Sunday, June 15, 2008

HADIAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA





Untung sekarung rugi seguni masih mampu ketawa .




MB Kedah: Siapa kata kami tiada wang?
Muda Mohd Noor : Jun 19, 08 2:24pm
Kedah walaupun dianggap negeri miskin tetapi sehingga ini tidak mempunyai sebarang masalah kewangan kerana mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah, kata Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.
Katanya, beliau tidak melakukan perubahan secara mendadak, sebaliknya menyelesaikannya dengan keadaan kewangan semasa dan mengamalkan jimat cermat."Saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang dan tahu selok belok pengurusan.
"Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM2 billion, Perak RM800 juta tetapi Kedah hanya RM200 juta sahaja," katanya dalam temubual melalui emel sempena 100 hari menjadi menteri besar Kedah.
PAS mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri Kedah selepas menang besar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Azizan berkata, secara umumnya Kedah tidak menghadapi masalah kerana mendapat kerjasama baik dari istana, kakitangan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
"Masalah tetap ada tetapi tidaklah sehingga menggangu pentadbiran dan merunsingkan rakyat," katanya lagi.
Usaha turun cukaiAzizan berkata, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk memenuhkan janji pilihanraya umum lalu termasuk menurunkan kadar cukai dari 30 kepada 70 peratus bagi meringankan beban.
Katanya, kerajaan tidak lagi mengamalkan tender terus dalam pemberilan lesen dan projek, menyelesaikan masalah geran tanah dan menaikkan gaji guru agama.
"Kita juga menyalurkan elaun menteri besar dan anggota exco ke Tabung Amanah Tunku Mahmud, menguatkuasakan tindakan untuk membendung gejala keruntuhan akhlak, mempertingkatkan hubungan mesra dengan rakyat bukan Islam, membuka Pusat-pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dalam proses membuka di semua DUN di Kedah dan menyediakan suasana 'mesra pelabur' kepada para pelabur untuk menarik semaksimum mungkin jumlah pelaburan," katanya.
Berikut ialah petikan wawancara dengan Azizan.Soalan: Apakah janji-janji yang belum ditunaikan?
Apa yang masih dalam perancangan kita adalah seperti memperbanyakkan kemudahan awam termasuk pengangkutan, memajukan pasar besar di bandar tertentu, menyelesaikan masalah sampah dan memperkenalkan cuti bersalin 90 hari (ia memerlukan sedikit lagi kajian).
Soalan: Adakah kerajaan negeri menghadapi gangguan dari pemimpin-pemimpin BN dan Umno?
Jawapan: Kita tak pernah ganggu mereka, suasana sebegini bukan budaya politik di Kedah, jadi kita tidak akan ganggu mereka, kalau mereka nak ganggu, itu di atas pertimbangan merekalah.
Soalan: Apakah yang menjadi keutamaan kerajaan negeri berikutan dakwaan menghadapi masalah kewangan?
Jawapan: Siapa beritahu anda bahawa kami tiada wang?
Kita tidak menghadapi masalah kewangan, kita yakin dan percaya dengan pendekatan perbelanjaan secara berhemah kita boleh terus berbelanja untuk sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kedah.
Saya tidak berminat dengan perubahan yang mendadak, saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang, saya tahu selok belok pengurusan, kita selesaikan dengan keadaan kewangan yang kita ada, kita, kita berjimat cermat, Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM 2 billion, Perak RM 800 juta, kita Kedah hanya RM 200 juta sahaja.
Kita sudah potong belanja pengurusan sebanyak RM 10 juta iaitu 30 peratus dari peruntukan yang ada, ini adalah langkah berjimat cermat.
Kita juga telah kenalpasti kebocoran yang berlaku, kita sedang tampal, ini semua ke arah mengelak dari kita menghadapi kesulitan dari sudut kewangan.
Rakyat Patut Tukar Cara Hidup
email oleh Sebastianjoshuakepada pak lahR
PM kesayangan kusaya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari..
ade untung 21 sensaya tak pakai pon kete...
sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya..
dapat gak duit..
anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000..
ia terlebih cukup untuk keluarga saya..
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
tidak akan menggunakan gula...
tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi...
setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak
antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi caresemuanya kerna UMNO dan bn...
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol
kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway,
bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah..
tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..
kata bior pak lah senang, janji kami susah..
hidup UMNO, hidup bn..
sekian terima kasih..ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi..
dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi
pecah kaca, pecah gelas,sudah baca, harap balas.
Minyak: Lebih ramai jadi miskin
Jun 15, 08 5:38pm
Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi.
Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan.
Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".
Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.
"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.
"Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka.
Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan.
"Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah,".
Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.
Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari.
Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tinggi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan.
Menurut pengiraan 2005, garis kemiskinan bagi seluruh negara ialah pendapatan bulanan sebanyak RM691, manakala bagi Semenanjung jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini bagi keluarga yang mempunyai lima anggota.
Bagi meringankan beban golongan ini, Azrul Azwar mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada RM2 bilion yang diperoleh melalui langkah berjimat-cermat yang diumumnya baru-baru ini, diagihkan kepada golongan terbabit.
"Bukan bantuan dalam bentuk wang, Sebaliknya kerajaan perlu mengenal pasti siapakah yang tergolong dalam kumpulan ini dan membantu mereka dalam bentuk lain.
Penolong naib presiden jualan institusi, Alliance Investment Bank, Shahrul Kamal Ramli sependapat dengan Azrul Anwar bahawa semakin banyak rakyat Malaysia kini tergolong sebagai miskin berikutan kenaikan harga bahan bakar.
Shahrul Kamal berkata rakyat negara ini sepatutnya diberi peluang berkongsi kekayaan yang dinikmati oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau berkata seperti pemegang saham dalam syarikat senaraian awam, rakyat negara ini juga sepatutnya dibayar dividen berdasarkan keuntungan yang diraih oleh syarikat itu.
"Maksud saya ialah GLC yang kebanyakannya dimiliki secara penuh atau sebahagiannya oleh kerajaan seperti Petronas, TNB, patut memberi bonus tunai kepada rakyat.
"Tahukah anda bahawa di Singapura, kerajaan membayar bonus kepada rakyatnya?
Tahun lepas, setiap daripada mereka menerima sekitar S$700 atau RM1,800.
Shahrul Kamal berkata walaupun kenaikan harga setiap liter petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 menjejaskan semua orang, tetapi golongan miskinlah yang paling teruk menerima akibatnya.
"Mari kita lihat begini... seorang ada RM1 dan seorang lagi RM100.
Tambahan perbelanjaan sebanyak 20 sen bagi orang yang ada RM100 sudah tentu tidak seberapa kesannya, berbanding orang yang hanya ada RM1," kata beliau.
Beliau menambah, wang rebet yang diberi secara tunai sebagai ganti bagi subsidi tidak memberi manfaat kepada semua orang yang memerlukan bantuan kerana hanya mereka yang memiliki kenderaan layak menerimanya.
"Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan dan bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam?
Mereka tidak layak menerima rebet itu, sedangkan kenaikan harga bahan bakar memberi kesan yang pelbagai dan kumpulan ini juga menerima akibatnya kerana harga semua barang akan turut meningkat.
Shahrul Kamal juga mempertikaikan keberkesanan sesetengah langkah yang dilaksanakan kerajaan seperti kad fleet, yang pada pandangan beliau, boleh disalahgunakan.
"Pada masa ini, kerajaan belum menjelaskan formula yang digunakannya dalam mengira peratusan yang diberi oleh Petronas daripada keuntungannya.
Mereka hanya beritahu kita jumlahnya."Dalam hal ini, saya mencadangkan, mungkin kerajaan boleh menimbang menggunakan satu kuantum berdasarkan harga pasaran.
"Contohnya, kalau harganya AS$40 setong, mungkin Petronas patut bayar 40 peratus dan jika lebih AS$80, mereka bayar 75 peratus.
Saya yakin, jika ini dilakukan seperti yang sewajarnya, rakyat masih boleh menikmati harga bahan bakar yang tidak membebankan mereka," katanya.

No comments: