Tuesday, October 28, 2014



HARI INI DI MAHKAMAH


APA DIA KES ANWAR IBRAHIM

Biar saya terangkan disini sajelas mungkin. Pekara ini telah berkali kali saya nyatakan. Disini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 - saya telah menulis pekara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang KES ANWAR IBRAHIM.

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim iniTIDAK – baca TIDAK - ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini BUKAN tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar dari dapat mempergaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya Kes Liwat Azizan 1998. Ini jugalah maknanya Kes Liwat Saiful 2014. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara mahkamah bertindak pada ahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan ajenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014. Azizan yang banyak bulu telah digantikan dengan Saiful Bukhari yang kurang bulu. Ini saja perbezaan hakiki.

Pada tahun 1998 - Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur – terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengkayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi TIDAK ada 'orang dalam yang berani pecah lobang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lobang.

Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah diserata pelusuk dunia. Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah Menteri Kewangan. Anak Lelaki Iskandar Kutty juga di kenali juga sebagai Mahathir Muhamad ketika itu ialah Perdana Menteri.

Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderong dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melungkupkan syarikat kroni dan juga syarikat Perkapalan Mirzan Cucu Lelaki Iskandar Kutty.

Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty disatu pihak dengan Tun Daim sebagai Panglima manakala Anwar Ibrahim disatu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.

Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampok kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang dikepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru - satu konspirasi dirancang untuk menangkap dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama Orang Melayu.

Maka muncul Jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur India Kaki Berbulu, pelacur Mexico. Semua ini hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan.

Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang TIDAKmengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong.

Jangan silap – saya tulis tentang Pelacur India Kaki Berbulu, jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur Mexico, pelacur Korea – bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media milik United Malays National Organisation. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998. Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika TIDAK yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada Arkib Negara.

Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah AnwarBUKAN meliwat pemandu kereta Wan Azizah bernama Azizan. Juga bukan jenayah meliwat Saiful. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gedrombolan Ketuanan Melayu.

Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.

Kenapa Anwar belot?

Dari segi pensejarahan - selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri. Ketika dipuncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.

Sebagai Mat Santa Klause, sebagai Pemegang Mohor Gula Melaka - Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis ' contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era ini – ZAMAN PINK FORM . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampok kuasa.

Pada awalnya ketika ditampok kuasa – Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikhendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.

Dasar ' bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini diulangi. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.

Disini saya ingin memberitahu bahawa MAHKAMAH wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga saperti SPRM wujud untuk membentras rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa Mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah.  
Dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden attau di Norway. Dalam buku, dalam kertas – memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Tetapi dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya' oleh Rosmah, oleh Najib , oleh United Malays National Organisation. Mahkamah di Malaysia tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas mengalakkan dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.

Biar saya beri tahu disini : 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila Peguam Pembela membuiktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..oppps... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.

Dalam kes liwat Saiful - lupakan tentang jubur Saiful tersumbat plastik selama tiga hari. Ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap Rosmah dan Najib sebelum membuat aduan polis. Apabila pekara ini dihebohkan media Najib telah menerangkan bahawa Saiful ini datang ke rumahnya untuk bertanyakan hal biasiswa. Najib berkata Si Saiful ini ingin belajar untuk menjadi juruterbang. Ini bukan fitnah Hisdhamuddin Rais. Ini laporan media.

Saya TIDAK akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan pada 28 dan 29 Oktober. Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang akan turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim pad a pagi 28 dan 29 Oktober ini. Salut.

Kepada kawan-kawan para Reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan:

Jika inilah harga yang wajib dibayar
Maka inilah harganya
Datanglah penjara tali gantung
Perjuangan ini tetap disambung - (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

No comments: