Tuesday, May 3, 2011

Paku Dulang Paku Serepeh

Di Petik Dari Sumber

KATEGORI UTAMA

Pas Sibuk Pertahan Pelaku Video Seks, Buat Bodoh Pembunuh Kanak-kanak


Anak saya diikat didera dan dihumban ke dinding bagai penjenayah berat oleh ustaz Pas di sekolah Agama milik penuh parti PAS itu. Begitulah cerita tentang kejadian oleh bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34 bagaimana anaknya Saiful Syazani yang berumur baru 7 tahun didera sebegitu teruk hingga membawa maut.
Ketika ditemuramah oleh pengacara di TV9 sebentar tadi, sehingga kini Saiful Sopfidee Marzuki tidak boleh memaafkan ustaz Pas itu.
Yang terlalu menyedihkan umat Islam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Sekolah ini juga dimiliki sepenuhnya sebuah parti yang kononnya 100% Islam dari Islam. Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam cukup kecewa dengan tragedi ini. Lebih-lebih lagi suspek, adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama yang bergelar ustaz pulak tu.
Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan didera dengan begitu teruk, mangsa juga dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM 7.

Pelajar tersebut, yang dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak diendahkan.Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh suspek atas disyaki mencuri. 


No comments: