Tuesday, May 31, 2011

Di Petik Dari Sumber

Jangan Mudah Melenting Dengan KenaikanTarif Eletrik


Assamualaikum,
Selepas kecoh mengenai harga bahan bakar ron 97 yang dinaikkan, kini kecoh pula mengenai harga baru tariff eletrik yang bakal naik berkuatkuasa esok. Pembangkang mula mempolitikkan isu ini kononnya bakal membebankan rakyat. Mereka menuduh kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat bila menaikkan harga eletrik.
Tetapi tidakkah rakyat sedar bahawa kenaikan hanya melibatkan bil bulanan yang melebihi RM77 sebulan sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana, bil bulanan mereka tidak melebihi RM77 sebulan.
Ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa menjaga rakyat malah penggunaan di bawah RM20 sebulan adalah percuma.  Dengan memberi kelonggaran ini, kerajaan terpaksa menanggung kos RM122 juta setahun. Kenaikan yang diumumkan kerajaan ini tidak membabitkan 4.4 juta daripada 5.94 pengguna domestik.

No comments: