Thursday, December 17, 2009

Menjelang Perlawanan Akhir-Petang ini-17hb Dis 2009

Di petik dari sumber

Tak gentar



ERAT...Rajagobal dan pemain negara bersalaman sesama <br>sendiri bagi menguatkan persefahaman selepas sesi latihan, <br>semalam.
ERAT...Rajagobal dan pemain negara bersalaman sesama
sendiri bagi menguatkan persefahaman selepas sesi latihan,
semalam.

 TIADA kata-kata hikmat daripada jurulatih K Rajagobal melainkan menyeru kesebelasan utamanya supaya mengeluarkan apa yang ada dalam diri mereka untuk perlawanan terakhir menentang Vietnam, petang ini.

Pemain, katanya, sudah melalui pahit getir dalam laluan ke final dan mereka harus membayar kerja keras itu dengan persembahan yang tidak mereka tunjukkan sebelum ini.

“Final ini milik mereka, bukan saya. Inilah hadiah yang mereka usahakan selama ini. Air mata selepas tewas kepada Vietnam, keperitan dan ketegangan ketika menumbangkan Thailand dan Laos wajar diakhiri dengan kegembiraan.

“Dan saya mahu mereka ceria dan lapang dada apabila turun ke tengah padang esok (hari ini). Tiada apa yang perlu ditakuti, hanya buktikan pasukan bola sepak Malaysia harus dihormati kembali,” katanya.

Terus terang, beliau tidak banyak memberikan arahan kepada pemain kerana masing-masing sudah mengetahui peranan dan tugas yang perlu mereka laksanakan.

“Saya tidak mahu menimbulkan ketegangan yang tidak perlu. Hanya yang saya lakukan adalah menyusun strategi.

“Lagipun kita sudah belajar daripada kesilapan lalu dan tidak akan sesekali ulanginya lagi. Namun apa yang pasti, apa yang anda lihat dengan corak permainan pantas, agresif dan keras ketika menentang Thailand dan Laos, itulah juga yang akan dipersembahkan,” katanya.

Kepada soalan mengenai Vietnam, Rajagobal kurang berminat untuk memberikan perhatian kepada kekuatan mereka serta kelebihan perancang utama, Nguyen Trong Hoang serta penyerang, Phan Thanh Binh dan Phan Thanh Hung.

Katanya, semua tahu akan keupayaan pasukan itu, malah Malaysia sendiri sudah berdepan mereka pada saingan peringkat kumpulan.

“Jadi lebih baik jika saya beri keutamaan kepada pasukan kita di samping mengkaji kelemahan mereka. Ini rasa saya lebih berfaedah dalam keadaan sekarang.

“Lagipun ini perlawanan baru. Perlawanan akhir. Tiada siapa berhak mendakwa mereka kuat dan mudah untuk muncul juara.

“Kita ada 90 minit menentukannya. Biarpun Vietnam nampak sempurna, mereka juga ada kelemahan. Apa yang saya perhatikan Vietnam bergerak menggunakan kedua-dua bek kiri dan kanan ketika menyerang. Bahagian itu kerap terdedah. Di sinilah kita akan ambil kesempatan,” katanya.


No comments: