Sunday, April 28, 2013


Di Petik Dari Sumber

Panas!! 80% Pemimpin Umno Cabut Lari Ke Singapura?

Nampaknya kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) kian hari kian tenat walaupun baru seminggu tempoh berkempen serta disogokkan dengan projek haram penghantaran ribuan pendatang asing Bangladesh dan Nepal dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang sudah bermula sejak tiga hari lalu. Sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup di seluruh negara jam 5 petang, hampir 80 peratus pemimpin Umno dan BN sudah bersedia untuk menyeberang sempadan negara dan 'berkubu' di beberapa hotel mewah di Singapura.


Menurut maklumat tersebut, pemimpin Umno dan BN ini akan menggunakan laluan udara dari lapangan terbang di negeri masing-masing kerana kebiasaanya laluan trafik dari Tambak Johor ke Woodlands dan LinKedua dari Gelang Patah menuju Tuas di republik itu pada hari Ahad sangat sesak ekoran cuti hujung minggu di kedua-dua negara.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan apa saja keputusan pilihanraya umum diumumkan, sama ada BN menang atau kalah, mereka sudah berada selamat bersama isteri dan anak masing-masing yang terlebih awal tiba sambil menekup muka dengan bantal sekiranya tewas teruk di kawasan masing-masing.

Kesemua mereka akan memperolehi keputusan pilihanraya dari republik itu berdasarkan maklumat sulit dari sumber polis dan tentera menggunakan 'talian selamat' lebih awal dari yang disiarkan di televisyen dan radio kawalan rejim mereka sendiri.

Sekurang-kurangnya mereka dikatakan 'terlepas' dari 'tangkapan' yang kononnya akan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sebaik sahaja jumlah kerusi yang dimenangi pakatan itu disahkan melepasi angka 112 sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sumber tersebut juga memberitahu kakitangan JPM diarahkan supaya tidak dibenarkan masuk pada hari pengundian iaitu Ahad, 5 Mei dan hari seterusnya sementara urusan berkaitan kerja yang tidak mustahak atau kerja lebih masa yang sudah diluluskan, dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

Dipercayai beberapa kakitangan yang rapat dengan bekas perdana menteri, Najib Razak sedia melakukan apa sahaja pada hari itu termasuk membakar atau menghapuskan dokumen penting seperti kertas cadangan projek untuk kroni, laporan kewangan sulit perbendaharaan dan bukti penting kerajaan persekutuan seperti mana yang pernah dialami kerajaan Selangor apabila BN tumbang pada awal pagi 9 Mac 2008.

Khir Toyo dan pegawai yang menjadi balacinya dikaitkan dengan pemusnahan puluhan dokumen penting kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik mengetahui Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah 28 kerusi di DUN Selangor.

Berbalik kepada perkembangan pemimpin BN yang cuba melarikan diri ke Temasek, sumber memberitahu suite eksklusif di beberapa hotel mewah seperti The Ritz-Carlton Milenia, Hotel Singapore, Marina Bay Sands, Raffles Hotel dan Mandarin Oriental sudah habis ditempah pada 5 dan 6 Mei, malah ada di antaranya sudah pun habis seawal 3 Mei lagi.

Walaupun pihak hotel terbabit tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana ia bertentangan dengan polisi dan kerahsiaan tetamu, ia mengesahkan adanya perancangan pemimpin Umno dan BN untuk lari ke luar negara melalui Singapura sebelum terbang ke destinasi pilihan di negara ketiga seperti Australia, United Kingdom atau Amerika Syarikat.

Hasil semakan dalam laman web beberapa hotel bertaraf lima bintang di republik itu mendapati beberapa bilik mewah sudah penuh ditempah walaupun cuti persekolahan hanya akan bermula akhir bulan depan.

Pihak kami di Singapura termasuk yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Seletar memaklumkan mereka sedang memerhatikan dan memantau pergerakan pesawat peribadi atau jet mewah yang dilihat mencurigakan yang berada di lapangan terbang tersebut dan proses tersebut sedang dibuat secara rahsia tanpa diketahui sesiapa.

Pada 21 Mac lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada semua pemimpin BN supaya tidak cuba lari ke luar negara sebaik keputusan pilihanraya diumumkan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi,” tegas Setiausaha Agung DAP itu pada majlis perasmian pusat khidmat rakyat parti itu di Puchong, Selangor.

Senarai operator jet dan pesawat peribadi yang terdapat di lapangan terbang di Singapura.



“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya.


Malah, Naib Presiden PAS, Husam Musa turut membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam pada hari pilihanraya nanti.

"Ketika itu, Najib dan Mahathir Mohamad sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.

"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihanraya PAS di Kota Bharu pada 18 Disember tahun lalu.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini para pemberita selepas majlis tersebut selesai.


Pemerintahan kita telah 55 tahun..dan 5hb 5 adalah hari  
mengundi kita dan apa yang menarik ayat di bawah juga
 ialah surah ke 5 ayat ke 55. Apakah perancangan manusia
 yang merancang sedang Allah juga merancang dan Allah
 sebaik2 perancangan....
Pemerintahan kita telah 55 tahun..dan 5hb 5 adalah hari mengundi kita dan apa yang menarik ayat di bawah juga ialah surah ke 5 ayat ke 55. Apakah perancangan manusia  yang merancang sedang Allah juga merancang dan Allah sebaik2 perancangan....



Sunday, April 28, 2013


Putrajaya Terus Ditakluki..

LAPORAN LEWAT                                                                                                           

Insya-Allah Putrajaya akan jatuh secara mutlak kepada Pakatan Rakyat 5 Mei nanti? Itulah doa semua orang yang ingin melihat perubahan dan pembaharuan. Melihat bondongan manusia yang memasuki Putrajaya sejak kelmarin dan terbaru malam tadi, menjadikan saya optimis sesuatu kejutan akan berlaku 5 Mei kelak. Kalaupun kerusi Putrajaya liat untuk tumbang kerana kawasan itu eksklusif... tetapi apa yang sedang bergelombang di sana kini mencemaskan Teuku Adnan Teuku Mansor.

Dua anak muda (sebelah kanan) datang jauh dari Gerik.
Sewajarnya kalau UBN merasa bimbang dan perlu memikirkan sesuatu diluar normal politik untuk membendung kemaraan rakyat. Rakyat seakan sudah memecat baju dan menyingsing seluar untuk berpesta menyambut kemenangan di sana.

Pun begitu mungkin terlalu awal untuk mengatakan Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan tetapi gambaran fizikal menunjukkan kemungkinan itu bukan sesuatu yang omongan. Jika rahsia dari risikan mengatakan Pakatan kini sudah memiliki 124 kerusi, sah kerajaan UBN akan tumbang dan berakhirlah hegomoni UBN lebih 55 tahun.


60 Cawanagn Umno di Selangor Akan Dibubar?

KHABAR PAGI                                                                                                                   

Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook.


Hangit Blog


Umno 2013 bakal alami nasib MCA 2008


Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) meramalkan, UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang dipertandingkan pada 5 Mei 2013 sepertimana MCA kehilangan kerusinya pada 8 Mac 2008.

KPRU membuat ramalan ini berdasarkan beberapa faktor utama. Faktor pertama berkait rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suatu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus para respondan percaya Najib layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim yang meraih 43 peratus kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak 4 peratus daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. Ini adalah seiringan dengan peningkatan dalam kepercayan PR untuk menjadi kerajaan baru pasca Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13).

Sepertimana MCA kehilangan sokongannya secara signifikan pada tahun 2008, UMNO kini kehilangan sokongan secara signifikan. Kerana itu, strategi kempen BN bergantung kepada seorang manusia bernama Najib yang dipaparkan sebagai pemimpin baik, biarpun beliau tak berani berdepan dengan Anwar Ibrahim di pentas yang sama dan berbahas dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar dan manifesto masing-masing sambil disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Faktor kedua adalah dasar 1Malaysia gagal untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Najib mengumumkan bahawa kadar kemiskinan negara telah jatuh kepada 1.7 peratus sahaja. Walhal ianya dijangka angka sebenar kadar kemiskinan dalam Malaysia sebenarnya mencapai sebanyak 19 peratus mengambil kira kadar pendapatan isu rumah kerajaan dan Laporan Tinjauan Kemudahan Asas 2009 yang diambil oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan BN terpaksa membelanjakan hampir RM3 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M). Begitu juga 60 peratus penjawat awam tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli rumah serta kegagalan Skim Rumah Pertamaku untuk membantu warga muda untuk membeli rumah.

Jenama 1Malaysia juga dapat dilihat sebagai kegagalan Najib apabila kira-kira 250 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka seluruh negara untuk membantu memberikan barangan murah kepada rakyat Malaysia. Najib merancangan untuk membuka lagi 57 kedai KR1M seluruh negara. Ini bermakna rakyat Malaysia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membeli barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kerana kerajaan BN terpaksa membuka kedai runcit yang menjual barangan murah pada harga yang lebih murah dari pasar raya seperti Giant, Aeon dan 99 Speedmart.

Faktor ketiga adalah insan bergelar Anwar Ibrahim yang mempunyai reputasi yang lebih positif berbanding Najib khususnya dari segi keupayaan tadbir urus kewangan negara dan penggubalan dasar baru yang dapat membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan sezaman.

Pada tahun 2007, hutang negara adalah sebanyak RM267 bilion. Pada 2013, hutang negara telah melonjak kepada RM502 bilion. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar defisit negara telah diubah menjadi kadar surplus dengan tahun 1998, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, Malaysia mencapai surplus sebanyak 2.4 peratus. Keadaan surplus ini terus menjadi deifisit sejurus selepas Anwar dipecat. Ini berbanding dengan kadar defisit di bawah Najib yang melonjak kepada 5.4 peratus pada tahun 2010 di bawah pentadbiran Najib.

Dari segi tenaga kerja pula, Najib juga gagal untuk menaikkan jumlah tenaga kerja mahir dalam negara memandangkan 80 peratus tenaga kerja dalam negara hanya mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berbanding dengan reputasi Najib, reputasi Anwar Ibrahim lebih positif di mata orang awam. Contoh keadaan ini adalah kaum India tidak mempunyai sebarang minat terhadap soal peribadi Anwar dan melihat skandal seks terhadap Anwar hanya sebagai taktik kotor politik UMNO. Berbalik kepada reputasi Najib pula, tindakan kerajaan di sebalik nama Pejabat Pendakwa Raya, perbicaraan liwat terhadap Anwar sebenarnya mencemari reputasi Najib dan pentadbiran beliau sebagai taktik kotor politik murahan.

Bukan sahaja kaum India mengambil keputusan tidak mempedulikan kehidupan peribadi Anwar Ibrahim, malah menurut tinjauan yang dibuat oleh UMCEDEL, 54 peratus responden kaum Melayu setuju Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya meraih sokongan sebanyak 28 peratus.

Faktor keempat yang akan mempengaruhi keputusan di PRU13 ini adalah dasar Najib yang dilihat sebagai lemah dan tidak berpendirian tetap. Ini mengikut 10 kes dasar ‘flip-flop’ yang pernah dilaporkan oleh KPRU yang berlaku di bawah pentadbiran Najib. Antara 10 kes tersebut adalah terdiri daripada dasar ‘flip-flop’ Lynas, kegagalan pertukaran saham Malaysia Airlines dan Air Asia sehingga kepada pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas penentangan oleh para penjawat awam.

Kegagalan Najib untuk berpendirian tegas kepada dasar-dasar negara yang mempengaruhi kehidupan harian menunjukkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia kepada arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Ianya juga memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan dasar yang paling efektif demi rakyat tanpa mengayakan kroni-kroni beliau.

Faktor kelima adalah skandal-skandal yang kembali menghantui Najib dan pentadbiran beliau. Antara skandal-skandal yang kembali menghantui Najib adalah skandal Scorpene, Altantuya, kritikan terhadap tindakan melampau ke atas para peserta perhimpinan Bersih 2.0 dan 3.0, skandal National Feedlot Center (NFC), kegagalan pentadbiran Najib mengendalikan pencerobohan Lahad Datu dengan pantas dan efektif, skandal perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, skandal kroni AES, skandal kroni emel 1Malaysia, skandal kotor melibatkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap skandal yang melibatkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz, skandal melibatkan isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor dan cincin bernilai RM24 juta, skandal perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysa, (Perkasa) yang mendapat perlindungan dan kelulusan pentabiran Najib dan yang terkini, kegagalan pentadbiran Najib menangani masalah keganasan politik yang kian berleluasa dan semakin bahaya.

Ekoran skandal-skandal ini, rakyat mendapat gambaran bahawa soal rasuah yang kononnya giat dibanteras oleh Najib sebenarnya, sebaliknya digalakkan oleh Najib. Ianya kelihatan seperti Najib lebih rela melindungi kroni-kroninya dari membantu rakyat keluar dari belenggu hutang dan kemiskinan.

Saturday, April 27, 2013



Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


Dilulus untuk paparan oleh Juragan

InfoFacebook Hanya Di Kelate

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.



Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.

Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

"SHARE" Jika Anda Kagum dengan Pentadbiran Tok Guru Kito ?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152802578390454&set=a.10152581146475454.957583.118089450453&type=1&theater

Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukk...See More




كلية السياسة الشرعية







Memperkukuhkan Kebenaran, Keadilan & Kekuasaan
27,Apr

P125 Putrajaya: Husam Musa Jauh Lebih Layak & Lebih Berwibawa Dari T. Adnan



Putrajaya kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnya

Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang ‘colorful’ dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.

Hanya satu yang lebihnya T Adnan dari Husam, iaitu T Adnan banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisness yang besar-besar dan semua bisness beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam UMNOselama ini sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Tengku Adnan berbuat bisness dengan taikonya Vincent Tan. Tengku Adnan lebih takut kepada Vincent Tan dari pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Justeru jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi kemanusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari lawannya itu.

Saya yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam. Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan perubahan.

Husam perlu diberikan sokongan samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT. Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.

Saya berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa. -aspanalias



BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang


Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.
 -HD



2 comments

TVThailand siar apa yang tak gamak TV3 siarkan!!

TVThaiBerita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.
Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.
Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.
Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.


Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/tv-thailand-siar-apa-yang-tak-gamak-tv3-siarkan/#ixzz2RaZ9uwT5 
Follow us: ekeleh.comm on Facebook