Monday, July 6, 2009

Revolusi Islam selepas kematian Michael Jackson


Salam Sejahtera,



Jika benar Michael Jackson (Mikael) akan disemadikan mengikut cara Islam dan berita sahih bahawa Michael Jackson Itu seorang penganut agama suci Allah Itu, apakah akan berlaku revolusi dalam koloni masyarakat dunia dalam kepercayaan anutan agama Islam dan tangapan prejudis Islam akan sedikit sebanyak akan terhapus.

Mungkin kematian Michael Jackson atau Jacko ini akan memberi sinar baru kepada Islam secara global. Apakan tidaknya Jacko mempunyai jutaan peminat setia dan fanatik. Apakah kemungkinan akan terjadi kepada peminat setianya untuk sama-sama mengikut jejak langkah Jacko sama-sama menganut agama Islam..

Bagi pendangan BT, jacko adalah ikon kepada semua bangsa didunia ini. Siapa tidak mengenali Jacko? Dari kanak-kanak sehingga si tua yang masih hidup mengenalinya.

Tahniah kepada abang Michael, Jermain kerana telah berjaya berdakwah secara besar-besaran.

Pengkebumian Jacko cara istiadat Islam (ditalkin) adalah penghormatan terbesar kepada Umat Islam diseluruh dunia khususnya. Semoga roh Michael dicucuri Rahmat..

No comments: