Friday, June 13, 2008

BANTAHAN KENAIKAN MINYAK DI KAMPUNG BARU.KL



































































Lintas-lansung Demonstrasi Masjid Kampung Baru - Jumaat, June 13
3.15 petang Polis memberitahu, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.
Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dipercayai akan bersurai di situ.
3.00 petang Kumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS.
Mereka diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.
2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.
Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.
2.45 tengahari Ketua angkata muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."
2.37 tengahari Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama- Sogo dan duduk, berkumpul, di atas jalan.
2.30 tengahari Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.
Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.
2.23 tengahari Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
2.11 tengahari Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.
2.00 tengahari Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.
1.50 tengahari Keadaan sesak di dalam dan luar masjid sewaktu solat, dianggarkan kira-kira 3,000 orang.
1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.
1.00 tengahari Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian serta timbalannya Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di majlis Kampung Baru.
Turun hadir, ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.
Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi , susulan rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.
Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba , manakala sebuah trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudian.
Di ikuti empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU .
Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.
kira-kira jam
12.40 tengahari, 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.
Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.
Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa.
Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa., dan orang ramai boleh lalulalang di situ menuju ke masjid.
Sementara itu di kawan KLCC terdapat tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air ditempatkan di bahagian di belakang KLCC.
lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.
Semalam, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.
Polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.
Jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid).
Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.
Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.
Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan .
Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.
Kiriman pemudawilayah"Oleh Herman Samsudeen
Demontrasi Aman yang menghimpunkan pemuda-pemuda Pakatan dan rakyat pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya.
Iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat dalam dan luar negara terhadap kezaliman Barisan Nasional yang menaikan harga minyak.
Himpunan bermula dari Masjid kg. Baru kira-kira jam 2 petang dengan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bersama Hj. Mohamad Sabu, Ust. Idris, Syed Azman, Ust. Nuridah, Dr. Lo’lo’, serta Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin dari Angkatan Muda Keadilan.


PROTES DI SEREMBAN


Seremban : Sabtu 14 Jun 2008 Tepat jam 11.30 pagi seperti yang dijanjikan PROTES dan gabungan parti-parti Pakatan Rakyat telah mengadakan satu perhimpunan aman di perkarangan Terminal One Shopping Complex membantah kenaikan harga minyak secara melampau yang membebankan rakyat.
Pemimpin PROTES seperti YB Dr Hatta Ramly dan Cikgu Badrul telah hadir.
Pimpinan parti-parti pakatan rakyat telah dihadiri oleh YB Loke Siew Fook (Ketua Pembangkang / Pengerusi DAP NS), Saudara Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS NS), En Sabaruddin (Setiausaha PKR NS), YB P.Guna (Timbalan Pengerusi DAP) dan YB Hj Taufek Ghani (Ketua DPPNS / ADUN Paroi).
YB Dr Hatta Pengerusi PROTES Malaysia / Bendahari PAS Pusat sedang memberikan ucapan
Pemimpin terakhir yang memberikan ucapan adalah YB Dr Hatta.
Beliau mengucapkan terima kasih pada semua yang telah hadir beramai-ramai untuk menunjukkan bantahan kenaikan harga minyak ini kepada kerajaan BN khususnya Pak Lah.
Dr Hatta juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberikan kerjasama dan telah memberikan ruang kepada RAKYAT untuk menyuarakan bantahan secara aman.
Selepas itu YB Dr Hatta telah mengetuai perarakan RAKYAT yang berarak dari Terminal One Shopping Complex ke hadapan Bangunan UMNO NS untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati kerana UMNO/BN tidak prihatin dengan masalah rakyat.
Dalam isu minyak yang nyata dan terang telah menghimpit dan menyusahkan rakyat UMNO hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri tanpa suara dan langsung tidak mahu atau tidak ingin membela rakyat.
Cikgu Bard AMT PKR & AJK PROTES Pusat sedang menyampaikan ucapan yang berapi-api.
Dari Bangunan UMNO perarakan rakyat diteruskan sehingga ke stesen minyak Shell dan perarakan tersebut telah ditamatkan disitu.
Seterusnya para pemimpin dan demonstran telah bersurai dengan aman tepat pada jam 12.30 seperti yang dijadualkan.



























































































No comments: