Monday, June 4, 2012


 

  Perutusan Khas Peribadi

Tabung Sedekah Pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kelantan (LRRK) Di Lancar

Bismilillahirahmanirahiam... dengan taufik dan hidayah Allah s.w.t. jua seperti mana dijanjikan hari ini saya melancar tabung sedekah untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kelantan (LRRK), lebuh raya pertama di negeriku Kelantan Darul Naim seperti mana dijanjikan. Sumbangan derma dan sedekah boleh dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB No: 14410010798528 atas nama Mohd Sayuti Omar.

Untuk pengetahuan inisiatif ini diambil setelah saya meminta pandangan ahli Fb saya berhubung perkara ini beberapa hari lepas. Saya berjanji sekiranya 100 orang ahli Fb saya menyetujui idea ini akan saya lancarkan tabung khas untuk membantu negeri saya sedaya upaya serta dengan kudrat yang  ada agar impian untuk memiliki sebuah lebuh raya akan menjadi kenyataan.

Sejak saya melontarkan idea dan cadangan berkenaan bertalu-talu rakan-rakan Fbbudiman memberi semangat dan komen positif, bersetuju dan meminta saya membuka tabung untuk dihulurkan derma semampu mungkin. Semua yang memberi komen dan menyatakan setuju, bersetuju untuk menghulurkan sumbangan semampu mungkin.

Sehingga kini lebih 370 orang menyatakan persetujuan dan memohon saya menyegerakan inisiatif berkenaan. Saya anggap mereka adalah sahabat awal yang bermurah hati dan bersimpati dengan nasib rakyat Kelantan. Bukan mudah juga untuk saya terus melaksanakannya kerana ia melibat air muka dan maruah diri. Justeru saya mengambil masa untuk melancar tabung ini kerana perlu melihat beberapa aspek berkaitan.

Setelah saya meneliti dan mengkaji apa lagi menginsafi mengenai nasib keadaan negeri sendiri yang diabai, dianaktirikan, ditindas oleh pihak tertentu, timbul semangat Pak Dogol dan Hanuman dalam diri untuk membela rakyat dan negeri. Dari rasa dan perasaan itu dengan menolak perasaan malu dan aib saya meneruskan cadangan ini, melancarkan tabung ini dengan rasmi.

Saya sedar dan insaf wang yang bakal disedekah tidak mencukupi dari jumlah yang diperuntukan membina lebuhraya berkenaan yang sejumlah RM1.8 billion. Namun atas semangat Kelantanis dan menyahut seruan Tok Guru Nik Abdul Aziz serta memperakui bahawa pengorbanan itu harus dilakukan untuk kebaikan tanpa mengira berapa nilainya, saya percaya sedekah dan inisiatif saya ini juga sebahagian dari pengorbanan suci dan ikhlas. Biarlah tidak banyak dan biarlah sedekah dari tabung ini yang akan disumbangkan oleh rakan dan sesiapa saja hanya menjadi melukut di hujung tabung..pun  tidak mengapa, janjinya saya dan anda semua sudah berbuat kebajikan.

Semangat dan rasa tanggungjawab ini juga sebenarnya makin berlabuh dihati apabila melihat bagaimana Tok Guru Nik Aziz telah mengeluarkan wang poketnya sendiri sebanyak RM5,000 untuk pembinaan lebuh raya itu. Air mata saya luruh bagaikan manik terputus dari karangannya tatkala mendengar akur janji Tok Guru yang memberi sumbangan itu untuk membina sebuah lebuh raya bernilai RM1.8 billion demi memenuhi dan menghilang rasa haus rakyat untuk memiliki lebuh raya. Saya merasa berdosa dan munafik kalau saya tidak bersama Tokguru dalam kerja amal ini.

Lebih merujakan lagi apabila seorang ibu tua yang faham mengenai fadhilat sedekah dan kebajikan ikut sama menghulurkan wang RM7 dalam nota seringgit-seringgit untuk pembinaan itu; kedua peristiwa itu telah meletakan diri saya sangat hina di sisi Allah dan akan menjadi seorang yang malang hingga ke akhirat jika tidak membantu usaha mulia ini. Ketika itu juga saya memutuskan untuk menghulurkan derma untuk tujuan itu sebanyak RM4,999.00.

Tanpa sesiapa memberi tahu terutamanya orang-orang Umno, dengan wang Tok Guru dan perempuan itu tidak akan terbina lebuh raya itu. Tetapi dengan kepercayaan sesuatu yang baik akan dinilai dan disokong, saya cukup yakin wang dan sedekah itu akan berjaya merealisasikan cita-cita itu dan wang sedekah kalian akan menjadi saksi di akhirat besok bahawa kita telah menginfakkan sebahagian harta kita untuk pembinaan itu.

Saya keyakinan.. kul hakqul yakin atas usaha itu akan mendapat pertolongan Allah. Apa lagi saya yakin bahawa wang ringgit dan kekayaan bukan modal utama dalam membina sesuatu tetapi yang paling pokok dan penting ialah semangat, iltizam dan kesungguhan membangunnya. InsyaAllah kalau semua pihak berganding bahu, sepakat sehati dan sejiwa lebuh raya itu akan wujud membelah kehijauan bumi Kelantan yang bakal mendecunkan kenderaan kita tidak hari ini untuk masa depan. Namun yang pastinya semua cita-cita itu bermula dengan gerak kerja dilakukan hari ini. Biasanya pelangi akan tergalang indah di langit selepas hujan merembas alam.

Saya tegaskan walaupun saya teruja dan kagum dengan Tok Guru dalam keberanian membangun negeri Kelantan, namun inisiatif dan usaha ini bukan untuk dirinya semata-mata. Saya mengambil tanggungjawab mengadai maruah dan air muka menanda tangan memohon derma dan sedekah ini kerana negeri dan rakyat Kelantan untuk kita semua dan seluruh makhluk yang bakal mengguna lebuh raya berkenaan.

Kepada saya kemenangan dan kejayaan bukan dapat melihat LRRK itu terbentang indah esok atau lusa, tetapi sebaik kita menghulurkan walaupun seringgit untuk pembinaan itu, kita sudah berjaya. Kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat dan derma itu menandakan kasihnya kita kepada negeri sendiri. Hakikat kemenangan ini ialah kita istiqamah dalam berusaha mencapai kemenangan dan melarakan cinta kepada negeri!

InsyaAllah dan saya yakin tabung yang saya inisiatif atas nama blog Merah Tinta danFacebooks saya ini menjadi milik dan saluran amal kita semua yang akan direkodkan Allah sebagai kebajikan bakal kita nikmati hasilnya di kemudian hari. Saya berdoa semoga kebajikan yang kecil ini adalah satu jasa besar untuk Kelantan bakal dibaca sejarah dihari muka.

Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong usaha ini. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Terima kasih kepada rakan luar Kelantan yang bersimpati dengan kami yang ditindas dan dinafikan saudara mara kami jua. Doakan juga semoga mereka juga akan terbuka genggaman dijari untuk mencampak sedekah sesen dua ke dalam tabung ini.

Sumbangan derma boleh dimasukkan terus ke dalam akaun yang diberi di atas dan insyaAllah saya akan up-date dari masa ke semasa melaporkan perkembangannya. Hari ini tabung LLRK bermodalkan RM4,999 derma saya untuk arwah ayahanda saya Omar Othman dan nenekanda saya Othman Yaacob. Wassalam.

Ulasan Peristiwa

Majlis Dialong Anak Kelantan Meriah
Iltizam Anak Kelantan Sangat Tinggi

Ternyata iltizam dan rasa tanggungjawab anak-anak Kelantan di perantauan kepada kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat kecaknaan dan kepedulian rakyat Kelantan. Ini ternyata apabila majis dialog di antara anak-anak Kelantan di perantauan dengan kepimpinan kerajaan Kelantan di sebuah hotel di ibu kota Kuala Lumpur semalam mendapat sambutan di luar dugaan.

Barisan anggota Exco Kelantan dan TMB Ahmad Yaacob.
Walaupun waktu ini anak-anak Kelantan mengambil kesempatan pulang ke negeri sempena musim percutian sekolah, tetapi ternyata masih ada anak-anak Kelantan sanggup menangguhkan percutian semata-mata untuk bertemu mata dan berdilog (berkecek berkiro) dengan pihak kerajaan negeri. Kesediaan ini membuktikan keperihatian dan iltizam mereka kepada negeri asal sungguh mantap. Kasih anak-anak Kelantan kepada negeri asal mereka dan pentadbiran masa ini membanggakan.

Lebih 600 terdiri anak-anak Kelantan dari berbagai lapisan atau profesyen menghadiri meluangkan masa menghadiri majlis itu. Turut kelihatan hadir ialah beberapa orang bekas pegawai tinggi kerajaan Persekutuan, bekas pegawai tinggi tentera berasal dari Kelantan. Kehadiran ini menunjukkan golongan yang tidak 'bercabuk' dengan politik juga sudah meminati dan yakin dengan kerajaan Kelantan. Apakah sambutan ini menggambarkan keyakinan rakyat kepada Pas?

Semua Exco Kerajaan Kelantan hadir; Takiyuddin Hassan, Dr Fadzli Hassan, Abd Fatah Mahmod, Wan Ubaidah Wan Omar, Annuar Tan Abdullah, Che Abdullah Nawi, Mohd Amar Nik Abdullah, kecuali Exco Kemudahan Awam Majer Nizam Abdul Rahman yang bertanggungjawab dalam isu air tidak hadir kerana keuzuran.

Speaker Dun Kelantan Nasaruddin Daud juga hadir. Manakala Pegawai kerajaan diketuai sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Zainuddin. (Maaf kalau nama tak betul).

Tok Guru Nik Abdul Aziz yang masih dihurungi keletihan dan kepenatan kerana menghadiri himpunan hijau di Alor Setar, Kedah bersama timbalannya, Ahmad Yaacob juga hadir pada majlis berkenaan. Tok Guru hadir dengan masih memakai baju khas semasa majlis Himpunan Hijau Kedah ini menunjukkan MB itu bersemangat dan 'suka'. Walaupun Tok Guru hanya hadir di hujung majlis sebagai penutup, tetapi kesimpulan ucapan dan signifiken kehadirannya sangat penting. Sentuhan terakhir oleh beliau terus menambat keyakinan hadiran untuk terus bersama Kerajaan.

Sesuatu yang diluar fikiran ummum, (ini adalah sentuhan Tok Guru) di hujung majlis para hadiri berebut-rebut untuk menghulurkan derma bagi membina lebuh raya rakyat Kelantan (LRRK) yang baru dilancarkan. Hanya sedikit sahaja Tok Guru menyebut dan mengimbau soal lebuhraya itu tetapi orang ramai sudah bingkas dan bangkit memberi respon dengan  menunjukkan rasa simpati dan pengrobanan mereka. Saya nampak orang ramai merasa bimbang kalau-kalau mereka tidak sempat bersedekah untuk lebuh raya pada majlis itu.

Sikap spontan orang ramai ini menujukkan idea dan keberanian kerajaan membina lebuh raya itu sangat menyentuh hati dan perasaan mereka. Bagi mereka pembinaan itu bukan sesuatu yang retorik tetapi satu keperluan yang sudah lama dinanti-nantikan. Justeru itu bila sebut saja lebuh raya mereka akan bangkit dan menjadikan bulu roma mereka tegak berdiri.

Apa yang terserlah rakyat Kelantan sedia mengorbankan apa saja untuk pembinaan itu kerana bagi mereka, menjadi satu kemenangan untuk mereka sekiranya mereka dapat membawa sebutir batu untuk pembinaan itu hatta pun lebuh raya rakyat itu tidak akan siap! Lebih dari itu projek LRRK itu sekana mencabar semangat kecintaan dan kenegerian rakyat Kelantan.

Gambaran spontan yang diberikan rakyat Kelantan yang hadir di majlis itu kepada pembinaan lebuh raya itu sudah pasti akan memberi semangat kepada orang bertanggungjawab memikul amanah dan harapan rakyat itu, iaini kerajaan Kelantan dan dalam hal ini ini khasnya Exco Kanan Husam Musa yang menjadi ketua pemikul tanggungjawab. Jadi Husam tidak perlu merasa beliau bersendirian dalam usaha untuk membina lebih raya itu, dan sememangnya setiap jiwa anak Kelantan perlu merasa terdetap dengan projek emas itu.

Saya dan seluruh rakyat Kelantan yakin termasuk orang Umno yang bukan tegar (fanatik) lebuh raya itu akan menjadi kenyataan dengan syarat semua pihak khasnya kalangan anggota Exco bersatu hati, fikiran dan tenaga demi membinanya.

Dialong yang memakan masa kira-kira enam jam itu telah membangkitkan berbagai isu terutamanya beberapa isu yang dijadikan modal politik oleh Umno pada masa ini. Isu-isu itu ialah isu air bersih, isu ladang rakyat, pembinaan stadium dan isu pendidikan. Isu-isu soial dan masalah kebersihan dan kesihatan juga turut sama disebut.

Mengenai isu air yang kini dijadikan modal besar Umno untuk menghina negeri Kelantan, pihak kerajaan telah mengundang pihak pengurusan air di Kelantan, Syarikat Air Kelantan Berhad untuk memberi penjelasan dan menjawab permasalahan yang ditimbulkan. Laporan lengkap mengenai perkembangan, kemajuan dan masalah air Kelantan telah disampaikan oleh pengurusnya. Laporan itu lengkap dengan slide dan data-data yang konkrit di mana tidak boleh dipertikaikan.

Sebahagian para hadirin.
Dari penjelasan itu menunjukkan pihak kerajaan bukan meriba tangan dalam soal air dan senantiasa berfikir serta merancang untuk mempertingkatkan mutu air Kelantan. Sesuatu yang melegakan di sepanjang pembentangan dan maklumat berkaitan air itu tidak ada satu kes kematian disebabkan pencermaran air pun dilaporkan. Tanpa ada laporan ini bagi saya isu air di Kelantan bukan sesuatu yang kritikal melainkan ia sengaja diperbesarkan saja.

Pihak Air Kelantan juga tampaknya berani dan konfiden bahawa air Kelantan bersih dan mutunya terjamin serta selamat untuk digunakan. Semalam semua Exco bersama para hadirin dibekalkan sebotol air minum yang dihasilkan dari air yang dijanakan oleh syarikat air Kelantan, meminum air berkenaan bagi membuktikan bahawa air Kelantan bersih dan selamat. Pihak Air Kelantan juga turut membawa sama beberapa contoh (sample) air di Kelantan bagi menunjukkan tahap kebersihan dan mutu kesihatannya. Malangnya tidak ada siapa mempertikaikan dan ini sekaligus menunjukkan semua pihak 'beres' dengan isu air.

Isu tanah - melibatkan ladang rakyat juga turut sama dibangkitkan. Banyak peserta bertanya isu di sekeliling diri mereka yang dilihat isu-isu terpencil dan bukan masalah negeri. Dengan ini menunjukkan bahawa isu ladang rakyat, pengambilan tanah rezab Kelantan tidak berlaku seperti mana dihebuhkan dan segala macam dakwaan telah diselesaikan dan memuaskan rakyat.

Penjelasan Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob yang juga selaku Pengarah Tanah Kelantan cukup jelas dan konkrit. Ahmad memberi tahu bahawa negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mengambil kepedulian kepada masalah rakyat termasuk Orang Asli. Adapun kes terpencil yang dilaporkan itu, termasuk pengambil tanah rakyat untuk kegunaan tertentu itu bukan disebabkan oleh kekejaman dan kezaliman kerajaan seperti mana dituduh, tetapi ia membabitkan kes-kes yang melibatkan sindekat penerokaan tanah kerajaan yang waktu ini dalam pemantauan pihak Pejabat Tanah Jajahan.

Mengenai tanggungjawab kerajaan, menurut Ahmad hanya Kelantan sahaja yang telah memberi tanah lot untuk Orang Asli bagi kediaman dan kawasan pertanian atau aktiviti kehidupan mereka. Setakat ini kerajaan Kelantan telah mengeluarkan hampir 100 lot tanah kepada Orang Asli di Kelantan di mana dengan adanya geran ini, tanah itu menjadi milik Orang Asli dan bukan lagi kawasan ranyai atau kediaman yang tidak ada status.

Malangnya perkembangan dan tindakan ke depan kerajaan ini tidak diuar-uarkan sebaliknya sengaja disembunyikan bertujuan untuk menghuduhkan kerajaan Kelantan kononnya berlaku zalim kepada rakyat dan Orang Asli. Dalam pada itu jelas Ahmad, menjadi dasar dan polisi kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru akan memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertahan tetapi syaratnya mereka hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan permohonan perlulah menerusi saluran yang disedikan.

Perjalanan majlis itu dengan penuh mesra dan gelak tawa serta dalam suanasa mahhabah kekeluargaan dan tidak ada pula ketegangan, menunjukkan anak-anak Kelantan berpuas hati dengan penjelasan kerajaan. Sudah pasti apa-apa input dan maklmat yang mereka perolehi diharap akan disampaikan kepada pihak-pihak yang masih keliru mengenai sesuatu masalah itu. Hasrat pihak pengajur dan kerajaan Kelantan kepada anak-anak Kelantan mereka akan menjadi duta Kelantan di luar Kelantan untuk pulang memberi penjelasan apabila diperlukan atau keadaan menghendakkan demikian.

Seperti dikatakan sebelum ini majlis-majlis dialog dan pertemuan seperti itu banyak membantu kerajaan Kelantan menyelesaikan masalah mereka dengan berbagai pandangan yang dianjukan. Dalam masa sama rakyat Kelantan yang masih terkeliru dengan isu-isu itu mendapat penjelasan dan makjlumat sebrenarnya. Bukan itu sahaja pihak kerajaan juga mendapat pandangan timba balik atau pun gagasan-gasan idea baru untuk memantapkan lagi pentadbiran kerajaan Kelantan. Justeru pihak kerajaan khasnya anggota Exco janganlah mengsia-sia pandangan yang dilontarkan apa lagi setakat mendengar tetapi kekok untuk melaksanakannya atau pun bersikap telinga kanan dengar, telinga kiri mengeluarkan apakah yang disampaikan.

Berbaris untuk menhulurkan derma pembinaan LRRK.
Mungkin kalau ada yang sedikit catat pada majlis semalam ini mengenai masa yang terlalu singkat serta kelemahan dalam mengawalkan dialog serta meleret-leretkan masa dengan perkara yang bbukan perkara pokok dan tidak berfaedah. Apabila banyak masa disia-siakan tidak banyak persoalan yang dapat diajukan dan kerajaan sendiri tidak sempat mendengar banyak pandangan timba balik yang saya yakin masih ada tersekang di nubari hadirin.

Lain kali majlis seperti ini hendaklah diuruskan secara bijaksana, pengendali perlu tegas dan cekap dalam menanggapi persoalan untuk mengelakkan soalan diulang berkali-kali. Jenaka agar Kelantan dijadikan negeri pengeluar nisan karek itu tidak wajar dilayani. Begitu juga pencelahan dengan niat untuk mencuit hati terlalu banyak oleh juruacara juga menjadikan majlis kurang profesional.

Tetapi apa yang saya tidak faham pada majlis semalam ialah kehadiran Abdul Kadir Sheih Fadzil yang kini baru terlepas dan belenggu Umno. Apakah relevansinya beliau diudang berada di pentas utama dan diberikan ruang untuk bercakap pula? Saya tidak faham. Apakah Pas atau kerajaan ingin menunjukkan mereka kerajaan yang baik, bersahabat... sehinggakan sedia membuka ruang rasmi antara rakyat Kelantan dengan kerajaan kepada orang luar? Saya tidak faham.

Cuma diharap untuk dilain kali pihak penganjur dapat memastikan keadaan seperti ini yang tidak ada hubungkait langusng apa lagi merugikan masa yang emas itu tidak akan berlaku lagi. Tahniah kepada pihak penganjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri terkhusus kepada Dr Mohd Fadzli Hasan dan juga Perakan Malaysia yang kini dipangku oleh Hamzah.[wm.kl.1:12 t/hari 03/06/12]

Sesudah Subuh

Lebih 100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah

[kemaskini] Maaf saya baru sampai dari Alor Star sekejap tadi dan kini baru dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku di Alor Setar di sepanjang siang dan malam tadi. Perjalanan dengan kereta berkelanjuan 130 hingga 140 km perjam (bukan saya pandu) saya tiba kira-kira jam 6:05 pagi.

Sebaik sampai depan rumah sepasang murai yang menumpang tidur di pohon mangga, berkicau riang seakan memberi salam dan menyambut kepulangan saya dengan riang gembira. Rupanya mereka juga merasai kegembiraan yang masih berkembang ke dalam seluruh diri saya yang tercipta di stadium Darul Aman Kedah itu.

Beberapa minit selepas itu azan Subuh kedengaran dari tiga penjuru dari surau dan masjid berdekatan kediaman saya. Murai seakan mengetahui akan keceriaan dan kebahagian hati saya. Sampai kini ia masih berkicau kicau mengkhabarkan apa yang bakal saya tulis dan catatan dalam posting ini. Semuanya tentang kemeriah, kehangatan dan kejayaanHimpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam.

Saya bersama tiga rakan, sdr Rushdan  Mustapa, Zulaimi Kazin dan Sabree Shaffei bertolak jam 3:40 petang kelmarin dari rumah di Wangsa Melawati KL menuju ke Alor Setar. Terima kasih kepada mereka bertiga kerana memungkinkan saya menghadiri himpunan penuh bermakna dan bersejarah itu. Mulanya sudah keberatan untuk pergi kerana kaki di serang "Umno" dengan tiba-tiba. Namun kerana semangat dan keinginan membuak-buak dalam jiwa akhirnya sampai juga saya ke Alor Setar setelah mengambil suntikan di klinik dengan bantuan sdr Rushdan dan Zulami.

Rushdan dan Zulaimi bersungguh membawa saya ke klinik bagi memastikan saya dapat ke Alor Setar.
Sepanjang perjalanan saya banyak tidur sambil mengulik kesakitan, itu pun sempat lagi menjamah gambing panggal di restoran Puncak Mutiara di Kampung Pelek.


Nah, ternyata pengorbanan kawan dan kesungguhan diri tidak mengsia-siakan. Di Alor Setar, himpunan raksasa yang dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya menjadikan saya lupa segala sakit dan kepedihan yang ditanggung. Deruan dan laungan takbir menghilang lenyapkan kepedihan di kura-kura kaki. Anih saya dapat menapak dan memanjat tangga ke astaka di dalam stadium dengan mudah dan lancar.

Sorakan, takbir dan segala macam bunyi-bunyian mengegakkan stadium dengan lambaian bendera bulan dan disulami beberapa bendera negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan lain-lain menyebabkan  saya seakan diberikan seribu kegagahan ikut sama mahu berjalan ke Putrajaya.

Benarlah kata orang kalau sudah ada semangat semua masalah dapat diatasi. Yang berat dapat dipikul yang ringan apa lagi. Memang kita ini hidup dengan jiwa bukannya dengan wang ringgit dan kekayaan lain. Belum tentu kalau kita punya wang bergunung tetapi kalau jiwa kering kita tidak akan peduli dan peka kepada nasib dan dunia di luar diri kita.

Sakit, pedih, letih dan sebagainya tidak dihiraukan lagi. Belum pernah saya saksikan apa yang berlaku di stadium Darul Aman kira-kira 10 jam lalu. Pemandangan itu pernah saya saksikan di stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu beberapa kali, tetapi bukan di tempat lain.

Saya rasa itulah pertama kali stadium berkenaan dipenuhi dengan lebih 100,000 manusia yang seragam, sejiwa dan sedestinasi. Mereka berpakaian hijau, ditangan terpegang bendera besar dan kecil melaungkan takdir Allhuakbar... Allhuakbar dan bersorak keseronokan. Mendamaikan mereka berhimpun dengan penuh tertib terni dan harmoni. Setiap arah yang dipandang ke stadium itu mata akan menjamah kibaran bendera rakyat seolah-olah mereka mahu terlepas dalam satu penjara yang membelenggu mereka sebelum ini dan ingin bebas...ingin bebas.

MasyaAllah...Mereka berpadu suara dan berpadu warna menjadikan seluruh stadium diselubungi warna hijau mendamai dan membahagiakan. Sekali sekali bila mendengar sorakan desakan, mereka laksanakan singa dan harimau yang lapar ingin menerkam sesiapa saja di pendosa.

Bukan saja saya, bahkan setiap orang yang berada dalam stadium saya pasti bulu roma mereka meriding berdiri dan lengan menjadi berbintik-bintik kerana terpukauan dengan suasana. Stadium yang boleh memuatkan penonton sebanyak 45,000 itu penuh sesak. Tiada seinci ruang yang kosong. Begitu juga di atas padang sendak yang dianggarkan 10,000 yang duduk tanpa menghiraukan keadaan padang yang agak becak kerana pada siangnya disirami hujan. Manakala di luar pula mereka yang tidak dapat masuk dianggarkan 40,000 sambil menyaksikan apa yang berlaku di dalam stadium menerusi beberapa skrin besar yang tersedia.

Sukar untuk membayangkan seramai mana manusia sebenarnya! Yang jelasnya himpunan yang mensasarkan 100,000 itu mencapai matlamatnya. Kesesakan jalan raya berlaku sepanjang 10 km di beberapa batang jalan menuju ke stadium. Para peserta berjalan berduyun-duyun ada yang membawa anak, membimbit kakek dan nenek manakala yang muda pula lincah berjalan sambil bergurauan menuju ke stadium.

Melihat kepada ratusan buah bas berplat luar yang diparking di sepanjang jalan atau mana-mana tanah lapang menunjukkan mereka datang dari luar Kedah. Dari jumlah 100,000 itu bolehlah diagakkan 50,000 rakyat Kedah menakala selebih dari luar dan dari seluruh negara.

Boleh disifatkan himpunan malam tadi adalah kedua terbesar selepas himpunan Bersih 3.0 yang baru lalu. Bahkan himnpunan semalam lebih bermakna lagi khasnya buah Pas kerana hampir semua yang berhimpun dan bermunajat adalah bangsa Melayu. Himpunan Hijau itu sudah tentu menjadikan tidur Najib Razak terganggu ini menyebabkan parlimen dijangka dibubarkan dalam sehari dua ini akan tertengguh lagi dan tertangguh lagi..... Dari sudut lain himpunan itu secara tidak langsung menyerlahkan kekuatan dan semangat orang Pas (Melayu dan Islam).

Pas harus berbangga dengan apa dicipta semalam. Dengan apa yang berlaku semalam juga wajar kalau Pas merasakan bahawa ia berhak dan mampu untuk mengganti Umno menjadi pembela agama dan bangsa. Manakala Umno pula seharusnya merasa gerun dan jangan lagi sesekali cuba memperbudakkan Pas. Hari ini walaupun Umno lahir lebih awal dari Pas tetapi hakikat mereka sudah setanding dan perlahan-lahan Pas sudah melewati masa lampau Umno yang pernah gemilang.

Maaf... berikan saya untuk berihat dan akan saya sambung cacatan dan ulasan mengenai Himpunan Hijau ke Putraja ini menjelang tengah nanti sesudah saya pulang dari satu majlis penting di ibu negara. Di sini saya hidang beberapa keping gambar tanpa mengikut kronologinya teristimewa untuk penjenguk blog Merah Tinta. Saksilah gambar dari buah tangan saya sendiri. Ohnya di Fb saya ada saya masukkan klik video yang sempat saya rakam. Horas.

Gambaran awal di salah satu sudut stadium, orang ramai masih kurang.

Stadium sudah penuh sesak dipadang dan juga di tempat duduk.
Semua ruang dan arah penuh.
Ramainya hingga tidak terhitung.
Mahfuz Omar yang jadi pengarah himpunan tertegun.
Mohamad Sabu, Azizan Razak, Abdul Hadi dan lain-lain di pentas utama.

Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu juga tertegun dengan bajiran manusia.
Muslimat juga tidak ketinggalan bangkit berhimpun untuk ke Putrajaya.
Satu-satu pemimpin DAP turut hadir yang ditemui duduk bersebalah Fahkarolrazi.
Dr Nik Zain mengangkat bendera Pas sebagai menandakan jihadnya bersama Pas bermula.

 Berasakan di muka pintu untuk masuk ke stadium.

No comments: