Sunday, April 28, 2013



Sunday, April 28, 2013


Putrajaya Terus Ditakluki..

LAPORAN LEWAT                                                                                                           

Insya-Allah Putrajaya akan jatuh secara mutlak kepada Pakatan Rakyat 5 Mei nanti? Itulah doa semua orang yang ingin melihat perubahan dan pembaharuan. Melihat bondongan manusia yang memasuki Putrajaya sejak kelmarin dan terbaru malam tadi, menjadikan saya optimis sesuatu kejutan akan berlaku 5 Mei kelak. Kalaupun kerusi Putrajaya liat untuk tumbang kerana kawasan itu eksklusif... tetapi apa yang sedang bergelombang di sana kini mencemaskan Teuku Adnan Teuku Mansor.

Dua anak muda (sebelah kanan) datang jauh dari Gerik.
Sewajarnya kalau UBN merasa bimbang dan perlu memikirkan sesuatu diluar normal politik untuk membendung kemaraan rakyat. Rakyat seakan sudah memecat baju dan menyingsing seluar untuk berpesta menyambut kemenangan di sana.

Pun begitu mungkin terlalu awal untuk mengatakan Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan tetapi gambaran fizikal menunjukkan kemungkinan itu bukan sesuatu yang omongan. Jika rahsia dari risikan mengatakan Pakatan kini sudah memiliki 124 kerusi, sah kerajaan UBN akan tumbang dan berakhirlah hegomoni UBN lebih 55 tahun.


60 Cawanagn Umno di Selangor Akan Dibubar?

KHABAR PAGI                                                                                                                   

Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook.

No comments: