Tuesday, May 31, 2011

shalehudin
.pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting

Baca ni baru kita tau penyokong Umno adalahmanusia paling bangang




Apabila bantuan kerajaan diberi kepada rakyat dan orang miskin,
 ia dipanggil subsidi. Tetapi apabila subsidi diberi kepada korporat 
besar, ia digelar insentif.

Pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
 perubahan istilah itu dibangkitkan oleh Menteri Tenaga,
 Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui untuk mempertahankan kononnya penjana kuasa bebas (IPP)
 tidak mendapat subsidi kerajaan.

“Biasalah mereka ini. Untuk orang miskin diberi subsidi,
 untuk orang kaya dikatakan insentif,” katanya dalam satu
 dialog tertutup dengan profesional muda pelbagai kaum 
di sini semalam.

Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan,

 beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif 
Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Ani Arope bahawa kumpulan 
IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu
 mahal.

Walau pun beliau bersetuju dengan pendirian Ani Rope menolak 
tawaran IPP yang tidak adil itu, kabinet yang dikuasai 
Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan 
untuk meluluskan desakan korporat-korporat gergasi 
berkenaan.

Menurut Anwar, syarikat IPP utama itu – YTL Corporation 
Berhad yang dimiliki oleh Yeoh Teong Lay, Genting Sanyen
 milik Genting, Tanjung (Ananda Krishnan) dan Malakoff
 (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – dijamin tidak 
rugi sama sekali jika berlaku kenaikan harga; yang terpaksa
 menanggung rugi adalah TNB.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak
 kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion 
setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, 
diesel dan gula untuk rakyat.

No comments: