Friday, August 10, 2012

Di Petik Dari:http://mediaperak.com
Fatwa tentang DAP: Tanda dalil dunia nak kiamat!
+3
0
  
Print Friendly

Dalil hari kiamat hendak sampai sudah kian nampak jelas. Apabila dunia sudah hampir hendak kiamat Tuhan akan menunjukkan dalil-dalil jelas tentang ketibaan kiamat itu. Dalil-dalil itu merupakan elemen atau kejadian yang songsang dengan keadaan dan elemen yang biasa dalam kehidupan umat dan makhluknya.
Sebenarnya dalil-dalil ini sudah lama dilihat oleh manusia yang celek agama dan ketuhanan mereka. Hanya kita tidak tahu siapa yang celek dalam segi ketuhanan kerana itu hanyalah berada dalam pengetahuan Tuhan yang maha Esa. Kita diberitahu oleh agama dan kitab-kitab kita yang unsur yang terbalik dari norma-norma biasa merupakan dalil-dalil tentang ketibaan kiamat.
Di antara dalil-dalilnya yang jelas ialah yang bathil itu bermaharajalela dan yang haq itu sentiasa tertindas di dunia ini. Perkara yang baik itu diambil sebagai perkara yang tidak baik dan jahat dan sebaliknya mana-mana yang jahat dan bathil itu dianggap baik dan diterima sebagai perkara dan tindakan baik. Perempuan berkuasa dan lelaki tunduk kepadanya. Itu adalah dalil yang telah kita lihat di hadapan mata kita sentiasa di akhir zaman ini. Disekeliling kehidupan kita seharian pada hari ini kita menyaksikan bagaimana perempuan mempunyai kuasa yang boleh menundukkan suami mereka.
Kita juga mendengar buah-buah akan berbuah di luar musim dan ini juga sudah menjadi perkara dan kejadian biasa sahaja. Dulu-dulu kita akan hanya mendapat memakan sesuatu jenis buah-buahan itu apabila sampai musimnya. Sekarang kita boleh mendapatkannya setiap hari dan waktu. Kita hanya perlu ada wang untuk membelinya.
Tetapi dalil yang paling jelas yang dunia akan kiamat ialah apabila timbul ulamak-ulamak songsang yang akan menyesatkan umat Muhammad di zaman sekarang. Memang janji iblis dan syaitan kepada Tuhan yang mereka (syaitan) akan berterusan berusaha untuk menyesatkan umat Muhammad.
Yang terakhir yang kita dengar serta lihat ialah satu fatwa yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ‘ulamak’ yang menyokong DAP itu adalah haram. Fatwa ini diperbesarkan oleh media arus perdana negara iaitu Utusan Malaysia dua hari yang lepas. Saya begitu terkejut dan sejurus selepas mendengar fatwa itu saya dihujani oleh ramai rakan-rakan dari utara ke selatan serta dari timur ke barat bertanyakan apa yang telah terjadi kepada negara kita kerana di negara kita pula menjadi tempat orang membawa dalil hari kiamat itu.
Saya hanya mengambil sikap rileks dan tidak mahu memberikan reaksi pada mulanya. Tetapi di atas desakan ramai yang menghubungi saya, saya terpanggil untuk memberikan komen ringkas dan memang pun saya menjadi tumpuan ramai rakan-rakan kerana saya adalah seorang ahli DAP sejak lapan bulan yang lalu.
Saya hanya hendak memberitahu seseorang yang beriman itu ibarat ikan hidup dilaut dalam. Ikan boleh hidup bertahun-tahun di dalam lautan yang masin tetapi ikan itu tidak masin. Tetapi sebaliknya jika ikan mati dimasukkan ke dalam laut sehari dua dan dijemur selepas itu ikan itu akhirnya akan jadi ikan kering masin kerana elemen masin sudah menyerap ke dalam tubuh ikan yang mati itu.
‘Ulamak’ yang mengeluarkan fatwa buruk itu merupakan seorang yang boleh digoyahkan dengan elemen sekelilingnya seperti ikan mati tadi. Apabila dihasut dan dipengaruhi oleh alam sekeliling yang jahat, maka dia pun memberikan fatwa buruk itu kerana kepentingan mereka yang berpengaruh yang berhampiran dengannya.
Saya telah katakan selalu, orang seperti saya hanya bertukar wadah dan bukannya bertukar akidah. “Ulamak” itu sepatutnya mengeluarkan fatwa tentang rasuah dan mencuri serta merompak wang dan harta rakyat secara terang-terangan yang dilakukan oleh pimpinan sekarang ini. Kenapa ‘ulamak’ bebal itu tidak memberikan fatwa yang mengharamkan bekerjasama dengan perasuah-perasuah ini? Kenapa pula ‘ulamak’ ini mengeluarkan fatwa yang tidak berdosa jika bersama MCA sedangkan MCA terang-terangan menentang hukum hudud dan berbagai-bagai lagi yang dilakukan oleh MCA selama ini.
“Ulamak” dari Tumpat, Kelantan ini, patut diberitahu yang seseorang itu, selagi ianya terus bertawajjuh kepada Rasulnya dan bertawassul kepada Tuhannya ia tidak akan boleh di alih dan di anjak keimanannya. Tetapi ‘ulamak’ ini lebih cenderung untuk bermain politik dan sanggup mengeluarkan fatwa yang gila itu, sahih telah dipengaruhi oleh pihak yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia terutamanya kepada mereka yang warak zahirnya. Iblis tidak takut kepada orang yang warak, tetapi iblis takut kepada mereka yang berilmu kerana mereka yang berilmu (alim) itu selalunya di iringi dengan keimanan yang tinggi.
Kerja-kerja seperti mengeluarkan fatwa seperti inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang rendah oleh umat manusia yang beragama lain. Orang-orang seperti ini dipergunakan oleh mereka yang terdesak dan sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak boleh diterima akal langsung itu.
Tetapi apa yang kita mesti awasi diri kita ialah untuk tidak menjadi sebahagian dari pembawa dalil ini kerana pembawa dalil itu merupakan kumpulan yang berdosa. Kita jangan terlibat dengan fatwa-fatwa politik ini.
Saya mesti memberitahu sesiapa yang ingin tahu yang tindakan saya meninggalkan UMNO ialah kerana terlalu banyak kerja-kerja kafir yang berlaku di dalam parti itu yang jelas bertentangan dengan Islam.
Kita mesti jauhi diri dari bersama dengan pihak yang terang-terangan mencuri itu kerana kita akan di samakan dengan mereka yang mencuri itu. Saya bukannya ulamak tetapi saya tahu kita tidak boleh bekerjasama dengan yang mencuri dan merompak harta dan wang rakyat.
Dalam musim pilihanraya mendatang ini kita harus waspada dengan fatwa-fatwa yang tidak berunsurkan kepada hakikat ketuhanan dan menyesatkan itu. Semuanya itu kerana politik. Ingat kita sedang hidup di akhir zaman. Yang bathil akan menghampiri kita dengan penampilan yang seolah-olah bercirikan yang haq.
Kita lihat dengan mata hati. Jangan tengok setakat menggunakan mata zahir kita… jangan kita butakan mata hati kita kerana menutup mata hati kita itu adalah pengakhir kepada hidup dalam keredhoan Tuhan.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/09/fatwa-tentang-dap-tanda-dalil-dunia-nak-kiamat/

No comments: