Monday, August 30, 2010

Bulan Penoh Mula Menyinar Di Malaysia.


Quote:
Pak Lah: Wakil rakyat perlu lebih sensitif hal agama


Mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua wakil rakyat perlu lebih sensitif berhubung hal agama di negara ini bagi mengelak berlaku ketegangan antara kaum.

Katanya, sebagai wakil rakyat mereka seharusnya mengetahui serba sedikit mengenai sensitiviti agama yang dianuti pelbagai kaum di negara ini.

"Sebagai seorang wakil rakyat, kita mesti faham dulu tentang agama dan keharmonian semua kaum serta perlu tahu sensitiviti dalam hal agama supaya tindakan yang dibuat tidak menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjejaskan perkauman dan agama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kawasan dewan undangan negeri Pinang Tunggal di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengenai ahli parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat utama surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu untuk memberi “tazkirah”, tanpa menutup kepala.


Kejadian itu menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau berkenaan.

Abdullah yang juga ahli parlimen Kepala Batas berkata, sepatutnya perkara itu perlu dielakkan lebih awal lagi.

"Beliau (Teo) perlu tahu tentang sensitiviti orang Islam dan jangan nak buat cara baru seperti itu (bagi ucapan dalam surau).

"Dulu tiada orang bukan Islam bagi ucapan dalam masjid, orang masjid juga perlu faham perkara seperti itu dan jangan buat sesuka hati panggil mereka (orang bukan Islam) berucap atau bagi tazkirah di tempat ibadat kita,” katanya.

-
Bernama


Di Petik Dari Sumber




sama tapi tak serupa!

No comments: