Saturday, June 7, 2008

ISRAK DAN MIKRAJ SATU DONGENGAN.

ISRAK DAN MIKRAJ suatu dongengan? by WK al-KahfiSalamun alaikum,

Saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir dan mempersoalkan sama ada cerita Israk dan Mikraj itu adalah suatu yang benar atau hanya CERITA DONGENG sahaja.

Isra kononnya ialah perjalanan Nabi secara mendatar menonggang buraq dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem.

Dari sana Nabi di Mi'raj ke langit.

Buraq itu kononnya berbadan kuda, bersayap dan berkepala dan wajah seorang perempuan yang amat jelita.

Begitu lajunya penerbangan buraq itu, sebelum malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah.Kejadian ini kononnya berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD.

Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah diberi perintah supaya dia dan umatnya mendirikan solat 50 waktu sehari semalam.

Mengikut kisah itu, bila Nabi hendak turun ke bumi melalui ‘syurga’ dilangit lapisan ketujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang telah diperintahkan oleh Allah kepadanya.

Nabi Muhammad pun menerangkan dia dan umatnya diperintah melakukan ibadah solat 50 waktu sehari semalam.

Lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan.

Nabi Muhammad menerima nasihat Musa.

Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan kali sehingga perintah solat itu tinggal lima waktu sahaja.

Namun demikian Nabi Musa tetap berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum mereka tidak dapat melakukan solat sebanyak itu, Nabi Musa menasihatkan supaya Nabi Muhammad naik lagi berjumpa Tuhan dan minta supaya ibadat solat itu di kurangkan lagi.

Demi kerana malunya, Nabi Muhammad mengatakan dia malu untuk berjumpa lagi dengan Allah.

Walaupun hanya tinggal lima solat sahaja, pahalanya tetap seperti lima puluh solat kerana kepercayaan bahawa tiap-tiap satu kebaikan diganda dengan sepuluh,Sebenarnya itu hanyalah kisah karut yang mudah dihujah.

Hujah yang pertama:1. Buraq tidak ada disebut dalam Quran dan kalau hadis tentang Mikraj itu benar, mengapa pula tak diceritakan kisah Nabi turun ke bumi dan apakah pula terjadi pada Buraq itu.

2. Nabi Muhammad menerima Quran sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun.

Jurang sepuluh tahun itu tersangat lama.

3. Adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu umat Muhammad itu tidak sanggup melakukan 50 kali solat sehari semalam?

Kalau Allah tahu, tentu Dia memerintahkan sekali sahaja, iaitu solat lima kali sehari semalam. Atau mungkinkah Tuhan berlawak atau mempermain-mainkan Nabi?

4. Mengapa pula Nabi Musa menjadi penasihat kepada Nabi Muhammad? Tidakkah nampak unur-unsur Israiliat disini?

5. Adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal manusia daripada Allah?

6. Bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad?

Nama asal Masjidil Aqsa itu ialah Masjid Omar, tetapi kemudian ditukar kepada Masjidil Aqsa mengambil sempena nama masjid yang terdapat di dalam Quran (17:1)

7. Ada satu cerita menarik di sini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak adalah diantara orang paling awal menulis bioghrafi Nabi Muhammad.

Dia menulis diantara lainnya, Nabi memberitahu kepada isterinya perihal dia di Israk dan Mikraj, semasa Nabi bangun untuk solat Fajr Perjalanan itu berlaku pada malam yang sama apabila Nabi tidur selapas Isya.

Dalam cerita lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu.

Hairan juga, kenapa Nabi di Mikrajkan untuk menerima perintah solat sedangkan Nabi sudah mengamalkan solat bertahun-tahun.

8. Cara Nabi tawar menawar mengurangkan solat dari lima puluh waktu itu seiras dengan kisah di dalam Bible.dimana Nabi Ibraham sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak memusnahkan mereka jika ada lima puluh orang beriman diantara mereka, akhirnya tawar menawar ini menjadi sepuluh orang.

Bible RSV Gen 18:20 hingga 32 mengatakan,

20: Then the LORD said, "Because the outcry against Sodom and Gomorrah is great and their sin is very grave,

21: I will go down to see whether they have done altogether according to the outcry which has come to me; and if not, I will know."

22: So the men turned from there, and went toward Sodom; but Abraham still stood before the LORD.

23: Then Abraham drew near, and said, "Wilt thou indeed destroy the righteous with the wicked?

24: Suppose there are fifty righteous within the city; wilt thou then destroy the place and not spare it for the fifty righteous who are in it?

25: Far be it from thee to do such a thing, to slay the righteous with the wicked, so that the righteous fare as the wicked! Far be that from thee! Shall not the Judge of all the earth do right?"

26: And the LORD said, "If I find at Sodom fifty righteous in the city, I will spare the whole place for their sake."

27: Abraham answered, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord, I who am but dust and ashes.

28: Suppose five of the fifty righteous are lacking? Wilt thou destroy the whole city for lack of five?" And he said, "I will not destroy it if I find forty-five there.

"29: Again he spoke to him, and said, "Suppose forty are found there." He answered, "For the sake of forty I will not do it.

"30: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak. Suppose thirty are found there." He answered, "I will not do it, if I find thirty there.

"31: He said, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord. Suppose twenty are found there." He answered, "For the sake of twenty I will not destroy it.

"32: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak again but this once. Suppose ten are found there." He answered, "For the sake of ten I will notdestroy it."Tawar menawar di dalam Bible itu tentunya karut, kerana mengikut Quran, Allah amat mengetahui.

" Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim.

Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal." Kata si Brahim lagi.

"Ayat 11:74 hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.

Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan.

"Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini.

Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan.

"Cuba tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingatkan" para malaikat yang Nabi Lut ada didalam bersama kaumnya.

Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat hatinya tak kesampaian.

Arahan dari Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini.Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan.

" Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan Tuhan.

Apabila Allah memerintahkan sesuatu, ia terus berkuatkuasa, tiada siapa boleh mengubah “fikiran” Allah.

Tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat, tawar-menawar dari lima puluh jadi lima.

Oleh itu, hadis tentang tawar menawar solat dalam cerita karut Mikraj adalah ubahsuai dari cerita di dalam Bible.9.

Quran 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan.

Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat." Mengikut Quran, solat yang diperintah Allah hanya TIGA kali sahaja.

Maka solat lima kali itu adalah karut kerana bertentang dengan ajaran Quran.

10. Solat pula telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan Nabi Muhammad dikehendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut.

Ini dijelaskan di dalam Quran:21:73. Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan Kami mereka sembah.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia.

Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

Masih ada lagi yang boleh diketengahkan sebagai hujah.

Namun demikian, saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan mengajak anda semua meneliti ayat Quran yang berkenaan:

Subhana = Dia disanjung,

allazi = yang

asra = memperjalankan

biabdihi = dengan hamba-

Nyalailan = pada waktu malam

hariminal - dariMasjidil Haram = Masjidil Haram (Masjid Suci)ilal

Masjidil aqsa = ke masjid yang lebih jauh

allazi = di manabaarakna = Kami memberkati,

haulahu = sekelilingnya/sekitarnya ….

‘Hu’ selepas ‘haula’ itu menunjukkan sa, singular, atau mufrad dalam nahu Arab).

Dengan kata lain, Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa (masjid yang lebih jauh itu adalah di dalam SATU kawasan atau persekitaran.

Ini membawa arti bahawa kedua-duanya adalah di dalam persekitaran Makkah.

Jika Masjidil aqsa itu terletak di Jerusalem, maka Allah sudah membuat satu kesilapan nahu, kerana Allah sepatutnya mengatakan ‘haulahuma’ (dua persekitaran) dan bukan ‘haulahu’ (SATU persekitaran)Quran tidak menjelaskan dimanakah masjid yang terjauh itu.

Tidak dipertikaikan, masjid yang terdekat ialah Masjidil Haram.

Mungkinkah masjid yang terjauh itu Gua Hira yang sering dikunjungi oleh Nabi Muhammad?

Bukankah mengikut sejarah, Nabi mendapat ayat-ayat yang awal di Gua Hira? Yang penting diingat ialah Quran mengatakan kedua-dua masjid itu terletak dalam SATU persekitaran yang diberkati (Makkah).

Oleh itu, Nabi tidak perlu menunggang ‘buraq’ yang kononnya laju seperti kilat.

Seekor unta atau kuda sudah lebih dari mencukupi untuk perjalanan itu.Harap anda semua jangan cepat melenting.

Telitilah ia dengan fikiran terbuka.

Ini adalah sekadar pendapat saya. Kalau tidak setuju, lupakanlah sahaja dan pergilah mendengar kisah karut itu dari ustaz-ustaz, seperti biasa.a hari lagi," katanya.

No comments: