Wednesday, June 11, 2008

PERDEBATAN DI RTM1.

komen paslabuan



"Sedih saya melihat kelibat YB Salahuddin kena tibai oleh Datuk Shahrir Samad dalam perdebatan isu kenaikan harga Minyak malam ini di RTM 1 yg disiarkan secara lansung.


Umpama menegakkan benang yg basah, YB Salahuddin dilihat beberapa kali mengulangi perkataan “Prudent” yg semakin lama kita mendengarnya, semakin bosanlah utk kekal di depan kaca televisyen.

Secara peribadi, saya melihat keseriusan dan sikap berhati2 yg ditunjukkan oleh YB Salahuddin menampakkan sikap tidak matang beliau dlm menghadapi perdebatan secara terbuka apatah lagi disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Sedih betul! Tak ada langsung persediaan mental dan panduan dari segi data-data statistik, kadang-kala YB Salahuddin cuba utk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah malahan Datuk Shahrir kenampakan senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yg didakwa oleh YB Salahuddin.

Sedih saya melihat kelibat YB Salahuddin kena tibai oleh Datuk Shahrir Samad dalam perdebatan isu kenaikan harga Minyak malam ini di RTM 1 yg disiarkan secara lansung.

Umpama menegakkan benang yg basah, YB Salahuddin dilihat beberapa kali mengulangi perkataan “Prudent” yg semakin lama kita mendengarnya, semakin bosanlah utk kekal di depan kaca televisyen.

Secara peribadi, saya melihat keseriusan dan sikap berhati2 yg ditunjukkan oleh YB Salahuddin menampakkan sikap tidak matang beliau dlm menghadapi perdebatan secara terbuka apatah lagi disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Sedih betul! Tak ada langsung persediaan mental dan panduan dari segi data-data statistik, kadang-kala YB Salahuddin cuba utk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah malahan Datuk Shahrir kenampakan senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yg didakwa oleh YB Salahuddin.

Tidak cukup dgn itu, YB Salahuddin sendiri terperangkap dlm data statistik yg disebut oleh beliau apabila kurang memberi perhatian terhadap perbezaan antara “Keuntungan” dgn “Pendapatan”. Andaian secara tekaan gitu2 oleh YB Salahuddin dlm menyatakan suatu fakta harga minyak USD 80 setong pada tahun 2006, telah diperbetulkan oleh Datuk Shahrir dgn nada menyindir, tahun 2007.

Di mana kepetahan dan kelantangan YB Salahuddin yg sentiasa dpt dilihat semasa memberi ucapan atau ceramah politik di mana2 shj, di mana hah? Dgn adanya peluang membahaskan suatu isu debat utk jangkamasa yg pendek sepatutnya diambil dgn sebaik-baiknya. Kita para penonton bukan mahu mendengar bunga2 bahasa yg indah belaka tetapi kurang isinya dan tidak tepat datanya.

Apakah YB Salahuddin hanya bijak berkata-kata apabila tidak ada orang yg blh membalas hujah beliau?

Kelemahan spt ini yg terdapat pd barisan kepemimpinan pembangkang perlu diatasi dgn segera apatah lagi dlm isu pentadbiran, pengetahuan global dgn input yg tepat perlu ada dan dipelajari.

Pembetulan kpd panel yg hadir pd mlm ini, ini adl aturcara perdebatan antara 2 pihak yg langsung tiada persamaan, makanya apakah masa yg ada ini dibuang begitu sahaja seolah-olah ini ada aturcara soal-jawab spt yg dilakukan oleh ahli panel pada malam ini.

Walaubagaimana pun, misi mlm ini agak tercapai juga apabila kita penonton dapat lihat Datuk Shahrir tidak mampu memberi satu jawapan konkrit kpd isu kenaikan harga petrol dan diesel.

Beliau lebih banyak bermain kata2 dan bercakap tentang teori semata-mata.

Apa tidaknya, apabila YB Salahuddin mengemukakan bukti kukuh berkait statistik Bloomberg dan Bank Negara yg menyentuh tentang “keuntungan” beratus juta ringgit akibat kenaikan satu ringgit harga minyak setong, Datuk Shahrir memesong bukti saintifik tersebut agar penonton dihiburkan dgn sikap error-prone .

YB Salahuddin yg kurang periksa akan perbezaan antara “keuntungan” dan “pendapatan”.

majlis spt ini dpt diatur utk tontonan rakyat jelata , maka kedua2 pihak perlulah menyediakan barisan panel yg cukup arif dlm isu yg diperbincangkan.

Kita tidak mahu melihat ahli panel yg hanya mampu berkata-kata dgn bunga bahasa yg cukup canggih tetapi realistiknya, diri sendiri terperangkap dlm kata2nya






LAGI KOMEN PERDEBATAN TV.

"YB Salahudin agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad.

Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS.

Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat.

Jika Shahrir Samad katakan mengapa cara itu sesuai, katakan sahaja ianya adalah subsidi menyeluruh kerana yang merana adalah poket rakyat, bukannya poket kerajaan persekutuan.

Poket kerajaan persekutuan akan penuh kembali apabila PETRONAS mengumumkan keuntungan tahun kewangan 2007.

Cadangan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat adalah lebih baik daripada subsidi berdasarkan sektor A, kemudian sektor B , Sektor C, kerana pasti akan ada lompongan insan Rakyat Malaysia akan tidak menikmati subsidi.

Sebagai contoh yang nyata ialah Keterlupaan Shahrir Samad akan subsidi yang diberikan kepada teksi yang berpetrol.

Belum lagi sentuh subsidi keatas jentera pembajakan sawah yang hanya digunakan ketika musim tertentu, dimana SKDS tidak boleh digunakan dalam bentuk kuota harian kerana ia digunakan pada musim tertentu sahaja.

Banyak kenderaan yang tidak didaftarkan sebagai "bas" atau "teksi" yang dijadikan sebagai pengangkut pelajar di kawasan luar bandar sudah pasti tidak mendapat subsidi, dan ini tidak adil.

Pengstrukturan subsidi hanya boleh dilakukan selepas masalah-masalah ini diatasi terlebih dahulu.Ini senarai lama perkara yang patut dikaji sebelum pengstrukturan subsidi.

Kalau Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat dipenuhi, maka ianya diibaratkan sebagai tampalan keatas kebocoran secara menyeluruh.

Berbanding dengan cara sedia ada Shahrir Samad, tampal sikit demi sedikit, tapi masih ada yang belum ditampal.

Shahrir Samad telah katakan kononnya subsidi ke arah pemakanan sudah ada, numun YB Salahuddin boleh balas balik.

"Kalau bukan golongan petani, tapi miskin, mereka juga perlukan makanan"."Golongan miskin yang tiada sumber pendapatan hendak dimasukkan kedalam sektor apa?". Sedangkan merekalah yang kita perlu kasi makan dulu.

Golongan pekerja ada MTUC boleh mintakan gaji minima, golongan miskin tanpa pekerjaan tiada persatuan khas.Nak makan pun susah, inikan pula nak berpersatuan.

YB Salahudin juga boleh mencadangkan supaya adanya beberapa wakil daripada Pakatan Rakyat dimasukkan sekali kedapat Jawatankuasa Menangani Inflasi sedia ada, sebagai satu langkah apabila soalan dikemukakan.

Walaubagaimanapu, saya tak bolehkan menyalahkan Shahrir Samad dan YB Salahudin sahaja.

Saya pun salah juga.Saya lambat datang ke Muktamar Pemuda PAS Melaka, sehingga saya tak dapat sampaikan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat kepadanya supaya boleh diperdebatkan dengan Shahrir Samad.

hanya sempat sampaikan secara lisan kepada Ustaz Kamaruddin Sidek, itupun setelah Muktamar habis.

Maafkan saya kerana saya gagal membawa agenda Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat sebagai Agenda PAS.


KOMEN.

Sebenarnya ini bukan kali pertama,sebelum ini Dato'Dr Hasan Ali,dalam program yang sama,bertajuk Undang Undang di Malaysia,yang di siarkan sekitar tahun 2006.

Saya amat terperanjat Tokoh PAS yang begitu terkenal dengan pidato nya, dalam perdebatan itu mengemukakan alasan alasan yang berbentuk peribadi.

contohnya.

Apakah Dato' merasakan,undang undang yang ada di Malaysia ini,masih tidak dapat menjamin keselamatan kita?-soalan Dato'Johan Jaafar.

Dato Hasan menjawab hal yang menimpa beliau di lapangan terbang, di pereksa begitu teliti oleh pihak berkuasa.

Alangkah baik nya jika jawapan itu,terus kepada,selagi undang undang yang ada tidak mengikut Alquraan,maka selagi itu lah Undang Undang itu tidak akan sampuna,kerana tidak ada roh nya.

Maka kita dgn mudah memahami bahawa Dato'Hassan menyampaikan message , apa yang di perjuangkan oleh PAS selama ini,ia itu menegakan Islam di Malaysia.

Kesimpulan , Tokoh PAS fobia dgn TV,kerana selama ini asyik menghentam RTM dan TV3 agak nya.





Tahniah YB Hj. Mahfuz! : Berjaya dalam Hujah TV9.

"Tahniah kepada YB Hj. Mahfuz (Ketua Penerangan PAS dan MP Pokok Sena) kerana telah berjaya memberi hujah yang baik dalam slot "Hujah" terbitan TV9 malam tadi.

Rancangan diskusi 30 minit yang berkisar isu minyak "Menang-Menang" turut membariskan YB Datuk Aziz (MP Seri Gading) dan dipengerusikan Dr Agus Yusuf.

Dengan persediaan fakta cukup disokong nota dan data dibawa YB Hj. Mahfuz, rasanya YB Datuk Aziz perlu ambil sikap serius ketika berhujah kerana sekeping kertas pun tak kelihatan di depannya.

Kerap kali YB Hj. Mahfuz dicelah oleh YB Datuk Aziz tetapi gagal diberi jalan olehnya termasuk pengerusi sendiri.

Penyampaian beliau cukup berjaya dan meyakinkan malam ini dan sewajarnya layak menjawat Ketua Penerangan PAS pusat.

Tahniah YB Hj. Mahfuz, mesej YB sampai kepada pengetahuan kerajaan termasuk menyebut kata akhir hujah tuan "orkestra philharmonik menelan juta RM dan ianya satu pembaziran" ketika di hujung rancangan.

Kalau kerajaan BN nak membazir lagi, semestinya BN ditolak rakyat sepenuhnya.






















No comments: