Tuesday, August 3, 2010

VOA pelancong asing dibatal


TINDAKAN kerajaan membatalkan kemasukan pelancong asing menggunakan visa sewaktu ketibaan (VOA) memang tepat pada masanya. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam memutuskan untuk tidak memperkenalkan semula visa sewaktu ketibaan (VOA) kepada pelancong asing di pintu masuk di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah membatalkan pelaksanaan VOA itu adalah kerana kemudahan tersebut didapati banyak disalahgunakan sebelum ini.

"Pada masa lepas, kita beri kelonggaran kepada beberapa buah negara di mana kalau pelawat itu datang dari negara itu dan mereka tiada visa... visa boleh dikeluarkan waktu mereka sampai di pintu masuk Malaysia.

"Bagaimanapun, kita lihat berlaku kes-kes penyalahgunaan dan sebagainya.

"Kita bersetuju VOA dibatalkan atau tidak lagi diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di sini.

Kerajaan memperkenalkan VOA pada 2006 sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007 sebagai salah satu cara untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negara ini.

Pada peringkat awal negara yang diberikan VOA ialah China, India, Bhutan, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Taiwan dan Kepulauan Comoros.

No comments: