Friday, June 13, 2008

PERISTIWA BERDARAH DI BATU BUROK




Ayub akan dikenang kerana peristiwa polis menembak rakyat di Batu Burok

Ditulis oleh Editor Friday, 13 June 2008

Bekas Ketua Polis Terengganu, Dato’ Ayub Yaakob yang bertukar ke Pulau Pinang hari ini, akan dikenang kerana peristiwa berdarah 8 September, 2007, polis menembak rakyat di Batu Burok.

Peristiwa tersebut telah menggemparkan negara dan dunia kerana inilah kali pertama dalam sejarah profesionalisma polis diraja Malaysia, menggunakan peluru hidup dalam tugas-tugas awam.

Isu utama dalam keseluruhan drama insiden bersejarah Batu Burok adalah isu kebebasan bersuara, dimana pihak kerajaan telah mempergunakan agensi penguatkuasa bagi menyekat satu ceramah penerangan.

Insiden Berdarah Batu Burok sebenarnya bukan sebuah ‘pehimpunan’ kerana insiden tersebut berlaku terlalu jauh dari lokasi asal cadangan ceramah umum yang dianjurkan oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Campurtangan ‘orang politik’ dilihat wujud sejak awal, kerana permohonan permit oleh BERSIH telah ditolak sedangkan sebelum itu polis pernah membenarkan ceramah besar-besaran diadakan dilokasi yang sama.

Riak-riak kekecohan telah kelihatan sejak petang 8 September, apabila polis mula membuat halangan-halangan di jalanan dan merobohkan pentas yang telah dibangunkan dilokasi cadangan.

Selepas waktu solat maghrib, polis yang telah membuat sekatan keatas semua laluan menuju ke pantai Batu Burok, mula menghambat orang awam, sesiapa sahaja yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut.

Aksi sebenar berlaku selepas waktu solat Isya’ apabila polis mula menembak ‘water canon’ dan gas pemedih mata ke arah orang awam secara membabibuta berterusan sehingga jam 1.30 pagi.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Sultan Mahmud, kira-kira 800 meter dari lokasi cadangan ceramah, diatas satu jalan raya utama yang sibuk, menuju ke Kuantan dari Kuala Terengganu.

Berpuluh-puluh orang awam telah tercedera, empat parah dan 23 dari merekatelah ditahan termasuk tiga wartawan akhbar tempatan.

Dua dari mereka yang ditahan reman adalah yang telah ditembak dengan peluru hidup.

Suwandi Abdul Ghani, 37, telah ditembak dan peluru menembusi dada hingga k belakang, kira-kira setengah inci sahaja jarak dari jantungnya.

Manakala Muhamad Azman Aziz, 21, lehernya telah ditembusi oleh peluru polis yang tidak bermata!.

Bekas Ketua Polis, Ayub Yaakob akan terus dikenang oleh rakyat Terengganu dan Malaysia umumnya kerana kenyataan-kenyataannya yang tidak ‘konsisten’ dan bercanggah’ terhadap fakta Insiden Berdarah Batu Burok.

Antara perkara tersebut adalah berkaitan berapa das tembakan yang telah dilepaskan oleh polis yang menembak, identiti polis si penembak itu dan kecederaan yang dialami oleh pihak polis.

Tindakan Ayub juga amat mengejutkan yang mempertahankan anggotanya yang menembak orang awam mengejutkan seluruh negara.

Sikap menukar kenyataan yang dikeluarkan berkaitan dengan tindakan anggota polis seolah-olah yub cuba untuk melindungi kesilapan yang dibuat oleh anggotanya sewaktu menjalankan tugas dan cuba menjadikan insiden tersebut di bawah perlindungan undang-undang.

PAS bertegas menyatakan bahawa Insiden Berdarah Batu Burok adalah satu insiden yang dirancang.

Melalui gambar-gambar yang dirakam semasa insiden, mendapati sekumpulan polis melilit reben dilengan menandakan ada kuad khas yang merancang modus operandi insiden tersebut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dalam kenyataannya kepada pihak media pada 16 September, bersedia untuk mendedahkan penglibatan bekas Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh berhubung insiden yang berlaku di Batu Burok.

Beliau menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti penglibatan Wan Ahmad Farid dalam kejadian tersebut dan menegaskan bahawa ‘rusuhan’ yang berlaku itu adalah perancangan daripada pemimpin Umno dan antara yang terlibat ialah Wan Farid.







No comments: