Saturday, June 15, 2013

Apabila Islam dan politik dianggap dua perkara berbeza!

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ResponOleh: senik

"Assalamualaikum,, Kalau dulu, orang UMNO dan penyokongnya saja yang berfahaman Islam dan politik itu suku, Amanat Hadi dianggap menjadi penyebab masyarakat Islam berpecah belah, Politik tidak diizinkan dibicarakan di masjid kerana itu dianggap mencemar kesucian Islam.Tetapi hari ini selepas PRU 13, berlaku satu lagi fenomena di kalangan penyokong PR yang turut menempatkan politik berbeza dengan Islam.

istilah ulamak politik mula dicanangkan bagi menunjukkan adanya ulamak yang bermain politik untuk mendapatkan kuasa.Ada pendapat yang memuji setengah ulamak yang berpolitik dan mengkeji setengah yang lain.Ada pendapat yang memperlekehkan ulamak yang tidak ada ilmu politik, ilmu politik yang dianggap terasing dari Islam.Kenapa perkara ini berlaku? Apakah kerana kegagalan memenangi PRU menjadi alasan untuk membenci ulamak politik?

Islam adalah carahidup yang sepatutnya difahami oleh semua UMAT ISLAM merangkumi semua sistem nilai kehidupan termasuk politik, yang bermakna politik tidak harus difahami semata mata untuk mendapatkan kuasa tetapi harus difahami kuasa yang diperolehi itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan.Perlaksanaan amanah itu pula mestilah dengan panduan yang jelas dari Islam.Ulamak yang berpolitik bukan kerana mereka mahu cari kuasa peribadi tetapi tanggungjawab yang diwajibkan kepada mereka sesuai dengan ilmu Islam yang mereka ada untuk melaksanakan perintah ALLAH.
Masalahnya berlaku bertembungan di kalangan umat Islam sendiri di mana sebahagian Umat Islam masih berpendapat Islam suku, politik suku.Ulamak sesuai dengan gelarannya merupakan seorang yang berilmu bukan setakat ilmu ilmu ibadat  tetapi ilmu muamalat yang berteraskan ajaran Islam, termasuk ilmu mualamat ini ialah ilmu politik berteraskan Islam, bukan berteraskan pendapat akal semata mata.
Umat Islam sepatutnya memahami bahawa menguruskan kehidupan adalah perintah ALLAH yang tidak boleh dibuat main main, tetapi masih ada berangggapan mereka adalah betul dan ulamak ramai yang lemah, tidak pandai membuat keputusan dan sering membuat kenyataan yang melemahkan perluangan, tetapi sedarkah orang orang ini, di antara mereka dan ulamak yang dikutuk itu, siapa yang lebih banyak bangun malam untuk bertahajud dan beristiqarah? Lebih penting sedarkan mereka akan kehebatan solat tahajud dan istiqarah yang memungkinkan turutnnya ilham dari ALLAH?
Inilah golongan yang sombong dengan ALLAH yang gagal mematuhi perintah ALLAH dan RASULnya supaya menghormat ulamak sesuai dengan firman ALLAH bahawa yang takutkan ALLAH itu ulamak, dan Sabda Baginda Nabi, ulamak itu pewaris nabi.
Malang dalam perjuangn kerana terdapatnya para pejuang umat Islam masih tidak yakin dengan carahidup Islam, Islam yang syumul dan masih menganggap diri mereka hebat, lebih hebat dari ulamak sehingga sanggup membenci ulamak politik (inilah istialh yang mereka gunakan bagi membuktikan kononnya mereka tahu serba serbi tentang Islam sedang sebenarnya cuma ada dua kategori ulamak seperti digariskan oleh Al Quran dan Al Hadis, ia itu ulamak yang takutkan ALLAH dan ulamak suk yang menjual ugama kerana habuan dunia) dan ulamak terompah kayu( lagi satu istilah yang menunjukan ada umat Islam tidak faham atau tidak menerima Islam sebagai carahidup)
Sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam terlalu berat di negara ini kerana masih ramai umat Islam sama ada yang bersama BN atau PR masih tidak mahu menerima Islam sebagai carahidup, ambil contoh kes hudud umpamanya, sekarang sudah ada dua negeri yang mewartakan hudud sebagai undang undang ia itu Kelantan dan Terengganu, tetapi perlaksanaan masih tertangguh kerana banyak halangan yang yang dibuat oleh orang Islam sendiri dan ada pula orang Islam yang bersama PR menuduh hudud adalah matlamat perjuangan  PAS yang tergantung, menyalahkan PAS bukan mahu mencari jalan bagaimana Hudud dapat dilaksanakan.Kerja mudah untuk menyalahkan orang lain.
Maka datanglah berbagai bagai pendapat seperti menyalahkan UG dan seumpamanya dan walaupun orang memberi pendapat itu menegaskan itu pendapat mereka tetapi mereka tidak mahu mendengar pendapat lain sebaliknya mahu orang lain menerima pendapatnya.Masalahnya pendapat tetap pendapat dan belum tentu ianya benar.Banyak perkara yang perlu diambilkira dan diperjelaskan tetapi orang yang meyalahkan UG tidak mahu mendengarnya sebaliknya tetap meyalahkan TGHH yang rasanya lebih banyak bersolat tahajud dari orang yang memberi pendapat itu.

Inilah banahanya apabila menolak Islam sebagai carahidup sehingga kalimah Bismillah dan Alhamdulillah pun mahu dipersendakan! Gagal mengaitkan kalimah redha dengan pegangan ahlulsunnah wajamaah sebaliknya cenderung membuat tuduhan kearah pegangan jabariah  dan sekaligus menampakkan pegangan mereka adalah kadariah. Tahu kah mereka dengan semuanya itu? Penulis fikir tidak!

No comments: