodomy trial, ‘Charged for sex with a duck but evidence for sex with a chicken’

And the winner is…

3. The best double-speak dialogue award

a) Ibrahim Ali for his ‘I am a Director of Vincent Tan’s company because I am opposed to the Chinese controlling the economy’

b) Muhyiddin Yassin for his ‘I support Najib’s 1Malaysia as long as we maintain theKetuanan Melayu policy’

c) Chua Soi Lek for his ‘The Chinese are not running dogs to the Malays but Umno is the big brother to MCA’

And the winner is…

4. The highest budget drama award

a) PKFZ: RM12 billion and still counting

b) MAS: RM9 billion down and no end in sight

c) Bakun: damn that dam and what was the cost again?

And the winner is…

5. The best comedy award

a) Zainuddin Maidin in ‘Malaysia has erections every five years’

b) Rais Yatim in ‘Okay, I will change my mode’

c) Anifah Aman in ‘Malaysia’s legal system is the most respected in the world’

And the winner is…

6. The leading actor/actress musical award

a) Mahathir Mohamad in ‘It’s my party and I’ll cry if I want to’

b) Rosmah Mansor in ‘Girls just want to have fun’

c) Razak Baginda in ‘We all live in a yellow submarine’

And the winner is…

7. The best career comeback award

a) Chua Soi Lek in ‘So you thought I was history’

b) Mahathir Mohamad in ‘Who do you think calls the shots?’

c) Khairy Jamaluddin in ‘The show’s not over till the fat lady sings’

And the winner is…

8. The best script award

a) Sodomy 2: Riding on the same plot

b) PKFZ: The Chinaman as the fall guy

c) Karpal Singh Sedition: I no speakee Inggeris

And the winner is…

The Best Malaysian Drama Awards Night

Nuffnang Ads

Hutang lumpuh dibayar lumpuh


Ogos 20, 2010 - AP
Cairo: Seorang hakim Saudi telah meminta pandangan dari hospital-hospital di seluruh negara samada mereka berupaya merosakkan saraf tunjang (gambar)seorang lelaki sebagai hukuman selepas dia didapati bersalah menyerang seorang lelaki lain menggunakan parang dan menyebabkannya menjadi lumpuh, kata abang kepada mangsa Khamis lepas.

Abdul Aziz Al Mutairi, 22, menjadi lumpuh dan hilang sebelah kaki selepas terlibat dalam satu pergaduhan dua tahun yang lalu. Beliau telah meminta seorang hakim di wilayah barat Tabuk untuk mengenakan hukuman yang sama (qisas) ke atas penyerangnya di bawah undang-undang Islam, kata Khaled Mutairi kepada The Associated Press melalui panggilan telefon.

Dia berkata bahawa salah sebuah hospital, yang terletak di Tabuk, menyatakan bahawa merosakkan saraf tunjang memang boleh dilakukan, tetapi pembedahan itu perlu dilakukan di hospital lain yang mempunyai fasiliti yang lebih lengkap. Akhbar-akhbar Saudi melaporkan tentang hospital kedua di Riyadh pula menolak untuk melakukankannya.

Pejabat pentadbiran kedua-dua hospital berkenaan dan mahkamah di Tabuk ditutup kerana cuti dan tidak dapat dihubungi.

Satu salinan laporan perubatan Hospital King Khaled di Tabuk telah diperolehi oleh AP yang menyatakan kecederaan sama yang dialami Al Mutairi boleh kenakan kepada penyerangnya dengan menggunakan peransang saraf bagi membuatnya mengalami kecederaan yang sama dan di bahagian anggota yang sama. Laporan tersebut bertarikh enam bulan lepas.

Akhbar Saudi Okaz telah mengenalpasti hakim tersebut sebagai Saud Bin Sulaiman Al Youssef.

Khaled Al Mutairi, 27, berkata penyerang tersebut (tidak dapat dikenalpasti) telah dijatuhi hukuman 14 bulan penjara, tetapi dibebaskan selepas tujuh bulan kerana mendapat pengampunan. Katanya lagi penyerang tersebut kini telah mendapat pekerjaan sebagai guru sekolah.

"Kami menuntut hak kami di bawah undang-undang," katanya lagi. "Mata dibalas mata."

Okaz juga melaporkan bahawa sebuah hospital terkenal di Riyadh - King Faisal Specialist Hospital (gambar)– menyatakan tidak dapat melakukan pembedahan tersebut melalui surat yang berbunyi “tidak mungkin mengenakan kecederaan seperti itu,” jelas membuat penolakan atas dasar etika perubatan.

Undang-undang di Saudi Arabia membenarkan defendan meminta hukuman yang sama dikenakan bagi kecederaan yang mereka tanggung.

Khaled Al Mutairi berkata keluarganya tidak berminat dengan gantirugi, dan bersedia menghantar penyerang tersebuat ke luar negara bagi melakukan pembedahan jika tidak dapat dilakukan dalam negara.





Apa itu Qisas

Qisas adalah kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh pesalah dan hukumannya adalah sama seperti jenayah yang dilakukannya. Hukuman ini hanya boleh dipinda dengan izin keluarga orang yang kena bunuh atau pihak yang menerima kecederaan. Sebagaimana firman allah s.w.t di dalam surah al-baqarah ayat 178 yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

Maksud dalam ayat tersebut adalah untuk menunjukkan persamaan daripada segi hukuman dan ini adalah cara untuk menjalankan keadilan dalam perkara jenayah bunuh pada masa sekarang. Namun apabila berlakunya pembunuhan itu dua orang ataupun lebih maka hukumannya berlainan yang mana ada sesetengah pendapat menyatakan tidak boleh dijatuhkan hukuman bunuh ke atas orang ramai yang bersekutu membunuh seseorang, tetapi hendaklah diadakan hukuman yang lain, kerana tidak terdapat persamaan antara satu dan ramai apabila hukuman dilaksanakan. Kes seumpama ini pernah berlaku pada zaman umar al-Khattab yang mana berhubung peristiwa seorang anak perempuan dengan kekasihnya membunuh anak tirinya. Selepas berbincang dengan ali bin abi talib maka keputusannya adalah membunuh kedu-duanya sekali.

Berdasarkan kes di atas ternyata yang dipertimbangkan bukan daripada segi lahir maksud persamaan,tetapi dipandang daripada sudut jenayah itu sendiri. Ternyata jenayah itu tetap suatu jenayah walaupun dilakukan oleh sekumpulan yang ramai ke atas seseorang.


Sumber: beritaislamglobal.blogspot.com
Sumber qisas: nurasmaisha.blogspot.com