Friday, May 6, 2011


Kedah tolak sambung rebat cukai tanah UUM


MInsider | Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menolak permohonan 
Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung rebat cukai tanah universiti itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Justeru kata Azizan, pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada 
kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan
 tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian dalam 
tempoh yang ditetapkan.

Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju, jadi kena bayar
 secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti
 sehingga 
RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas,” 
katanya di sini.

Dipetik laporan Bernama, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap 
kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai 
yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap
 kaki persegi.

Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau 
mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira
 RM1.6 juta setahun,” katanya.

Pertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar 
surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk 
tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008.

Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah 
meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada 
rebat yang 
diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung 
atau tidak.

Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.


5 soalan untuk Universiti Uzur Malaysia (UUM), mai pakat jawab

Dilulus untuk paparan oleh aya

ArtikelOleh Che Nad

Hari ni Che Nad nak ajukan 5 solalan berhubung cukai tanah UUM, jadi Che Nad nak mintaklah pihak UMNO Be End bermula dari Najib Razak, Mat Bashah hinggalah ke JKKKKK yang dok kilik fail terbalik kat kampung tu. Soalannya mudah saja, sapa boleh jawab semua soalan dengan betul Che Nad bagi hadiah melancong ke Koh Samui selama sebulan. Tambang pi mintak kat Syed Johan, kot-kot duit yang STDC bagi dulu tu tak habih belanja lagi.

Okaylah ini soalannya:

1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?

2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs?

3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?

4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya?

5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20)hingga buat untuk besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?

Selamat menjawab, masa menjawab sampai PRU ke 13.

UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.







Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak Kerajaan Kedah?
 by paktam
Penulis Tamu
oleh ZULKIFLI YAHAYA

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM. Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.
Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.




Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.


Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.


Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.


Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!


Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.
Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?


Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.
Jika pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.


USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.


Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.


Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan niat busuk tersebut.
Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak? Jawapannya begini:


1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)


2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.


3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.


4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.

Isu cukai tanah UUM: 11 fakta yang perlu diketahui
Posted on Tuesday,
Artikel
Oleh AZAMIN AMIN

Satu isu yang cuba dimomokkan media arus perdana dan pemimpin BN ialah betapa kerajaan negeri didakwa seolah-olah tidak prihatin soal kebajikan dan pendidikan, yang dimainkan melalui isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia.,Kerana menolak rayuan untuk rebet sehingga RM100,000, kerajaan negeri dilihat menekan UUM dengan jumlah cukai tanah yang mencecah RM1.7 juta dan terus dilabel sebagai tidak bertanggungjawab sedangkan fakta dan realiti sebenarnya memperlihatkan sebaliknya.


Isu ini, digembar-gemburkan kerana sikap BN yang tidak pernah senang dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan dan merupakan proses biasa dalam usaha untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri yang sudah melangkau tiga tahun lebih pentadbirannya.

Tanpa ulasan penjang, rakyat boleh menilai sendiri hujah karut yang menuduh kerajaan negeri dengan aneka tohmahan yang tidak berasas dengan berpandukan fakta berikut:

1.UUM telah menikmati rebet selama dua tahun (2006-2008) berjumlah RM100,000 berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar.

2. UUM telah membayar kadar penuh bagi tahun 2009 dan 2010 tetapi pada tahun ini meminta rebet untuk tempoh lima tahun lagi.

3. Cukai tanah UUM adalah yang termurah bagi IPTA di Utara Semenanjung iaitu 20 sen bagi satu meter persegi,menurut sumber Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

4. UiTM Merbok, Sungai Petani dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, Universiti Saind Malaysia Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi.

5. Kerajaan Negeri telah menurunkan cukai tanah antara 30 sehingga 70 peratus ketika mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan sejak 2008 lalu dan telah 'rugi' sekitar RM50 juta setahun. Kerajaan Negeri tidak pernah menaikkan cukai tanah sebaliknya, isu cukai UUM ialah 'kembali' kepada kadar asal setelah diberi rebet selama dua tahun.

6.Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta dan hasil itu, boleh diguna pakai untuk mebayar cukai tanah sejumlah RM1.7 juta.

7. Jika diberi rebet selama 5 tahun lagi, kerajaan negeri kehilangan hasil sebanyak RM8 juta.

8. Kerajaan Persekutuan membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri setiap tahun berjumlah RM31 juta yang mana menempatkan bangunan agensi kerajaan seperti bangunan bomba, polis termasuk juga bangunan IPTA yang dibangunkan atas tanah kerajaan negeri. Ini bukan sahaja melibatkan negeri kedah tetapi seluruh negara.
Selain itu, kerajaan negeri telah membuktikan keprihatinannya berhubung soal pendidikan dan ini dapat dilihat daripada pendekatan yang telah dilakukan namun tidak dilaporkan sebaiknya oleh media.

9. Kerajaan Kedah telah menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut melibatkan hampir 800 pelajar.

10. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan wang saguhati kepada para pelajar anak negeri ini yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dan Diploma.Sejumlah RM751,000  akan diberikan  kepada  seramai 2,298 pelajar Institusi Pengajian Tinggi, iaitu sebanyak RM400 untuk Ijazah dan RM200 untuk Diploma.

11. Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil telah dibina dengan kos RM330 juta bagi menempatkan 7,000 penuntut yang mengikuti 42 jurusan yang ditawarkan.
12. Kerajaan Negeri telah membantu menyelesaikan hutang tertunggak bil utili 21 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berjumlah RM200,000 yang kini tidak dibantu Kementerian Pendidikan.

13. Kerajaan Negeri telah memberi bantuan berjumlah RM2.2 juta bermula pada tahun 2009 hingga 2011 kepada Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) yang menggabungkan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan pondok yang tidak  mendapat bantuan dari mana-mana pihak.

14.Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan sejumlah RM180,000 setiap tahun kepada sekolah kebangsaan Cina persendirian di negeri ini.
Justeru, rakyat boleh menilai setahap mana usaha dan kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan dalam meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini khususnya demi memastikan kualiti hidup rakyat serta anak-anak Kedah berada dalam keadaan terbaik dan isu cukai tanah UUM, bukanlah sesuatu yang boleh dipolemikkan untuk menutup kejayaan kerajaan negeri kedah ini.
----------

No comments: