Wednesday, October 1, 2014

MOUNTDWELLER

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN 
PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG 
BENAR MENENTANG YANG SALAH 
DARI SUDUT PANDANGANKU


Hentakan Padu Dari Misbahul Munir!

Rupanya kerana bodoh dan perasaan rendah diri mereka merasakan dibuli
Inikah jenis manusia yang diharapkan menjadi pemimpin masa depan PAS?
Hancusss......!

PAS rasa dibuli PKR, DAP kerana tidak berkebolehan, kata pemimpin negeri 
Published: 1 October 2014 | Updated: 1 October 2014 5:32 PM - TMI
Ketua Penerangan PAS Perak Mohd Misbahul Munir Masduki menyelar sikap sesetengah pimpinan PAS yang tidak pernah atau sukar menghadiri mesyuarat mesyuarat atau program bersama PKR dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.

Ketua Penerangan PAS Perak Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) mengatakan punca utama sesetengah pemimpin parti Islam itu berasa dibuli rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP kerana mereka tidak berkebolehan untuk berhujah. 

Beliau berkata, PAS Perak tidak pernah dibuli PKR dan DAP seperti yang dirasakan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Perasaan itu hanya timbul bila pimpinan PAS berasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam setiap pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga turut menyelar sikap sesetengah pimpinan PAS yang tidak pernah atau sukar menghadiri mesyuarat mesyuarat atau program bersama PKR dan DAP.
"Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka.
"Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah," katanya.
Beliau berkata, tuduhan Umno dan Barisan Nasional (BN) PAS merupakan boneka PR, hanyalah sekadar persepsi yang ingin ditimbulkan.
"Malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi," katanya.
Beliau mengambil contoh ketika PR mentadbir Perak pada 2008, semua keputusan dicapai melalui hasil permuafakatan dan mesyuarat Majlis Pimpinan PR negeri itu.
‎"Malahan PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah dua lagi iaitu menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan. 
"Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan PR, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali," katanya.
Justeru, katanya PR di negeri Perak merupakan contoh terbaik bagi melihat kebersamaan dan perpaduan dengan tidak menafikan wujud juga perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu.
‎"Sehingga sekarang setiap tahun diadakan konvensyen PR Negeri Perak tanpa gagal dan ini satu suasana menarik betapa utuhnya semangat bekerjasama di dalam gabungan.
"Peluang melalui kerjasama politik ini digunakan sebaik mungkin untuk PAS Perak menerangkan konsep Islam yang sebenar, perpaduan dalam Islam, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya," katanya.
Katanya lagi, pimpinan DAP juga cukup menghormati ulama dalam PAS ini termasuk apabila terdapat program yang diatur bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dengan Dewan Ulama PAS negeri untuk bertukar-tukar pandangan.
"Yang terbaru satu persidangan PR diadakan dengan dihadiri wakil-wakil parti bagi menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan syariat yang berbangkit.
"Malahan apa jua program termasuklah ceramah hari kebesaran Islam, tazkirah, kuliah maghrib dan pelbagai program agama anjuran PAS, kelibat wakil-wakil rakyat bukan Islam daripada DAP dan PKR sentiasa kelihatan untuk turut mendengarnya. Suasana seumpama ini tidak pernah wujud sebelum adanya PR," katanya. – 1 Oktober, 2014.

No comments: