Wednesday, May 25, 2011

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/249149_10150189459142592_358919387591_7509663_2671519_n.jpg

Pemuda PAS Kelantan berjanji akan terus berada dibelakang Tok Guru Nik Aziz 
demi memastikan Kerajaan Islam Kelantan terus bertahan dari Gelombang 
Laknat Merah!


:Kerabu Bersuara:




Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu
Hazayani Zakaria   
SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.


Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.


Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.


Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

No comments: