Wednesday, May 4, 2011


UMNO PERAK PERLU JADI ‘JAHAT

Perak sememangnya ada kepentingan yang sangat besar, terutama sekali kepada orang Melayu dan Islam. Perak adalah simbol kepada kejatuhan keseluruhan Tanah Melayu kepada penjajahan British pada tahun 1874 menerusi Perjanjian Pangkor.

Malah Perak juga merupakan simbol kepada toleransi serta sikap baik hati orang Melayu yang menerima kemasukan beramai-ramai imigran dari China dan India untuk perladangan dan perlombongan yang akhirnya menyaksikan Melayu Perak ‘dijajah’ oleh kaum imigran tersebut.
UMNO Perak sememangnya sangat baik hati. Toleransi yang diberikan oleh UMNO menyaksikan MIC, MCA, GERAKAN dan PPP dapat bertanding dalam pilihanraya. Sekalipun MCA mempunyai kerusi-kerusi yang dianggap lebih layak untuk mereka tandingi, namun atas dasar setiakawan, MCA diberikan kerusi Melayu. Begitu juga dengan MIC, GERAKAN dan PPP.
PRU12 lalu telah menyaksikan tumbangnya calon-calon MCA untuk kerusi DUN dan Parlimen di seluruh Perak. Kecuali Mah Hang Soon, calon-calon yang lain tewas.

MIC langsung tak boleh harap, letaklah berapa ramai pun, semuanya tumbang belaka, termasuklah bekas Presiden MIC yang sebelum ini dikhabarkan sangat kebal.

Selanjutnya:http://peraktoday.com

No comments: