Thursday, December 3, 2009

 Di petik dari sumber

Kickdefella 

Uno Mas

Sandiwara Di Kelantan

3 12 2009

Lewat semalam saya mengutuskan sms ini kepada rakan dalam pimpinan PAS, PKR dan Kerajaan Negeri Kelantan.

“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.

TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS.

Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam. Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya.

Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya?”

Buat ketika ini saya tidak bercadang menulis lebih panjang tentang isu ini. Nasihat dan teguran pun ada batasnya. Sekurang-kurangnya saya sudah melakukan bahagian saya.

Para penjenguk blog ini juga sudah melakukan bahagian mereka. Oleh yang demikian, kita tidak akan lagi terseret sama dengan pendedahan-pendedahan yang bakal datang.
Terima kasih

No comments: