Tuesday, September 13, 2011


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI!



TERGEMPAR!!! KERAJAAN NAJIB SUDAH 

TIDAK BERMINAT UNTUK DUDUK DI 

PUTRAJAYA!!!


Sebenarnya isu 6% cukai untuk caj prabayar telah lama diperbincangkan. Tidak ada mana-mana pihak pun yang bersetuju untuk kenaikan tersebut kecuali provider dan beberapa kerat manusia dalam kerajaan yang bersungguh-sungguh memberikan alasan tentang kewajaran kenaikan berkenaan.

Apabila pengumuman tentang kenaikan berkenaan dibuat dengan bangganya dengan alasan 'LEBIH KOMPETETIF', sebenarnya kerajaan yang ada pada hari ini sedang menghunuskan pedang kepada pihak lawan semata-mata untuk mengerat tengkuk mereka.

Itulah yang berlaku dan itulah yang sedang dilakukan. Kerajaan yang ada sekarang, nampaknya sudah tidak berminat lagi untuk terus berkuasa. Kerajaan yang ada pada hari ini, sedang menyediakan tapak serta kedudukan yang lebih baik untuk Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

Perangai buat dulu, terang kemudian, sudah menjadi barah kepada kerajaan sedia ada. Dalam banyak kes, itulah yang dilakukan. Contoh terbaik ialah kenaikan harga barang. Apa yang susahnya untuk kerajaan memberitahu, mereka gagal mengawal dan memantau kelakuan pemborong serta orang tengah yang berjaya mengalahkan kerajaan dan KPDNKK. Apa susahnya untuk kerajaan bagitahu, mereka sebenarnya tidak mampu menjalankan penguatkuasa kerana sebahagian daripada mereka telah DIPEGANG TELUR dan mempunyai kepentingan walaupun UMNO-BN akan kalah pada PRU akan datang.

Dan sekarang, kerajaan beranggapan rakyat akan menerima kenaikan 6% cukai untuk prabayar yang perlu dibayar oleh rakyat sendiri, bukannya syarikat-syarikat telekomunikasi yang sudah untung terlalu besar.

Jangan fikir rakyat bawahan terlalu bodoh untuk menilai apa yang sedang berlaku. Jangan anggap rakyat terlalu bangang sehingga apabila nanti penjelasan diberikan, rakyat akan berlapang dada serta menerima penjelasan tersebut secara bulat-bulat.

Lupakan tentang Mat Sabu, lupakan tentang komunis... yang pastinya isu 6% cukai yang perlu dibayar oleh rakyat yang menggunakan telefon prabayar mengatasi segala-galanya.

Aku cuma nak pesan satu sahajalah... menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, pegawai-pegawai khas, TERAJU, PEMANDU dan segala-gala yang ada di Putrajaya sekarang ini, eloklah berkemas beg masing-masing. Aku tak nampak lagi PRU13 nanti, UMNO-BN akan menang... sebab yang membunuh UMNO-BN bukanlah parti itu tetapi kerana para pemimpinnya yang BANGANG TAK SUDAH-SUDAH!!!

No comments: