Friday, June 13, 2008



BN’s Wastages That The Rakyat Has to Pay For
malaysiatoday -

Looking at the list below, it looks like the BN government is more determined to help themselves rather than the citizens.

And this list below is hardly exhaustive as these are the ones uncovered so far – the tip of the ice-berg, if you will! What lies beneath could be much larger :-

1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit) wasted;

2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion);

3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s;

4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). (Eric Chia was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company.);

5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market;

6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam;

7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million);

8. Wang Ehsan from oil royalty in Terengganu amounting to RM7.4 billion from 2004 – 2007;

9. For the past 10 years since the Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million;

10. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000; Shahrizat Abdul Jalil (Women and Social Development Affairs) RM404,726; and Abdul Hamid Othman (Religious Affairs) RM549,675 per annum;

11. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment of which the breakdown of costs is unknown;

12. The commission paid for the purchase of jets and submarines to two private companies, Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million;

13. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”;

14. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge;

15. RM100 million spent on the Parliament building for renovations and to patch up leaks;

16. National Astronaut Programme - RM 40 million;

17. National Service Training Programme - yearly an estimate of RM 500 million;

18. Eye on Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets;

19. RM4.63 billion ’soft-loan’ to PKFZ;

20. RM2.4 million on indelible ink

;21. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. A RM380 million windfall for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hikes in 2008 alone;

22. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to the Sarawak Chief Minister and his family;




Anwar Dapat Lampu Hijau Cabar Kesahihan Pemecatannya

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang -- sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya;

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.

Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamh Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto.

Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.

Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi.Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik.




No comments: