Saturday, August 14, 2010

di petik dari sumber

~penarik beca

Mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak dipandang bersih?


Bila Umno jerit "Melayu! Melayu!", tu maknanya "Duit! Duit!"

"Bagi saya, berita Malaysian Insider hari yang bertajuk "57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana" tidaklah menyebabkan saya seronok sangat. Berita itu sepatutnya kita terjemahkan kepada realiti untuk memastikan peratusan yang sama dari kalangan orang-orang Melayu benar-benar membenci dan memusuhi Umno dan Barisan Nasional (BN) serta mahu membunuh parti-parti puaka itu.

Kerja itu bukanlah kerja yang senang dan mudah. Umno yang sedang bersedap-sedap menikmati kuasa sudah tentu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan perkara itu tidak terjadi. Dengan kuasalah Umno kini senang-lenang dan kaya-raya tak terkira. Kata Orang Putih, "live in clover".

Ca baca ni apa kata Tengku Razaleigh Hamzah: "Kita mempunyai ahli-ahli politik yang tidak mahu atau tidak mempunyai kebolehan untuk menangani isu utama kini kerana mereka telah senang-lenang dan begitu selesa dengan sistem yang dibina di atas pembohongan dan pencurian" serta "hidup di kelilingi pengampu-pengampu" (baca selanjutnya
di sini).

Andakah anda fikir Umno mahu melepaskan gitu-gitu sahaja kesenangan dan kekayaan yang mereka tibai puas-puas kini dan hidup susah? Haji Mohamad Sabu pernah kata, kalau Umno dah tak berkuasa, ketua-ketua Umno bahagian akhirnya terpaksa jual mee tepi jalan.

Anda ingat orang-orang Umno mahu perkara itu berlaku? Anda jangan lupa, manusia sanggup berbunuh kerana duit dan kesenangan. Abang adik pun sanggup berbunuh. Anda fikir orang-orang Umno tak sanggup bunuh orang yang nak kacau kesedapan kesenangan berkepuk-kepuk mereka hari ini?

Sebab itulah orang-orang Umno la ni dok jerit "Melayu! Melayu!" Anda faham ka apa makna sebenarnya perkataan itu? Lain kali, kalau anda dengar orang-orang Umno jerit "Melayu! Melayu!", ia sebenarnya bermakna "Duit! Duit!".

Ingat! Bila lain kali anda mendengar orang-orang Umno jerit "Melayu! Melayu!", telinga anda hendaklah mendengarnya sebagai "Duit! Duit!".

Orang-orang Umno bukan mempertahankan Melayu. Peduli apa depa Melayu-Melayu ni semua. Peduli apa depa Melayu ka, Islam ka. Depa sebenarnya sedang mempertahankan kesenangan dan kekayaan depa yang depa rembat melalui kuasa yang ada pada depa. Kalau kuasa dah tak ada di tangan depa, depa takut depa akhirnya akan jual babi tepi jalan.

No comments: