Friday, June 6, 2008

PADA ALLAH KITA BERSERAH

kita sudah lakukan yang terbaik untuk diri kita,bangsa kita,agama kita,dan selebih nya kita serahkan kepada Allah s.w.t.

Bantah konsert 'ego orang agama'
Jimadie Shah Othman Jun 17, 08 4:59pm

Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi.

Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul.

(Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.

"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik.

Saya fikir (tindakan) ini salah.

Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi.

Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.

"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan.

Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata.

Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya.

Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.

Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella .

Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.

Gaya hidup mewahSelain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.

Roslan menggesa seniman mencari alternatif untuk mengetengahkan idea mereka dan tidak tunduk kepada bantahan sebegini."Jangan tunduk. Jika tunduk, kita seolah-olah akui kita salah.

"Kalau saya, waktu mula-mula masuk dulu, saya nak ketengahkan muzik Melayu ke seluruh dunia. "Saya akan buat.

Tak apa, saya tak hairan kalau tak boleh pergi Kelantan. Saya cari jalan lain," tambahnya, yang mulai dikenali meluas selepas kejayaan album Sheila Majid dan Zainal Abidin pada akhir 1980-an.

Seniman beragama Islam, tambahnya, tidak pernah berniat melawan nilai-nilai Islam. Mengulas larangan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap penyanyi Faizal Tahir, Roslan berkata:

"Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis.

Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana.

Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir."Kumpulan rock terkenal Nitrus pula berkata Pemuda PAS berhak membantah tetapi tidak boleh mengetepikan hak orang lain.

"Dia ada hak beri pandangan mereka. Pihak yang lain juga ada hak.

Yang perlu dibuat adalah diskusi, mesyuarat.

Soal aurat, suara perempuan itu tidak terperinci (dijelaskan). (Bantahan) itu sesuatu yang kritikal.

Ramai orang Islam yang cari makan dengan muzik, macam kami.

"Perkembangan budaya juga penting untuk pembangunan masyarakat.

Diskusi patut melibatkan ahli akademik dan orang industri sendiri.

Bincang, kemudian umumkan," kata vokalis kumpulan bebas itu Syed Helmy Syed Hood.

Bercanggah dengan manifestoDitanya sama ada mereka bersetuju dengan alasan moral dan pembaziran yang diberikan Pemuda PAS, Syed berkata:"Kurang setuju.

Tuduhan itu kurang konkrit, macam cakap tak ada dalil, tak ada alasan (terperinci).

Kalau kata tak setuju, nyatakan batasan, garis panduan yang jelas.

"Budaya seni tidak boleh dipanjang remeh. Ia adalah sebahagian daripada kita," tambahnya.

Sementara itu, penggiat muzik dan pelukis Mazir Ibrahim pula berkata, bantahan Pemuda PAS itu tidak wajar.

"Kerajaan baru harus utamakan pembangunan masyarakat, bukan politik semata-mata.

Takkan kerajaan baru kerjanya hanya mengharamkan. (Mereka) mesti sediakan (ruang) untuk semua.

Bukan hal-hal yang dia suka saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, hujah Pemuda PAS bahawa konsert itu akan "mengundang risiko moral yang tinggi" sebagai tidak relevan.

"Hujah yang dikemukakan mereka tidak relevan sama sekali.

Tujuannya satu, untuk 'menghijaukan' (melebarkan pengaruh PAS di) Selangor sebab bertolak daripada premis politik.

"Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah.

Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan.

Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain," tambahnya, yang juga koordinator Music Forum.

Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Tindakan ini tidak demokratik.

Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat.

Kalau dulu tulis, itu OK.

Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum.

Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.

"Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak.

Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.Tindakan Pemuda PAS ini hanya menunjukkan parti itu tidak bersedia memerintah Malaysia, tambahnya.






edyesdotcom
WE DESERVED A BETTER MALAYSIA
Tuesday, June 17, 2008
Roslan Aziz said :
"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik.
Saya fikir (tindakan) ini salah.
Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.
"edyes wrote:Roslan Aziz ?? Siapa tak kenal kontrovesi, pasti tidak kenal Roslan Aziz, iaitu mantan suami Shila Majid.
Bukan mantan suami orang gaji Shila Majid ok.
Kenapa perlu menghina wahai Roslan? Mengatakan Pas menggunakan agama untuk tujuan politik adalah satu tuduhan yang berat.
Adakah Roslan faham dengan agenda yang diperjuangkan oleh Pas?
Kita sebagai umat Islam harus menyokong sebarang bentuk usaha memartabatkan Islam.
Jadi, adakah kerana Pas sering mengadakan aktiviti berbentuk islamiah maka Pas dituduh menggunakan Islam untuk tujuan politik?
Saya sentiasa membayangkan bahwa Pas itu adalah gerakkan Islam.
Hidupnya parti Pas, maka hiduplah gerakkan Islam.
Bukan bermakna Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
Gerakan Islam juga harus melalui medan politik.
Gerakan Islam pada kamus hidup saya adalah amat penting sekali demi masa depan anak-anak saya.
Saya bukanlah orang yang patut counter pernyataan Roslan Aziz, cuma saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya bahawa Roslan Aziz telah membuat satu kesilapan besar dengan pernyataan tersebut.
Saya juga menegaskan supaya pernyataan itu ditarik balik dan Roslan Aziz harus memohon maaf kepada kepimpinan Pas beserta ahli-ahlinya.
Jika kita tidak mampu untuk memberi apa-apa sumbangan terhadap gerakan Islam, cukuplah sekadar memberi laluan, bukan memberi sebentuk penghinaan.
Bak kata Roslan sendiri, bahwa "biarpun orang kata UMNO itu jahat tetapi tidak guna Islam untuk tujuan politik".
Maka saya reply, "sekurang-kurangnya Roslan Aziz juga mengakui bahawa UMNO itu jahat sepertimana saya mengakuinya."
Posted by Edy at 7:19 AM

No comments: