Saturday, May 23, 2015

di Petik dari Sumber

Najib tak berani jawab isu, tolak soalan parlimen

(Oleh: Nadia Hanafi)
KUALA LUMPUR 18 MEI- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan menolak dua soalan yang ingin dikemukakan kepada Perdana Menteri pada sesi parlimen kali ini sebagai menghina dewan rakyat.
Katanya, beliau mengemukakan soalan-soalan tersebut untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan berkaitan kepentingan umum, namun ternyata perdana menteri itu tidak berani menjawabnya.
Menurut Rafizi, salah satu daripada dua soalan yang ditolak ialah dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa tanah kerajaan di Tun Razak Exchange (TRX) dijual pada 1MDB dengan harga yang murah iaitu RM64 sekaki persegi.
“Saya berpandangan tindakan menolak soalan-soalan yang menjadi tumpuan rakyat ini sebagai tindakaan menghina dewan rakyat dan nampak beliau tidak sanggup berhadapan dengan Tun Mahathir.
“Banyak kritikan dibawa Tun Mahathir sama isu yang kita bawa di Parlimen sebelum ini, sebab itu saya ambil kesempatan di sesi parlimen ini untuk PM komen isu saya dan Tun Mahathir bawakan,” katanya.
Katanya lagi,soalan kedua yang dikemukannya ialah mengenai gesaan Tun Mahathir untuk PM meletak jawatan kerana didakwa akan menyebabkan kekalahan UMNO BN dalam PRU 14.
“Saya bukan tanya pasal isteri dia, saya tanya pasal penjualan tanah dan keyakinan rakyat terhadap beliau,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Tambah Rafizi,alasan penolakan tersebut menyatakan soalan itu hanya bertujuan mendapatkan buah fikiran perdana menteri, adalah tidak masuk akal.
“Saya tidak boleh terima. Sudah tentu bila kita tanya, kita mahu tahu buah fikiran perdana menteri. Kalau tidak boleh, lebih baik sahaja Dewan Rakyat ini ditutup.
“Saya mengutuk PM kerana tidak berani jawab, kalau dia tak berani jawab Tun Mahathir di luar, dia perlu datang ke parlimen jawab,” katanya.

Wednesday,

No comments: