Thursday, March 5, 2009

Persidangan DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac 2009 mengingatkan saya kepada peristiwa Bai’ah di bawah pokok semasa Rasulullah masih di Mekah.

Persidangan DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac 2009 mengingatkan saya kepada peristiwa Bai’ah di bawah pokok semasa Rasulullah masih di Mekah. Malah, meruntun saya merujuk kepada al-Qur^an tentang peristiwa tersebut.

Allah menyatakan peristiwa serta hati-hati mereka yang terlibat dengan Bai’ah tersebut dalam Surah al-Fath, ayat 18:

لقد رضي الله عن المٶمنين ٳذ يبايعونك تحت الشجرة فعلم ما فى قلوبهم فأنزل السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin, ketika mereka berbai’ah dengan kamu di bawah pohon, lalu Dia mengetahui apa yang di dalam hati mereka, kemudian Dia menurunkan ketenangan ke dalam hati mereka dan memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.”

Bai’ah adalah peristiwa yang amat-amat penting dalam politik dan perancangan Rasulullah sebelum berhijrah ke Madinah. Justeru, para pengunjung yang beriman patut mengambil pengajaran dari peristiwa Bai’ah tersebut. Hayatilah firman Allah tersebut untuk panduan dalam perjuangan.

Posted by Dr. Abdul Wahab Arbain at 9:44 PM

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2009/03/persidangan-bawah-pokok-ada-dalam-quran.html

No comments: