Wednesday, February 11, 2015





Liwat 2: Anwar didapati 
bersalah, kerajaan pula 
beri respon pantas


Kongsikan:       
 oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG: Maka ia terjadi juga…untuk kali kedua.
 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati 
bersalah dalam kisah “Liwat 2”.
Keputusan itu, yang disampaikan selepas penghujahan 
selama dua jam oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, 
akan menyaksikan tokoh veteran itu sekali lagi dipenjara.
Apa sahaja hukumannya, ia hanya membawa satu makna –
 ini adalah tanda berakhirnya cita-cita Anwar untuk 
menerajui negara ini.
Di tengah-tengah air mata dan makian yang lahir daripada sabitan ini,
 yang dikatakan sebagai dakwaan “fitnah bermotif politik” 
oleh kerajaan pemerintah, Jabatan Perdana Menteri 
telah mengeluarkan kenyataan untuk “menjelaskan” keadaan.
Berikut adalah kenyatan rasmi kerajaan:

“Hakim-hakim hanya akan mencapai keputusan mereka
 hanya selepas menimbang semua bukti secara seimbang dan objektif. 
Malaysia memiliki sistem kehakiman yang bebas, dan sudah ada banyak
 keputusan yang tidak memihak tokoh kanan kerajaan.
“Laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh individu persendirian – 
pembantu peribadi Anwar – dan bukan oleh kerajaan. 
Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, 
beliau mempunyai hak agar kesnya didengar di mahkamah.
“Dalam kes ini, proses perbicaraan yang menyeluruh telah dibuat
 selama beberapa tahun. Proses itu kini sudah pun selesai, 
dan kami menyeru semua pihak terlibat menghormati proses 
perundangan dan keputusan ini,” kata kenyataan itu.
Laman berita Malaysiakini mengongsikan kenyataan itu di laman 
Twitter hanya sejam selepas hakim membacakan keputusan bersalah.
Ini bermakna Jabatan Perdana Menteri telah bertindak dengan
 amat cekap dalam mengeluarkan kenyataan ini, sejurus selepas 
keputusan, dan mengedarkannya kepada media.
Kemungkinan besar, ini adalah respon paling pantas oleh kerajaan 
dalam mana-mana isu setakat ini. Kalaulah mereka secekap ini 
pada setiap masa.
Atau pun, keputusannya mungkin sudah diketahui lama sebelum itu, 
dan disampaikan sebaik sahaja sabitan dibuat?
Yang mana satu, saya serahkan kepada pembaca yang bijak 
pandai untuk membuat kesimpulan.
Namun, ada beberapa perkara dalam kenyataan itu yang boleh
 dipersoalkan. Misalnya, apabila ia menyatakan “sudah ada banyak
 keputusan yang tidak memihak tokoh kanan kerajaan”.
Err, berapa ramaikah pegawai kanan kerajaan – 
sama ada masih berkhidmat atau pun sudah bersara 
dan memihak kepada pemerintah – yang disumbat ke dalam penjara?
Jika anda tidak boleh namakan walau seorang, 
anda bukanlah bersendirian.
Dan tindakan Jabatan Perdana Menteri mengulas 
keputusan perbicaraan ini kononnya untuk membersihkan
 nama kerajaan sebenarnya membangkitkan lebih banyak 
persoalan daripada jawapan.
-http://bm.theantdaily.com/Terkini/Liwat-2-Anwar-didapati-bersalah-kerajaan-pula-beri-respon-pantas#sthash.OmPkNQqd.dpuf


BERAT MATA MEMANDANG



Berat mata memandang
Berat lagi hati merawan

SEBELUIM JATUH HUKUM


SEBELUM JATUH HUKUM


Sebenarnya pagi Senin 9 Febuari 2015 aku tidak mahu menulis apa-apa. Hati aku bagitu berat untuk melakar satu tulisan.

Dalam tulisan aku minggu lalu - aku telah berjanji untuk memberi pencerahan tentang janji-janji sulit Persempadanan Semula. Aku ingin bersurah tentang janji-janji gelap yang telah dilakukan oleh pemimpin sebuah politik disebuah kota sejuk yang amat jauh dari Malaysia. Aku batalkan niat ini.

Lalu aku ambil keputusan untuk menulis tentang Hari Penentu. Pagi esok 10 Febuari 2015 adalah hari penentuan. Anwar Ibrahim akan ditentukan sama ada Anwar akan masuk penjara atau terus bebas. Sebenarnya esok bukan untuk Anwar Ibrahim. Hukuman untuk Anwar telah ditetapkan lama dahulu. Esok adalah hari penentun untuk kita – warga Malaysia.

Esok adalah hari pengumuman masa depan untuk 30 juta warga Malaysia. Esok ialah Hari Penentu sama ada Malaysia berada dilandasan yang tepat. Atau Malaysia terus tergelincir merundum untuk menjadi Negara Gagal atau Failed State.

Tulisan yang aku tulis ini akan muncul esok. Ianya akan dicetak malam ini. Akan diedar untuk menemui pembaca pada petang Selasa – petang Hari Penentuan. Ketika tulisan ini boleh dibaca – semuanya telah selesai. Penentu telah ditentukan.

Jadi, aku pun bertanya - apakah yang aku tulis akan memberi makna. Atau ini hanya luahan perasaan. Agak susah juga jari aku untuk terus mengetik menyususn huruf-huruf untuk dijadikan ayat. Hati aku merasa bagitu berat.

Ingin aku nyatakan bahawa dalam tulisan ini aku BUKANmembuat ramalan. Aku bukan nujum. Aku membuat keputusan, aku mengeluarkan pandangan secara rasional. Semua pandangan dan rumusan berasaskan fakta-fakta. Rumusan aku bukan aku temui melalui mimpi. Bukan dengan menilek air dalam pingan. Jauh sekali dengan bantuan jin. Aku seorang rasionalis pengikut tegar Rene Descartes – Aku berfikr maka Aku wujud – je pense donc je suis.

Umum mengetahui bahawa Liwat Pertama ialah satu konspirasi untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar Ibrahim. Konspirasi ini amat jelas. Atas arahan Anak Lelaki Iskandar Kutty semua jentera daulah telah bergerak untuk memastikan Anwar Ibrahim diketepikan dari tampok kuasa. Media, polis, mahkmah dan lembaga kehakiman semuanya bersubahat memenjarkan Anwar Ibrahim.

Kepada yang mengikuti sejarah pasti telah terbaca bagaimana Azizan Abu Bakar telah ditanya sama ada dia telah diliwat oleh Anwar atau tidak. Kepada yang lupa biar aku ingatkan. Si Azizan ini telah menjawab sebanyak TIGAkali. Si Azizan telah menafikan yang dia diliwat. Walau pun mangsa menafikan tetapi Anwar masih dipenjara.

Dari pembacaan - aku diberitahu bahawa lembaga mahkamah ini juga adalah sebahagian dari jentera daulah. Awalnya aku agak was-was. Tidak bagitu yakin akan hakikat ini. Tetapi kes Anwar Ibrahim ini telah membuktikan bahawa dalam Dunia Negara Ketiga Lembaga Kehakiman hanya digunakan sebagai wayang untuk mengolah persetujuan orang ramai.

Justeru empat belas tahun dahulu - pada 14 April 1999 mahkamah telah tunduk untuk menjadi alat kepada kuasa yang memerentah. Anwar Ibrahim dipenjarakan walau pun tanpa bukti yang meyakinkan. Umum akan teringat bagaimana saban hari TILAM telah dibawa berulang alik ke mahkamah . Tilam ini dikatakan akan dijadikan bahan bukti. Sampai ke hari ini Sang Tilam tidak pernah masuk masuk mahkamah. Jelas Sang Tilam hanya pelakon pembantu dalam sebuah teater. Tilam membantu mahkamah mengolah persetujuan orang ramai.

Lalu aku bertanya : apakah hari ini lembaga kehakiman Malaysia ini telah berubah?

Jika kita ikuti perbicaraan kes rayuan Anwar Ibrahim yang dijalankan tahun lalu – maka kita akan tersenyum puas hati. Malah satu babak dalam kes rayuan ini telah aku jadikan bahan ketika aku mengadakan Lawak Berdiri.

Biar aku kesahkan: Saifol yang diliwat telah menyumbat lubang juburnya dengan plastik selama tiga hari. Dalam masa tiga hari ini Saifol telah pergi ke rumah Najib. Bertemu dengan Najib dan Rosmah kerana mahu meminta biasiswa. Kemudian datang kembali ke Pejabat Anwar Ibrahim untuk menjalankan tugas. Semua ini dilakukan ketika juburnya masih tersumbat dengan plastik yang dikatakan mengandungi air mani Anwar Ibrahim.

Dalam mahkamah telah dibuktikan ada lebih dari tiga DNAair mani yang berbeza telah ditemui dalam plastik jubur Saifol. Adakah air mani Anwar Ibrahim beranak dan bercucu dalam masa tiga hari itu?

Apabila Tuan Peguam Bela menimbulkan soalan ini Tuan Pendakwa telah bangun menjawab. Tuan Pendakwa telah menerangkan 3 lagi DNA itu mungkin masuk ke dalam jubur Saiful ketika Saifol terberak. Aduh! Jika ini bukan lawak maka aku tidak tahu apa lagi yang boleh dilawakkan.

Satu jawapan ini saja akan memandulkan semua hujah Tuan Pendakwa. Buang kes. Tetapi!

Tetapi apabila Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah ianya bukan untuk penghakiman. Ianya hanya satu sandiwara untuk mengolah persetujuan. Justeru jika mahkamah itu adil, jika mahkamah itu membuat keputusan melalui bahan bukti, jika mahkamah mahu mencari salah benar maka aku amat yakin esok 10 Febuari 2015 Anwar akan bebas. Tetapi kes ini bukan tentang keadilan.

Pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim ini bertujuan untuk mematahkan Pakatan Rakyat. Tuduhan ini bertujuan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Jika Anawar dipenjara maka Parti Keadilan Rakyat akan kucar bin kacir. Ini akan diikuti pula dengan runtuhkan setiakawan antara DAP, PAS dan PKR. Ertinya Anwar perlu dipenjarakan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat.

Memusnahkan Pakatan Rakyat ini penting. Dengan runtuhnya kerjasama tiga parti politik dalam Pakatan bermakna United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Khalas. Period.

Pada 6 Disember 1975 – Presiden Gerald Ford dari Amerika mengakhiri lawatan resmi ke Indonesia. Esoknya pada 7 Disrember 1975 bala tentera Indonesia telah masuk menyerang Timur Leste dan menawan pulau ini. Lebih dari 60,000 warga Timur Leste mati dibunuh oleh serangan soldadu Indon. Antara 80,000 ke 100,000 warga telah dikurung dalam penempatan baru yang senang dikawal dan diawasi.

Pasti pembaca akan bertanya – kenapa aku menulis tentang ini?

Biar aku terang makna 'kesah Presiden Ford' kerana ianya amat penting untuk memahami apa yang akan berlaku pada 10 Febuari 2015.

Apakah pembaca lupa dimana Najib Razak berada ketika banjir melanggar Kelantan? Pada 27 Disember 2014 Najib sedang bermain golf dengan Barack Obama. Ketika mencari bola, ketika berjalan diatas rumput – apa agaknya yang dibincangkan. Apa cadangan Obama? Apa jawapan Najib. Kita tidak akan dapat tahu. Mustahil kita akan tahu.

Ini sama juga dengan apa yang berlaku diantara Presiden Ford dengan Jeneral Suharto. Dalam jamuan makan malam - apa yang dikesahkan? Dalam pertemuan empat mata – apa yang dibincangkan? Kita tidak tahu apakah Presiden Ford telah diberitahu tentang rancangan Suharto untuk untuk menyerang dan menawan Timur Leste?

Babak-babak saperti ini dinamakan – pekara tidak tahu yang kita tahu. Ada juga pekara tahu yang kita tidak tahu. Dan ada juga pekara tidak tahu yang kita tidak pernah tahu.

Maka disini aku memaksa diri aku menulis ayat ayat songsang. Kerana aku tahu makna ayat-ayat ini. Aku membawa surah-surah cacat kerana aku tahu ada yang akuTIDAK tahu. Kita tahu yang Najib telah berjumpa Obama. Tapi kita tidak tahu apa yang mereka labonkan.

Kerana ini aku dengan penuh berat hati berpendapat bahawa Najib boleh melakukan apa sahaja kepada Anwar Ibrahim. Ini sama saperti yang dilakukan oleh Suharto kepada Timur Leste. Suharto telah melakukan apa yang dimimpikannya ke atas sebuah negara yang merdeka. Persepasi dunia ialah Suharto telah mendapat lampu hijau dari Presiden Ford. Dengan memukul bola golf bersama Obama - Najib juga telah melahirkan persepsi yang sama.

Pasti ada yang bertanya kenapa perlu Presiden Amerika diberi tahu? Apa pentingnya Ford atau Obama? Dalam surah politik dunia hari ini – Malaysia adalah sebuah negara dibawah taklok Empire Amerika. Malah dengan Najib sebagai PM menjadikan Malaysia ini tempat keluar masuk soldadu Amerika untuk bercanda-canda tanpa sengan silu. Justeru sebagai negara dibawah taklok maka adalah bijak untuk Najib berjumpa dengan Emperor terlebih dahulu sebelum mengambil langkah-langkah politik.

Surah dan ayat songsang ini wajib aku akhiri. Lalu secara rasional sebagai pengikut Rene Descartes aku menyoal diri aku sendiri. Apa yang akan aku dilakukan jika aku Najib. Apa tindakan rasional jika aku mahu Pakatan Rakyat runtuh.

Jawabnya: secara rasional inilah saat dan ketika yang terbaik. Pakatan Rakyat dalam keadaan yang paling lemah. PKR masih dalam suasana salepas perang. Jika aku Najib maka aku akan masukkan Anwar ke penjara esok pada pagi Selasa 10 Febuari 2015.

Berat jari untuk aku mengakhiri tulisan ini. Berat lagi hati keluarga Anwara Ibrahim yang tahu malam ini ialah hari hari akhir untuk melihat Anwar sebagai sosok bebas. (TT)


NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN pagi ini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon : 03-92-21-30-45

No comments: