Tuesday, June 10, 2008

SEBELUM PRU12 KITA SUDAH MENGINGATKAN NYA



Kenaikan harga minyak dan kesannya.

Petikan dari KOSMO.

Sudahlah tiket mahal, trip bas pula dipotong
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI, KUMARA SABAPATTY, RAZAK
TERMINAL Bas Medan Gopeng lengang selepas beberapa syarikat bas mengurangkan perjalanan bagi menjimatkan kos semalam.
IPOH - Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket bas ekspres di Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng di sini khususnya untuk perjalanan ke Johor Bahru pulang hampa selepas beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut bertindak menggantung trip perjalanan mulai semalam.
Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Ahmad Razalan Yusoff, 20, berkata, ketiadaan tiket bas ekspres ke Johor Bahru tidak pernah berlaku dan apa yang mengejutkan ialah syarikat bas cuma menyediakan satu perjalanan ke destinasi berkenaan.
"Dulu ada beberapa syarikat menawarkan enam hingga lapan trip sehari tapi semalam semua dakwa tiket telah habis.
"Tetapi saya dapat tahu dari petugas kaunter bahawa trip terpaksa dipotong kerana rugi,'' katanya.
Ketiadaan tiket ke Johor Bahru berkenaan turut dirasai sekumpulan penuntut sebuah institut perguruan di bandar raya berkenaan yang terpaksa 'menangguhkan' perjalanan pulang ke kampus mereka ke hari ini.
"Sepatutnya kami tiada masalah nak pulang ke Johor Bahru lebih-lebih lagi pada hari biasa yang bukannya musim cuti sekolah. Pusing-pusing di sini, semuanya jual tiket untuk malam esok (hari ini) dan kami pun tiada pilihan,'' kata Nurmaisarah Abdul Hamid, 19.
Katanya, tambang yang dikenakan pula RM45 berbanding RM38.50 sehingga RM39 sebelum ini.
Seorang lagi petugas kaunter memaklumkan, beliau hanya dibenarkan menjual tiket untuk satu trip sehari oleh syarikatnya sedangkan jadual perjalanan yang tertera adalah tujuh sehari.
Di Butterworth pula, orang ramai masih lagi membeli tiket bas ke Kuala Lumpur pada harga RM40 sedangkan dahulu cuma RM25 hingga RM30 sahaja.
"Bas yang saya naik ini pun tidak ikut jadual, bila-bila masa saja ada untuk perjalanan ke Kuala Lumpur,'' katanya.
Mohamad Rani Abu Hassan, 47, dari Bukit Mertajam pula berkata, sepatutnya tiket bas dijual dengan harga biasa sahaja pada hari Isnin kerana ia bukan lagi musim cuti.
Beliau membeli tiket bas untuk perjalanan pukul 3 petang tetapi kemudiannya terpaksa menunggu sehingga 4.30 petang sebelum bas itu tiba.

No comments: